edDy sYrOl

Thursday, September 27, 2012

Lelaki pun jaga kulit muka

Zaman la ni, semua jantina nak shantek..eh, tetibe. Tapi betullah, zaman sekarang tak kira wanita ataupun jejaka sangat meemntingkan penampilan. Bila sebut tentang penampilan, salah satu area yang paling dijaga oleh kita adalah muka, ye dak? Mari pokcik kongsikan tips perkara yang selalu dilakukan oleh kaum lelaki untuk menjaga kulit muka kami.


1. Basuh muka dengan air bersih
opkos lah basuh muka kena dengan air bersih ye dak? takkan kaw nak basuh muka dengan air milo. hewhewhew. Andai kata kaw semua malas sangat nak cuci dengan tepek produk, cuba amalkan cuci muka sahaja. Kalau dah rasa muka tu gatal dan berminyak, pergi wash room cucilah muka. Tak mengambil masa yang lama pun. Kepada yang rajin solat, membasuh muka bukanlah sesuatu yang remeh. Sebelum solat kita wudhu dulu bukan? (~_~)

contoh

2. Guna produk yang bersesuaian
Kulit muka kita ni berbeza mengikut individu. Malah mungkin berbeza mengikut faktor aktiviti harian, juga berdasarkan demografi (nak jugak bombastik kan..hewhewhew). Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki kulit berminyak. Mereka yang kerap terdedah dengan penghawa dingin biasanya memiliki kulit yang kering. So, pilihlah produk yang sesuai ya. Kalau kulit muka oily, penggunaan pelembab maybe tak perlu. Tapi kalau kulit kering perlu. Silalah rajinkan diri untuk baca bahan-bahan produk yang tertulis dibelakang (biasanya) beserta faedah pemakaiannya. Jangan main ambik, kang naya. 

hiasan

3. Bercukur
Pastikan kaw semua tahu teknik bercukur yang betul. Gunakan alat pencukur yang berkualiti. Kedua-dua hal ini akan memastikan kulit kaw semua tak calar dan rosak ketika melakukan cukuran pada wajah. Krim pencukur boleh digunakan untuk melancarkan proses cukuran. Kalau boleh, cukur ketika kulit lembap (basuh muka bagi bulu lembap, kemudian baru cukur). Selepas bercukur, aplikasikan after shave yang bertujuan mengurangkan kerengsaan.


4. Makan makanan berkhasiat
Dalam penjagaan kesihatan (tidak terkecuali kesihatan kulit wajah) pemakanan adalah sangat penting. Kurangkan makanan berminyak (bukan tak boleh langsung, tapi kalau elakkan lagi bagus). Jadikan makan buah-buahan segar sebagai rutin. Pastikan tidak pernah TAK ADA sayur ketika menjamah menu makan kaw semua. Sila pastikan pengambilan air secukupnya. Kalau air kurang kulit kering derr.... 

Mudah sebenarnya nak jaga kulit bagi lelaki. just kene rajin sikit je....

p/s: cubalahhhh

Cita-cita Kita Zaman Sekolah

Sebut tentang cita-cita ni, memang zaman sekolah merupakan zaman kita nak jadi itu ini. Selalunya, tahun satu cita-cita lain, tahun dua cita-cita lain. so, kalau 6 tahun di sekolah rendah, enam kalilah cita-cita berubah. Itu kira ok lagi, ni kalau satu hari (waktu awal tahun sesi suai kenal), 4 guru masuk kelas tanya cita-cita, empat cita-citalah yang berubah.ye dak? tak ke sadis tu? hewhewhew....

sumber gambar: google

Aku pun dulu meme banyak sangat cita-cita.Waktu sekolah rendah lah. Waktu sekolah menengah cita-cita tu ada sedikit konsisten. Sedikit sahaja (maksudnya ada jugaklah berubah bagai). aku masih ingat waktu darjah 5, awal tahun biasalah kan ada sesi suai kenal PADAHAL dalam kelas tu memang kita dah kenal semuanya. Cuma cikgu cekgi saja yang tak kenal kita ye dak? So, pada ketika itu, guru yang masuk adalah Ustaz Z dan sure-lah mengajar Pendidikan Islam. Wahai Ustaz Z, dimanakah anda kini?

