edDy sYrOl

Monday, October 31, 2011

Tragedi keretapi Meletup di Sabah, 2011

31 Oktober 2011, kemalangan tragis melibatkan keretapi dan lori minyak Shell di hadapan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA). terima kasih buat teman-teman FB atas ihsan gambar. takziah buat mangsa yang terlibat.




p/s : malang tidak berbau

Sunday, October 30, 2011

Eqbalzack Monthly Contest: Rich Blogger: Fact or Fiction?


Hendak seribu daya, mahu seribu cara. Pepatah yang sangat tepat untuk menggambarkan tajuk yang diberikan. Memang diakui ada pro dan kontra dalam menentukan sama ada benar bahawa ada blogger yang boleh meraih keuntungan melalui dunia blog. Sebenarnya, jika kita fikirkan dengan baik, setiap apa yang kita lakukan dengan usaha yang gigih, pasti akan membuahkan hasil. Semuanya bergantung kepada usaha gigih kita dalam memastikan sesuatu usaha itu berhasil atau hanya merupakan tindakan melepaskan batuk ditangga.

Jika anda membaca novel karya Habiburrahman El-Shirazi berjudul “ketika Cinta Bertasbih” jilid ke-2 ada menyatakan jenis manusia yang bekerja. Petikan dialog berbunyi:

“rajin dan aktif pun belum cukup. Ada yang lebih penting sebelum rajin dan aktif, iaitu alasan kenapa harus rajin dan aktif. Ada aktif yang sering menimbulkan kepenatan sahaja dan ada giat yang membawa hasil yang luar biasa. Banyak orang yang tidak dapat membezakan antara sibuk tetapi tidak produktif. Mereka yang Cuma sibuk tetapi tidak produktif, dalam bahasa Caroline Donnelly diibaratkan kincir angin berupa manusia. Nampaknya bekerja keras tetapis sedikit hasilnya.”

Kita teliti ayat di atas “ada yang lebih penting sebelum rajin dan aktif, iaitu alasan KENAPA harus rajin dan aktif”. Seorang blogger yang tahu alasan kenapa perlu aktif dan rajin untuk menulis blog, pasti akan mencapai matlamat yang diinginkan. Jika alasan mereka adalah untuk memperolehi keuntungan, maka mereka perlu menetapkan elemen yang boleh mendatangkan hasil di dalam blog mereka. maka di sini benar, keuntungan melalui blog adalah satu kenyataan, bukanlah bualan kosong.

Jika kita ingin menjadikan blog kita sebuah blog personal, tidak bermakna kita menguruskan blog dengan cara “asal ada” sahaja. Kita masih perlu untuk merancang dari hari ke hari. Apatah lagi jika kita inginkan blog yang boleh memberikan pulangan wang ringgit. Blogger yang bijak adalah mereka yang tidak pernah berhenti untuk terus meningkatkan kualiti penulisan kerana sesebuah blog perlu terus berkembang dan berkembang.

(300 patah perkataan)

Saturday, October 29, 2011

saya stress


stress-nya bila ....

.... bila ada someone yang harap kita fulfill kehendak dia sedangkan dia tidak tahu yang kita sebenarnya tidak mampu untuk penuhi apa yang dia inginkan. stress di sini sebab kita tidak mampu memenuhi kehendaknya dan ada sedikit bebanan kerana kita rasa mahu penuhi tetapi tidak mampu melakukannya.

.... bila ada someone yang tiba-tiba cakap sesuatu yang anda tidak buat, tetapi dia rasa anda buat. stress bila this kindda miss communication happened. sometime we haven't chances to explain tapi kita terus dikatakan seolah-olah melakukan kesalahan. this is stressful.

.... bila anda rasa ingin berubah, tetapi masa lalu yang tidak baik datang seolah-olah menjadi penghalang kepada keinginan anda untuk berubah. stress kerana kita benar-benar mahu berubah, dan di saat keinginan itu kuat dalam diri, ketika itu juga masa lalu yang tidak baik betul-betul hampir dengan kita.

.... bila kita mahu menyelesaikan kerja tetapi hati dan minda kita berada pada hal-hal lain. this is unpredictable.

.... bila kita mahu sedikit ruang untuk diri kita, tetapi tiba-tiba datang pula gangguan yang menghapuskan ruang yang kita cipta.

stress bila kita mahu jadi baik, tetapi ada yang tidak percaya bahawa kita akan jadi baik.

p/s : agak serious malam ini =.=

sabtu dengan relax adalah indah

selamat tengah hari. hari ini lewat bangun sebab natijah tidur balik lepas subuh. padan muka aku. bangun pening2. mandi pun agak lewat DAN habis saja mandi, black out. what the fish aku kembali berpeluh, sebab panas. takpe lah, aku relax2 dekat beranda sambil makan mee segera.

walaupun semalam tidur agak lewat ya kawan2, tapi pagi ni bila angin membelai tubuh badan aku (kaw tak teruja ke dengan ayat aku ni?) buat aku rasa sgt peaceful dari biasa. sambil dengar hot.fm aku BW je. siapa2 yang aku sempat BW tu, sorry respond maybe agak tak memuaskan ditambah kepala agak tingtong lagi. yang aku tak sempat nak masuk BW tu, maafkan aku. nanti aku usha2 lagi yaw.

