edDy sYrOl

Thursday, March 3, 2011

habis satu yg lain lagi dtg


aku dah habis buat satu paper untuk financial accounting-nyer hal. memang satu yang memeningkan otak aku. plus aku ni tak hebat dlm accounting, apatah lagi pure finance..aku budak economics...huhuhu..BTW, kene buat juga lah sbb dah berikrar nak menggalas tugas tersebut..

customer pun dah menanti dan aku berjaya siapkan dalam masa 8 hari sebelum due date...sgt kurang hebat tp boleh lah.. terima kasih buat member aku yang dah tolong aku bg input hampir 50% yg dimahukan oleh paper itu. mekasih mekasih mekasih.. nanti aku kirimkan ikan masin yg ko pesan.. wait for it bebeh!!!

lega untuk it, ada dua papers lagi yg menanti aku.. adoyaiii.... satu in progress hampir 70% dah ok dan satu lagi malas nak tengok. kang pala hotak aku terbelah dua lak..

p/s:- wish me luck!!

Tuesday, March 1, 2011

adik ku dirogol dan adik yang lemas


pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa,sebuah keluarga besar telah pergi berkelah di tepi pantai. keluarga ini boleh di kategorikan sebagai keluarga yang kaya raya lah juga. ada tauke balak, ada tauke minyak, dan macam2 tauke lagi lah ada. namun, perumpamaan ada mengatakan kalau dalam sebuah bakul yang berisi buah2an, tak semua buah2an itu elok. ada juga lah yang buruk kan.

sebenarnya kehidupan keluarga ini mulai goyah semenjak ayah mereka telah dibunuh secara kejam di turki. kehidupan mereka mulai bertelagah sesama sendiri. bagi abang2 yg kaya, mereka melupakan adik2 yang miskin. untuk adik2 yang baru bertatih hendak berdikari, mereka gigih berusaha membantu adik2 yang miskin dengan semampunya sambil menempelak abang2 mereka yang mula lupa diri.

ketika keluarga ini berkelah, seorang daripada adik perempuan mereka telah diculik lalu dicabul dengan kejam. perlakuan keji ini berlaku di hadapan khemah abang2 yang kaya. pencabulan ini dilakukan oleh sekumpulan pendatang haram yang sering membuat kacau terhadap kehidupan org lain. adik2 yg lemah dan miskin ini hanya mampu melihat dengan sayu namun para abg yang kaya hanya melihat dengan seronok adik perempuan mereka dicabuli di hadapan khemah mereka sendiri.

akhirnya, disaat adik perempuan yang malang ini diratah dengan penuh nafsu oleh kumpulan pendatang haram yg keji itu, tiba2 salah seoranga adik lelaki mereka telah lemas di tengah lautan ketika sedang berenang menyejukkan badan. salah seorang daripada mereka cuba untuk menyelamatkan si adik, namun dihalang oleh si abang yang kaya atas alasan "marilah bawa berbincang dahulu". jangan terburu-buru, bahaya.!!

maka duduk berbincanglah adik beradik itu sekalian sambil menikmati juadah mewah dan lazat sedangkan pada masa yang sama, adik perempuan mereka terus di rogol dan adik lelaki mereka terkapai-kapai di tengah lautan.

tajuk mesyuarat mereka berbunyi "cara-cara menyelamatkan adik perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan". begitulah kata-kata abg sulung selaku pengerusi majlis. adik-adik lelaki yang lebih muda nampaknya sangat bersemangat untuk terus sahaja membelasah para pendatang haram yang memperkosa adik perempuan mereka dan tanpa memeikirkan keselamatan mahu menyelamatkan adik lelaki mereka yang lemas. namun dengan tenang si abang berkata

"inilah org muda, suka sangat ikut perasaan. cuba hormat sikit orang tua. kita ambil jalan yang lebih berdiplomasi," begitulah kata si abang yang tua.

akhirnya si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram, dan menyatakan resolusinya.

"resolusi kami begini, tolong jangan rogol adik perempuan kami lagi, kalau nak sangat tubuh adik kami itu pun, cuba hentikan rogol itu dulu. kita buat gencatan nafsu," kata si abang.

maka mereka pun duduk berbincang. sambil berbincang dengan ketua pendatang haram, adik perempuan mereka masih lagi dicabul dengan rakusnya sambil ditonton oleh adik beradik yang lain.

tentang adik lelaki yang lemas di tengah lautan, salah seorang dari mereka cuba untuk mendapatkan bot namun, usahanya gagal kerana bot tersebut telah dibocorkan oleh salah seorang abang demi keselamatan semua.

akhirnya adik beradik yang berdarah muda diketepikan. bagi para abang, adik2 yang berdarah muda hanya merosakkan keadaan sahaja. adik2 yang berdarah muda telah dikenakan tindakan di bawah AKTA IKUT SUKA HATI AKU iaitu dikhatankan buat kali kedua dan adik2 perempuan yang lain ditakut-takutkan akan menjadi habuan para pendatang haram.

