edDy sYrOl

Thursday, July 7, 2011

wordless thursday # 2


p/s : (~_~)

Wednesday, July 6, 2011

breakfast jom



ni merupakan breakfast pagi ini.. nasi lemak RM1.00 dan susu suam... match ke? yang penting sodap.... (~_~)

Monday, July 4, 2011

puisi yang bertasbih

kau menyayangi ku
seperti bumi
menyayangi titah Tuhannya
tidak pernah letih
menanggung beban derita
tidak pernah penat
menghisap derita

kau menyayangi ku
seperti matahari
menyayangi titah Tuhannya
tidak pernah letih
membahagi cerahnya cahaya
tidak pernah letih menghangatkan jiwa

kau menyayangi ku
seperti air
mencintai titah Tuhannya
tak pernah letih
membersihkan lara
tak pernah letih
menyejukkan dahaga

kau menyayangi ku
seperti bunga
mencintai titah Tuhannya
tak pernah letih
menebar mekar aroma bahagia
tak pernah letih
meneduhkan gelisah nyala

credit to KANG ABIK from novel KETIKA CINTA BERTASBIH II

p/s : sucinya cinta seperti ini

Sunday, July 3, 2011

cerita yang di ceritakan

hiasan


hilang.... walaupun hilang dalam detik dan waktu singkat, hilang itu tetap kita katakan hilang. tak mungkin yang hilang itu kita akan katakan ada atau wujud.

hilang... sama ada kerana egonya atau ego kita. sama ada di sakiti atau menyakiti. waimah dilukai atau melukai.

hilang... hilang janji hilang kata-kata manis. janji umpama hiasan lidah yang sangat mudah bertukar gubahannya. kata-kata manis umpama serbuk asas yang perlu wujud untuk kita rasa gembira.

hilang... kehilangan kerana kau sendiri yang mahukan kesempurnaan ataupun kau yang ingin tunjukkan kesempurnaan. walau kau tahu makhluk itu tiada yang sempurna, maka kesempurnaan yang kau ingin tunjuk menjadi luka dan cela. dalam sekelip mata kau tiada harga.

hilang... 28.... melebihi 24... bilangan yang menjadi perkiraan, yang menjadi penantian.bilangan yang akan semakin bertambah dengan berputarnya semesta alam.semakin banyak,banyak dan bertambah.

hilang... rasa sunyi, rasa bungkam, rasa kesal.... terus hilang................................. (~,~)

Friday, July 1, 2011

[contest #3 : Anda bagi gambar,Prince bagi RM50


baiklah, aku nak men-join-kan diri mempertaruhkan pics aku dalam contest ini. ekceli semalam nak buat tapi asyik2 bad request je kan... so sape nak join ni sila CLICK SINI atau click banner di atas.

ok, entry ni aku join kategori GAMBAR KETIKA MELANCONG

sebenarnya, ni kira melancong dalam negeri sajork. cuti-cuti malaysia... ada dua percutian kat sini....

percutian pertama :-

ini merupakan percutian member2 aku ke kampung halaman aku. so, dorang teruja dengan sawah padi yang meluas kat sini. nama kampung ialah KG.Taun Gusi, Kota Belud. member2 aku ni dari sabah juga tapi duduk daerah lain.maybe dkt daerah drg takde sawah padi meluas mcm sini... Kota Belud kan jelapang padi kedua selepas kedah (~_~)


nampak tak pondok-pondok kat belakang tu. rasa nak naik, tapi lihatlah saiz ketiga-tiga mereka (kecuali aku ye), maybe akan merobohkan pondok tersebut..kha3x...


percutian kedua :-



percutian yang ini pula aku dengan member pergi ke kundasang ranau. baru last week pergi, time jom heboh tv3 for 2nd time kat sabah, aku ngan member gigih lak pg sini..hehehe... first kami datang kundasang lepas beli buah2an, kami terus ke dairy farm. dairy farm ni merupakan ladang lembu tenusu. lokasinya tak le jauh dr pekan kundasang. simpang dia memang dekat pekan tu juga lah..


