edDy sYrOl

Thursday, November 22, 2012

Sukar dan Susah

Assalamualaikum
Alhamdulillah kita masih dibenarkan untuk bernafas di muka bumi ini. Nikmat yang selalu kita lupakan padahal nikmat ini cukup besar nilainya. Nikmat yang bukan semua orang pinta secara khusus dalam doa mereka, tapi Allah masih berikan kepada kita. 

gambar hiasan


Sebagai manusia, kita hidup dengan manusia yang lain, malah hidup bersama makhluk lain yang melata di muka bumi ini. Sebagai manusia, kita mahu cuba untuk memberikan yang terbaik kepada yang lain. Kerana manusia-manusia lain yang hidup di sekeliling kita merupakan pelengkap atas hidup seorang individu yang tidak semuanya ada. Namun, dalam kita cuba untuk menjadi pelengkap kepada hidup orang lain, bukan mudah untuk kita memberi kepuasan kepada mereka. Biar siapapun mereka - teman, teman istimewa, keluarga - mungkin atas sebab kita memang bukan hamba yang sempurna untuk melengkapkan hidup manusia / makhluk yang lain. Susah memberikan yang terbaik. Sukar juga menjadikan keadaan berubah lebih baik. 




p/s:  menjadi lebih baik dinilai dari pandangan Allah S.W.T yang kita sendiri tidak tahu adakah ianya berjaya atau tidak, cuma kita boleh rasakan perubahan LEBIH BAIK itu.

Monday, November 19, 2012

Amanah

Aku telah di amanahkan untuk menjaga harta benda orang lain. Maka, aku bertanggungjawab untuk pastikan amanah itu dipegang dengan sebaik mungkin....

Kalau ada orang lain yang mahu cuba untuk take partpada amanah itu, contohnya nak menggunakan harta yang aku jaga, tidak salah kalau aku minta dia untuk bertanya dulu dengan pemilik harta tersebut....


gambar hiasan


But why ada orang yang tidak faham dan memberi ayat-ayat nista umpama aku ni kedekut. Itu amanah orang, aku tiada hak untuk beri pada orang lain....

Aku harap tindakan aku tidak menyakiti sesiapa. I try my best, InsyaAllah...


p/s: susah untuk cuba berlaku adil dan tulus

Sunday, November 18, 2012

Jenaka Ayang dan Kite



 gambar hiasan


1. Sebelum kite kenal ayang, setiap sem kite dapat Anugerah Dekan. bila dah kenal dengan ayang, setiap sem kite dapat resit paper.

2. Sebelum kenal ayang, kite belajar pakai duit biasiswa, lepas kenal ayang, sebelum keluar dating kite mintak duit kat mak kite dulu.

3. Kalau kite makan ikan, ayang mesti makan kat bahagian badan dia, kite pula dapat tang bahagian kepala ikan tu je.

4. Ayang ni tak lah cun sangat, tapi kite tak pernah kutuk ayang tak cun. tapi kite yang handsome ni, ayang selambe je kutuk depan kawan kawan kite, ayang cakap kite tak handsome langsung. Neelofa lalu depan mata kite, kite diam je. takut kalau puji kang ayang marah. tapi mat indon duduk depan Sogo ayang pergi ngorat time kite pergi toilet. Siap mintak nombor tepon depan kite lagi.
gambar hiasan


5. Kalau keluar dengan ayang, ayang selambe je nak makan dekat Starbucks. kite tipu kita dah kenyang, padahal bila dah sampai rumah kite makan maggi.

6. Sebelum kenal dengan ayang, kite tak pernah ada girlfriend. tapi selepas ayang kenal dengan kite, genaplah koleksi ayang ada 20 boyfriend kesemuanya. kite tak pernah marah ayang ni playgirl, sebab ayang kata kite ni macam sami buddha.

7. Kalau ayang rasa nak cium kite, ayang cium terus. tak pernah tanya pun. tapi bila kite rasa nak cium ayang, lepas tanya terus kena reject.

8. Ayang selalu pukul dada kite, tampar muka kite, cubit perut kite. tpi kite tak pernah nak tengking ayang, apatah lagi nak nak tumbuk, nak sepak, nak pukul?

9. Pernah ayang tanya kalau ayang jatuh cinta kat lelaki lain, kite nak buat apa. kite kata, kite nak bunuh lelaki tu. tapi bila kite tanya kat ayang kalau kita jatuh cinta kat perempuan lain, ayang nak buat ape, ayang kata nak bunuh kite, mak kite, ayah kite dengan nenek kite.

10. Kite beli mask clinique untuk ayang berharga RM300, tapi kite kata RM30. Tapi ayang beli jam tangan untuk kita RM30 tapi ayang kata RM300

11. Sekali ayang demam, kite kene diet 2kg sebab nak jaga ayang. tapi bila kita demam, ayang naik 2kg sebab ayang habiskan makanan kite.