hari ini ada pesta TAMU BESAR kat tempat kau. sampai besok. siapa nak tahu apa tu tamu besar, kaw2 semua silalah google.

p/s : masih ngantuk. =.=

Friday, October 28, 2011

regular black out



agak tension di sini. asal maghrib dan malam2 SESB tak mampu nak salurkan bekalan elektrik dengan baik. ape ni ape ni? ada masalah ka? apsal tak mention dengan pengguna? pengguna bayar bil kot..

ekceli, inilah masalah dan dilema yang kami kami kami di sini hadapi. i believe kalau dkt bandar SESB buat mcm ni, dandan kena complain dan kena hentam. haritu aku dah buat complain, aku call careline SESB, drg cakap ada masalah dengan ape tah aku lupa. i don't wanna know about the problem (betul tak?) sebagai sebuah syarikat monopoli, electricity yang memang takde yang nak saing, dan juga syarikat swasta, seharusnya effectiveness menjadi keutamaan. bukankah dalam prinsip sesebuah perniagaan, kepuasan pelanggan is priority? ke ada method baru? ce kaw bisik sikit kat cuping telinga aku yang suci ni?

well, bukan apa. kadang2 ada syarikat yang ambik mudah hal2 mcm ni.apatah lagi di kawasan luar bandar, they just simply threat customer as ****. aku masih ingat zaman 90-an dulu, time tu tak salah masih lagi nama lembaga letrik, drg akan tampal pengumuman2 kalau ada masalah dengan perkhidmatan. so now, what happen? adakah semakin hebat teknologi semakin sukar maklumat utk disampaikan? lu pikir lah sendiri..

p/s : bukan marah tapi nasihat =.=

kalau nak aku baca BLOG kaw ....


kalau kaw nak aku baca blog kaw ....

... make sure blog kaw tak loading lebih dari 15 minit. kalau ngam2 15 minit, aku ley maafkan lagi.lebih dari tu, sah2 aku pangkah. kejam kan aku. blog berat memberatkan kepala.

... make sure takde iklan yang menutupi entry kaw. aku ni tak suka pada halangan mata. so, bila pandangan mata suci aku terhalang, sah2 lah bikin panas.

... make sure takde background song yang takleh di off. sebab aku memang selalu dengar lagu even aku tak bukak blog kaw. so lagu kat blog kaw, plus lagu kat laptop buat aku pening.silelah simpan lagu yang boleh di off-kan.

... make sure entry tak lebih dari 100 patah perkataan. boleh lebih dari 100 patah perkataan, tapi make sure menarik gile2.sumpah aku memang baca entry panjang2 asalkan menarik.gua tak tipu derr... pagi tadi gua dah baca entry zoe joyah (tak reti eja nama kaw..hehehe) yang panjang giler2.

p/s: aku budak baik sebenarnya =.=

Thursday, October 27, 2011

Jawapan untuk Mr. Shuwiit....

fine..! bikin panas... adalah sorang mamat ni berani betul tag aku soalan-soalan cepumas.. kalau dinar emas takpe gak. ni soalan emas je.ley tukar dekat bank negara malaysia ke aku tanya kaw? opkos lah tak..! siapa orang itu? dialah Fezul Fadhley.
korang tak kenal? pe cer kaw tak kenal. kalau kaw tak kenal, jangan harap kaw boleh masuk sarawak. aku kenal dia, so boleh lah aku masuk sarawak makan kek lapis banyak-banyak-banyak. (arghh...membebel).

sebelum jawab soalan, ada rules yang kena patuhi. kaw tak tau yang aku tak suka rules and regulation. kene ke buat? tapi aku tetap gigih untuk copy+paste di bawah ini:

  • You must post these rules. Each person must post 11 thing about themselves in their journal.
  • Answer the questions the tagger set for you their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.
  • You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
  • Go to their page and tell them you have tagged him/her.
  • No tag back.
  • No stuff in the tagging section about "you are tagged if you are reading this" you legitimately ( a.k.a really, trust, with all honesty ) have tagged 11 people.
BTW,11 things about Eddy Syrol yang kacak are:

1. lahir di sabah berketurunan jawa (suku sunda).
2. sangat suka nasi lemak dan soto.
3. berat badan tak pernah cecah more then 55kg.
4. i am so different in reality,sebab dalam laman sembang aku cam gampang banyak cakap itu ini.
5. tak suka coffee + nescafe atau makanan seerti dengan dua benda ni.
6. mudah sakit perut =.=
7. suka buangett dengan pantai dan pulau-pula indah.
8. tak reti berenang =.=
9. panas baran, tapi jarang tunjuk kemarahan.
10. pe-mandi yang lama. sgt lama dalam bilik mandi....
11. putih+hitam+hijau+biru+gray are match with my heart.

jawapan utk soalan Fezul:

1. Bila tarih lahir anda?
8.12.1986 (sila ingat..!!) aku nak hadiah..

2. Berasal dari keturunan, agama & tempat asal mana?
keturunan sila rujuk atas. Islam agama terbaik! asal sabah, the cawboy of the east.

