Aku berfikir, hari demi hari, masa demi masa, detik dihitung untuk terus berfikir. Manusia kan, memang tidak terlepas dari berfikir tentang hidup. Malah setiap saat yang berlalu adalah peluang untuk kita berfikir tentang hidup. Saat kita berada di bilik kuliah, berada di meja kerja, ketika sedang memandu kenderaan, dan disaat sedang menikmati juadah terhidang, itulah peluang kita berfikir tentang hidup.Ini kerana setiap apa yang kita sedang kerjakan merupakan nikmat hidup yang Allah SWT hadiahkan kepada kita.
Tidak apa jika org melihat aku sbg insan yg tidak berjaya, tp aku berharap agar dpt menjadi manusia yg berguna kpd manusia lain. Bukan senang untuk menjadi manusia yang berguna, tapi bukan susah untuk melakukan sesuatu untuk orang lain. Mungkin pada dasarnya kita sendiri tidak sedar bahawa kita telah melakukan sesuatu untuk orang lain. Mungkin persoalan yang paling besar, bagaimana untuk menjadi manusia yang berguna kepada manusia lain? KBKK dari aku, iaitu dengan memastikan kita melakukan perkara yang berguna untuk diri sendiri. Bila kita melakukan perkara berguna untuk diri sendiri, maka faedahnya akan tersebar kepada yang lain. Kita memakmurkan kehidupan peribadi, InsyaAllah kita akan boleh memakmurkan hidup orang lain.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia sangat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia sangat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (QS Al-Baqarah: 216)
Manusia, setiap saat akan berhadapan dengan takdir. Qada dan Qadar yang berlaku umpama satu perkara yang sudah tertulis untuk kita. Ingin mengubahnya? kita siapa untuk mengubah takdir yang Allah SWT telah tentukan? Mustahil... yang kita boleh ubah hanyalah nikmat ke atas ketentuan tersebut. Bagaimana caranya? sudah tentu dengan beriman kepada-Nya. Bila kita beriman (percaya), maka kita akan yakin bahawa setiap takdir/ketentuan yang berlaku itu terselindung hikmah di sebaliknya.
Setiap kali bangun dari lelap tidur, kita sepatutnya memikirkan kenapa kita ditakdirkan untuk masih berpeluang melihat dunia. Aku selalu berfikir, kenapa orang macam aku, yang takde apa-apa ni, yang memiliki kapasiti cukup kecil berbanding orang-orang sekeliling --- masih ditakdirkan untuk melihat dunia. Kemudian aku rasa perlu membuat sesuatu, yang boleh memberi erti kepada orang lain. Tapi masih risau. Risau dengan diri sendiri, jika memberikan kebaikan tidak mengapa. Bagaimana jika memberikan kesusahan kepada orang lain?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman.” (QS Ali-Imran :139)
Aku selalu cuba untuk memotivasikan diri sendiri, agar tidak kecewa dengan pencapaian diri sendiri. Memang, jika kita membuat perbandingan dengan orang lain, maka susah untuk menyayingi orang2 yang berjaya. InsyaAllah, kita sebenarnya berjaya dalam orbit kita sendiri, dan itu mungkin lebih baik untuk kita.
Kita memang tiada upaya, kita hanya berupaya untuk berdoa yang terbaik untuk ketentuan d hari muka.
p/s: hiduplah sepertimana manusia yang sebenar