12. Kite tak pernah kata ayang pendek, tapi ayang marah kite sebab kite tinggi sangat. member ayang ketawa kan ayang.

13. Ayang kalau nak pakai duit kite, ayang terus ambik, tak pernah tanya dulu, ayang ambik 30 ke 80 ke 100 ke selagi wallet kite ada duit. aritu kite nak pinjam duit RM10 sebab terlupa bawak wallet, tapi ayang kata kita miskin.

14. Aritu kite tanye kat ayang, kalau kite mati ayang sedih tak?. ayang kata tak pon. tapi ayang akan post Al-Fatihah kat fb.

TERIMA KASIH, AWAK :')
 
p/s: kind of sweet drama yg pokcik celok dari status kwn FB miji..hehehe... korang ada alami ka situasi gini?

Saturday, November 17, 2012

lecak ka becak?

Hujung minggu yang sedap untuk rehat-rehat sambil makan buah prunes... Merehatkan diri padahal ada lagi report nak buat. Tak habis-habis report report report, tugasan...... pi mai pi mai sajooo...

Ohhh.. jiran ada majlis kahwin harini. Baru saja pergi td, bertemu juga dengan dua kawan lama waktu di sekolah menengah. Satu kelas dengan pokcik waktu form 6. Sorang wanita ni nak kahwin bulan Disember. Sorang lagi sepertinya sedang meniti hari-hari indah dengan kamera DSLRnya.. Zaman ni kan zaman DSLR merata-rata.

gambar hiasan semata

Sebenarnya, apa bunyi yang betul? BECAK or LECAK? pokcik pun confuse... Biasalah musim hujan kan, kawasan pun perkampunga. Maka, tanah pun jadi basah, berlumpur dan jadilah becak/lecak. Eh, mana betul ni? tabah je lah.... musim hujan memang macam ni. Tapi, ok jugak, ramai tetamu hadir disajikan dengan persembahan nyanyian =.='  harap berhentilah di waktu malam. Agak mengganggu tidur dan ketenteraman. huhuhu.. 

p/s: Selamat pengantin baru......

Thursday, November 15, 2012

redha

Ya Allah, aku cari redha mu... adakah aku belum bertemu......

Wednesday, November 14, 2012

Morning bla bla bla

Cuaca cerah, secerah harapan dalam hati yang mahukan semua perkara berjalan dengan baik. Tidur lewat semalam, buat sedikit kerja yang masih bersisa. Maka, pagi ini rasa sedikit mengantuk. Kepala ada sedikit sakit, tapi tidak mengapa. Masih boleh dikawal. InsyaAllah nanti ok lah. 

Ini saja menyempatkan diri on9 di kedai Abang Ipar. Sementara tunggu kakak yang maish berurusan di bank. Ambil duit kah? bagilah sedikit. hehehehe... Kami akan ke town sebentar lagi. Sedikit urusan berkenaan kereta. 

Macam-macam hal dalam hidup ni. Semenjak dua menjak ni ada saja tidak kena dengan beberapa orang di sekeliling. Mengapa? Adakah mereka telah dilupakan oleh Yang Maha Esa. Jawapannya pasti TIDAK. Yang pasti, mereka sendiri yang melupakan Sang Pencipta, sebab itu rahmat-Nya sukar hadir dalam hidup. Tapi semua ini rahsia Allah. Siapa kita yang mahu berteka teki. 

Esok awal Muharram. Tahun Baru Islam. Masa untuk memikirkan matlamat baru, tapi kalau matlamat sebelumnya masih tidak tertunai bagaimana? Tabah sajalah. Semoga nanti dipermudahkan oleh-Nya. Amin....

p/s: Assalamualaikum semua.... Selamat pagi.. Ohayooo...

Monday, November 12, 2012

sumbang mambang: Hati Ini



Originally by Nabil Zamanhuri. Untuk versi paling lazat, boleh CLICK SINI.

versi pokcik kalau tak boleh layan, sila log off laptop... Eh..!!

p/s: phewwww........ hujan sokmo... nikmat tidur.

Saturday, November 10, 2012

Makan malam

Perut berbunyi (kroih kroiuh krouih...cam bunyi dengkur) menandakan diri ni dah lapaq. tengah tunggu family semua bersedia untuk makan sama-sama. Malam ini ada sambal belacan ciptaan pokcik, harap semua seisi keluarga yang meminati sambal belacan akan gembira menjamahnya dengan ulam pucuk ubi rebus. 

gambar hasil google-an


Di atas meja ada dua biji durian. Wangi-wangi baunya (pening.....!!). Maybe lepas makan malam bolehlah dijamah. Pokcik nak jamah seulas dua saja sebagai testing... Bukan reti sangat menjamah durian ni. 

