edDy sYrOl

Wednesday, August 15, 2012

Done Packing


Ini sajalah bagasi pokcik untuk di bawa esok... Flight kul 5pm... Hope semuanya berjalan lancar. Harap juga tak ada yang tertinggal. Pokcik ni bab packing2 ni malas. Main sumbat saja.. Pokcik just fikir apa yang penting, itu yang perlu ada seperti selimut, bantal, kuali dan periuk.. over..!!

Doakan semoga semuanya ok yooo.... Lob u all...



Oh ya, dapat lagi satu kad raya... Nanti pokcik gantung yoo....

p/s: bepergian

Semuanya makanan


Cocktail katanya... hohoho



Ikan mee kari



Chicken chop


Sambal telur rebus goreng



Kobis ikan bilis



Ayam penyek... namun ayamnya tak penyek langsung... kecewa...

p/s: Makan biar sihat (~_~)

Kad Raya, Duit Raya dan Langsir Raya


Dah dekat nak raya ni, banyak betul perkara nak prepare kan? yeke? takdooo lah... bagi pokcik semuanya serba simple. Apa yang ada dah cukup baik bagi pokcik. ohh ya, terima kasih buat butang baju melayu itu..sangat ohsem... (~_~)



Baru pagi tadi buat entry pasal kad raya, petang dah dapat kad raya beserta sampul duit raya..hewhewhew... pokcik terharu.... Tetiba pokcik terimbau zaman kegemilangan muda remaja belia, tapi 5 saat je lah... Nanti pokcik gantung yooo....



Har ini juga pokcik dapat satu bungkusan besar. Dari bro Pyan... Sexcited gak nak tahu apa barang dalam dia tu..bila buka, waaaaaaaaaaaaa.... ada langsir... tu yang color keemasan tu langsir ye... Kiranya ni langsir raya untuk pokcik, oh terharu juga. Juga baju kemeja. Ni pokcik rasa kira duit raya tahun ni lah tu kan? hayooo..baiklah... Terima kasih diucapkan...

p/s: Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki. Semoga kalian juga dimurahkan rezeki. Aminn

Bebel Kad Raya

Gambar hiasan


Assalamualaikum.. Selamat morning semua. Hah..! bukankah ini hari ke-26 puasa? excited kah anda nak raya? OPKOS (jawapan reramai).

Abang (wah...! abang..!!) pun ada rasa sedikit keterujaan. Tapi kan, satu kesyahduan juga bila nak meninggalkan bulan mulia penuh berkat ni, betul tidak? Walaupun kebanyakan dari kita lebih banyak buat tahi mata dari bersengkang mata, namun hati kecil kita ini tetap sayangkan bulan pesta pahala ni.

Tahun ni pokcik buat kad raya digital sendiri. Tapi pokcik cilok lah design dia dari blog sape tah, pokcik lupa. Minta ampun yooo.... Nanti pokcik dapat detect empunya blog, pokcik tiom (errr....). Zaman ni kaw tahu lah, semua serba digital. Kalau boleh makan pun nak digital kan?!! Kan seronok cam zaman dodulu, main gantung2 kad raya. Bukan takat gantung kat dinding, ada sampai buat pokok ranting2, pastu gantunglah kad kat situ...ohsem kan? Sekarang kalau ada pun kad raya, guna kertas A4 yang printed sendiri.. auw auw auw... tapi, still ok lah. Untung juga masih dapat kad. Tahun ni pokcik blum dapat walau satu pung....

p/s: ramai kah yang dah balik kampung?semoga selamat

Sunday, August 12, 2012

Passport


Pokcik dah ada passport... fuhhh... first time ada passport ni rasa teruja lak. cam sakai pun ada.. hohohoho... ni passport dua tahun semata-mata. Nak buat yang lima tahun agak kering ya duit poket... so, 2 years from now, kena lah selalu fly... eh...!!!

p/s: sebagai pekerja menjaga kaunter, perlulah sering pamerkan wajah yang manis kepada pelanggan, tak kisah kaunter kerajaan ataupun bukan kerajaan

