edDy sYrOl

Friday, September 30, 2011

Nasik Tapau


ni jerk menu makan tengah hari aku. tapau tadi kat pekan. sedap tak? yo lah, habis solat jumaat, taknak lah ceq nak masak2 bagai...dah la pana..hehehe... menu dia ialah :
1. ayam masak kari
2. hati ayam masak kicap
3. keropok (ntah name ape)

aku tak suka makan hati ayam. tapi, hati ayam baik untuk tambah darah. so, aku amik lah... demi menambahkan jumlah darah kat badan aku..

Thursday, September 29, 2011

Eddy Interview Retis : Angan-angan Hyz bersama dayang nurfaizah

wei... lawa tak poster ni? mesti tak kan? arghhhh.... aku tak reti nak mereka bentuk poster... bior ler...janji ada... kan..!! untuk segmen yang sama yang dah terlepas-lepas entry tu, jap lagi aku edit wokeh.. aku tambah poster cun aku ni.

baiklah, bertemu lagi kita dalam segmen Eddy Interview Retis. kali ini siapa pula mangsa ES yaw... ala..bukan mangsa pun.. ES tanya dengan penuh hemah ape..sopan malah santun.. (sambil nyanyi lagu pantun budi).. now, ES nak tampilkan seorang Hyz untuk semua... jom baca temu bual ES dengan hencek Hyz..


1. apa yang anda suka dengan blogging?

HYZ : Apa yang saya suka ek? Errrr paling suka bila pengunjung suka dengan entry-entry yang saya buat. So, takde lah Nampak entry syok sendiri kan? Walaupun kadang-kadang memang syok sendiri yang melampau-lampau tu memang wujud dalam diri ini. Hehehe

2. Anda pasti ada komitmen lain dalam hidup. Susah tidak nak bahagikan masa antara blogging dan komitmen-komitmen lain?

HYZ : Tak susah. Sebab saya kerja dari rumah. Cuma sesekali perlu pergi sekolah-sekolah untuk buat demo lukisan kepada pelajar. Itu pun Cuma mengambil masa dalam 1 hingga 2 jam sahaja. boleh dikatakan saya ada hari-hari di rumah. Hahaha. so, banyak masa untuk blogging…

3. soalan lebih santai, selain blogging, apa aktiviti masa lapang anda?

HYZ : Saya suka berkaroke ( tengok header la… hahaha ), selain makan dan tido ( kumpul lemak )

4. penting tak follower blog bagi anda?

HYZ : Follower? Hurmmm…. Saya pun tak tahu sebab saya pun masih baru dalam dunia blogging ni. Pada saya, sesiapa sahaja boleh follow blog saya, dan yang pasti sesiapa yang follow blog saya, saya akan follow balik blog diaorang ( itu pun kalau mereka ada tinggalkan link heheheh )


ni dia Hyz..sedang menghafal lagu Dayang =.=

5. kebiasaannya, blogger suka melakukan aktiviti blogwalking (BW), anda sendiri suka BW dekat blog yang macam mana? Boleh bagi contoh?

HYZ : Saya tak pernah meletakkan tahap blog mana yang saya perlu datang. Blog yang saya tak kenal pun saya kunjung. Pada yang jerit-jerit kat saya tu, memang wajib saya jerit balik…. Jangan sombong-sombong BW ni, sebab time ni lah kita mengeratkan hubungan antara blogger selain kita dapat tahu isu-isu dan cerita-cerita menarik dari bloggers lain….

6. Anda paling benci bila ……….

HYZ : Benci ek? Tak berapa suke benci-benci ni. cuma tak suka bila orang lain menggunakan hak orang lain demi kepentingan diri mereka. Tak baik lah macam tu kan?

ni Hyz buat sendiri ok..kaw mampoo?

7. Gambarkan diri anda untuk 5 tahun akan datang?

HYZ : 5 tahun akan datang ek? Mungkin time tu saya dah ada album duet dengan dayang nurfaizah. Ehhhhh tu angan-angan je…. Jangan terpedaya. Hurmmmm mungkin kehidupan saya lebih baik dari sekarang? Harap-haraplah… amin…..

8. andai anda diberi peluang untuk kembali ke masa lalu, anda ingin kembali ke zaman bila?

HYZ : Zaman sekolah. Yup…. Zaman sekolah paling seronok pada saya. So, kepada adik-adik yang masih bersekolah tu, nikmatilah zaman persekolahan kamo-kamo semua. Mungkin sekarang kamo-kamo tak rasa ianya seronok, tapi bila kamo dah habis sekolah dah kerja, kahwin, baru kamo-kamo percaya, zaman sekolah adalah zaman yang paling best dalam hidup.

