edDy sYrOl

Sunday, April 29, 2012

Sekitar bersih di Kota Kinabalu, Sabah














Dengar-dengar, BERSIH di Kota Kinabalu ni aman saja. Ok lah kalau aman kannn.. ohh ya, gambar-gambar ni pokcik edit sikit saje. Edit color dan lighting saja yang mampu, kehkehkeh... terima kasih sahabat FB Min Adzmin kerana sumbangan gambar-gambar ini..

p/s: tak ada satu pun baju color kuning pokcik =.='

Friday, April 27, 2012

Contest Review dan promo Nota Hati



Sesuatu yang sangat hebat apabila mengetahui Nota Hati baru sahaja berada di arena laman sesawang tidak lebih dari sebulan iaitu bermula pada 1 April 2012. Apa yang hebat ialah Nota Hati telah memiliki pengikutnya tersendiri kerana content yang dimuatkan cukup lengkap untuk para viewers.

Nota Hati mengetengahkan isi kandungan yang berkaitan dengan sisi hidup manusia dari hal berkaitan lelaki, wanita, perkahwinan, motivasi, agama, masakan dan sebagainya. Hal ini menjadikan Nota Hati sebagai satu website lengkap untuk panduan semua. Nota Hati juga menjadikan beberapa majalah terkemuka di Malaysia sebagai sumber rujukan bagi menjadikan isi kandungan yang dimuatkan adalah seiring dengan tuntutan semasa masyarakat dan pembaca.

Dalam aspek template, Nota Hati memilih warna utama putih serta top side berwarna warni dimana apabila seseorang melawati laman ini, memang cukup menarik minat. Side bar juga disusun dengan rapi dan memperlihatkan admin mengutamakan unsur kemasan yang baik. Ruangan komen di bawah tiap entry memang berpadanan dengan sebuah laman informasi seperti ini kerana ianya boleh menarik pengunjung memberikan buah fikiran bagi menambah baik lagi isi kandungan Nota Hati di masa akan datang.

Secara peribadi, saya merupakan seorang individu yang sangat suka dengan website atau blog yang menampilkan isi kandungan berbentuk motivasi. Diharap agar admin Nota Hati akan memperbanyakkan lagi pengisian berbentuk motivasi. Saya juga percaya bahawa ramai masyarakat celik IT di luar sana yang memang inginkan satu laman web yang boleh menjadi sumber rujukan mereka dalam pelbagai aspek kehidupan, maka kewujudan Nota Hati adalah sangat tepat untuk semua.

P/s: Jemput singgah ke ------> NOTA HATI dan jangan lupa click SINI.

Thursday, April 26, 2012

Contest: Aku Sebuah Blog by Kamil Kahar

Link
Malam-malam indah ni baik kita join contest ye dak. pokcik nak join contest mencabar minda by hencek kamil. siapa nak join silalah click banner di atas okey...!! terma dan syarat ada di situ.

untuk membuktikan pokcik telah vote kamil, sila selidik pic di bawah. ni salah satu syarat ni... (~_~)


Oleh kerana ini contest karangan, maka pokcik telah menghasilkan karangan berikut. Sila sediakan tisu sekotak, kbai..!! harap penyertaan ini telah memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan.

Tajuk : Aku Sebuah Blog

Hari ini merupakan cerita hari depan. Semalam merupakan sejarah yang membawa pengertian kepada kehidupan hari ini. Seakan terimbau kenangan lama saat pertama kali aku wujud di alam maya ini. Aku masih ingat, tahun 2008 pokcik eddy (admin blog) ketika itu masih menuntut di tahun kedua di salah sebuah universiti tempatan. Menghasilkan blog hanya sekadar mahu mengikut peredaran teman-teman yang ketika itu memiliki blog sendiri. Maka, aku boleh katakan yang aku diwujudkan atas dasar ikut kawan. Rasa geli hati melihat entry awal pokcik eddy yang sekadar tangkap muat. Tapi tidak apa, itu baru permulaan kepada kisah hidup aku. Permulaan yang memberikan seribu satu makna berbeza atas limpahan pengalaman yang tercoret sepanjang hampir lima tahun kehidupan ku.