As usual, ustaz minta kami semua untuk berdiri sorang-sorang kemudian nyatakan nama dan cita-cita. Make it fast katanya. Kaw tahulah kan ramai murid dalam satu kelas. Kalau nak tanya nama, tarikh lahir, cita-cita hobby, makanan kegemaran bla bla bla tak ke mengambil masa satu jam lebih untuk 30 orang murid. Pada waktu tu aku duduk paling antara baring belakang, so memang aku dengarlah semua cita-cita rakan taulan ni.

Maka, tiba giliran aku. Dalam kepala otak ni memangfikir nak sebut cita-cita lain dari yang lain. Nak pilih guru orang dah ambil. Polis pun dah. Bomba pun member dah kebas. Saintis pun dah ada yang sebut. Maka dengan yakinnya, menyebut "cita-cita saya ialah angkasawan". Bila dengar saja perkataan angkasawan, pecahlah gelak seluruh kelas termasuklah Ustaz Z tu. demm..!! what so funny. Sampaikan ustaz Z siap cakap "Roket baru nak naik ke bulan, tiba-tiba jatuh mendarat dengan kepala kapal dahulu ke tanah". sadis sadis sangat ustaz Z tu.. =.=' 



Sebenarnya, dizaman pokcik sekolah dulu, impian untuk jadi angkasawan tu memang tidak pernah ada seorang pun yang terfikir. Mungkin juga menjadi angkasawan bagi kanak-kanak zaman kami adalah satu kemustahilan di negara ni. Malah ada antara kami-kami yang tak tahu pun apa itu angkasawan. Cuma anak-anak zaman sekarang sahaja yang dapat lihat masa depan sebagai angkasawan dengan lahirnya angkasawan pertama negara yo dak?



Sekarang, pokcik ada cita-cita sendiri. Kekal dan teguh. Well, masih belum tercapai tapi doa-doakanlah pokcik semoga cita-cita tersebut tercapai. Aminn...

p/s: marilah berusaha, berdoa dan bertawakkal

Monday, September 24, 2012

Irfan Danial Yang Comel


Lets Pokcik introduce semua dengan baby ensem ni. Nama dia Irfan Danial. Boleh panggil Irfan. Comel kan? Anak bongsu dari 3 beradik. Ada sorang kakak dan sorang abang. Tapi Irfan ni paling comel sebab dia paling kecik.. hewhewhew.... Ohh dan paling tak nakal dan paling tak manja.


Pokcik sebenarnya baru dua kali jumpa Irfan ni. Mak pak dia jarag bawak dtg rumah, sebab maybe dia masih kecik. Fragile kan, takut pokcik gigit.. awwu awuu awuu... Apsal aku eksited ni? =.='  















Comel tak aku? eh maaf, comel tak Irfan? 



Ni dia tgh makan pisang goreng. kecik2 dah reti makan pisang goreng, besar sikit makan la kepsi.. gigi dia baru ada empat. dua atas, dua bawah...



Ekceli, ni anak abang aku. Laju tol abang aku ada anak. Tiga dah rakyat dia.



Bilalah Irfan ni nak senyum kan.. hewhewhew


Gigih makan pisang goreng.


Eh... ini bukan Irfan, ini abang dia Mohd Izwan (wawan). Nakal dah wawan ni...kiss baru tau..hehehe...

p/s: Best ada baby kan?!!

Thursday, September 20, 2012

Mari Menjaga Solat


Ingatkah teman-teman sekalian tentang kisah Saidina Ali RA?  Bagaimana Saidina Ali terkena panah ketika berada dalam peperangan. Panah tersebut betul-betul terkena pada betis Saidina Ali. Para sahabat telah berusaha sedaya upaya untuk menanggalkan anak panah tersebut, namun usaha mereka gagal kerana Saidina Ali rasa teramat sakit. Lalu bertanyalah para Sahabat kepada Baginda Rasulullah. Rasulullah SAW menasihatkan kepada para sahabat agar mencabut anak panah tersebut ketika Saidina Ali sedang menunaikan solat. Maka ketika Saidina Ali solat, para sahabat telah mencabut anak panah tersebut dari betisnya. Apa yang berlaku sungguh berbeza, tiada sedikit pun suara mengaduh kesakitan yang keluar dari mulut Saidina Ali. 

Apakah pengajaran kisah ini? 

Kisah ini menunjukkan bertapa besarnya hikmah menjaga solat, iaitu khusyuk ataupun fokus ketika mengerjakan solat. Menjaga solat adalah satu cabaran besar buat umat manusia yang menganuti dan percaya kepada ajaran Islam. Malah untuk menjaga waktu solat pun belum tentu kita dapat laksanakan. 


