edDy sYrOl

Thursday, October 25, 2012

gambar hasil google

Pokcik nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha 1433 Hijrah bersamaan 26 September 2012. Semoga hari raya qurban tahun ni disambut dengan penuh keinsafan dan kesyukuran. Pastikan kita sedar erti keikhlasan dalam melakukan sesuatu, yang penting ikhlas kerana Allah.

Di harap juga kita telah meletakkan segala pengorbanan yang telah kita lakukan adalah pengorbanan yang BENAR bukannya pengorbanan yang SIA-SIA. 

Kirim salam pokcik buat ahli keluarga kaw org semua ok. Jangan makan daging banyak sangat, bahaya. Makan berpada-pada. Yang balik kampung tu semoga selamat dalam perjalanan pergi dan baik. Yang keluarga ada di tanah suci Makkah, doakanlah kesejahteraan mereka. Paling penting, doakan mereka dapat haji yang mabrur. 

p/s: rasa nak ja datang rumah kaworang semua beraya. mampu? hehehe

Thursday, October 18, 2012

Hey..!! Ini Fakta Sweet Seorang Lelaki


ini kategori sweet ke? hewhewhew

1. Dah makan? Buatpe tu? <------ merupakan soalan favorite lelaki ketika menelefon kekasih mereka

2. Lelaki akan abaikan apa sahaja karekter negatif wanita yang dah mereka sayang ketat2...

3. Lelaki sangat BENCI bila teman wanita mereka bercakap mengenai bekas teman lelaki mereka

4. lelaki menangis itu normal

5. Lelaki akan lebih berusaha memikat wanita yang menolak cintanya sebab mereka sukakan cabaran

6. Lelaki akan jadi gagap bila berbual dengan someone yang dia suka

7. Lelaki amat sayang ibu bapa

8. Lelaki yang membela binatang peliharaan seperti kucing memiliki sifat penyayang

abaikan model..hewhewhew


9. Imaginasi lelaki tiada had dan boleh membayangkan apa saja (ini sweet kah? =.=' )

10. Lelaki lebih suka yang pandai masak!! silalah belajar masak okey

11. Lelaki lebih terbuka menceritakan hal-hal peribadi

12. Jangan menguji lelaki terlalu laman nanti ujian menjadi malapetaka untuk anda

13. Lelaki lebih baaaanyak berfikir

14. lelaki amat bimbang jika hadiah yang mereka berikan tidak disukai oleh penerima

15. Jika lelaki sudi bertemu keluarga pasangannya, maknanya mereka serius dalam perhubungan itu.


haaaaaaaaa..... wanita-wanita di luar sana, bolehlah buat nota ni...hewhewhew

p/s: lelaki ni banyak sifat2 sweet ok...

Wednesday, October 17, 2012

Interview: Rekod Kehadiran Paling Lewat (Siri 2)

Perlu kah ada siri? hahaha.... Apa boleh buat, kalau dah bercerita meme taknaknya sikit2 kan..!!

Siapa nak baca siri pertama, boleh pergi older post. siri pertama sebelum entry siri kedua sajork...

Baiklah, setelah menghadapi siri kena marah dan kena sindir oleh pegawai bertugas menyambut kehadiran kami para contestants, maka kami-kami yang lambat ni di persilakanlah masuk ke dewan peperiksaan. fuhhh...nasib kami berlima yang lewat dibenarkan masuk. 4 orang lelaki dan 1 orang wanita YANG LEWAT. Sebenarnya ada sorang lagi yang tak hadir, nama dia Mohd Suhaimi. Hey Mohd Suhaimi, apsal kaw tak datang?!!! kalau kaw datang, aku tak jadik lah orang yang paaaling lewat datang.