Esok ada kenduri kahwin rakan baik sekolah menengah. Pengantin lelaki classmate form 4-5. Pengantin perempuan schoolmate sekolah rendah sampai menengah. Dua-dua pokcik kenal baik. Nikah jumaat (kemarin) tapi pokcik tak pergi. Tak ada teman nak pergi, agak segan pula. Esok adalah teman. Pokcik terfikir nak pakai baju apa.... 

p/s: makan kenduri esok....

Friday, November 9, 2012

Jumaat Lagi

Cepatnya masa berlalu, rasa macam baru saja Isnin tiba. Hari ini dah hari jumaat. Bangun awal seperti biasa untuk menunaikan kewajipan sebagai hamba... sok sek sok sek siap semuanya. 

Biasanya rajin nak tidur semula barang paling lama 20 minit (tapi kadang2  terlajak pulak lebih dari masa), tapi hari ini malas nak tidur balik. Kan rezeki tak berapa nak murah kalau tidur balik.

Taip sedikit kerja, sambung cari bahan artikel, sok sek sok sek dah penat. Nanti sambung lagi kerja. Lappy nak di guna oleh pemiliknya. 

p/s: selamat berhari jumaat semua


Sunday, November 4, 2012

Esok SPM

Mungkin sudah takdir hujan, asal nak menjengah tengah hari dan petang, mulalah ada awan-awan mendung. Kemudian, bumi jadi gelap. Kejap-kejap lagi hujanlah. Haraplah hujan yang mencurah-curah nanti membuka pintu rezeki lebih luas. Ada yang cakap hujan membasuh dosa manusia di muka bumi, pokcik tatau pulak kesahihannya. 

Esok SPM, seronoklah exam dalam dingin-dingin hujan. Taklah adik-adik SPM nanti stress sebab jawab soalan dalam keadaan panas terik. Tapi, bersiap siagalah dengan perasaan nak terkucil kerap. Tak pasal-pasal pengawas exam fikir kaw nak meniru. 

gambaq hiasan



Tadi ambik limau nipis, nak buat cecah dengan ikan bakar. Tengok atas pokok bambangan (aku tatau nama kalau di semenanjung apa...) dekat dahan ada sarang lebah madu. Besaq bak hang. Camna tu? patut tiap malam selalu ada lelebah yang meronta-ronta nak masuk rumah. sadis...!!


p/s: esok last sekolah untuk budak-budak primary

Inilah pagi-pagi

Mata berat.... terkatup... kaw dah knp mata oi???

Biasa hujung minggu, orang cakap masa utk rehat fullblast. Padahal, hujung minggu lagi banyak kerja. Tengok lelangit rumah, kedip-kedip mata, gosok-gosok taik mata. teranggg..............

Buka laptop akak, tengok email, tengok sms, tengok FB, tengok blog.... usha-usha artikel berkaitan, taip pada tugasan. Penat.........................  =.='

Musim hujan, tapi petang2 lah... Kata jiran, pelik sangat musim hujung tahun yang tengkujuh ni ramai pula orang nak kahwin. mentang-mentang cuti sekolah.

pokcik jawab: Kannn.... kesian orang2 yang kahwin. Padahal, macamlah semua rakyat di dunia ni cikgu sampai kena tunggu cuti sekolah.

p/s: selamat berhujung minggu....

Saturday, November 3, 2012

Konvo PASTI: Naqiyyatul Mudrikah Adnan


siang tadi, 03.11.2012 telah berlangsung konvokesyen PASTI Al-Firdaus untuk murid-murid yang berusia 6 tahun. Maka, tahun depan mereka-mereka ni akan masuk tahun 1... yeah yeah...

Anak menakan pokcik salah seorang daripada mereka. Nama dia Naqiyyatul Mudrikah Binti Adnan. Marilah layan gambar-gambar yew...


Eh.... encemnya pokcik Naqiyyah ni.. (puihhhh....hahaha)



Eh...! lagi


Ini hadiah apa ek? aku lupaaaaaaaa


Najmi.... Saudara se-susu Naqiyyah...


bersama BFF, Husna....


Naqiyyah dan Najmi... saudara se-susu-an


Yeahhh.... Saya dah konvo..!!



Ini muka nervous dup dap dup dap....


Peace


Persembahan nasyid.... macam2 tone ada...hewhewhew


Naqiyyah jadi kupu-kupu



Persembahan cerita bahasa Inggeris.. Tema: Kupu-kupu


Bergambar ramai-ramai dengan rakan-rakan dan guru-guru serta VIP


VIP.. YDP PASTI, KB


p/s: budak2 la ni kecik2 dah konvo. untunglahhhh

Thursday, November 1, 2012

Wawan mengganasi Irfan



p/s: ganas kan wawan... ciannn adik irfan... tabah je lah...hewhewhew