Saturday, August 11, 2012

Contest: Ucapan Selamat Hari Raya to Eqbal Zack

LinkHadiah x 2 [AEON BASKET HAMPER (RM50) + Duit Raya (RM50)]

Baik, tergerak hati untuk join contest ini. Syaratnya mudah sahaja. Mohon izin copy dari tuan tanah kedaung:

1. This contest is open to all followers/fans of www.eqbalzack.com.
2. Contest starts 8 August 2012 (Wednesday) and ends on 12 August 2012 (Sunday), 11:59 pm.
3. All entries received after 12 August 2012, 11:59 pm will not be entertained.
4. Winners list will be posted on www.eqbalzack.com by 14 August 2012 (Tuesday, 10.00 am).
5. Blog about this contest (tag at least 1 blogger) on your blog with a link back to this post.
6. Ucapan Selamat Hari Raya to Eqbal Zack in Bahasa Melayu or Bahasa Inggeris should be submitted via CONTACT FORM within this site. It is better to use a CONTACT FORM for this purpose to avoid plagiarism.
7. Winners will be selected based on the most creative message (no more than 50 words).
8. Hamper cannot be exchanged for cash.

Yang berminat, boleh click SINI. Masih ada masa....

Tag: Hawis

p/s: Ramadhan semakin hampir ke garis penamat untuk tahun ini

Berfikir

Gambar hiasan

Masa depan adalah perkara yang paling kerap aku fikirkan. Cuba meneka masa hadapan, sedangkan fikiran kita kemampuannya terbatas.

Berfikir..................

Apakah warna masa hadapan aku kelak?

p/s: berusahalah

Thursday, August 9, 2012

Hampir Terbabas


Rabu lepas, mean kemarin lah ya.... Pokcik and my bro gigihkan diri untuk membuat pasport. ext week dah nak fly. Baru terasa nak buat minggu ni kan...

Nasiblah sekarang ni kalau buat pasport kaw boleh tunggu sejam, dah siap. So, boleh tahan jugalah ramai orang yang datang buat pasport. Maybe nak bercuti sukaria atau ada urusan di luar negara. Kaw tahu lah zaman sekarang ni, orang naik kapal terbang macam naik bas saja. Tapi, kalau nak ke brunei pakai jalan darat pun kena pakai pasport ok...

Maka, dugaan nak hampir aidilfitri ni lagilah. Dekat bandar ni aku rasa macam dah ramai manusia yang tak bekerja. Kaw bayangkan lah pukul 3pm boleh sesak jalan raya. What do you expect? huhuhu...

Balik dah pukul 5pm kot. Lagilah jem, ditambah masyarakat balik kerja dan ada kerosakan kereta di tengah-tengah alam. huhuhu... Di satu kawasan perbukitan, pokcik terlelap. Serius terlelap dalam 5 saat. Bila pokcik sedar, dah hampir nak langgar divider. wow!! terhuyung hayang kereta tersebut... Alhamdulillah, Allah swt memberi izin agar tidak berlaku apa-apa. Syukur....

Moral untuk pokcik, setelah insiden itu, lebih berhati-hati membawa kereta. Malang tak berbau...

p/s: Kalau rasa mengantuk, silalah berehat sebentar

Monday, August 6, 2012

Ihya Ramadhan: Perkara membatalkan puasa


Walaupun Ramadhan dah masuk sesi pertengahan, pokcik dengan sukacita dan rendah hati nak kongsi tips perkara-perkara yang membatalkan puasa. Berikut adalah sebahagian daripadanya:

1. Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.

2.
Memasukkan sesuatu ke dalam dubur (jalan belakang) atau qubul (jalan depan) dengan sengaja.

3.
Muntah dengan sengaja

4.
Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak mengeluarkan mani (di siang hari)

5.
Mengeluarkan mani dengan sengaja

6.
Kedatangan haid atau nifas

7.
Gila sekalipun hanya sekejap masa

8.
Mabuk atau pengsan sepanjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam matahari

9.
Murtad


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."


p/s: teruskan perjuangan di bulan mulia ini

Sunday, August 5, 2012

Gambar: Ihya Ramadhan ABIM

Ceramah : Encik Milus Bin Abdul Wahab




Group pokcik, group 2... huhuhu




Pembentangan






Penutupan







Pemberian sijil

Pemberian sijil



Pemberian sijil







Lokasi: Surau SMK Taun Gusi, Kota Belud


Semoga program ini memberikan manfaat kepada semua

p/s: jadi fasi lor....