3. Sekiranya dilahirkan sebagai artis, anda nak jadi siapa?
serious aku tanak jadi artis.kalau just public figure selain artis nak lah.beza kan?nak seperti Ally Iskandar. dia pengacara yang hebat.

4. Bila kali terakhir anda menangis? Sebab?
tadi. sebab abang aku sakit lagi dan aku takley jenguk dia sebab duduk jauh. =.=

5. Awak minat gadis yang macam mana?
bersopan santun, mentaati agama dan BIJAK.

6. Korang tengah buat apa tadi sebelum jawab soalan ni?

aku baru habis baca yasin then call abg aku tanya khabar.

7. Saat-saat indah bersama orang tersayang, bila...
hari raya.. semua family berkumpul.memang indah.irreplaceable moment.

8. Kalau berlakon dalam filem hantu, nak jadi watak hantu siapa?
jarang hantu lelaki.kak limah lah.sebab dia cun!

9. Apa korang selalu buat kat Blog aku?
baca dan kadang2 komen.

10. Kenapa suka berblog?
sebab aku suka menulis dan membaca. manusia di kurniakan dua mata, dua telinga,dua tangan dan mcm2 dua. so, jrg bercakap tapi banyak melihat dan mendengar. (menjawab kew?)

11. Apa pendapat korang tentang aku? JUJUR!
errmm... kaw meningatkan aku pada kek lapis sarawak..okbai..! hehehe... well, kaw blogger yang hebat.hebat itu subjective dan aku ada persepsi aku tentang orang2 yang hebat pada pandangan aku.

so, utk cukupkan syarat entry ni, aku nak bagi soalan padu maut. hambekk kaw..

1.fullname anda.
2.berasal dari mana dan sekarang berada di mana?
3.siapa manusia pertama yang kaw jatuh cinta sangat2..nyatakan! (optional to tell the name)
4.apa perkara yang sama antara kaw dengan aku?kalau ada.
5.yang kaw nak sangat complain pasal blog aku, apa dia?mesti ada.
6.tempat percutian idaman?
7.target kahwin?
8.result SPM berapa?jujur dan jangan malu2!
9.hp pertama yang dibeli sendiri?
10.perkara yang kaw nak sangat terjadi berulang kali dalam hidup. (cthnya: konvo <--ni aku, takley tiru).
11.kaw rasa aku ni mcm mana orangnya
?


p/s: silalah jawab, dan tag aku.aku nak baca entry kaw2 semua dan aku nak kutuk! okbai..



breakfast freak

i took two type of kuih. tu bengka kacang merah + kuih mcm bentuk karipap tu aku tak tau nama. kaw tau? ley bagitau aku?

tetiba goreng ayam untuk breakfast. seketul saje ye.. cecah sos thai (sos burma tak ley..!!).

minum milo susu... minum milo, kita jadi johan...eh eh..takmau aku jadi johan raja lawak..*ngeee

p/s : agak kenyang di sini =.=

Wordless Thursday #13


p/s : =.=

Wednesday, October 26, 2011

saiz buaya lebih besar dari aku


buaya yang taff

malam ni, ketika makan malam, sambil menonton berita tv1, ada kisah tentang seorang makcik dkt sarawak yang hampir di baham buaya.tapi buaya tu dpt ditewaskan dengan mokcik tersebut tumbuk mata buaya tu..padan muka kaw buaya..!! terror gile mokcik ni.. mesti lebam mata buaya tu. tapi buaya tu sempat gigit kaki dan tangan mokcik tu, kesian mokcik tu trauma.

ketika ini lah abang aku buka cerita. dia cakap....

"hari tu kami pergi limbang (sarawak). kami naik bot. masa dalam bot, kami nampak buaya tu dipermukaan air. besar, LAGI BESAR DARI EDDY."

dengan muka bingung dan bermonolog dalam hati, aku pun berkata "perlu kah aku menjadi perbandingan dengan buaya."

itu sajork nak cite..kbai..!!

p/s : agak mengantuk, namun kerja perlu disiapkan.. berusahalah..!

bunga tahi ayam

POKOK bunga tahi ayam menghasilkan bunga yang cantik dan warnanya sama ada kuning atau oren terang memang menarik lagi sesuai untuk dijadikan tanaman hiasan di halaman rumah.

Mungkin kerana baunya tidak seharum bunga mawar, melor, cempaka dan lain-lain, pokok bunga tahi ayam tidak begitu diminati sebilangan orang.

Pada asasnya tumbuhan ini mempunyai khasiat yang baik pada sudut perubatan herba kerana ia mempunyai sifat antiseptik yang sesuai untuk merawat luka-luka pada tubuh badan.

sifat antiseptik tumbuhan yang dalam saintifiknya dinamakan sebagai Lantana camara ini, terkandung pada lendir yang keluar dari daun-daunnya yang segar bila diramas.