Mari kita kongsikan sedikit 5 panduan untuk menjaga solat.

1. Mendalami Ilmu tentang solat
Kita memang digalkkan untuk mendalami ilmu. Malah ilmu yang bermanfaat itu tidak akan pernah habis untuk dipelajari dan pasti ada sahaja perkara baru yang akan kita temui, apatah lagi ilmu berkaitan solat. Belilah buku-buku berkaitan solat dimana mengandungi syarat sah, rukun dan perkara yang membatalkan solat. Malah terdapat buku yang mengupas tentang faedah solat. Bersemukalah dengan guru yang memang pakar tentang hal solat. InsyaAllah kita akan mencintai ibadah solat.

2. Pilih rakan yang menjaga solat.
Kita sememangnya digalakkan untuk bermasyarakat. Pepatah juga menyatakan berkawan biar beribu. Maka bilangan kawan yang ramai itu InsyaAllah akan memberikan faedah kepada kita. TETAPI, waspadalah dalam memilih kawan. Jika kita ingin menjaga solat ketika melakukan sebarang aktiviti, pastikan kawan-kawan kita itu juga bersolat. Andaipun ada yang tidak bersolat (faktor agama yang berbeza atau sebagainya), pastikan kawan-kawan anda bukanlah daripada golongan yang menghalang/sini terhdapat pelaksanaan solat kalian. 

3. Jaga masa
Manusia diberikan masa 24 jam sehari. Maka pergunakanlah ia sebaik-baiknya. Ada orang yang memberikan alasan tidak solat kerana tiada masa. Itu namanya kufur nikmat, dimana dia mempersia-siakan masa yang sebaik-baiknya Allah berikan untuknya, tetapi menafikan hak Allah yang tidak mengambil masa yang lama untuk dikerjakan. Jagalah waktu tidur agar solat kita tidak terlewat (terutama subuh) dan khusyuk.

4. Ingat bahawa hidup di dunia sementara sahaja.
Ayat yang paling tepat adalah ingatlah kepada kematian. Jika kita ingat bahawa hidup di dunia ini sementara, pasti kita akan memikirkan bekalan yang ingin kita bawa ke alam kekal kelak. Pahala dan dosa yang diperhitungkan nanti pasti merangkumi soal ibadah solat. 

5. Mohon perlindungan Allah SWT.
Berdoalah kepada Allah SWT agar kita ditetapkan prinsip untuk sentiasa menjaga solat walau dalam apa keadaan sekalipun. Hanya Allah yang mampu untuk memberi izin kepada manusia untuk melakukan sesuatu dan hanya Allah yang berhak menafikan hak-hak manusia kerana Allah SWT sahajalah yang boleh memberikan pertolongan. 

p/s: Mari sama-sama kita muhasabah diri

Juan Richo Perlu Sokongan Anda

LinkLinkLink
Ingat tak entry di --------------> SINI

Member pokcik yang bernama Juan Richo yang perlukan clicks kaw semua? Juan mengucapkan ribuan terima kasih buat semua yang tolong like pic dia tu. Jasa kaw semua akan dikenang dan nanti Juan buat kenduri (ok ni tipu..hehehe)


Link
Tapi, untuk pengetahuan kaw semua, pihak penganjur telah meletakkan pic terkini untuk perang like. So, pokcik nak mintak jasa baik kaw semua sekali lagi untuk like pic Juan Richo boleh tak?

Caranya kaw semua pergi je ke ----------------> SINI
ataupun kaw click mana-mana pics Juan yang pokcik dah tepek kat sini, termasuklah yang ada kat side bar. Nanti kaw semua akan dibawa ke satu pic yang kaw perlu like, itulah pic Juan Richo.


Juan Richo harap sangat kaw2 semua dapat memberi bantuan sekali lagi. Jasa kalian akan dikenang selamanya <---- ni Juan cakap... hehehe



p/s: Selamat membantu dan selamat berjaya buat Juan. Ni kalilah..!!!

Wednesday, September 19, 2012

FAIL PERIBADI AHLI B3:BR

Tugasan imuniti (episod 2) kini tiba untuk Battle Royale 3. Alhamdulillah pokcik tidak tersingkir di episod pertama. Wah..!! terasa macam realiti TV ja.. Baiklah, perkara di bawah ini merupakan apa yang kami perlu ketengahkan dalam tugasan imuniti kali ini. jyeahhh....!!

