edDy sYrOl
Thursday, September 27, 2012
Lelaki pun jaga kulit muka
Cita-cita Kita Zaman Sekolah
Monday, September 24, 2012
Irfan Danial Yang Comel
Ni dia tgh makan pisang goreng. kecik2 dah reti makan pisang goreng, besar sikit makan la kepsi.. gigi dia baru ada empat. dua atas, dua bawah...
Ekceli, ni anak abang aku. Laju tol abang aku ada anak. Tiga dah rakyat dia.
Gigih makan pisang goreng.
Eh... ini bukan Irfan, ini abang dia Mohd Izwan (wawan). Nakal dah wawan ni...kiss baru tau..hehehe...
p/s: Best ada baby kan?!!
Thursday, September 20, 2012
Mari Menjaga Solat
Juan Richo Perlu Sokongan Anda
Ingat tak entry di --------------> SINI
Member pokcik yang bernama Juan Richo yang perlukan clicks kaw semua? Juan mengucapkan ribuan terima kasih buat semua yang tolong like pic dia tu. Jasa kaw semua akan dikenang dan nanti Juan buat kenduri (ok ni tipu..hehehe)
Tapi, untuk pengetahuan kaw semua, pihak penganjur telah meletakkan pic terkini untuk perang like. So, pokcik nak mintak jasa baik kaw semua sekali lagi untuk like pic Juan Richo boleh tak?
Caranya kaw semua pergi je ke ----------------> SINI
ataupun kaw click mana-mana pics Juan yang pokcik dah tepek kat sini, termasuklah yang ada kat side bar. Nanti kaw semua akan dibawa ke satu pic yang kaw perlu like, itulah pic Juan Richo.
Juan Richo harap sangat kaw2 semua dapat memberi bantuan sekali lagi. Jasa kalian akan dikenang selamanya <---- ni Juan cakap... hehehe
p/s: Selamat membantu dan selamat berjaya buat Juan. Ni kalilah..!!!
Wednesday, September 19, 2012
FAIL PERIBADI AHLI B3:BR
Nama Kumpulan: DEUX
Bidang diceburi: Freelancer/ business, economics & education
Hobi : Melancong/ menulis / membaca novel <--- semua agak skema tapi reality
Blog Pilihan : Billy Info <--- info2 menarik ada di sini
Tujuan Berblogging: lebih baik mengisi masa lapang dengan blogging kerana dapat tambah ilmu berbanding lepak dan melakukan kerja tidak berfaedah. This is just a principle.
Sifat Semulajadi pokcik :
1. kacak dan babyface
2. Hati basah
3. pendiam dari pandangan pertama saja.
Masa melayari Internet : Paling tepat waktu malam. Tapi siang-siang rajin juga. Pokcik kan rajin #eh
Peserta ke final bersama ku : Nadia.
Kenapa Nadia : Sebab Nadia seorang gadis yang berani menyahut cabaran sebagai ketua kumpulan. Alasan bz sebagai seorang pelajar bukan penghalang. Yes, seorang pelajar perlu aktif dan berani seperti nadia. So, boleh jadi contoh kepada peserta-peserta lain yang masih bergelar pelajar.
Pandangan tentang B3:BR : Mencabar dari segi mental. Sebab peserta tidak tahu nasib mereka pada episod akan datang, sama ada akan kekal dalam permainan atau tersingkir. Walaupun agak sedikit mengelirukan pada awal penyertaan, tetapi sekarang boleh lihat rentak permainan sebenar battle royale ni. Tahniah penganjur hencek Awie Omar
p/s: gambate Duex
Tuesday, September 18, 2012
Blogwalking satu hobby
Aku pun boleh dikatakan hobby / addicted dengan blogwalking (BW) ni. Sehari tak BW macam tak sah, walaupun agak bz. Mesti curi sedikit masa at least baca 1 entry paling menarik pada satu-satu hari.
Suara sumbang: tipulah pokcik eddy. Tak nampak pun BW.
Ekceli, aku nak bagi sedas pada yang cakap aku menipu (mood garang..!!) Sebenarnya, kemungkinan ramai yang tak nampak aku BW sebab aku jarang drop comment kalau aku BW. Biasa dulu-dulu rajin juga say hai di chatbox kalau malas komen, tp sekarang ni dua-dua pun agak malas. How? jangan salahkan pokcik dan bukan faktor usia. Faktor paling tepat ialah faktor masa. Kadang-kadang dalam satu-satu masa pokcik boleh view 4 ke 5 entry (perminit). So, kaw bayangkanlah mcm mana pokcik nak rajinkan diri untuk komen? kalau ada butang like InsyaAllah akan di-like.
