edDy sYrOl

Monday, December 31, 2012

Hari Terakhir 2012



Meniti hari-hari terakhir di tahun 2012, mengenangkan kembali apa yang telah berlaku disepanjang tahun ini. Pencapaian, suka, duka, tawa, tangis, keriangan, kegundahan, kegagalan, dan sebagainya. Semuanya berputar-putar dalam kepala pokcik ni.

Bermula dengan tarikh 1 January 2012, pokcik cuba imbas kembali setiap detik perjalanan hidup pokcik di tahun ini. Pokcik akui bukan semuanya keriangan, tapi tidak semuanya kedukaan. Ada detik-detik manis yang pokcik lalui dan InsyaAllah takkan dilupakan. Kedukaan akan dijadikan sebagai inspirasi dan mungkin motivasi untuk memperbaiki diri. Kedukaan mungkin kerana kegagalan mencapai sesuatu, biasalah kita sebagai manusia pasti memiliki cita-cita. Andai cita-cita itu belum tercapai, nah! Di situlah kedukaan. Melihat yang lain telah berada di landasan yang tepat, pasti mengundang rasa iri. Tetapi iri hati yang wajarlah kerana bukannya iri hati yang menyebabkan kita berfikir oraang lain perlu jatuh. Bukan..... Melihat kejayaan orang lain menjadikan pokcik lebih bermotivasi, andaipun tidak menyebabkan pokcik mahu mencari sisi kekuatan meneruskan usaha menjadi seperti mereka. Optimis kan penting dalam kehidupan. 

Tahun 2012 merupakan tahun penuh doa. Pokcik rasa pokcik tidak lepas dari memohon setiap hari. Dalam doa mahupun sepanjang ingatan masih tersisa. Doa untuk ibu bapa tercinta, untuk keluarga yang masih mendukung, buat sahabat-sahabat yang sama-sama berjuang dalam meniti hidup, serta saudara seagama. Tidak dilupakan buat mereka yang telah tiada. Semoga mereka juga sentiasa mengingati pokcik dalam doa mereka. Aminnn....

Oh ya, detik yang paling menggembirakan mungkin ketika dapat bertemu ayah bonda ketika hari raya aidilfitri yang lalu. Bukan senang bertemu mereka yang jauh di tanah seberang, berjuang untuk matlamat hidup mereka yang dicita-citakan. Berjabat tangan, berpelukan dan mencium tangan mereka di hari yang cukup bermakna untuk umat Islam, satu hari kemenangan. Terima kasih ya Allah di atas peluang tersebut. InsyaAllah pokcik mahu mengulangi detik tersebut. 

Hari ini, di akhir tahun 2012, semoga apa yang kita kerjakan adalah perlakuan yang bermanfaat. Diharap perlakuan yang baik akan mengatasi perlakuan yang tidak baik, iaitu Allah menerima apa yang kita kerjakan ditulis sebagai pahala bukannya dosa (pahala mengatasi dosa). 

p/s: mahu memperbaiki diri dalam semua aspek kehidupan

Tuesday, December 25, 2012

Perjalanan Kita Jauh atau Dekat?


Kita memang digalakkan untuk memandang ke hadapan. Memandang hari-hari yang mendatang. Dalam Islam sendiri kita dituntut untuk melakukan sesuatu perkara hari ini, untuk hasil yang baik di kehidupan mendatang (alam kekal). Maka berlatalah kita manusia di muka bumi ini melakukan seberapa banyak perkara baik agar ianya membuahkan hasil yang ranum di sana nanti. 

Kita berjalan, berjalan dan terus berjalan mencari kehidupan. Ada yang sudah menemuinya dan ada yang masih kekal mencari. Janganlah berputus asa di atas keterlambatan kita yang masih belum menemui kehidupan seperti orang lain. Memang tidak dinafikan nasib manusia itu berbeza. Ada yang cuma perlu berjalan sedikit sahaja kehadapan lalu menemui kehidupan bahagianya sebagai manusia. Namun, ada juga yang berjalan sejauh luasnya tanah tetapi belum memperolehi apa-apa. 

