edDy sYrOl

Wednesday, August 14, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

Assalamualaikum semua sahabat-sahabat blog.

Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin. Andai selama kita kenal dalam dunia blog ini, seandainya aku ada terkasar bahasa dan terlanjur terkhilaf, semoga semua boleh memaafkan aku. 

Semoga sikap baik kita yang telah dipupuk semenjak sebulan Ramadhan lalu akan kita istikamahkan bermula saat ini. Buat sahabat-sahabat yang ada sms dan call aku, tapi aku tak reply dan tak pickup phone (phone back), maaf ya. Mobile phone aku rosak buat masa ini. Just boleh baca sms saja. In Shaa Allah, kalau aku dah beli baharu or baiki HP tu nanti, kita boleh keep in touch again. 

SELAMAT HARI RAYA, MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN..

p/s: jaga kesihatan semua, time raya ni lah penyakit sana-sini sebab makan tak jaga. 

Saturday, July 6, 2013

Ramadhan is coming.....!!!!

Assalamualaikum...

Macam masa berlalu terlalu pantas, kan? Bulan Sya'ban dah nak melabuhkan tirai dah ni. Sikit masa lagi kita akan menyambut datangnya bulan Ramadhan. Apa kata dalam hari-hari terakhir ni kita check balik ilmu dan pengetahuan kita tentang bulan Ramadhan, boleh?

found using google search


1. Niat puasa.

2. Syarat-syarat sah puasa.

3. Syarat-syarat wajib puasa.

4. Perkara-perkara yang membatalkan puasa. 

5. Amalan-amalan sunat ketika berpuasa.

Nah..!! zaman serba canggih ni, maklumat semua dihujung jari, tinggal search kaworang semua akan dapat la segala info yang dikehendaki. Selamat berusaha ya sahabat-sahabat.

p/s: kita rindu Ramadhan..dan ia datang lagi... (~_~)

Sunday, June 23, 2013

Jerebu sana-sini

Assalaamu'alaikum Semorang.
Sihat Kah? Harap semua sihat2 saja lah. Dalam keadaan jerebu melanda negara kita, harap semua hati2 ketika berada di Luar rumah. sila jaga kesihatan ya. Dekat sini, bacaan IPU tak seteruk di semenanjung. Maybe dalam sekitar 50 ke 60 kot. Less 100 lah. Kira masih ok, jarak pandangan pun masih releven. Maka, untuk teman2 yang berada di kawasan yang teruk bacaan IPU, sila pakai mask.

WHAT? Malu pakai mask? Tak hilang punya Henseum, jambu, jelita, comei kurang kalau pakai mask tu ya. Healthy first...

Harini pokcik langgar bucu kayu. Blatant hidunag aku luka Dan beradarah. Ok sedih, kesian hidung aku kan. Maka, minyak gamatlah disapu untuk menyembuhkan luka.

P/s: berparutlah wajah pokcik. Masih sayang pokcik tak? Kbai..!!!!!


Sunday, June 9, 2013

Pen Merah Pen Biru

Kalau dulu, warna pen merah dan pen biru menjadi debaran bagi pelajar sekolah. Dakwat pen merah pada kad kemajuan sekolah menunjukkan pelajar gagal. Dakwat pen biru (atau kadang-kadang hitam) menandakan pelajar lulus. 

Dulu, yang guna pen merah guru saja. Pelajar guna pen biru. Sekarang pelajar pun guna pen merah, nak buat garisan pada buku bagi cantik.

Ada juga dulu, orang-orang yang sedang mabuk asmara berpantun ria. Pen merah pen biru, you marah i love you. 

Tapi kan, adakah merah dan biru dulunya merupakan warna masa hadapan? Mungkin masa kini yang kita sedang lalui adalah rentetan dari si merah dan si biru. 

sumber grafik dari google


Pen merah dan pen biru menghasilkan warna berbeza. Warna merah dan warna biru. Masa depan kita juga berwarna. Dari satu kain putih bersih, dipalitkan warna yang berbeza-beza. Akhirnya timbul corak yang menjadikan siapa kita sekarang. 

Tapi apa yang lebih menakutkan, apabila kita  tidak pasti adakah corak yang terhasil adalah corak yang memberi makna, atau hanyalah satu corak yang sia-sia. Dalam satu penghasilan seni, tiada corak yang sia-sia. Tetapi bagaimana dengan hidup?

p/s: kita tidak tahu nasib kita, dan itu amat menakutkan. 

Sunday, June 2, 2013

Weekend is Lovely

Assalamualaikum...!!

Hari ini hari ahad, aku rasa macam nak buat terjunan superman pulak dari atas bangunan Yayasan Sabah. Mesti nikmat...!! Grrrr

Inilah faktor kebosanan yang amat. Well, pokcik tak boleh nak merayap sangat sekarang ni. Kerja sedang berbaris menanti untuk diselesaikan. Perghhhh... kan bagus kalau ada PA, boleh tolong aku.


Sebenarnya entry ni pasal begini:

Jika kamu melihat kejayaan seseorang, apa kata kamu raikannya. Raikannya dengan memanjatkan kesyukuran atas kejayaan mereka. Mintaklah Allah permudahkan jalan hidup kamu supaya masa kamu akan tiba kelak untuk mengecapi kejayaan seperti mana orang lain.

Memang betul, satu perkata yang paling susah untuk kita lakukan dalam hidup adalah ikhlas. Ikhlas memberikan sesuatu, ikhlas membantu, ikhlas mendoakan. Ada yang mampu ikhlas, tapi dalam tempoh kiraan masa yang singkat. 

Tapi, semoga kita semua ikhlas dengan takdir hidup kita yang telah ditentukan-Nya.

p/s: amin.... (~_~)

Monday, May 27, 2013

Untuk jiwa


Pagi hening
Jiwa berfikir
Fikiran kacau
Burung ketawakan aku.

Berlari sang awan
Umpama benci pada atmosfera alam
Atau membenci aku yang memandangnya.

Langkah yang lemah
Ku bawa terpaksa bersama kelemahan
Biar lemah terlihat gagah
Walhal yang lemah adalah yang paling hina
Terpaksa melangkah lagi
Garisan itu masih jauh
Dan yang lemah masih perlu terus melangkah.

p/s: biar

Sunday, May 26, 2013

Kembali..!!!

Assalamualaikum semua....

Wah, pokcik terasa begitu lama tak update entry. Rasa macam pokcik menjauhkan diri dari dunia blog (ayat takley blah). banyak perkara yang berlaku sepanjang beberapa minggu pokcik tak berblogging. Biasalah, manusia bukan, ada perkara yang berlaku tanpa kita sangkakan. Semua itu di luar perancangan  kita sebagai manusia. 

Banyak sudah perkara yang kita lalui sepanjang beberapa putaran masa ke belakang. Kita  telah melalui proses PRU 13. Panas sungguh proses ini. Kemudian kita melalui proses pengumuman kabinet baharu. Banyak perubahan. 

Secara individu, apa yang telah kita lalui? perubahan? atau statik? Kita harapkan perubahan, tetapi perubahan yang positif. Manusia yang berjaya adalah manusia yang ingin berubah daripada yang tidak baik, kepada yang baik. Daripada yang baik, kepada yang lebih baik. Apa lagi yang lebih hebat daripada perubahan yang baik? pasti tidak ada....



Dari mana kita datang,di situlah jua tempat kita dikembalikan.
Kita semua manusia.Kita semua hamba.
Maka bertindaklah sebagaimana layaknya seorang hamba.


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”
[13:11]

Semoga kata-kita ini dihadam oleh pokcik sendiri.

p/s: rindu semua bloggers