edDy sYrOl

Thursday, February 28, 2013

Segmen: Diriku Istimewa







Ite rasew ite nak join segmen ni. Ite nak menang banyak adiah ( kaw tak rasa nak lempang aku tak? bahahahaahaha)....

#untuk kaw-kaw yang nak sertai segmen ni, kaw click lah banner kat atas tu ok. Click lelaju...

First of all, tahniah buat Fik sebab berjaya anjurkan segmen macam ni. Walaupun ni hanya segmen dalam blog, bukan segmen mencari menantu (ape kaitan =.=') tapi nak anjur segmen dalam blog memang perlukan komitmen yang tinggi.

~Perbandingan kelebihan~

Well fik, pokcik sejujurnya tak tahu nak terangkan kelebihan pokcik berbanding dengan orang lain. Maybe mcm fik, dia ada kelebihan yang kita nampak nyata iaitu pandai berbahasa isyarat. Tapi untuk pokcik, apa yang pokcik ada kebanyakan orang di luar sana pun ada. Sebab bagi pokcik istilah istimewa ni sesuatu yang kita miliki yang kebanyakan orang di luar sana tak miliki (kalau ada pun kuantiti sedikit). Jadi, pokcik ikhlas cakap apa yang pokcik ada biasa-biasa saja. Semua orang pun ada.

#fuhh... cukup dah ni karangan satu isi penting. Weehuuuuuu

Pokcik seru kawan2 blog semua meriahkan segmen ni k. Siapa tak join, pokcik carik sampai lubang cacing (Amaran keras...!!)

p/s: kelebihan manusia masih hanya sebagai pinjaman dari-NYA.

Thursday, February 21, 2013

Takdir Kita



Assalamualaikum.

Yakinlah bahawa hari-hari yang kita lalui merupakan pengalaman yang akan memberi makna dalam hidup kita. Mungkin ada yang akan merasakan dia merupakan manusia paling malang pada hari tersebut, tapi yakinlah malang yang kita rasakan itu sebenarnya akan memberikan pengajaran terbaik pada masa akan datang. Kesempurnaan hidup memang tidak akan kita kecapi, itu mustahil..!! kerana fitrah kita memang tidak sempurna. 

Takdir kita nyata hanya milik Pencipta. Kita telah ditakdirkan untuk menjadi A B C D sama ada ianya sudah ada dalam perancangan kita ataupun masih belum kita rancangkan. Kita cuma perlu berusaha untuk memperolehi sesuatu, maka berusahalah sampai kamu berjaya. 



Takdir kita berbeza, tetapi matlamat kita InsyaAllah sama.

p/s:

Sunday, February 17, 2013

Kurang Kata


Thursday, February 14, 2013

Taman Buaya Tuaran






Haritu, pokcik dengan member pergi melawat taman buaya. Tapi kami bukan buaya (tiber...). Taman buaya ini terletak di daerah Tuaran, lebih kurang 30 minit dari Kota Kinabalu. Luas tau kawasan taman ni, lebih kurang errr err maaf pokcik tak tahu. Kaworang boleh google kan. 

Besar-besar buaya dekat sini. Sepanjang kami berada di sini memerhati para buaya yang sedang berehat (takde yang agresif), lagu-lagu menenangkan jiwa raga di mainkan. Motif? mungkin nak bagi buaya terlena. Mungkin sajokkk....

Eh, kaw saksikanlah video-video yang pokcik sempat ambil. Show buaya dan ada show tarian Sabah.





video

video

video


p/s: buaya agak menggerunkan ya =.=' 

Sunday, February 3, 2013

my space



 

Those just a pictures






p/s: terima kasih key chain semua ni ya kengkawan... 

Menu Lunch: Sambal Telur Rebus + Sayur Kobis Pokcik


Ini nama dia sambal telur. Bahan-bahan dia basic bahan menumis, kemudian telur rebus, perasa dan minyak masak. Sedikit ayaq ye. step dia, kaw tumis ja bahan-bahan menumis, kemudian masuk sedikit air, tambahkan perasa, tunggu hingga matang (ayat matang cam sesuatu kan..hewhewhew). bila sambal ni dah pekat, sila masukkan telur. Oh..jangan dilupakan td waktu nak menumis masukkan sedikit belacan ya, sama ada dah dilarutkan atau di larutkan dalam kuali.



Ini kobis. Cara masak macam biasa saja.


p/s: lapar  =.='

Kiriman Dari Pulau Mutiara

 Haritu, kira dah lama juga. Pokcik dapat kiriman dari Pulau Pinang, hencek KORN yang kirim. Kenal tak? Mekasih korn sebab kirimkan pokcik sesuatu yang lazat.


Inilah bungkusannya.. Berat ye =.='


Wah..!! kreatif bungkusan kaw korn :P

Agak-agak apa dalam dia heh?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sikit lagi boleh? bahahaha
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
tara, inilah dia. jeruk madu pak ali.
semuanya telah selamat di dalam perut pokcik dan family. Weeehuuuuu....

p/s: makan untuk hidup. (~_~) tapi jangan amalkan sangat makanan jeruk2 dan masam2 ni, tak baik untuk minda (ingatan). Sekali sekala takpa