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar" ((Al-Bakarah, 2 : 153)

 Kita ada jalan hidup berbeza, kerana matlamat kita biasanya berbeza (walaupun akan bertemu matlamat akhir yang sama). Nasib kita juga berbeza dan kita akan memperolehi nikmat dengan cara yang berbeza. Jalanilah kehidupan kita selayaknya kita sebagai manusia, yang hanya mampu berusaha dan berharap yang terindah akan berlaku dalam hidup.

p/s: untuk aku, untuk kita

Friday, December 21, 2012

Luka di Kaki Siapa Yang Tahu


Gigih kumpulkan sampah di pagi hari. Dedaun kering, sisa-sisa buangan makanan, dan kayu-kayu reranting yang kekeringan. Semuanya dikumpulkan menjadi satu.

Angkut nak bakar di suatu tempat. Ahhhh.... aku memang hobi buat pembakaran terbuka ni. Kaw suruh ja aku bakar apa - sampah, kayu, kereta, rumah - semua aku boleh bakar.

Waktu tengah sedap mengangkut sampah ke tempat pembuanga, tiba-tiba zapppp..... oh enaknya....! Duri di ranting pokok bunga kertas menerobos kaki. Darah bersepai-sepai (over kan ayat..) ke bumi.

p/s: Jangan bangga sangat membakar sampah =.='

Thursday, December 20, 2012

Official Music Video | Tasha Manshahar & Syed Shamim - Be Mine









Pertama kali dengar lagu ini sebelum dirakam penuh ialah waktu lagu ni masih ada mixed bahaya Melayu dan Inggeris... Still sweet, tapi yang versi ini lebih kaya dengan muzik dan kedengaran lebih menarik.....

p/s: like it............!!!

Sunday, December 16, 2012

Senda Tawa Bercinta






gambar hiasan



Ayang : Hai B, apa yang penting sangat nak jumpa ni?

Hubby : I nak putus dengan U. I dah tak tahan dengan sikap U. Mulai malam ni, U ikut haluan hidup U, I ikut haluan hidup I. OK..!!

Ayang : Alaaaa... B.... Janganlah macam tu. I baru nak hadiahkan U Iphone 5 tau...

Hubby : Eh...ye ke? errrr... I gurau je sebenarnya... hehehe

Ayang : I pun gurau je....


p/s: perhubungan mesti ikhlas...

Friday, December 14, 2012

Untuk mu Palestine



Palestine.... menjadi tanah yang di mimpikan oleh zionis yahudi. Mimpi mereka semakin hampir untuk memiliki keseluruhan tanah suci milik rakyat berhati besar ini. Rakyat Palestine menjadi pelarian di tanah sendiri. Kejam kan zionis Israel ni...

Setelah lebih kurang 8 hari melakukan serangan ke atas Palestine, Israel akhirnya akur dengan gencatan senjata. Wah....!! seluruh dunia meraikan kemenangan ini, malah pintu perbatasan dari / ke gaza kepada negara2 terdekat juga dibuka (kecuali Israel yg tetap enggan). Ya, kita selayaknya meraikan kemenangan ini. 

Cuma apa yg di bimbangkan adakah kekejaman Israel akan berhenti di sini? aku percaya Israel masih tidak akan berhenti. Selagi mereka tidak memiliki keseluruhan Palestine, dan selagi US dan negara-negara sekutu masih berpihak kepada mereka, maka Palestine masih belum selamat. Sama-sama kita berdoa untuk sahabat-sahabat kita di sana. 

Eh, you guys masih boikot tak barangan yang label asal yahudi? Banyak kan? senarai boleh google saja. Well, ada pihak yang mentertawakan tindakan boikot ini. Kata diaorang, buatpa nak boikot, banyak barangan yahudi ni untuk kesejahteraan hidup kita. Kalau boikot semua, macam mana nak hidup? 