Kalau dipupuk daun-daun yang diaramaskan itu pada luka yang kita alami, ia mampu mengelakkan infeksi, menghentikan darah keluar dan luka-luka cepat sembuh

berdasarkan pengakuan beberapa pengamal perubatan tradisional tempatan, daun-daun pokok bunga tahi ayam ini juga sesuai untuk merawat bengkak ataupun terseliuh pada anggota yang tertentu

Caranya adalah dengan meramas beberapa helai daunnya dan pupukannya di tempat yang bengkak atau tenseliuh. Balutlah ia dengan sehelai kain dan biarkannya sehingga rasa bengkak itu hilang.

p/s : so, jangan lah pinggirkan bunga ni okey (~_~)

kemalangan yang sadis

kaw boleh imagine tak mcm mana keadaan pemandu?

since aku agak gayat di tempat yang tinggi, never thought akan berada dlm situasi ini..kaw pun silalah sama dengan aku..

kaw rasa kereta ni knp? ermmm

ganti rugi kedai, ganti kereta... mahal!!

kat oversea, pemandu duk sebelah kiri...selamatlah..kalau kat malaysia, apa kaw rasa?

p/s : ingatlah orang yang tersayang (~_~)

alaa...semua orang boleh jadi shantekkk..!

pic lisa just gambar hiasan je.. saja nak bagi semangat di kala pagi hening ni.hening ke pagi?

kaw tau, semua orang boleh je jadi cantik dan ensem apatah lagi dengan teknologi yang ada kini. alaa..tak guna teknologi bedah2 pun boleh kelihatan shantekkk...


kaw tengok pakcik n i... ensem ke? lu pikir lah sendiri...

mampu kaw make up mcm pakcik ni. gigih ok dia....

hah..! hasilnya.. see? bertapa totally different dari wajah asal. kaw make up je muke kaw tu bagi lawa. toksah nak bedah plastik. tahu tak plastik ni susah nak terurai kalau dalam tanah.. erkkk..!!
kalau nak bagi muka nampak licin , sila photoshope kan time kaw edit pic kaw. bagi clear skin tahap tinggi, mesti giler licin. aku selalu buat lah (kantoi)...

moral : jangan tertipu dengan pic2 kat FB ok!

p/s : yang natural itu lagi indah (~_~)

saya anti zionis!

kejamnya zionis

Zionisme ialah gerakan orang-orang Yahudi yang bersifat ideologis untuk menetap di Palestin, yakni di bukit Zion dan sekitarnya. Untuk mencapai cita-citanya, Zionisme membangkitkan fanatisme kebangsaan (keyahudian), keagamaan dengan mempergunakan cara kekerasan untuk sampai kepada tujuannya. Zionisme memakai beberapa tipudaya untuk mengurangi dan menghilangkan sama sekali penggunaan kata “Palestin”, yakni mengganti dengan perkataan-perkataan lain yang berkaitan dengan sejarah bangsa Yahudi di negeri itu. Digunakanlah nama “Israel” untuk negara yang telah didirikan oleh mereka, sebab Zionisme di Palestin identitinya adalah kekerasan, kezaliman dan kehancuran. Kaum Zionis mengambil nama Israel adalah untuk mengelabui dan menipu orang ramai, bahawa negara Israel itu tidak akan menggunakan cara-cara yang biasa digunakan oleh kaum Zionis. Pada hal dalam hakikatnya secara realitinya tidaklah ada perbezaan sama sekali antara Israel dengan Zionisme.

Protokol Zionisme adalah suatu konspirasi jahat terhadap kemanusiaan. Protokol berarti pernyataan jika dinisbatkan kepada para konseptornya, dan berarti laporan yang diterima serta didukung sebagai suatu keputusan jika dikaitkan pada muktamar di Bale, Switzerland, tahun 1897, yang diasaskan oleh Teodor Herzl.

Sebahagian kecil dari protokol-protokol Zionisme itu akan disampaikan seperti berikut:

  1. Manusia terbahagi atas dua bahagian, iaitu Yahudi dan non-Yahudi yang disebut Joyeem, atau Umami. Jiwa-jiwa Yahudi dicipta dari jiwa Tuhan, hanya mereka sajalah anak-anak Tuhan yang suci-murni. Kaum Umami berasal-usul dari syaitan, dan tujuan penciptan Umami ini untuk berkhidmat kepada kaum Yahudi. Jadi kaum Yahudi merupakan pokok dari anasir kemanusiaan sedangkan kaum Umami adalah sebagai budak Yahudi. Kaum Yahudi boleh mencuri bahkan merampas harta benda kaum Umami, boleh menipu mereka, berbohong kepada mereka, boleh menganiaya, boleh membunuh serta memperkosa mereka. Sesungguhnya tabiat asli kaum Yahudi ini bukan hanya ada disebutkan dalam protokol dokumen rahsia Zionis tersebut, melainkan ini adalah warisan turun temurun sejak cucu Nabi Ibrahim AS dari jalur Nabi Ishaq AS ini mulai mengalami dekadensi (baca: busuk ke dalam), iaitu sepeninggal Nabi Sulaiman AS. Ini diungkap dalam Al Quran (transliterasi huruf demi huruf): QALWA LYS ‘ALYNA FY ALAMYN SBYL (S. AL ‘AMRAN, 75), dibaca: qa-lu- laysa ‘alayna- fil ummiyyi-na sabi-l (s. ali ‘imra-n), artinya: mereka berkata tidak ada dosa bagi kami terhadap orang-orang ummi (3:75).
  2. Protokol Zionisme tentang faham jiwa-jiwa Yahudi dicipta dari jiwa Tuhan, hanya mereka sajalah anak-anak Tuhan yang suci-murni, sangatlah menyimpang dari syari’at yang dibawakan oleh Nabi Musa AS. Mereka yang menyimpang inilah yang dimaksud dengan almaghdhu-b, artinya yang dimurkai dalam Surah Al Fa-tihah ayat 7.
  3. Protokol-protokol Zionisme itu merancang serangan pemikiran dengan menyebarkan fahaman-fahaman yang bermacam-macam. Fahaman yang mereka sebarkan berbeza dari masa ke masa. Suatu waktu memperkenalkan sekularisme kapitalisme, suatu waktu menyebarkan fahaman atheisme komunisme, kemudian dengan fahaman sosialisme. Untuk menebarkan pengaruh internasional, protokol-protokol itu antara lain berisikan perencanaan kewangan bagi kerajaan Yahudi Internasional yang menyangkut mata wang, pinjaman-pinjaman, dan bursa. Media surat khabar adalah salah satu kekuatan besar dan melalui jalan ini akan dapat memimpin dunia. Manusia akan lebih mudah ditundukkan dengan bencana kemiskinan daripada ditundukkan oleh undang-undang.
p/s : say no to yahudi @ zionis..!!