Apabila buka soalan ujian ni, aku agak terkejut badak. Badak pun tak terkejut macam aku (Eh.!!). Walaupun soalannya berbentuk objektif, tapi semuanya 30 soalan berkaitan AUDIT. demm demm demm... cane ni? dari soalan ujian ni lah aku tahu bahawa jawatan aku ni adalah sebagai auditor. Sebelum ni yang aku tau aku mohon sebagai Eksekutif Kewangan, so  kena tambah kurungan lah kat belakang jawatan tu ye dak seperti ini ------->  Eksekutif Kewangan (Audit).  =.='

Setellah melalui ujian  selama 30 minit, tibalah masa interview. Oleh kerana aku peserta ke 20 (Terakhir... =.=' ) aku dapat tengok semua muka-muka sebelum dan selepas masuk bilik interview. Yang aku hairan, tiap kali keluar dari bilik interview, mesti semua senyum sambil melafazkan haaaaaaahhhh kelegaan. Perlu  kew? hewhewhew.... Tapi ada juga yang muka ketat, macam mana muka dia masuk, macam tu jugak lah muka dia keluar. kaw dah kenapa ketat2? hehehee...

Malas nak cerita panjang lebar (padahal dah panjang kannn..) tibalah giliran aku iaitu peserta ke-20. Bangga wei jd peserta terkahir (padahal......). Aku ketuk pintu dan bagi salam. kemudia dipersilakan masuk dan duduk. Selain muka penemuduga, first aku masuk aku nampak makanan berupa kuih muih enak di sebelah kakak bilik. erkk...aku meme lapaqqqq....  =.=' lama tunggu kan.

Antara soalan yang penemuduga (3 orang semuanya, salah satu adalah GM HR) oleh 2 orang wanita dan sorang pegawai lelaki yang menemuduga aku ialah:

* Babak awal
1. Macam mana mau sebut nama kamu ni? <--- nama aku meme susah nak sebut yew
2. Kamu jawa kan, pandai cakap jawa? 
3. Pandai cakap bajau? 
4. Perkenalkan diri kamu, cakap bajau pun tak pe...  =.='
5. Kamu kerja apa sekarang?

* Babak Cemas
1. Ceritakan Pengalaman kamu  dalam hal audit atau apa yang kamu tahu tentang audit?
2. Apa yang kamu akan lakukan bila terjadinya error data?
3. Apa yang akan dilakukan kepada person in charge bagi data fixed asset di jabatannya mengalami error? 
4. Apa alasan-alasan yang biasa diberikan oleh person in charge terhadap error data? 
5. Siapa yang bertanggung jawab membuat keputusan dan mengesahkan laporan audit?
6. Apakah contoh fixed asset?

* Babak Akhir (giliran aku pula di mintak menyoal)
1. Adakah hanya yang ada kelayakan bidang akauntan sahaja yang berpeluang besar mendapat kerja?
2. Apa tugas auditor bagi jawatan ini di SESB?

fuhh... aku keluar, ruangan menunggu dah kosong. Tinggal Cik Intan dan seorang wanita yang baru saja muncul. mmg lega tapi nebes jugak.. Harap aku berjaya lah yoo.. doakan

p/s: marilah berdoa....

Interview: Rekod Kehadiran Paling Lewat


Pada 15/10/2012 (Isnin) yang lalu, aku telah menyertai (mcm pertandingan pulak) satu sesi temuduga di sebuah syarikat swasta berstatus monopoli. malaih la berahsia sakan kan...hohoho... Syarikat itu dinamakan Sabah Electricity Bhd (SESB). SESB ni kalau dekat semenanjung kaw panggil TNB lor....

Hari tu, person in charge bahagian panggilan temuduga iaitu cik Intan call aku minta datang pukul 8.00am bertempat di Dewan Patau-patau, tingkat 2, bangunan SESB Kota Kinabalu. Maka, aku dengan gigihnya bangun seawal pukul 4.40am untuk solat bersiap bagai. Subuh kan awal sekarang, so bolehlah bersiap laaaagi awal. Untuk pengetahuan (kalau kaw nak tahu lah) perjalanan dari kampung aku ke KK sekitar sejam perjalanan kot. Lebih kurang lah. Sebab tu lah pokcik bersiap awal2...