Phewww... anda silap. Semua adalah bergantung kepada kita. Sekarang banyak pilihan brothers and sisters. Tinggal mahu atau tidak mahu. Ingat ya, boikot ini prinsip dia adalah "IT IS NOT ABOUT THE RESULT, IT IS ABOUT THE ACT". Kita boikot bukan nak 100% berhasil (kalau berhasil menjatuhkan yahudi, syukurlah). Tetapi, ini adalah berkenaan kesedaran kita serta keperihatinan kita kepada sahabat-sahabat kita yang sedang ditindas. Boikot mana yang mampu. Kalau dah terbeli barangan-barangan yahudi, pakai sajalah. Nak buang membazir bukan? Think....




Mari sama-sama dengarkan lagu baru untuk Palestine. Dendangan Syahir Ahnaf dan rakan-rakan. Nantikan interview pokcik dengan Syahir ok...

p/s: bila kita mahu membantu, InsyaAllah kelak kita juga akan dibantu...

Thursday, December 13, 2012

Penghinaan Untuk Negeri *********







Maaf, entry ini bukan berniat untuk menimbulkan kemaharan kepada sesiapa. Bukan juga untuk mewujudkan permusuhan kepada mana-mana pihak. Cuma, entry ini untuk kita sama-sama fikirkan.

Layak tidak untuk kita membuat kesimpulan berdasarkan satu dua tiga empat lapan sepuluh hal yang kita temui, dan kita rangkumkan ia menjadi satu kesimpulan muktamad bagi memburukkan sesuatu subjek? bagi aku tidak adil. 

why?

macam print screens di atas, jelas kan ada piha yang telah merendahkan sesebuah negeri. Bukankah ianya seperti tidak menghormati sebuah negara yang diduduki, malah melanggar etika dan prinsip masyarakat majmuk yang saling menghormati. Aku percaya, orang yang bercakap tersebut menghadapi masalah pergaulan sosial yang teruk sehinggakan tidak mampu untuk berpandangan jauh dalam mengutarakan pendapatnya... semuanya membabi buta.... 

Aku bangga lihat ada orang yang boleh berkawan dengan sesiapa sahaja, tidak kisah dari negeri mana. Semua boleh menjadi kawan, sahabat atau teman. Memang mana-mana negeri pun ada keburukan dan sudah tentu ada kebaikan. Itu lumrah sesebuah tempat. Cuma kita sebagai manusia, kalau hidup di tempat orang, tahu membawa diri, tahu menjaga diri.

p/s: pengajaran untuk semua. hormati sesiapa sahaja, atau lebih tepat HORMATI APA SAHAJA

Tuesday, December 11, 2012

Hadiah Hari Lahir Penuh Makna



kek yang berperisa coklat dan memiliki buah-buahan itu hadiah dari my sister. Small but feelin' sweet.. thx ya.... 


Terima kasih juga buat semua rakan-rakan yang telah wish birthday pokcik pada 8/12/2012 tempoh hari. Semoga doa-doa kalian untuk kesejahteraan pokcik akan dikabulkan oleh Allah. Beruntung pokcik sebab ada rakan-rakan yang sudi doakan pokcik dan masih ingat dekat pokcik.... Doa kaw kaw semua akan pokcik kenang sebagai jasa, dan jasa baik kaw semua pokcik serahkan pada Yang Maha Esa untuk membalasnya.

p/s: kejap je merasa umur genap yoo... 2013 tak lama lagi.. nasiblah birthday bulan doblas...

Sunday, December 9, 2012

Tiada Pendirian

Manusia yang tiada pendirian lebih teruk dari lalang. Sedangkan lalang biarpun ke kiri dan kanan mengikut tiupan angin, tetapi lalang tetap berdiri di tempatnya. Manusia? 

Manusia yang tiada pendirian mudah untuk dipermainkan. Mereka akan mengikut kata nafsu dan lojik akal orang lain untuk menjalani hidup. Mungkin juga bagi mereka apa yang orang lain katakan adalah yang terbaik untuk kehidupan. 