Sebenarnya, hampir tiga tahun aku terabai. Umpama sebuah buku usang yang baru selembar ditulis, kemudian ditinggalkan nun jauh di rak paling atas sebuah almari buruk. Aku rasa terabai. Dihasilkan umpama untuk disia-siakan. Tetapi aku bukan siapa-siapa, hanyalah sebuah blog kecil, dengan nama yang kecil dan dimiliki oleh tuan yang kecil. Saban hari menanti sentuhan pokcik eddy, tetapi tiga tahun aku diketepikan berseorangan. Aku faham, manusia itu fitrahnya mudah lupa dan sudah tentu manusia mempunyai tanggungjawab lebih besar di luar sana.

Alhamdulillah, entah apa keajaiban yang datang sehinggakan pada lewat tahun 2011, pokcik eddy kembali aktif menulis blog. Sentuhan yang saban hari ku rindui datang membelai kehidupan ku. Benarlah seperti kata-kata mutiara bijak pandai, kesabaran pasti akan menghasilkan keindahan. Maka bermulalah episod aktif kehidupan blog AKU&HIDUP sebagai santapan deria mata para penggemarnya.

Lembaran tahun 2012 merupakan satu lagi episod baru dalam kehidupan ku sebagai sebuah blog. Walaupun nama ku tidak segah mana, tetapi hak ku untuk hidup di alam maya ini masih dipertahankan oleh tuan ku. Aku telah menjadi salah satu sisi penting hidupnya. Jika semua emas dan intan permata di seluruh dunia ini dikumpulkan untuk ku, aku sanggaup tukarkan semuanya untuk satu bentuk penghargaan kepada semua yang sudi singgah menjenguk ku tanpa mengenal jemu. Aku tahu, emas permata juga tidak mampu membalas jerih payah semua yang menyokong ku. AKU&HIDUP serta pokcik eddy akan berusaha menghasilkan sesuatu yang berguna untuk semua. Terima kasih.

(347 patah perkataan tidak termasuk tajuk)

* Impian sebagai seorang blogger

Aku nak menjadi seorang blogger yang di ingati kerana content dalam entry yang aku publish, bukan kerana siapa aku. Itu saja.

p/s: selamat berjaya semua (~_~) jangan lupa VOTE tiap hari untuk pokcik di SINI

Wordless Thursday #18


VOTE untuk Pokcik Eddy Syrol .... Click Pic atau SINI

p/s: Terima kasih

Wednesday, April 25, 2012

Lunch : Pelbagai Hidangan


Ini merupakan sambal ikan. ikan ni aku goreng 70% masak dulu, kemudian baru gaulkan sekali dengan sos sambal tu. nak buat sos sambal tu silalah google.. hehehe...

Ikan masin namanya ye bagi sesiapa yang tak kenal. nampak agak bersepai di sini ye...hehehehe... macam ikan tu juga tadi, goreng dulu ikan masin ni tapi jangan garing sangat, kemudian tumis bahan-bahan seperti bawang merah, bawang besar, cili kaler putih tu cili ape? (lupa..bahaha). gaulkan sekali ikan masin tu... siap!!


Ayam tofu masak tiram. nampak menyelerakan tak? first time masak ni, ok lah jugak... hehehehe... sayur campur, ayam secukupnya, tofu sebatang/dua batang, sos tiram, dan perasa yang berkenaan. campak2 je... eh... hehehe..


Ampap ikan sepat. cara buat ampap ley google gak ye... nak terangkan susah sikit, rumit.. dia cam masak ikan rebus... tp ikan rebus ada kuah yang masin melimpah. ampap pulak kuah dia lite2 sajo...


ini hidangan catering sekolah. mampu aku buat ini? hahaha... kerjasama singkat aku dan abang aku. dapat info dalam masa 3 jam kene siapkan. stress terus... menu simple saja. telur goreng dan ikan sardin. tapi memang bubuh bahan-bahan tambahan le bagi sedap. juga menambahkan rupanya yang lazat. kata catering kan... hehehehe...
Link
maaf lah ya menu kali ini kurang cara-cara memasaknya, well semuanya boleh ditemui melalui google.... selamat masak kepada yang rajin nak masak...

p/s: agak mengantuk kini =.=' 4.10 pm kalau rajin VOTE pokcik di SINI ok..

Tuesday, April 24, 2012

Happy birthday April..!!