Namun, pagi-apagi meme kena hantar akak dulu pergi kerja before boleh pinjam sat kereta BMW dia (tipu jenama kereta). Dalam pukul 6.30am gerak ke tempat kerja akak, dan terus memecut ke KK. Walaupun pokcik cuba melajukan BMW tersebut, tapi banyak sangat halangan di hadapan. Kaw tahu kan hari isnin ni memang jem teruk sangat!!! aku tersangkut dalam jem sedangkan perjalanan ada lagi dalam beberapa puluh KM dan jam menunjukkan 20 minit lagi pukul 8am. Dalam hati aku tak keruan dah. 

Setibanya aku di KK, jem di tengah pusat bandar ni lagilah hazab kan.... walaupun jarak dah tinggal dalam 1km, tapi tersangkut dia boleh tanah lah buat naik darah ke otak. Aku tengok jam, fine!!! dan pukul 8.20am. Member yang kerja SESB call aku (sebab aku ada misscall dia), aku inform yang aku dah lewat. Dia terkejut beruk (beruk? eh sorry member). So member aku bagi phone number bahagian HR beserta person in charge bahagian interview haritu dan mintak aku call selajunya untuk nyatakan yang aku OTW. 

Belum sempat aku call, aku dah sampai dekat car park. Aku lari-lari anak (cam comel je kan? puiii...) menuju bangunan SESB. dengan laju pergi kaunter pertanyaan sambil bertanya dengan suara yang cemas-cemas nebes "Akak, yang interview hari ni di mana?". Setelah mendapat petunjuk, aku pun segera ke tingkat dua dan cari bilik kuliah seperti yang akak kaunter nyatakan. As i expected, dah ramai calon-calon memenuhi kerusi menunggu. Aku tengok jam dah pukul 8.45am. berlakulah dialog seperti ini:

Cik Intan: Ya ada apa (sambil menunjukkan muka garang)
Pokcik: errrr.... interview (sambil buat muka babyface)
Cik Intan: Pukul berapa interview?
Pokcik: pukul 8am cik. Sorry saya lambat.
Cik Intan: Kamu ni belum kerja sudah lambat. Baru interview. Tulis nama sini, kerusi sudah penuh. Tunggu di sini dengan ni kawan-kawan yang lewat. Kamu terlewat sudah ujian bertulis.

Erkk.... ada ujian bertulis? tokozutt pokcik. Dalam pada terkejut tu, pokcik sempat beramah mesra dengan geng-geng lambat. hohohoho.... Walaupun mendapat pandangan something wrong dari geng-geng awal yang jejeling kami sambil senyum-senyum cimpanzy, kami geng-geng lewat tetap yakin berdiri tanpa kerusi..gituhhhh...!!

p/s: bersambung........

Thursday, October 11, 2012

7 Saham Ke Neraka

Neraka? Siapa yang bermimpi nak masuk neraka? Yakin dan percaya memang tak ada satu orang pun yang mahu di humban ke dalam neraka lalu tersiksa di alam kekal sana. Bekalan kita cukup? itu yang sangat kita bimbangkan. 

Di sini, ada 7 senarai yang boleh mengakibatkan kita menduduki neraka. 

1. Syirik kepada Allah swt.
menyekutukan Allah dengan sesuatu sama ada dalam rububiyyah, uluhiyyah ataupun nama-nama dan sifat Allah. Firman Allah "bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya adalah neraka" (Surah Al-Ma'idaH 5:72)

2. Kufur
kufur kepada Allah, para malaikat, kitab, rasul, hari akhirat serta qada dan qadar (rukun iman).

3. Ingkar salah satu rukun Islam

4. Mempersendakan Allah, agama-Nya dan Rasul-Nya.
Firman Allah "Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "sesungguhnya kami hanya berbual dan bermain-main'. Katakanlah,: 'patutkah nama Allah dan ayat-ayat-Nyaserta rasul-Nya kamu perolok-olokkan dan mengejeknya?' (Surah al-tawbah 9:65-66)

5. Mencaci Allah, agama Islam dan para rasul dengan mencela, mengaibkan dan merendahkan.

6. Berhukum dengan selain hukum Allah
iaitu yakin bahawa hukum selain hukum Allah itu lebih baik atau sama dengan hukum Allah. Firman Allah "dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya) maka mereka itu orang kafir" (surah al-ma'idah 5:44)

7. Munafik
Apabila seseorang menyembunyikan kekafirannya dan melahirkan diri sebagai muslim. Firman Allah "Sesungguhnya orang munafik itu ditempatkan pada tingkat yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka."  (surah al-nisa' 4:145).