Nama Kumpulan: DEUX

Bidang diceburi: Freelancer/ business, economics & education

Hobi : Melancong/ menulis / membaca novel <--- semua agak skema tapi reality

Blog Pilihan : Billy Info <--- info2 menarik ada di sini

Tujuan Berblogging: lebih baik mengisi masa lapang dengan blogging kerana dapat tambah ilmu berbanding lepak dan melakukan kerja tidak berfaedah. This is just a principle.

Sifat Semulajadi pokcik :
1. kacak dan babyface
2. Hati basah
3. pendiam dari pandangan pertama saja.

Masa melayari Internet : Paling tepat waktu malam. Tapi siang-siang rajin juga. Pokcik kan rajin #eh
Link
Peserta ke final bersama ku : Nadia.

Kenapa Nadia : Sebab Nadia seorang gadis yang berani menyahut cabaran sebagai ketua kumpulan. Alasan bz sebagai seorang pelajar bukan penghalang. Yes, seorang pelajar perlu aktif dan berani seperti nadia. So, boleh jadi contoh kepada peserta-peserta lain yang masih bergelar pelajar.

Pandangan tentang B3:BR : Mencabar dari segi mental. Sebab peserta tidak tahu nasib mereka pada episod akan datang, sama ada akan kekal dalam permainan atau tersingkir. Walaupun agak sedikit mengelirukan pada awal penyertaan, tetapi sekarang boleh lihat rentak permainan sebenar battle royale ni. Tahniah penganjur hencek Awie Omar


p/s: gambate Duex


Tuesday, September 18, 2012

Blogwalking satu hobby


gambar hasil carian google

Blogwalking merupakan satu rutin bagi seorang blogger. Well, mungkin bukan satu kewajipan untuk mereka yang agak bz dengan rutin harian yang lain, tetapi mungkin menjadi satu kemestian / addicted bagi yang memang kaki blogging.

Aku pun boleh dikatakan hobby / addicted dengan blogwalking (BW) ni. Sehari tak BW macam tak sah, walaupun agak bz. Mesti curi sedikit masa at least baca 1 entry paling menarik pada satu-satu hari.

Suara sumbang: tipulah pokcik eddy. Tak nampak pun BW.

Ekceli, aku nak bagi sedas pada yang cakap aku menipu (mood garang..!!) Sebenarnya, kemungkinan ramai yang tak nampak aku BW sebab aku jarang drop comment kalau aku BW. Biasa dulu-dulu rajin juga say hai di chatbox kalau malas komen, tp sekarang ni dua-dua pun agak malas. How? jangan salahkan pokcik dan bukan faktor usia. Faktor paling tepat ialah faktor masa. Kadang-kadang dalam satu-satu masa pokcik boleh view 4 ke 5 entry (perminit). So, kaw bayangkanlah mcm mana pokcik nak rajinkan diri untuk komen? kalau ada butang like InsyaAllah akan di-like.

Ringkas cerita (sebab dah panjang melalut), aku rasa BW ni boleh membuka minda kita as a blogger. Sebab kalau dalam list blog yang aku follow, ada pelbagai jenis blog telah di-add dalam list. Blog gossip, motivasi, keagamaan, informasi umum, komik, dan lain-lain. Dengan kepelbagaian ini, bayangkan kalau semua buat entry baru, dan kita baca satu persatu, minda kita pasti boleh terbuka dengan pelbagai isu. Taklah kita ni jadi manusia yang duduk depan laptop dan lupakan dunia luar. tak gitchu..?!! <---- gedik.

p/s: sedang rajin menaip..hewhewhew

Sunday, September 16, 2012

Resepsi Uswatun dan Maman


Ini merupakan sambungan kepada entry .---------> SINI

Hari ini 16 September 2012, sempena hari Malaysia, majlis resepsi telah dilangsungkan. Maka, pokcik sediakanlah pics yang seadanya untuk tatapan anak-anak sekalian.. hewhewhew... majlis dilangsungkan di sebuah dewan terbuka.



Persalinan pertama
modern



pengapit adalah adik kepada pengantin perempuan





Persalinan kedua
Tradisional Bajau





opkoslah aku ada..