Just nak wish Happy Birthday kepada siapa2 yang menyambutnya di bulan april ini. Antaranya yang aku tahu ialah:

Saiful Hawis
Adie
Hizami
Kaki Wayang

Tambahan dr comments:

Ardini
Themoonsahdow
Umar

eh, siapa lagi ek? ni yang bloggers lah. Kalau ada yang aku tak tahu, sila update di sini, nanti aku list-kan... Ada lagi kawan-kawan FB yang birthday hari ini, hencek Imran dan cikgu salina juga pada bulan april.
Link
Semoga semua panjang umur, dimurahkan rezeki. Semoga Allah selalu memelihara kalian... Aminn....

p/s: jom share birthday cake.. tu kat atas tu.. hambekkkk... sila VOTE di SINI

Rangking ke 286... Ayoooo


Rasanya semua bloggers dah tau tentang acara ini.. acara tau, kaw ingat ni sukan ke? hohohoho..
Link
Aku dengan tak tahu malunya telah mencalonkan diri sendiri dengan jayanya. Wah..!! semalam merupakan hari pertama mengundi, nampak tak perkataan VOTE NOW yang color kuning tu.. tekan situ saja...

pagi ni pokcik check ranking atas tunjuk ajar bro Eqbal, maka pokcik mendapati rangking pokcik ialah ke 286. DUSHHHH... tergolek trus... hehehe...

TAPI, pokcik tetap nak ucapkan terima kasih buat sesiapa yang sudi VOTE untuk pokcik yew. kalau sudi VOTE lah hari-hari (demand nih..hehehe)... buat semua yg join, selamat berjaya.. jangan main tipu2 tau. tak baik guna spam untuk bagi undi naik.. hayooo...

p/s : nak vote boleh click VOTE

Monday, April 23, 2012

DiGiWWWOW Internet For All Awards. : Vote andai sudi


Check out my Internet-inspired story at the #DiGiWWWOW Internet For All Awards. Click here for more.: Check out my Internet-inspired story at the #DiGiWWWOW Internet For All Awards. Click here for more.


andai sudi... silalah vote saya... (~_~) thx

P/s: sukasukasaja

Saturday, April 21, 2012

Motivasi Kendiri: Dugaan


Setiap hari, setiap detik, setiap langkah .... pasti kita akan melalui pelbagai perkara. Ada perkara yang manis, ada yang memberikan sentuhan pahit. Hidup kita sebagai manusia sudah lengkap sebenarnya. Umpama sebuah hidangan yang enak, semua perencah telah menyatukan rasa, dan ianya dipanggil kehidupan.

Jatuh tersungkur adalah lumrah manusia. Siapa yang tidak pernah diduga di dunia ini? semua pernah merasakannya. Mungkin ada yang mengatakan bahawa hidupnya sentiasa mencukupi tanpa ada sebarang kesusahan jiwa dan raga, namun mungkin mereka lupa bahawa kesenangan juga merupakan satu bentuk dugaan. Dugaan untuk melihat samada kesenangan membuatkan kita lupa pada Yang Maha Pencipta atau kesenangan membuatkan kita semkin dekat dengan-Nya.

Ramai dari kita (termasuk penulis sendiri) yang akan bertempik, kecewa, menangis teresak-esak, dan merasa tak tertanggung derita saat dugaan datang melanda. Malah ada yang berperasangka buruk pada Allah dengan mengatakan mereka tidak mendapat keadilan dalam hidup (Nauzubillah). Lalu kebanyakan yang dilanda dugaan terlupa akan kalimah sabar dan redha. Kita juga lupa bahawa kita ada Allah Yang Maha Esa. Kita tidak menyakini bahawa dengan kehadiran ujian itu, sebenarnya adalah cubaan yang Allah SWT turunkan buat menguji sejauh mana keimanan hamba-hambaNya.

Bukankah Allah memberikan ujian adalah untuk meningkatkan keimanan kita? mengapakah kita mudah lupa sedangkan dari banyak dugaan yang kita perolehi, kita sebenarnya telah mendapat sebanyak-banyak nikmat yang tak terperi bilangannya dari Allah swt.

"Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira."

(Az-Zumar: 10)


Dugaan itu sebenarnya satu tanda bahawa Allah swt sedang berbisik pada kita agar kita melupakan kesombongan dan ingat tentang erti kesabaran (malah yang lebih besar ialah makna disebalik kesabaran). Dugaan itu pasti akan menjadi manis, sekiranya kita mampu menempuhinya dengan tetap percaya kepada janji-janji Yang Maha Esa.

p/s: pesanan buat penulis sendiri

Thursday, April 19, 2012

Kisah EqbalZack dan Digi Wwwow Awards 2012


Siapa EqbalZack? Boleh click SINI....