keadaan semakin genting. adik beradik tadi melakukan pula mesyuarat tergempar pula. kali ini mereka sepakat melaungkan selogan "mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan pendatang asing mencabul adik perempuan kami".!!! "selamatkan adik kami yang kelemasan"!!

tetapi, tindakan mereka hanyalah sekadar memasang banner di sepanjang pantai mengharapkan agar ada orang yang akan membantu mereka. adik perempuan yang malang itu terus di cabul. adik beradik yang lain terus menonton drama cabul mencabul di depan mata mereka. adik lelaki mereka yang tadinya masih kelihatan tanagn yang terkapai-kapai kini kelihatan semakin hilang di telan laut lepas.

lalu mereka terus mengangkat banner yang tadi dengan lebih tinggi lagi. bila menyedari yang banner otu tidak berkesan,mereka bermesyuarat lagi dan membincangkan mengapa banner tersebut boleh gagal. akhirnya mereka mengambil keputusan untuk membuat banner yang baru. yang lebih cantik. yang lebih besar dan lebih mahal. adik perempuan mereka terus di nodai. adik lelaki terus kelemasan. dan adik2 yang lain masih bermesyuarat untuk menghasilkan wording yang lebih menarik bagi banner yang akan datang.

begitulah kisah keluarga besar di sebuah negara yang terpaksa di rahsiakan.

notes:-

* adik perempuan? = palestin
* adik lelaki? = negara-negara Islam yang semakin tertindas
* abang-abang yang kaya? = negara arab yang kaya
* adik beradik yang berdiam diri? = negara Islam yang membangun/mundur
*adik beradik berdarah muda? = gerakan-gerakan Islam
* meeting? = OIC

Saturday, February 26, 2011

cita-cita dan anak baik

hari ini , petang ni one of my friend sepatutnya dah fly ke universiti di atas.. best kan dia... dapat tajaan lagi for 2 years pengajian kat sana. tajaan dr *&$*&^$ . mmg tajaan yang bukan alang-alang lah. aku tumpang gembira lah bila dia cakap mmg cita2 dia tahun ni nak sambung study sarjana (master). aku ada cakap dengan dia kata belajar elok-elok bila dah sampai sana (rasa cam bapa2 lak aku..hehehehe). dia ckp flight dia dr malaysia akan transit jap dkt singapore n after that fly to adelaide, australia. mesti best an dpt g sana.. tahniah buat ko bro. moga dapat mengejar cita2 kau dengan penuh kejayaan, dan balik nanti ko jadi someone yang boleh di banggakan oleh ibu bapa, keluarga, agama, bangsa dan negara.



just now, dalam pukul 10.30pm, aku dapat sms dari member aku tu. dia sms aku guna number yang dia biasa guna. agak pelik, takkan still kat malaysia. ke dkt singapore? bila aku selidik, dia ckp dia still kat rumah. dia cakap last minute mak ayah dia tak bagi dia pergi. actually mak ayah dia duduk luar negara sebagai diplomat.

so nak di jadikan cerita, mak ayah dia tak bagi pergi di saat akhir. flight member aku sepatutnya hari ini (26.feb.2011,sabtu petang). mak ayah dia cancel-kan pagi tadi. sedih la...sedih kan..
aku dapat rasakan tamparan hebat tu dalam diri dia. ye lah, mak ayah tak bagi.sebelum ni bagi. bila aku tanya atas alasan apa mak ayah dia tetibe tak bagi, dia tak jawab. maybe adalah sebab-sebab tertentu kan. dia siap cakap lagi dia tetap nak sambung study tahun ini. aku dapat rasakan keinginan dia yang berkobar-kobar nak sambung study tu, tapi dalam masa yang sama taknak mengingkari perintah ibu dan ayah dia. yew lah, as a muslim, kita memang kena patuh pada ibu bapa kita kan. aku rasa itulah yang diikuti oleh member aku ni. dalam mahu mengejar cita-cita, dia juga perlu mengejar redha Allah swt melalui ketaatan pd ibu bapa.

takpe lah bro, kalau bukan kali ini, mungkin ada lagi rezki lain yang lebih baik Allah akan bagi buat kau. bukankah setiap kejadian itu ada hikmah di sebaliknya. aku yakin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku dgn kau. banyakkan berdoa semoga dengan terkandasnya cita-cita kali ini akan digantikan dengan perkara yang seribu kali lebih baik di masa hadapan.

p/s :- teringin gak nak dapat tajaan study :)

Thursday, February 24, 2011

tak puas hati???!


pagi ini nak bercerita sikit la apa yang telah berlaku semalam. satu perkara yang bagi aku biasa berlaku di alam ini.... nak di jadikan cerita, aku post entry link pasal promosi group KAKI BLOGGER dekat facebook yang baru ditubuhkan beberapa hari lepas.