Family kedua mempelai


p/s: semoga berbahagia ke anak cucu dan hingga ke akhirat kelak. Amin

Saturday, September 15, 2012

Majlis Nikah Kak Uswatun dan Maman


Semalam (Khamis) pada pukul 2 petang, berlangsungnya majlis pernikahan antara Uswatun Hasanah dan Maman Suparman. Apa yang bestnya, pakaian pengantin smart!! pokcik suka.. pokcik nak share sedikit pics yang pokcik sempat ambil menggunakan DSLR pokcik (hakpuihh DSLR la sangattt).. kakak Uswatun ni jiran kami dan kakak kepada bestfriend abang aku. ohh, ayat aku mengelirukan kah? :P







Nak jugak aku kannn...







Itu saja... esok majlis risepsi, kalau terdaya pokcik ambil gambar lagi...walaupun tugasan bukan sebagai jurukamera..hewhewhew

p/s: doakan saya pula nanti..ihiks3

Friday, September 14, 2012

Mohon Like untuk Juan Richo


Ini member pokcik, nama dia Juan Richo... Perlukan bantuan kaw kaw semua boleh?

Click mana-mana pics yang pokcik dah tepek ni, kemudian anda akan di-link-kan ke satu gambar, like saja gambar tersebut. kalau rajin boleh share sekali. Sokongan anda semua Juan Richo ucapkan jutaan terima kasih (katenyer..hehehe)...


Link
Boleh juga ke link --------> INI untuk membantu Juan Richo


p/s: terima kasih

Wednesday, September 12, 2012

Ikhlas adalah perjuangan

gambar hiasan dari google

Ikhlas ialah kedudukan paling tinggi selepas Iman. Ikhlas adalah rahsia Tuhan sehinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia juga adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.Terdapat para sahabat yang apabila mendengar tentang ikhlas mereka akan menangis. Mereka berasa tidak selamat dan tidak mungkin dapat memperolehi ikhlas kerana begitu tingginya nilaian untuk mendapat sifat ikhlas. (i luv Islam).

Jelas bertapa tingginya nilai keikhlasan. Pernah tidak kaw semua terdengar yang ada segelintir insan ni memberikan alasan "tak ikhlas" untuk tidak melakukan sesuatu perkara terutama perintah Allah swt? mesti pernah kan.... so do i.. Mereka mengatakan "kalau tak ikhlas, buat apa solat" , "kalau tak ikhlas, buat apa puasa" , "kalau tak ikhlas, buat apa mengaji" dan macam-macam lagi.

Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud dan An-Nasa-i, menjelaskan (yang bermaksud): “Sesungguhnya Allah Azzawajalla tidak akan menerima sesuatu amalan melainkan ikhlas kepadaNya, dan ditujukan hanya untukNya”

Keikhlasan itu merupakan sikap yang perlu kita cari. Bukannya sesuatu yang kita harap datang bergolek. Andai kita tidak berusaha untuk mencarinya, malah tidak berusaha meminta kepada Allah swt, bagaimana rasa ikhlas boleh muncul dalam diri. Jadilah manusia yang berusaha untuk ikhlas melakukan apa sahaja terutama perintah dari Sang Pencipta. Janganlah menjadi manusia yang sering beralasan kerana bimbang nikmat itu bila-bila masa akan ditarik dari kita.


p/s: marilah berusaha berjuang mencari keikhlasan dalam diri

Tuesday, September 11, 2012

Kisah Blogger 3: Battle Royale 3


Pokcik alkisahnya telah join satu segmen/program/rancangan (kaw ingat tv!!) yang di produce oleh Awie Omar. At the first place, pokcik rasa cam apakah segmen ini, namun setelah merasakan segmen ni menarik, so pokcik pun join.

Sesiapa nak tahu lebih lanjut tentang battle ni, boleh lah click ------> SINI lelaju. Semua maklumat ada di situ.

BTW, pokcik telah dimasukkan ke dalam kumpulan 2. Jyeahh... Semua kumpulan dua adalah comel2 belaka (ohhh nafsu perasan ku....). So, each group mesti pilih sorang ketua. errr.... mcm mana nak discuss guys, kita kan di alam maya. Takpa2, sat sat lagi adalah ketua tu.... Ketua mesti muka garang kot (erkkk).

Walaupun pokcik tak berapa faham sangat tentang segmen ni, tapi biasalah mula2 kan. So, ni dalam proses nak memahami segala terma dan syarat pertandingan. Ada proses penyingkiran (cam AF/masterchef). perasaan pokcik lak agak teruja, nebes, gojes, dan tak terkata.

p/s: good luck utk semua...