Tuesday, October 25, 2011

Perfume 6IXTH SENSE


perfume ini berharga RM38. Terdapat dalam 2 jenis iaitu:-
Biru – untuk lelaki.

Merah – untuk wanita

6ixth Sense Marketing juga turut mengeluarkan produk deodaran yang memiliki CK1 untuk lelaki dan TOMMY GIRL untuk wanita yang berharga rm16 sahaja. 100% tanpa alkohol.

PERFUME HANYA TERDAPAT DI 6IXTH SENSE MARKETING SDN BHD SAHAJA.TIDAK ADA DIMANA MANA KEDAI MAHUPUN PASARAYA. SEBARANG PERTANYAAN BOLEH EMAIL PADA -

sixthsenseadm@gmail.com

p/s : anyone yang sayangkan aku, hadiahkan lah satu.. =.= ok, takde... bai..!!

Monday, October 24, 2011

malam-malam bosan

gua malam ni bosan sangat2. so bila bosan, gua memang tak senang duduk. ekceli, banyak lagi kerja gua yang kena buat, tapi gua rasa malas nak buat. as freelancer ni, sebenarnya kena rajin. tak rajin, kaw tak makan.

untuk menghilangkan bosan, gua like ape benda tah apa-apa dalam FB tu. then gua dengar hot.fm bersama deen memalam buta ni. hairan gua carta dia ni ada a few lagu korea. kaw tau lah kan bila dengar radio guna internet ni, kadang2 dia buffering. so, bila dia ok je dr proses buffering tu, keluar lagu korea. kalau aku faham takpe =.=

then, gua borak2 dengan blogger feymes iaitu hans. gua pun tak tau apa gua borak-borak dengan dia.. sebab hotak gua agak bingung, so gua main cakap je. janji gua dapat ganggu hidup dia.buwahahahaha.. pastu, gua tanya betul ke dia kurus? jawapan dia, sila lihat blog dia sendiri lah.malas ckp sini, kaw bukan OKU pun takleh bukak blog dia.

then, gua ganggu wall sorang awex ni. saje je post kat wall dia benda2 merapu. mesti semua jejantanz benci kat gua time tu.lantakkk!!

sekarang gua ok sikit dari bosan sebab gua tengah makan kropok moni. kaw mesti jeles kan? belilah sendiri, bukan mahal =.=

p/s : merapu meraban

Sunday, October 23, 2011

Marco Simoncelli Crash in Sepang - Malaysia 2011 R.I.P Marco.flv

the tragic incident at SEPANG...

Eddy Interview Retis : Piqah yang BAGUS

apa khabar semua? harap dalam keadaan sihat sejahtera, di hujung minggu yang permai ini. memang minggu ini, as well last week adalah minggu yang boleh dikatakan busy. busy apa tu? busylah. kan tahap ke-busy-an orang tu berbeza-beza. sebab tiap dari kita ada jalur hidup yang juga berbeza (~_~)

hari ini, ES akan menampilkan seorang awekx cun untuk anda semua. tapi sila jangan lekatkan muka angpa dekat screen lappy yaw. tu mmg tahap keji punya perangai..hohohoho.. baiklah, ES akan menampilkan seorang Nur Rafiqah atau lebih dikenali sebagai Piqah Bagus. bagus betul dia ni. jom kita sama-sama ikuti temu bual ES ini.

1. apa yang anda suka dengan blogging?

Piqah : Emm apa yang saya suka ya? Saya suka blogging sebab saya rasa sangat puas selepas berblogging. Tiap kali selesai mengekspresikan sesuatu dalam blog, hidup terasa lebih bermakna. (agak hiperbola di sini). Blogging juga dapat membuatkan saya lebih rajin mencari hal-hal berkaitan isu semasa demi mendapatkan idea untuk mengarang blog. J

2. Anda pasti ada komitmen lain dalam hidup. Susah tidak nak bahagikan masa antara blogging dan komitmen2 lain?

Piqah : Sebagai pelajar, tak la susah sangat untuk bahagikan masa blogging dengan belajar. Bila tension study or senang crita malas study, saya akan datang untuk menulis apa sahaja dalam blog. Lepas tu bolehlah sambung study semula.. J

3. soalan lebih santai, selain blogging, apa aktiviti masa lapang anda?