9. satu perkara yang orang tak tahu tentang diri anda.

HYZ : Hahaha… kalau kamo-kamo perasan cara saya bergaul di fb dan blog, mungkin kamo akan mengandaikan saya seorang yang suka bersosial dan ramai kawan-kawan. Tapi hakikatnya dalam dunia reality, saya tak ramai kawan yang boleh lepak sama-sama, boleh dikira dengan jari. Sebab saya suka menghabiskan masa di rumah saja. Percaya tak? hehe

ok..mat rempit..!!
10. akhir sekali, ucapan untuk followers blog anda dan juga readers blog Aku&Hidup.silakan.

HYZ : Kepada followers blog saya, trimas sebab sudi mengikuti blog ekspresi seorang aku yang tak segah mana ni. diharapkan entry-entry saya cukup memberi manfaat kepada kamo-kamo semua. Kepada readers blog aku&hidup ini, diharapkan kamo-kamo terus menyokong blog ini sebab blog ini besh woooo…. Kan incik eddy syrol?

begitulah berakhirnya sesi temu bual ES bersama incik Hyz. banyak sebenarnya nak tanya kat dia ni, tapi dah format segmen ni 10 soalan sajork, so berhenti setakat ini. korang-korang semua kalau ada lagi soalan yang padu maut, silalah click mana-mana pics di atas ya untuk terus ke blog incik Hyz.. kaw tanya lah dia macam-macam. jumpa lagi............

p/s : malam ini agak panas, tapi nyaman (~_~)





Wordless thursday #10


p/s : (~_~)

Wednesday, September 28, 2011

patah seribu

hey guys... aku dah mula minat kat lagu PATAH SERIBU by Shila Amzah. aku selalu dengar gak kat radio.. dan paling penting dekat youtube. kalau korang nak tau, dekat youtube Shila nyanyi sambil memetik bintang di langit... eh eh....salah, sambil memetik guitar lah. lagi sedap dari dengar melalui corong radio..

kaw nak dengar ye? pi sini --------------> EDDY EMSEM

ni aku bagi lirik kat kaw semua. so, sambil dengar lagu tu, sambil kaw nyanyi2 lah. aku suka permulaan lirik ni, seolah-olah mengingatkan aku pada mak dan ayah aku yang jauh di obersi. rindu mereka... sob sob sob... o ya..aku trasa nak nyanyikan lagu ni lah nanti..nanti aku post kat sini k. bolehlah kaw kutuk aku kan?!

Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku

Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku

Pergilah…


p/s : tiap petang ada angin ribut..merisaukan =.=

hari-hari hari raya

ok fine.! pic di atas merupakan hiasan semata-mata. ekceli, cite sal hari raya ni, beberapa minggu yang dah lalu sangat2, my sister ada buat open house. hari ahad bertarikh errr......... lupalah..!!

so di sini aku menyediakan pics makanan yang enak-enak untuk kalian semua. (~_~)

ya... nampak tak kek ini yang dah serabut. dah kena hiris sana sini citernyer... ni nama dia kek nangka. kek ni first time aku makan. ni idea abang aku, dia memang pakar buat kek lembap. korang pernah makan kek nangka?tak kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.... rasa kek ni rasa nangka =.=

ini pula merupakan juadah yang di bawa oleh seorang tetamu. kak T. dia buat sendiri ok..sekian.. roti dan sup cendawan tu dia buat sendiri. tabik r kak T. sedap. feeling2 obersi aku makan ni.. yang lawak giler, ada sorang tetamu ni dia masukkan sup cendawan ni dalam gelas.then minum mcm minum susu. erkkk... malu bertanya, salah ler cara makan.

ni roti jala. aku yang tebar setelah kakak n akak ipar aku beri tunjuk ajar. eh..cop cop, roti jala ni istilah dia tebar ke? arghhh..sukatilah...

kek coklat lembap. sedap kan? kek coklat biasa aku jumpa di rumah-rumah orang time raya kek coklat span or yang biasa2 je lah. tp yg ini lembap. abang aku pakar buat kek-kek yang lembap ni. walaupun tak tahan lama apabila di letak di luar peti ais, tapi kek mcm ini sgt enak.