Teman-teman, mari kita sama-sama ingat akan 7 perkara ini dan sematkan dalam diri. semoga kita tidak pernah melakukan apa yang tersenarai di atas. Jika pernah sekalipun, selagi masih bernyawa, mintalah keampunan daripada Allah swt. Bukankah Allah maha pengampun dan pengasih. Jika kita benar-benar meminta, Dia lebih mengetahui kebenaran itu.

 Sumber: adaptasi dari majalah Solusi isu  48

p/s: untuk muhasabah diri

Wednesday, October 10, 2012

Sembang malam ini

pokcik tak tahu nak update apa. Just pokcik rasa nak menulis something saja.

Ada a few matters yang berlegar-legar di fikiran pokcik. Kadang-kadang buat pokcik rasa sakit kepala. Well, biasalah kalau stress banyak fikir mesti rasa sakit kepala. Tapi hari tu pokcik ada baca dekat satu majalah ni dia cakap stress baik untuk kesihatan. Tapi stress yang terkawal lah, bukan yang luar kawalan. Nanti kaw kaw sekalian boleh cari dekat google.

Fake...!! kadang-kadang aku rasa dah jadi fake. Fake dengan cuba jadi baik kepada sesiapa pun. Tapi bukan niat aku nak tunjuk baik pun, just aku terfikir kalau aku tak buat baik pada orang lain, mcm mana kalau orang lain buat tak baik pada aku? bukankah perlakuan baik tu akan dapat ganjaran yang baik juga? Tapi baik tu kena berpada-ada juga. Harap aku dapat latih diri untuk ikhlas dalam setiap perbuatan.

Kelemahan? aku senyum sendiri bila fikir kelemahan yang aku ada. Kaw tau lah kan setiap dari kita pasti ada kelemahan masing-masing. Dan yang paling tak boleh tertolong, ramai di anatara kita yang lebih suka untuk lebih dahulu melihat kelemahan orang lain berbanding melihat sisi kebaikan mereka. Tapi, kalau kaw menghadapi situasi ini, apa kata ambil kata-kata memperlihatkan kelemahan diri kamu itu sebagai satu yang positif. jangan cepat melatah dan marah-marah. Ingat bahawa Allah SWT ciptakan tiap kejadian atas dasar kasih sayang-Nya pada kita. So, kata-kata menrendahkan diri kaw kaw semua tu tidak ada nilainya sedikit pun jika dibandingkan janji Allah kepada mereka-mereka yang bersyukur.

Isnin depan adalah hari perjuangan. Hari perjuangan seperti dulu-dulu. Semoga Allah permudahkan semuanya.. Tolonglah kami yang sering tak terdaya ini ya Allah....

p/s: esok-esok kita sembang lagi ya :)

Carta 10: Situasi Memalukan Eddy Syrol

Tugasan Imunity minggu ini untuk pertarungan Battle Royale ialah kena buat satu entry betemakan "CARTA 10". Sebut tentang carta-carta ni, pokcik ingat lak top 5 yang pokcik selalu buat. Pokcik biasa mampu buat 5 je anak-anak...hohohoho...

lets cekidaud Carta 10 situasi memalukan bagi eddy syrol..