Piqah : Keutamaan diberikan untuk komik la. Saya sangat suka baca komik sebab boleh buatkan saya ketawa mcm orang tak betol sbb dok gelak sorang2…


inilah piQah Bagus

4. penting tak follower blog bagi anda?

Piqah : Sangat penting bagi follower yg sentiasa ikuti perkembangan saya. Insyaallah saya pun akan ikuti perkembangan dia. Tapi kalau jenis follower yg “follow me back!” tu memang terang-terang dia hanya mementingkan kuantiti follower. Tak best la kalau mcm tu kan…

5. kebiasaannya, blogger suka melakukan aktiviti blogwalking (BW), anda sendiri suka BW dekat blog yang macam mana? Boleh bagi contoh?

Piqah : Selalunya BW dekat blog yang singgah di blog saya. Atau saya akan memilih untuk BW secara rambang ja kat mana-mana blog. Bergantung la kot.. hehe J

6. siapa anda dalam “satu ayat”.

Piqah : Saya ialah seorang kaki TV (kat rumah ja) dan boleh dikategorikan bagus… J

main suap-suap

7. Gambarkan diri anda untuk 10 tahun akan datang?

Piqah : Mungkin saya akan menjadi seorang doktor yang Berjaya. Insyaallah. Aminnn…

8. andai anda di beri peluang untuk kembali ke masa lalu, anda ingin kembali ke zaman bila?

Piqah : Sebelum ni, saya pernah tulis satu entry mengatakan jika diberi peluang, saya tersangat terlalu menginginkan pergi ke zaman kanak-kanak dulu di mana kehidupan waktu itu sangat riang ria dan tak pernah terfikirkan akan kesusahan.


pemandu trak

9. satu perkara yang orang tak tahu tentang diri anda.

Piqah : Mana boleh bagitahu, dah nama pun perkara yang orang tak tahu kan?? Hehe
Ok, mungkin tak ramai tau yg saya dapat bertutur dalam bahasa mandarin.


baju merah dia

1. akhir sekali, ucapan untuk followers blog anda dan juga readers blog Aku&Hidup.silakan.

Piqah : Saya tak pandai karang ucapan panjang-panjang. So saya simpulkan sajalah ucapan ni ye.. Enjoy hidup anda selagi tak menyimpang dengan ajaran agama dan senyum sokmo sebab senyum kan satu sedekah..

P/S: ucapan untuk pokcik eddysyrol plak, syukran sebab sudi masukkan saya dalam temu bual bersama pokcik. Saya hanyalah seorang blogger yg baru berjinak-jinak dalam dunia penuliasan maya ni.. J

begitulah selesainya sesi temubual ES dengan cik PiqahBagus.. semoga apa yang telah anda baca tu ada sedikit sebanyak memberikan inspirasi..manalah tahu kan (~_~). jumpa lagi bersama personaliti yang lain, di segmen yang sama.

p/s : ada juga syarikat swasta yang bersifat monopoli+oligopoli ni beroperasi secara tak efisyen. teruk-teruk.

Thursday, October 20, 2011

wordless thursday #12



p/s : (~_~)

kad raya dari EqbalZack


tiba-tiba pagi ni dapat kad hari raya. bila aku buka, dari brother EqbalZack. ni mesti sempena hari raya haritu kan? BTW, aku dah lupa ni kad raya untuk GA/contest apa... neway, thx bro EQ... walaupun raya dah berlalu, raya haji kan tak lama lagi..ngeh3x...


p/s : thinkin' of my breakfast.. any idea?

Wednesday, October 19, 2011

perancangan penting!

hidup ni ada arah tujuan tau. someone yang hidup tak ada arah tujuan, sungguhlah dia rugi dunia akhirat. sebagai muslim, tujuan hidup yang utama memang dah jelas. aku percaya tak perlu untuk aku jelaskan di sini.

so, untuk menyempurnakan arah tuju hidup, manusia tu perlukan matlamat. matlamat yang jitu perlukan perancangan. so, manusia takkan lagi dari perlu membuat perancangan. hidup memang perlukan perancangan.

perancangan janga pendek, jangka panjang. so, korang, i mean kita semua kena buat perancangan. tempoh 1 tahun, 3 tahun, 5 tahun dan seterusnya................ tapi, perancangan perlu tepat tau. so, kita semua kena dan perlu ada matlamat yang jelas. perancangan yang teliti akan membuahkan hasil yang membuatkan anda tersenyum bahagia.

p/s :berdoalah untuk kesejahteraan diri anda dan org2 yang anda sayang (~_~)

header baru jap jap lagi

Assalamualaikum, dah makan? mesti lah dah bukan? dinner biasa kaw makan pas maghrib kot..tp aku makan pas isya'. dah jadi tradisi family aku.

lupakan hal makan...

aku dah ada header baru. ada seorang member yang sangat baik hati membuat rekaan-rekaan yang aku sangat tak mampu nak buat (ekceli aku paksa dia kot..keh3x..). dia buatkan aku tiga header tu. so now, aku tengah fikir nak pilih mana satu header yang bagus untuk aku simpan first2.. aku nak pakai semua header tu, tapi tak ley lah pakai semua satu kali.. tamak gile kot aku...

tak lama lagi aku tepek yaw... masa untuk menonon tv... drama drama drama...

p/s : pening-pening bukan bererti mengandung.. LOL..