Ramai dah kenal dengan beliau ni. famous ok. Setelah mendapat tempat utk nuffnang awards, kini brother EQ nak mencuba nasib sekali lagi untuk Digi Wwwow Awards.

Rasanya, bro EQ yang paling gigih memperomosi awards ni. Siap ada tour ok. kaw ade? hehehe..pokcik yg join ni pun tak mampu buat itu semua. Tapi InsyaAllah bro EQ boleh menang lah.

Mari lihat sesi tour bro EQ bersama peminat di SINI

FYI, Mr. Aaron Aziz pun turut menyokong bro EQ dalam kategori ni tahu.. mari lihat cerita lanjut di SINI . You guys juga boleh lihat maklumat lanjut di youtube kalau kaw kaw sekalian adalah kaki youtube. Bro EQ ada muat naik video di situ.

Oh ya, untuk makluman kaw sekalian, sekarang ni masih dalam tempoh nominasi iaitu sampai tarikh akhir 22 April 2012 ni..dekat dah. kalau nak vote, kena tunggu sampai 23 April - 13 May 2012. Waktu tu nanti, undilah bebanyak untuk bro EQ dan utk pokcik ye. sape tak undi AWAS..!! pemenang akan diketahui dan diumumkan pada minggu kedua bulan jun 2012. menarik tak? so jangan lupa pesan pokcik yaw, UNDI..!!

p/s: kaw ingat PRU je ada undi2 bagai.. huhhuhu (~_~)

Wordless Thursday #17


p/s: memori takkan terlepas dari fikiran kita =.='

Wednesday, April 18, 2012

Soto/bakso bawah jejantas

Inilah keadaannya suasana petang di hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Di bawah jejantas ni, orang ramai penuh berbaris untuk membeli soto dan bakso. Aku terasa mcm berada dekat Indonesia pula. u know kan, sesiapa yang pernah pergi sana, terutamanya di Jakarta, ada ramai penjaja yang cuma menjual makanan dengan menggunakan basikal roda tiga or any vehicle yang aku taktau lah apa nama dia. Dan mostly pembeli akan makan dekat tepi jalan tu juga lah. Sangat mengujakan susana macam tu. And i found it here...!!

Inilah dia mas yang menjual soto/bakso tu. korang boleh pilih dua jenis. sama ada nak campur semua (isi ayam, bakso, dan kaki ayam) atau nak isi ayam dan bebola bakso saja. harga sama. Untuk perasa tambahan, mas ni sediakan kicap manis ABC dan kicap soya pekat juga ada limau. so, korang pilih mana satu perasa tambahan itu.

pokcik makan dengan lahapnya kerana lapar ya kawan-kawan.hohohoho.... aku pilih yang isi ayam dengan bebola bakso saja. kos dia RM3.00 / RM3.50, aku tak berapa ingat lah.

Rasa bakso/soto ni jauh lagi sedap daripada kebanyakan soto/bakso di restaurant2 sekitar. serius cakap...

p/s: Selamat breakfast semua.

Tuesday, April 17, 2012

Rating entry mengikut viewers paling tinggi

Macam panjang sangat lak tajuk tu kan? huhuhu... sokey lah...

mengikut print screen di atas, jelas menunjukkan entry yang paling banyak menerima kunjungan dalam senarai top 5 ialah: Link

1. Exclusive bersama Syed Shamim. Mungkin penyumbang utama ialah ramai yang nak tahu biodata lengkap dia, plus dia dah buat beberapa cover version lagu dekat youtube. Entry tentang Syed Shamim di SINI.

2. Segmen EIR bersama cik Zoey Zau Yah. Ohh yehhhh, si gadis comel dan cun ini memang sentiasa menjadi perhatian ramai. Di samping jawapan2 dia yang menggeletek usus. Entry Zoey di SINI.

3. Bilik tidur idaman. Well, ni entry lama sangat dah, namun ramai juga yang berkunjung nak baca. teruja sangat...!! motif kaw nak tau pasal bilik tidur???!! Entry di SINI.

4. Segmen EIR bersama cikgu Zami. Memang antara blogger muda yang dikenali ramai. Tak hairan ramai yang nak tahu. Entry di SINI.