Saturday, August 4, 2012

Bebel pagi: Perancagan bertukar-tukar


Assalamualaikum...

Masih gagah berpuasa?hendaknya lah ya... Hari ini sepatutnya pokcik ada kelas UBS (computerize system) dekat town. Tapi pokcik dah tunda kelas selepas hari raya nanti sebab cadangnya nak buat pasport. 16 Ogos ni dah nak fly tapi pasport masih takdooo... guano?

Last-last harini rupanya tak jadi buat pasport. Sista ada perancangan lain pula, kata next week saja buat pasport. Adeh... nyesal lak pokcik batalkan kelas harini.... Dah lah pokcik memang bersemangat waja nak hadiri kelas UBS ni (ceh...cam dusta saja ayat kan).

So, pokcik sambil membasuh kain berfikir nak buat apa harini... takde perancangan.. hah!! baru teringat harini ada program Ihya Ramadhan bersama adik-adik sekolah lama. Well, rindu sekolah lama.. Maka, pokcik rasa nak opergi sebentar lagi.. jom lah... jadi abang-abang fasi katenyer.. hahaha...

Pokcik doakan harini adalah lebih baik utak semua teman-teman ya... weekend bukan hari untuk bermalas-malas okeyh...

p/s: lakukanlah kebaikan selagi kamu masih berkesempatan

Wednesday, August 1, 2012

Award: Follower ke 900

Hari ini dah mencecah follower ke 900. Baru 900 ke? hahaha....

Terima kasih buat follower tersebut (lihat anak panah merah). Pemilik bernama Nur Khairul Azizi Mohamad dengan webnya MYideakini [dot] com. sempoi kan? harap encik khairul sudi menerima award di bawah yang tak seberapa ini... Terima kasih juga buat followers yang lain. Jasa dan sokongan anda semua takkan dilupakan.


Mari ramai-ramai lawati web beliau myideakini.com , banyak yang menarik menanti kaw semua.

p/s: Terima kasih tak terhingga.

Maruah diri


Ada orang yang senang-senang menilai maruah diri orang lain. Oleh kerana mereka ada kemampuan dan kuasa, maka mereka melihat maruah orang lain itu boleh dijual beli seperti satu barang perdagangan. Malah harganya juga lebih murah dari barang-barang yang paling murah.

Mungkin manusia itu lupa, kemampuan dan kekuasan malah kudrat yang kita miliki sekalipun adalah pinjaman sementara dari Yang Maha Kuasa. Tiada sebab untuk kita menggunakan ia dengan cara yang salah dan merendah-rendahkan orang lain.

Maruah diri.....

Satu perkara yang perlu dijaga. Sekali ia tercemar, belum tentu ianya dapat dibersihkan. Kadang-kadang maruah itu dapat dibersihkan dari segi rohaninya, dan Allah mengetahui penyesalah manusia. Namun fitrah manusia, mana boleh melupakan titik noda. Yang buruk itu juga yang ingin dicerita ria.

Betul kata orang, jagalah tutur bicara. Kerana dengan berbicara tanpa kewarasan minda, akan menyebabkan kekacauan. Aku selalu berharap agar apa yang aku bicarakan tidak mengguris mana-mana pihak. Ya, tidak dinafikan guruan adalah rencah hidup manusia. Tetapi, kita perlu selalu berwaspada. Semoga apa yang aku tuturkan tidak mengaibkan sesiapa. aku takut kehilangan keluarga dan teman-teman. Apatah lagi jika mereka adalah yang sering mendoakan aku.

Ya Allah, bantulah kami yang sering terlupa. Ampunkan kami yang selalu menzalimi diri kami.

p/s: sentiasalah bermohon pada-Nya.. Tanpa henti