Tuesday, October 18, 2011

kos breakfast anda


berapakah kos sarapan anda? ada orang yang tidak mampu untuk memperuntukkan kos minimum untuk sarapan pagi mereka, tapi kuantiti yang di makan tidak setara, malah tidak menyihatkan badan.

kos sarapan aku :

1. mee goreng : RM 1.00 (dua bungkus)
2. kuih koci : RM 1.00 (5 ketul)
3. kuih bengka kacang merah : RM 1.00 (5 ketul)
4. susu suam : RM 0.00 (sendiri punya)

sarapan ini merupakan sarapan untuk dua orang. aku dan abang aku. so, kos sebenar sarapan untuk aku sorang saja ialah RM 1.50 sahaja. jimat kan? tapi jumlah yang aku makan boleh dikatakan banyak.

tapi kos ini bergantung kepada kawasan korang juga. sebab, tak semua ada jual makanan yang murah. tapi harus ingat..! berbelanja mestilah bijak.

p/s : selamat mengamalkannya (~_~)

Eddy Interview Retis : Fadli Sabri bakal doktor


huarghhh.... pagi ni nyaman walaupun semalam mimpi yang bukan-bukan. aku tak tahu kenapa aku selalu mimpi yang bukan-bukan.nak kata aku tak basuh kaki tak juga.baca doa pun alhamdulillah. korang selalu tak mimpi?

baik, lupakan tentang kisah di atas. bertemu lagi dalam segmen ES interview retis. InsyaAllah entry ini istimewa kerana ES menampilkan seorang anak muda yang sedang berjuang di bumi asing untuk menimba ilmu. baiklah, ES menampilkan seorang fadli sabri untuk anda semua. jom kita ikuti sesi borak-borak dengan fadli.

1. apa yang fadli suka dengan blogging?

Fadli : Bagi saya..apa yang saya suka dengan blogging ialah kita dapat meluahkan segala pendapat dan idea kita dalam blog kita.Tetapi sudah tentu idea dan pendapat itu semua mestilah tidak keterlaluan dan sensitif sehingga boleh menyakitkan hati sesetengah individu yang membacanya!

Selain itu saya juga dapat memperkenalkan negara luar kepada pembaca saya yang majoriti dalam kalangan rakyat Malaysia.Sebagai contoh saya suka mencoretkan tentang negara Mesir kepada para pembaca kerana saya sedang bermaustatin di Negara ini.

2. fadli seorang pelajar bukan? Susah tidak nak bahagikan masa antara blogging dan kehidupan sebagai pelajar?

Fadli : Setiap orang diberikan 24 jam sehari kan…so pandai-pandailah kita gunakannya dengan cara yang paling terbaik!

Masa belajar menjadi prioriti saya sebagai seorang pelajar.Namun saya akan blogging bila mempunyai kelapangan waktu dan kalau tengah tension saya juga akan blogging.Kadang-kadang kita boleh release tension kalau blogging!


ini dia fadli

3. soalan lebih santai, selain blogging, apa aktiviti masa lapang fadli?

Fadli : Saya suka tengok movie…tak kira laa korea ke malay ke English ke…semua layan je.. Yang paling suka tengok genre seram and mystery..cintan cintun tue layan jugak lah sikit-sikit..!=,=”~

4. penting tak follower blog bagi fadli?

Fadli : Bagi saya followers memang penting sebab ia menunjukkan sejauh mana kemampuan kita untuk menarik minat orang lain membaca setiap entri kita!


5. kebiasaannya, blogger suka melakukan aktiviti blogwalking (BW), fadli sendiri suka BW dekat blog yang macam mana? Boleh bagi contoh?

Fadli : Yup..BW memang satu aktiviti yang sangat mudah untuk mempromosikan blog kita kepada khalayak.Macam-macam jenis blog yang telah saya jumpa sepanjang BW.

Saya sukakan blog yang simple dan mempunyai isi yang sangat menarik dan kaya dengan informasi.

6. siapa fadli sabri dalam “satu ayat”.

Fadli : Saya seorang yang blur..kalau orang bertanya kepada saya,saya akan ulang balik soalan tue then baru saya jawab!=,=”~

bersama kawan-kawan time winter

7. siapa fadli untuk 5 tahun akan datang?

Fadli : Insyallah saya akan bergelar Doktor 5 tahun akan datang…doa-doakan ya!=)

8. blog,facebook dan tweeter, mana satu pilihan utama?

Fadli : Sudah semestinya blog!

9. satu perkara yang orang tak tahu tentang fadli sabriJ

Fadli : Saya seorang yang amat boros!haha

zaman kegemilangan sekolah!best3x!

10. akhir sekali, ucapan untuk followers fadli dan juga readers blog Aku&Hidup.silakan.