5. Segmen EIR bersama Encik Hamdi @ Daniel Adie. Blogger yang banyak buat entry tentang lifestyle dia, dan boleh tahan juga umpama public figure sekarang ni. Entry di SINI.

kalau tengok dari segi viewers, meme lah nampak sangat pengunjung blog aku tak ramai ye dok. dasar blogger pemalaih.. ehehehe.. dah jarang buat entry ni. Agak bz dengan jemputan kahwin.. *tiber..!! Tetapi, pengunjung yang tak ramai ini membuatkan hati ku gumbira tak terkata kerana masih ada yang sudi datang jenguk-jenguk. muahhhhhhh <--- spesel, sila berebut.

p/s: Penghargaan buat semua viewers.


Monday, April 2, 2012

Eddy Interview Retis: Scha Putra Bakal Pemuzik Yang Handal

Bumi langkawi lahirnya perwira
Bukan sebarangan bukannya samdol
Mari Bersama kenali Scha Putra
Peminat tegar pasukan liverpool

Mari ikuti temubual ES dengan Scha Putra.

Link

Ke sini untuk tawaran menarik

1. Ekspresi anda tentang dunia blog.

Scha : Menyeronokkan dan kadangkala menyedihkan apabila posting tidak mendapat sambutan.

2.Bagaimana anda boleh memulakan dunia blog?

Scha : Disebabkan oleh dorongan daripada seseorang yang istimewa.

3. Setuju tidak blog boleh menjana keuntungan?

Scha : Bagi blogger yang aktif dalam sistem pengiklanan, ia agak menguntungkan bila mendapat sambutan ramai.

4.Dah berapa kali tukar telefon bimbit?


Scha : Ermm..rasanya adalah dalam 4/5 kali dah tukar.

5. Mana lagi best: primary school, secondary school, degree? Sebab?

Scha : Setiap peringkat ada keseronokannya yang tersendiri, disebabkan faktor umur. Contohnya, saya seronok conteng2 buku masa sekolah rendah dulu, tapi bila dah meningkat remaja, saya rasakan itu adalah perkara yg bodoh…haha.


Link

Tawaran lebih menarik di sini

6. Pertama kali anda tahu apa itu cinta dalam maksud sebenar?

Scha : Saya musykil dengan kehendak soalan ini. Adakah ingin tahu bila pertama kali saya tahu apa itu cinta ataupun ingin tahu apa maksud cinta yang sebenarnya. Tapi saya jawab jelah mana yg saya faham ye. Sebenarnya saya mula kenal apa erti cinta itu semasa saya......ok senang cakap saya dah lupa la.

( maaf panjang sgt jawapan ni)

7. blogger pertama yang anda temui?


Scha : Blogger pertama yang saya pernah jumpa sebelum ni ialah Kamal Yusof

(bukan nama sebenar)

8. Anda kelihatan meminati dunia muzik, ceritakan sedikit.

Scha : Eh mana tahu ni saya sukakan muzik, tak baik stalk kehidupan org lain tau. Ok lah saya akui memang saya minat bidang muzik, dan saya bercita-cita untuk menjadi seorang pemuzik yang handal di kalangan ahli keluarga saya.

9. Sikap saya berubah bila ....

Scha : Sikap saya berubah mengikut situasi sesuatu keadaan. Tapi saya tidak lah seperti Chameleon yang boleh berubah warna mengikut situasi di mana ia berada.

10. Akhir sekali, ucapan anda. Silakan.

Scha : Sedara-sedara, insan yang cemerlang datang daripada akal, dari hati yang bersih ye, dengan jiwa yang tenang. Buat jahat berpada-pada, buat baik jangan sekali. Pasal pe jangan sekali, buat banyak kali takpe. Orang yang tamak selalu untung. So biar tamak buat baik jangan tamak haloba. Jadik..renung-renungkan, selamat beramal. Assalamualaikum.


URL Blog Scha: http://syahierputra.blogspot.com/

Terima kasih dari pihak ES untuk Scha kerana sudi meluangkan masa. Terima kasih juga kerana sudi menaja poster segmen EIR ini. Semoga terus maju jaya dalam hidup. Mari ramai-ramai meriahkan blog Scha Putra.


p/s: Sebarang maklum balas boleh emailkan kepada eddy86bloke@gmail.com