time datang sini, aku nampak lembu ni berkumpul dalam kelompok. tak lah banyak sangat lembu.sama ada tak banyak atau lembu ni ada sebahagiannya jauhhhhhh lepak kat celah2 ladang yg berlerang lereng ni (betul ke ayat melayu aku?). sini memang busuk dan penuh dengan lalat. ala...what u guys expect kan dengan ladang lembu.. waktu sampai je sini kiteorg cari susu lembu yang segar tanpa perisa, tapi habis. yang ada coklat sajork.. tak freshh..!! so, drg cakap kalau nak tgk susu kene perah, kena tunggu pukul 3pm, mak aih, lama siot...time tu baru pukul 10.30am lebih kurang.
cantik tak view dia? rasaa cam duduk kat new zealand pulak. susana serious sejuk sebab tu aku pakai jacket. ke sebab aku kurang lemak..dowhhh..!!! tapi memang lawa...

last destination, kiteorg mengunjungi daeraah ranau. lokasi nak dituju ialah poring hot spring, tempat kolam air panas. sungai dalam pic ni sejuk ye, bukan yang panas punya.hehehe... ni dekat entrance nak ke sana. aku tak ambil pic time mandi, sbb motif aku nak amik pic time mandi?mana bolehhhhhhhhhhhhhh....!! tp tempat ni memang happening walaupun bukan time cuti sekolah.

so, cuti dalam negeri/negara ni seronok sebenarnya. yang penting kita buat susana tu happy, InsyaAllah semuanya akan happy....

p/s : sesape nak rancang percutian, sila roger aku... (~_~)

jumaat yang tenang

sekadar gambar ke-poyo-an

Bismillah
Assalamualaikum...

hari ini dah hari jumaat, cepat sangat masa berlalu. hari jumaat ni memang berbeza dgn hari2 lain. i mean, suasananya tu lain lah..tenang je kan..

ho yeeeeeehhh, harini aku breakfast ngan milo with cereal dan cucur ikan bilis (sorry tak upload pics, ada org ckp blog aku dah mcm restoran..kah3x...). tp yang tak bestnya breakfast pagini, aku tak perasan yang sos cili takde.adehhh...tak sedap la makan cucur tanpa sos, dah le cucur ikan bilis masin.. ermmm, takpe, makan sajork....syukur dengan rezki yang ada....

arghhh...kan best kalau hari-hari merupakan hari jumaat... mesti kita hari-hari rasa nikmat pemberian Yang Maha Esa...

p/s : terfikir nak beli sos (~_~)

Thursday, June 30, 2011

nasi goreng tiada tajuk

baca entry mesti korang rasa nak sekeh aku kan.. jangan lah..kesian aku yg comel ini...hohoho..aku tak tau nak buh nama apa dkt nasi goreng ni.. aku bg la dgn korang ye camne terciptanya nasi goreng ni...

bahan2:
1. nasi putih
2. bawang merah
3.halia
4. cili padi kaler hijau
5. udang kering
6. serbuk perasa (garam/ape2 je yg korang nak)
7. hirisan kacang panjang dan lobak merah

cara buat :

bawang ngan halia ngan cili hijau tu tumbuk sampai halus. tapi make sure kuantiti dia tak melebihi jumlah udang kering, sebab udang kering yg banyak mmg sedap.. kemudian tumbuk gak udang kering, nak blander sikit sangat pulokk... setelah itu panaskan minyak, kemudian masukkan hasil tumbukan td iaitu bawang,cili ngan halia. tumis dia.. kemudian masukkan udang kering. bg naik bau dulu kemudian masukkan hirisan lobak dan kacang panjang.kuantiti ikut suka korang. dah matang, masukkan nasi putih...godek2 dia... kemudian tabur lah serbuk perasa bg nasi tu berasa sikit. dah siap....



so semalam aku makan ni dengan jus avocado dan susu suam... memang terangkat.. o ya, di situ ada ikan goreng dan ikan masin goreng.ikan tu aku mkn ekor je, sbb tak habis lah banyak2..cecah sikit ngan sambal belacan..hayooo terangkat..!!

p/s: makan itu nikmat...