edDy sYrOl

Sunday, March 31, 2013

Terminat Lagu DEJAVU

Selamat petang yang panas..!!


Panas cuaca semenjak dua ni kan? tapi tidak mengapa, panas seketika, nanti datanglah juga hujan. Pencipta takkan menganiayai kita, kerana DIA maha pengasih dan penyayang.

Aku semenjak dua ni minat dengan satu lagu ni, Tajuk dia Dejavu di dendangkan oleh Shila Amzah. Aku pun pelik kenapa boleh jadi minat dengan lagu ni. Adakah kerana liriknya, kerana melodinya, ataupun kerana Shila Amzah? OMG OMG OMG.... Mengarut sudah.

BTW, lagu ni layan je lah untuk jiwa-jiwa patriotik macam aku ni (apa kaitan?!! =.=' ) Kepada kengkawan yang rasa nak kongsi lagu tema aku semenjak dia menjak ni, meh dengarkan di

---------------------->  SINI

p/s: mesti korang cakap aku jiwang kan. biarkan!!

Saturday, March 30, 2013

Come Back..!!

Assalamualaikum..


Pokcik rasa lama sangat dah tak update entry kan. Macam dah 10 tahun rasa (ok over..!!!). Hari ini, pokcik nak luangkan sedikit masa buat entry ringkas ni. 

Pokcik yang pertamanya nak ucapkan terima kasih buat new followers yang sudi hit blog pokcik sampai cecah 1K followers. Terharu pokcik wase... Rasa nak pelok je sorang-sorang (ok ni tak boleh. don.t try this at home or even outside ur home..grrrr). Pokcik hargai jerih payah korang (over lagi) nak jadi follower pokcik, InsyaAllah pokcik try le follow satu-satu ok. 

Keduanya, nak ucap terima kasih juga buat viewers setia blog ni. Walaupun tak update entry, ada juga yang masih sudi nak jenguk-jenguk blog ni. Terima kasih banyak-banyak. Jasa mu dikenang. 

Aku agak bz semenjak dua ni (padahal....), jadi tak sempat sangat nak update. Tapikan, bukan sebab tak sempat, just bila bz kita tak sempat nak fikirkan idea. Jadi, takut buat entry yang tak ada faedah pulak kan. (~_~)

ok sebab tadi pokcik cakap nak singkat je, so sampai sini sajalah ok. Nanti kita bertemu lagi.

p/s: dejavu

Thursday, February 28, 2013

Segmen: Diriku Istimewa







Ite rasew ite nak join segmen ni. Ite nak menang banyak adiah ( kaw tak rasa nak lempang aku tak? bahahahaahaha)....

#untuk kaw-kaw yang nak sertai segmen ni, kaw click lah banner kat atas tu ok. Click lelaju...

First of all, tahniah buat Fik sebab berjaya anjurkan segmen macam ni. Walaupun ni hanya segmen dalam blog, bukan segmen mencari menantu (ape kaitan =.=') tapi nak anjur segmen dalam blog memang perlukan komitmen yang tinggi.

~Perbandingan kelebihan~

Well fik, pokcik sejujurnya tak tahu nak terangkan kelebihan pokcik berbanding dengan orang lain. Maybe mcm fik, dia ada kelebihan yang kita nampak nyata iaitu pandai berbahasa isyarat. Tapi untuk pokcik, apa yang pokcik ada kebanyakan orang di luar sana pun ada. Sebab bagi pokcik istilah istimewa ni sesuatu yang kita miliki yang kebanyakan orang di luar sana tak miliki (kalau ada pun kuantiti sedikit). Jadi, pokcik ikhlas cakap apa yang pokcik ada biasa-biasa saja. Semua orang pun ada.

#fuhh... cukup dah ni karangan satu isi penting. Weehuuuuuu

Pokcik seru kawan2 blog semua meriahkan segmen ni k. Siapa tak join, pokcik carik sampai lubang cacing (Amaran keras...!!)

p/s: kelebihan manusia masih hanya sebagai pinjaman dari-NYA.

Thursday, February 21, 2013

Takdir Kita



Assalamualaikum.

Yakinlah bahawa hari-hari yang kita lalui merupakan pengalaman yang akan memberi makna dalam hidup kita. Mungkin ada yang akan merasakan dia merupakan manusia paling malang pada hari tersebut, tapi yakinlah malang yang kita rasakan itu sebenarnya akan memberikan pengajaran terbaik pada masa akan datang. Kesempurnaan hidup memang tidak akan kita kecapi, itu mustahil..!! kerana fitrah kita memang tidak sempurna. 

Takdir kita nyata hanya milik Pencipta. Kita telah ditakdirkan untuk menjadi A B C D sama ada ianya sudah ada dalam perancangan kita ataupun masih belum kita rancangkan. Kita cuma perlu berusaha untuk memperolehi sesuatu, maka berusahalah sampai kamu berjaya. 



Takdir kita berbeza, tetapi matlamat kita InsyaAllah sama.

p/s:

Sunday, February 17, 2013

Kurang Kata


Thursday, February 14, 2013

Taman Buaya Tuaran






Haritu, pokcik dengan member pergi melawat taman buaya. Tapi kami bukan buaya (tiber...). Taman buaya ini terletak di daerah Tuaran, lebih kurang 30 minit dari Kota Kinabalu. Luas tau kawasan taman ni, lebih kurang errr err maaf pokcik tak tahu. Kaworang boleh google kan. 

Besar-besar buaya dekat sini. Sepanjang kami berada di sini memerhati para buaya yang sedang berehat (takde yang agresif), lagu-lagu menenangkan jiwa raga di mainkan. Motif? mungkin nak bagi buaya terlena. Mungkin sajokkk....

Eh, kaw saksikanlah video-video yang pokcik sempat ambil. Show buaya dan ada show tarian Sabah.










p/s: buaya agak menggerunkan ya =.=' 

Sunday, February 3, 2013

my space



 

Those just a pictures






p/s: terima kasih key chain semua ni ya kengkawan...