Ringkas cerita (sebab dah panjang melalut), aku rasa BW ni boleh membuka minda kita as a blogger. Sebab kalau dalam list blog yang aku follow, ada pelbagai jenis blog telah di-add dalam list. Blog gossip, motivasi, keagamaan, informasi umum, komik, dan lain-lain. Dengan kepelbagaian ini, bayangkan kalau semua buat entry baru, dan kita baca satu persatu, minda kita pasti boleh terbuka dengan pelbagai isu. Taklah kita ni jadi manusia yang duduk depan laptop dan lupakan dunia luar. tak gitchu..?!! <---- gedik.
p/s: sedang rajin menaip..hewhewhew
Sunday, September 16, 2012
Resepsi Uswatun dan Maman
Ini merupakan sambungan kepada entry .---------> SINI
modern
pengapit adalah adik kepada pengantin perempuan
p/s: semoga berbahagia ke anak cucu dan hingga ke akhirat kelak. Amin
Saturday, September 15, 2012
Majlis Nikah Kak Uswatun dan Maman
Itu saja... esok majlis risepsi, kalau terdaya pokcik ambil gambar lagi...walaupun tugasan bukan sebagai jurukamera..hewhewhew
p/s: doakan saya pula nanti..ihiks3
Friday, September 14, 2012
Mohon Like untuk Juan Richo
Click mana-mana pics yang pokcik dah tepek ni, kemudian anda akan di-link-kan ke satu gambar, like saja gambar tersebut. kalau rajin boleh share sekali. Sokongan anda semua Juan Richo ucapkan jutaan terima kasih (katenyer..hehehe)...
Boleh juga ke link --------> INI untuk membantu Juan Richo
p/s: terima kasih
Wednesday, September 12, 2012
Ikhlas adalah perjuangan
Ikhlas ialah kedudukan paling tinggi selepas Iman. Ikhlas adalah rahsia Tuhan sehinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia juga adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.Terdapat para sahabat yang apabila mendengar tentang ikhlas mereka akan menangis. Mereka berasa tidak selamat dan tidak mungkin dapat memperolehi ikhlas kerana begitu tingginya nilaian untuk mendapat sifat ikhlas. (i luv Islam).
Jelas bertapa tingginya nilai keikhlasan. Pernah tidak kaw semua terdengar yang ada segelintir insan ni memberikan alasan "tak ikhlas" untuk tidak melakukan sesuatu perkara terutama perintah Allah swt? mesti pernah kan.... so do i.. Mereka mengatakan "kalau tak ikhlas, buat apa solat" , "kalau tak ikhlas, buat apa puasa" , "kalau tak ikhlas, buat apa mengaji" dan macam-macam lagi.
Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud dan An-Nasa-i, menjelaskan (yang bermaksud): “Sesungguhnya Allah Azzawajalla tidak akan menerima sesuatu amalan melainkan ikhlas kepadaNya, dan ditujukan hanya untukNya”
Keikhlasan itu merupakan sikap yang perlu kita cari. Bukannya sesuatu yang kita harap datang bergolek. Andai kita tidak berusaha untuk mencarinya, malah tidak berusaha meminta kepada Allah swt, bagaimana rasa ikhlas boleh muncul dalam diri. Jadilah manusia yang berusaha untuk ikhlas melakukan apa sahaja terutama perintah dari Sang Pencipta. Janganlah menjadi manusia yang sering beralasan kerana bimbang nikmat itu bila-bila masa akan ditarik dari kita.
p/s: marilah berusaha berjuang mencari keikhlasan dalam diri
Tuesday, September 11, 2012
Kisah Blogger 3: Battle Royale 3
Sesiapa nak tahu lebih lanjut tentang battle ni, boleh lah click ------> SINI lelaju. Semua maklumat ada di situ.
BTW, pokcik telah dimasukkan ke dalam kumpulan 2. Jyeahh... Semua kumpulan dua adalah comel2 belaka (ohhh nafsu perasan ku....). So, each group mesti pilih sorang ketua. errr.... mcm mana nak discuss guys, kita kan di alam maya. Takpa2, sat sat lagi adalah ketua tu.... Ketua mesti muka garang kot (erkkk).
Walaupun pokcik tak berapa faham sangat tentang segmen ni, tapi biasalah mula2 kan. So, ni dalam proses nak memahami segala terma dan syarat pertandingan. Ada proses penyingkiran (cam AF/masterchef). perasaan pokcik lak agak teruja, nebes, gojes, dan tak terkata.
p/s: good luck utk semua...