10. Salah tegur orang

Huh! Always terjadi. Kaw tau lah dekat dunia ini ada ramai muka seiras. This thing happen kalau dalam dua situasi bagi aku. First di shopping mall. Kedua dulu-dulu waktu dekat U. Untuk cover kemalu-maluan, just senyum dan blah dengan lelaju kemudian berdoa semoga orang tu tak jumpa kita lagi selama-lamanya. =.='

9. Demam pembentangan

Zaman sekolah, aku memang jenis yang paling sakit otak bila kena buat pembentangan, DI DEPAN KELAS. Muka merah, telinga merah dan panas, air mata dah bertakung, kaki bergetaran, tangan apa lagi, otak blur, suara dengar hujung2 sajork. Tapi itu dulu lah, sekarang dah sihat.. erkkk

8. Kantoi tak puasa

Ini sengal. Ketika zaman nakal-nakal rebina, aku ni nakal dalam diam tau. SO, waktu budak-budak dalam umur 8/9 tahun (xingat sangat), aku pernah sehari tu curi-curi makan. Dan kantoi oleh sorang budak kampung yang mengaji dengan bapa aku. Heboh le hari tu. Mula saat tersebut, dah tak curi-curi makan waktu puasa lagi. =.='

7. Lupa teks pidato

form 5 sampai form 6 sampai masuk U aku ni suka join pertandingan pidato. Tengok muka memang takde muka pemidato kan!! so, form 6 aku ada join Pidato Pencegahan Rasuah. Naik stage memulakan pidato meme kompiden terlampau. Mukadimah sajork gempak, masuk isi blur. Bijaknya aku tulis kat tangan, so aku jeling2 tangan. NAMUN, tangan aku bergetar. Semua penonton gelak. LOL. So, aku kena bahan....

6. Kantoi bonceng awek

Aku ni mat motor time form 6. pergi sekolah bawa motor WALAUPUN takde lesen.hew3.. Geng aku geng motor yang baik-baik (bajetttttt). SO, time hari raya kami ni mesti la naik motor dengan members tak kisah lelaki dan pompuan. At that time, motor aku kosong dan ada sorang awek yang tak naik motor lagi. Ekceli bukan awek pun, memang geng kami jugak. Sampai di satu round about, kami selisih dengan kereta guru ekonomi yang meme garang..hayoooo.... habis cuti raya, cikgu tu masuk sindir-sindir kami. Then. aku kena panggil masuk bilik guru kena ceramah dengan guru BM. Lagi, sebagai Ketua pengawas (ni paling lol), aku masuk bilik disiplin pun kena ceramah. Sekarang tak bonceng awek lagi...percaya lah.... =.='

5. Jatuh masuk lantai bocor

Dulu, aku selalu tunggu pengangkutan awam dengan kawan-kawan di sebuah gerai tinggal. gerai ni gerai lama yang dah takda orang meniaga, tepi jalan saja. So, tunggu punya tunggu pikap (pengangkutan awam zaman aku dulu dkt kg adalah pikcap, sampai skrg masih lagi ada), tetiba ada pikap datang. Aku ni lari la lelaju nak tahan pikap kan. tetiba KEDEBOOOOMM...sebelah kaki aku dah masuk dalam lantai gerai yang bocor. Nasib kawan2 bagi muka simpati, so malu dalam hati saja. =.='

4. Lupa tutup pintu toilet

Ni waktu mengaji. Bapa aku dulu buka kelas mengaji di area rumah ni saja. Satu hari tu pokcik sakit perut, nak mengehem ehem... dengan tergesa-gesa pergi toilet dan melakukan hajat. Tetiba, tengah fefiling dalam toilet, someone telah buka pintu toilet secara tetiba. Gilo tak tutup pintu. Yang lebih gilo aku just tutup muka dan badan cover dengan besen, nasib besen besar muat seluruh tubuh ku... =.='

3. Kena sepak cikgu

Ini waktu sekolah rendah. Waktu tu subjek apa tah kami satu kelas kena berkumpul di dewan terbuka atas arahan cikgu B ni. So, cikgu B mintak kami berbaris dalam beberapa barisan berasingan. Aku ni macam agak kompius la keluar masuk barisan sambil ketua kelas tolak-tolak aku untuk betulkan barisan. Tetiba PANGGGGG PANGG PANGGG... tiga das u'ols kena tepat di pipi mungil ceq... berpinar jap... sepanjang hari dekat sekolah pokcik sugul sebab malu.