group ini merupakan salah satu group yang boleh di jejak utk menjadi tempat lepak dlm laman sesawang bagi para blogger. jadi rentetan daripada link entry aku tu, ada seorang hamba Allah ni rasa tidak senang dengan post aku tersebut. mungkin lebih tepat dbeliau tidak setuju dengan kehadiran banyak blogger group yang dah tumbuh bak cendawan di bumi ini.

antara perkara yang beliau timbulkan ialah isu perpaduan dan malah mengatakan dengan tumbuhnya group para blogger ini akan mewujudkan ruang yang lebih besar untuk menyatupadukan para blogger. memang di akui andai kita berfikir sekali harung, ya! pendapat beliau benar... tapi bila aku fikirkan dua kali ke lapan kali, apa yang Hamba Allah itu katakan agak kurang rasional. rasionalnya di dunia sesawang ini kita perlu berfikiran luas (bukan terbuka). berfikiran luas maknanya membenarkan seberapa banyak ruang untuk para pencinta dunia sesawang (termasuk blogger) untuk mencari jalan mereka untuk mencapai kepuasan dalam bidang ber-blogging ni.

beliau ada mengatakan mungkin terjadinya banyak group adalah disebabkan anak2 muda zaman sekarang mahukan perhatian. aku sangkal sekeras-kerasnya kerana anak-anak muda hanya mahu memberikan pilihan kepada blogger untuk memilih group yang mereka rasa baik untuk menjadi port lepak. lagi pula, setiap dari pada kita memiliki idealism yang berbeza, kenapa kita mahu menghalang idea orang2 yang mahu mewujudkan group mereka sendiri selagi group itu tidak meggangu gugat keamanan agama, bangsa dan negara.

kita harus berfikiran lebih jauh, dan memberikan sedikit ruang di minda bagi menerima perubahan sama ada kita suka atau tidak. dalam dunia blog, tidak ada sebarang paksaan untuk anda menerima malah menolak sesuatu perkara. semuanya terletak di atas pendirian masing-masing. tepuk dada tanya selera..

p/s :- aku cuma suka memeriahkan suasana :-)

Wednesday, February 23, 2011

kami KAKI BLOGGER



aku nak promosi satu lagi group dekat facebook untuk para kaki blog nak lepak di laman sesawang ketika waktu senggang. ni la dia group bernama KAKI BLOGGER....

Group ni di usahakan hasil revolusi naim dan husna [mereka bukan kembar tak sejantina ek] dan mereka adalah admin yang sudi melayan karenah korang sepanjang 24/7 ngeh3x... habis la korang dua nanti...

kaki blogger InsyaAllah akan merancang banya perkara2 menarik untuk semua followernya...

silalah lawati group ini dan like / terjah/ ape2lah lah sebagai tanda sokongan yew... :-)

p/s :- suke lepak sini

alamak nuffnang!!!



waaaaaaaaa... arini baru check nuffnang sebab sok sek sok sek pepagi dengan syakir, tuptup nak tgk lak koleksi BE aku...waaaaaaaaaaaaaaaa..bestnyer jumlah.... banyak gaks la....

pelik:-

1. entry tak la kerap sangat..
2. kalau ada entry pun mana ada yang gempak2


maybe sebab aku selalu BW kot, sbb bila aku BW pun aku akan click2 je nuff org lain..hehehe... (statement takde kaitan dgn BE sendiri :p hehehehe).

maybe semua ni bergantung dengan apa yang kita buat dengan org kot..kot la.. kita click org nyer, org pun mesti akan click kitenyer walaupun kite tak bgtau drg kite click drg nyer... (ok..aku pening dgn ayat aku)...


p/s :- selamat berblog

wireless mouse


bagi sesiapa yang memang tak menyukai ekor tikus (wayar la maksud aku) wireless mouse ni memang pilihan terbaik lah untuk korang (dan aku juga). sebab leceh juga kan kalau nak pakai mouse ni.

lagi pula untuk mereka2 yang memang buat keje melukis plan elektronik 9betul ke ayat aku?) memang sesuai la guna mouse, so mouse yang tak menggunakan wayar ni adalah pilihan yang bijak sebab lebih mobile.


mcm abg aku, dia nak tgk movie kat internet toksah la nak duduk sbb limitasi wayar. dia just baring2 dlm jarak 3 ke 4 meter pun leh tengok movie dari youtube tu ikut suke ati dia. best kan tikus takde wayar ni..



cuma kelemahan dia yang guna betri arr kan... habis betri kene r beli baru. so kalau bagus beli yang boleh cas betri trus, so korang senang la nanti. atau beli je pengecas betri (khusus utk betri mouse ni), so korang takde la maslah kehabisan betri nanti..

p/s:- semakin lama makin hebat la teknologi