Pendirian atau prinsip hidup perlu dipegang. Tapi jangan sampai kita memiliki prinsip yang bukan-bukan hingga memudaratkan diri sendiri. Sebagai insan yang sudah akil baligh, sudah dewasa, dan mampu untuk membezakan baik dan buruk sesuatu perkara, adalah lebih baik kita membuat penilaian tentang pendirian hidup yang ingin kita pegang. Membaca, bertanya kepada orang-orang yang berpengalaman, dan rujuk kepada syariat (agama).


p/s: berdoalah semoga kita dijauhkan dari hidup yang tidak membahagiakan kita di akhirat kelak

Saturday, December 8, 2012

Selamat Ulang Tahun Sayang


Sayang,
Selamat menyambut hari ulang tahun yang ke-17 <---- b="b" nbsp="nbsp" perasan="perasan">
Semoga sayang panjang umur murah rezeki, selalu dalam rehda Allah dan bahagia serta selamat dunia akhirat....



p/s:  ucapan untuk eddy syrol dari pokcik... heeeeee

Monday, December 3, 2012

Majlis Resepsi Nurulidayah dan Jay


Tahniah buat akak nurul kerana berjaya melangsungkan perkahwinan.. ayat pokcik cam pertandingan lumba lari je kan? hewhewhew...  Nurul ni member pokcik dekat sekolah menengah... sama-sama pengawas pusat sumber, kemudian form six satu kelas. Dia ni lah antara member yang selalu ajar dan motivated aku di sekolah untuk practice english speaking. 


Pengapit pengantin perempuan tu adik nurul.. Pokcik lupa nama dia... besaq dah dia baq hang....



Nurul ni bukan pandang kamera DSLR, tapi pandang kamera empon aku.. ayooo..hahaha



Pokcik doakan Nurul dan Jay bahagia sampai ke syurga... 

p/s: turn pokcik asik orang tanya saja... =.='

Saturday, December 1, 2012

Mimpi ke Sandakan

ini tiket Sdkn - KK

Pada 21 November 2012, aku, akak dan abang ipar terbang ke Sandakan. Sebuah daerah yang berkembang maju di Sabah ini. Bukan bercuti ok, tapi abang ipar menjalani pembedahan hempedu. At first akak cakap nak ajak aku, naik flight pula ke Sandakan, diri ku terasa seperti bermimpi (over kan ayat).

Dah lama member aku Donn ajak aku datang Sandakan jalan-jalan tengok tempat lahir dia. Tapi aku selalu cakap "tak boleh naik bas". hohoho..kekwat kan!! bukan sebenarnya, tapi aku memang takut naik bas untuk perjalanan jauh. Sejak aku tengok berita kemalangan bas yg sampai penumpang mati putus kepala. Jadi macam fobia pula. Donn suh naik flight, gile kaw mahal..!! so, bila akak ajak temankan, aku memang rasa seperti mimpi. 

* panjang mukadimah kaw pokcik..!! hewhewhew


ini hidangan dalam flight sdkn - kk




ohsem view


Waktu berada di sandakan, bestfriend pokcik Donn dan bro Rosman yang banyak tolong. Bro Rosman sudi pinjamkan kereta dia untuk kegunaan ulang alik kami dari hotel ke hospital, padahal tak la jauh sangat. Ada maybe dalam 1000 meter kot. Donn banyak bawa pergi jenguk tempat-tempat menarik di sandakan. 

Pokcik nak ucapkan ribuan terima kasih buat Donn dan bro Rosman sebab sudi sambut kedatangan kami bertiga. Juga buat Cikgu Shikin sebab sudi jenguk kami dekat hospital. One day, pokcik nak datang lagi untuk bercuti kot, sebab ni datang bukan untuk bercuti. Tapi untuk pembedahan abg ipar. Alhamdulillah, sekarang abang ipar dah ok dah... Cuma banyak kena pantang makan lah. 

 


Balik dari sandakan jiran bagi kuih muih ni. Enak..!! pokcik makan sorang je hokey..hahaha... Sampai habis :p







Colorful chocolate candy... dan asam apa tah aku dah lupa... beli dekat KKIA sebelum balik rumah.



p/s: Sandakan..!! tunggu mimpi aku seterusnya...