Fadli : Terima kasih kerana sudi membaca dan berkunjung ke blog saya dan semoga anda semua berjaya dalam apa jua yang anda lakukan serta diberkati Allah S.W.T…Ameen ya rabb!

begitulah berakhirnya sesi temu bual dengan hencek fadli. ES sebenarnya secara peribadi sangat kagum dengan bakal-bakal doktor ni. bukan senang diaorang ni study. memang giler2 struggle.ES sendiri for sure tak mampu, buktinya ES sekarang bukan seorang doktor. bagi ES, bakal doktor ni dapat anugerah minda yang istimewa dari Allah swt. moga nanti anak-anak ES ada yang jadi doktor (tetibe..!!). baiklah, bertemu lagi bersama personaliti lain, di segmen yang sama, akan datang... ma'assalamah.

p/s : tengah nak polish bahasa arab. memang bukan mudah =.=

Monday, October 17, 2011

anak malaysia menyinar di luar negara


sesuatu yang cukup membanggakan. memang kalau kita berusaha dengan bermula dari bawah, InsyaAllah kita akan memperolehi kejayaan. manisnya sesuatu kejayaan itu adalah hasil dari perjalanan yang penuh onak dan liku. ..okbai.! merepek meraban..

seorang anak malaysia Wan Nazri Wan Aria (gambar kecil) telah diberi kepercayaan untuk membina jam di Tanah suci Makkah. Menara hotel Jam Diraja Makkah itu juga dikenali sebagai Abraj Al-Bait dan lokasinya menghadap Masjidil Haram. urutera Malaysia yang bekerja di syarikat di jerman itu dipertanggungjawabkan untuk membina dan mereka bentuk menara jam gergasi itu. Menara itu adalah hasil kerjasama pakar dari Dubai iaitu Syarikat premier Composite Technology. Uniknya, 14 tenaga pakar dari syarikat itu adalah anak muda dari Malaysia yang memansang jam itu dan dapat memukau berjuta jemaah haji dan umrah yang datang ke tanah suci itu.

untuk pengetahuan, jika menara ini siap sepenuhnya, Dengan ketinggian setinggi 601 meter , ia adalah menara yang tertinggi dan terbesar di dunia dan mengalahkan menara jam lain yang terkenal di dunia. hebatkan...!!!

p/s : mencipta kejayaan itu memerlukan pengorbanan.. (~_~)

breakfast : chopped eggs with potatoes


hahaha..gempak giler tajuk breakfast ni.. actually biasa je...

siapa pernah buat inti karipap? kira macam buat inti karipap lah ni...

bahan-bahan :
1.kentang
2.sebiji telur
3. seulas bawang merah
4. seulas bawang putih
5. dua ketul fishball
6. mee soo hoon (tak tau kalau eja salah ye)
7. perasa (garam+gula+apa2 yang berkenaan)
8. serbuk kari
9. cili hijau

cara buat :

panaskan minyak dalam kuali. kemudian, masukkan hirisan bawang merah dan bawang putih. jangan biarkan garing, masukkan hirisan fishball. bagi fishball masak dulu. kemudian, masukkan kentang yang telah di potong dadu. goreng bagi masak (sampai kentang tak keras mcm asal).

kemudian, masukkan hirisan cili hijau (sukatan ikut tahap kepedasan yang anda suka). goreng lagi. make sure, gorengan ini tidak garing. kemudian, pecahkan sebiji telur ke atas gorengan. gaul/gorengkan sampai sebati.. masukkan serbuk kari sedikit, dan kemudian perasa secukupnya. akhir sekali, masukkan soo hoon (yang telah dicelur dalam air putih).

dah siap..!! sebenarnya sesuai dimakan dengan bread. tapi, oleh kerana aku takde bread, aku makan dengan biskut marie...hehehhee..mmg tak match lah...

p/s : selamat mencuba.. errkkkk =.=

Saturday, October 15, 2011

kenali MIKHAIL


aku dah habis baca buku ni. aku baca dua kali sebelum aku pulangkan kepada pemilik asal (~_~). best novel ni. aku bukanlah peminat Ramlee Awang Murshid, sebab as i concern novel karya beliau banyak berkisarkan alam fantasi. aku tak berapa minat alam fantasi ni kalau baca dekat novel, maybe kalau movie consider boleh layan.

Mikhail adalah sebuah nama yang menggambarkan sejarah hitam. sejarah hitam yang kabur dan dibaluti dengan dendam. Mikhail adalah simbol manusia dual identity, simbol manusia yang tenang dalam ketangkasan, berperikemanusiaan dalam keganasan. menjadi alat untuk menyempurnakan misi jahat individu lain adalah sangat menyedihkan. itulah mikhail.

permulaan novel ini sudah cukup untuk menarik minat agar membacanya hingga penamat. watak mikhail itu sendiri yang menghidupkan keseluruhan cerita. kehadiran Raihana menjadi pelengkap kepada watak mikhail, malah merubahnya 180 darjah. mikhail ada ladang anggur..! aku pun terasa nak ada ladang sendiri..huhuhuhu...

novel ni bukan novel cintan cintun, tapi novel kemanusiaan. 5 bintang untuk novel ni. kalau korang nak tahu cerita selanjutnya, belilah :)

p/s : rasa nak beli novel baru lah satu (~_~)