2. Suara ayam

Kaw tau tak apa suara ayam? Suara yang kalau kita menyanyi or bercakap, tiba2 pecah tu. Itulah suara ayam paling merdu. Ni cerita waktu perkemahan pengakap, time tu aku form 6. Setiap sekolah yang join mesti buat persembahan. Sekolah aku pilih boria. So, aku ditugaskan jadi penyanyi utama selain mendendangkan syair di permulaan persembahan boria. So, dengan yakin pokcik melantunkan vokal lantang dan mendayu serangkap syair. Sampai baris ketiga (yang biasanya penyair akan tarik suara tinggi), suara ayam keluar PUN DENGAN NYARINGNYA. Satu dewan gelak gua cakap lu. So, sepanjang perkemahan berlangsung pokcik kena bahan =.='

1. Zip

Ok. Aku yakin cerita macam ni selalu jadi kat kaw2 semua kaum adam. Dulu aku ni pengawas pusat sumber dari form 1 - 5. Waktu aku form 4, aku jadi ketua librarian ni. Satu hari yang indah, cikgu N yang merupakan guru penasihat perpustakaan panggil aku masuk bilik. Dia nak bagi arahan la pada aku sang ketua pengawas kan. tapi muka dia macam nak gelak sambil seyum 5 cm. Selesai, aku keluar bilik dia. Betul-betulkan seluar di depan kaunter pertanyaan library. Tetiba aku rasa sesuatu kat zip. Ya Rabbi, zip lupa tutup, terbuka lebar lak tu. Nasib pakai dalaman kannnnn... So, seminggu aku boikot jumpa cikgu N.

Carta 10 ni, habis ja baca kaw orang delete dari ingatan ok..!!!!

p/s: kisah memalukan ni jadi kenangan seumur hidup.

Monday, October 8, 2012

Hebatnya Negeri 5 Menara

Karya A.Fuadi.....

Superb.... mungkin perkataan yang sangat sesuai untuk gambarkan ketakjuban aku terhadap novel ini. Aku dah khatam novel ni pagi tadi. Rasa sangat terinspirasi dan terkesan (tertiru ayat-ayat penulisan indonesia..hewhewhew).


Kenapa aku sangat teruja dengan novel ini?


nantilah aku ceritakan di entry akan datang. Ni just nak buat pengumuman saja yang aku dah habis baca novel best seller ni wei... over khennn.....!!!

Aku cadangakn buat adik2 yang tengah berjuang mencapai mimpi dan cita-cita, kaw org bacalah novel ini. Novel ni akan membuat kaw semua muhasabah diri dengan segenap keputusan hidup yang kaw org putuskan kelak....trust me...

p/s: rasa nak jumpa penulisnya dan tanya beberapa soalan..huhuhuhu

Sunday, October 7, 2012

AKU & BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE



ini entry yang jujur dari hati nurani pokcik. hewhewhew.... so pokcik kena menjawab beberapa soalan cepumas dengan lelaju...

Berikut merupakan jawapan kepada soalan-soalan di SINI.


1. Secara jujurnya, mula mengenali game blogger battle royale ni tak salah sejak siri kedua. Sebab ini siri ketiga kan? tapi waktu tu tak alert sangat sebab tak sertai, just view once.

2. Totally no, sama ada sebelum, semasa mahupun setelah menyertai. Saya hanya follow game ini mengikut apa hencek Awie Omar arahkan setiap episod.

3. Kalau tak salah Syakir Rahman pernah join. Pokcik bangga dengan ekau sakir..hewhewhew...

4. Secara jujur aku tak pernah baca komik ni dan tonton filem ini. Aku baru je tahu yang ini merupakan komik setelah hencek Awie Omar bagi tahu. Plus, aku bukan peminat manga, komik, anime atau yang seerti dengannya. huhuhhuhu...

5. Bagi aku sesuai (bagi insan yang tak pernah tahu apa tu komik dan movie battle royale) sebab menggalakkan blogger aktif di dunia maya ni. Blogging kan berfaedah. Dan tema yang memiliki elemen adventure memang mendebarkan jiwa raga, walaupun di alam maya.

6. Tiada. Sebab macam pokcik ckp tadi, pokcik tak tahu apa-apa pasal komik dan movie battle royale. So, jujur tak tahu.

7. Kekalkan saja tema ini. Menarik dan menjadi satu brand kepada blog Awie Omar.

8. Sama seperti jawapan nombor 6, i have no idea. sorry =.='

9. Saya rasa ramai yang tahu tentang game ni contohnya Hawis, Jerul, sue dll tapi tak tahu pula mereka-mereka berminat atau tidak nak join sekali. Tidak dinyatakan.

10. Satu paling ketara ialah menggalakkan semangat kerjasama. Selain itu, mendidik kami-kami ni untuk memahami situasi orang lain sebab bukan semua group member ada masa terluang. maasing2 busy, so perlu saling memahami. Game ni juga mengingatkan kami erti persahabatan. Group Deux sentiasa bersahabat. Jyeahhh....

Selesai, peringatan sekali lagi, jawapan2 di atas adalah jujur dari hati dan dari diri yang tak tahu apa2 tentang originality komik battle royale. Pokcik dah try google, tak jumpa yang tepat ttg komik ni. Takut lak terpilih salah link, so salah ckp lak..jadi mahapkan beta....

p/s: gambateeee DEUX 

Friday, October 5, 2012

Pengalaman Pertama: Kematian

Kematian ialah kisah mutlak untuk semua manusia. Tiada sesiapa pun boleh lari dari hakikat bahawa suatu hari nanti kita akan menghadapi hari kematian. Tarikh, waktu dan masa telah di ketahui oleh Sang Pencipta, Allah swt. Ianya rahsia yang tersimpan kukuh tanpa siapapun yang tahu kecuali-Nya. 

Semalam, for the first time in my life, aku menghadapi satu situasi kematian yang berlaku di hadapan mata aku sendiri. Seorang ustaz, yang juga saudara dan kenalan terdekat keluarga kami telah menghembuskan nafas terakhir di Sabah Madical Center, Damai, Kota kinabalu, Sabah. Situasi yang dihadapi aku kurang pasti, tapi menurut apa yang aku dengar arwah memang menghadapi masalah jantung. 

Aku dan abang ipar tiba di SMC lebih kurang 10 minit sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir. Sedihnya melihat anak-anak mengelilingi katil arwah, membacakan ayat-ayat suci, mendoakan arwah serta melafazkan kekuatan kalimah Lailaha Illaullah tepat ditelinga arwah. Tangisan, wajah kesedihan, kebimbangan serta keredhaan dan pasrah akan ketentuan semuanya jelas tergambar waktu itu. Situasi macam ini kali pertama aku hadapi. Sebelum ni, aku just pernah tengok jenazah yang memang telah di mandikan sahaja dan siap untuk dikebumikan. Itu pun baru dua kali. 

Kagum, bila insan yang banyak berjasa untuk masyarakat apatah lagi untuk agama ni. Rakan taulan datang berbondong-bondong menziarahi arwah di saat-saat akhir sakaratul maut Semua datang memberikan semangat bukan sahaja buat arwah malah buat ahli keluarganya. Malah ada yang menitiskan air mata tanpa henti kerana kehilangan sebutir permata yang banyak berjasa kepada mereka. Aku sempat berfikir, adakah di saat akhir kehidupan aku akan ada rakan taulan seumpama ini. Mudah-mudahan Allah swt kurniakan aku insan-insan pemurah dengan doa. Hadiah paling berharga buat insan yang sudah tidak bernyawa hanyalah doa bukan? 


 Semoga jenazah ustaz dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang dikasihi-Nya. Sahabat semua, masa kita juga akan tiba. Cuma kita belum tahu bila. Semoga kita dipanggil oleh-Nya ketika kita benar-benar telah cukup amalan yang membolehkan kita mencium wanginya syurga Allah swt. 

p/s: mati itu pasti