ini bukan makanan ye.. ini aku...!! grrr .. aku saja tunjuk slipar tu.. comel kan.. slipar mcm ni aku bawa pg dapur.. ko mampu? tak kannnnnnnnnnnn

video

err... ni bidio luchiah yang aku buat untuk korang semua... cara menebar roti jala dengan se-sexy mungkin... sila kutuk aku..

p/s : lapar (~_~)

Tuesday, September 27, 2011

Eddy Interview Retis : Fiq Fikri yang pemalu?


apa Khabar semua? bertemu lagi kita dalam segmen temu bual eddy bersama seseorang. siapa pula seseorang yang eddy nak tampilkan hari ini? ES akan menampilkan seorang Fiq Fikri untuk korang semua.. mari kita ikuti temu bual ES dengan Fiq Fikri

ini dia Fiq Fikri

1. apa yang fiq suka dengan blogging?

Fiq : suka sbb mcm2 boleh kita kongsi bersama,

2. adakah fiq dalam blog adalah sama dengan fiq yang sebenar di luar?

Fiq : yupp memang sama. sila jumpa saya kalau tak caya :)

3. apa aktiviti masa lapang fiq selain blogging?

Fiq : dengar lagu,berfacebook,edit gambar

4. penting tak follower bagi fiq?

Fiq : sangat penting. kalau tak ada follower yang banyak trafic susah nak naik kot

mcm model kaw ni

5. gambarkan fiq fikri untuk 5 tahun akan datang?

Fiq : macam mana nak gambarkan ya…:Dsaya adalah saya la. tu je?hehehe... ok ok

6. adakah fiq memiliki masa yang flexible untuk blogging atau perlu setkan masa tertentu untuk blogging?

Fiq : ermmm..kalau free fiq update la blog,tengok kesesuian masa la

7. fiq biasanya suka blogwalking di blog yang mcm mana?boleh bagi contoh?

Fiq : BLOG TOTURIAL!! huhuhuh,

8. hizami li sahabat anda bukan? komen sikit tentang dia. :)

Fiq : ahhahha,nak komen ape ye?ahah hizami Li pendiam boleh dibawa berkawan,blog dia menarik jugak

9. satu perkara yang orang tak tahu tentang fiq fikri. boleh share? :)

Fiq : pendiam,sensitif,pemalu.

Eddy : aku mintak satu kaw bagi tiga (berbisik dalam hati =.= )

bersama bloggers feymes

10. akhir sekali, ucapan untuk followers fiq fikri dan juga untuk readers blog aku&hidup.silakan

:)

Fiq : ok kepada follower fiq yg sudi follow fiq dari awal fiq berblog fiq nak ucapakan terima kasih sangat-sangat kerana follow dengan ikhlas atau dipaksa,mcm artis tak?ahahhahaha (ada lah sikit ~.~.~.`) dan jugak kepada blog aku&hidup

semoga berjaya dalam hidup. :D


berakhir sudah temu bual ES dengan Fiq Fikri. semoga dapat manfaat dari temu bual ini ye kawan-kawan bloggers sekalian. bertemu lagi kita bersama personaliti yang seterusnya di masa akan datang. ma 'assalamah.


p/s : berdoalah untuk kesejahteraan semua (~_~)

Sunday, September 25, 2011

award untuk follower ke 500

terimalah award ini untuk follower aku yang ke 500. nama dia Rudy. award ni sangat simple aku buat, tapi ikhlas untuk anda yang sudi menyokong dan baca blog yang hidup segan mati tak mahu ni.


buat Rudy, silalah tinggalkan link kat blog ini ye... anda tak meninggalkan link, so agak susah untuk menjejak anda. buat followers yang lain, aku juga turut menghargai kehadiran korang semua di sini.. korang memang sempoi...!

p/s : aku lapar! =.=

bosan lah kaw..!!


bosan lah ! asyik2 isu HANTU BONCENG. best sangat ke filem tu sampai ke jabatan agama nak kecoh2. sadis sangat ke cerita dia sampai jadi isu besar? lawak giler2 gaban ke filem ni sampai kaw balik2 nak review filem ni.. biarlah si luncai terjun dengan labu2 nya. biarlah si "tukang jahit" nak tegakkan benang yang basah.kalau dia dah kena tegur sekali tanak dengar, syuh syuh syuh... urusan dia lah tu. bosan lah yang ini.....!!

bosan lah ! balik2 kaw cerita pasal mat sabu. mat sabu mat sabu mat sabu. kaw takde isu lain ke? ko ni baca dan nengok cerita sama je ke kat berita TV dan surat khabar? mata kau dah rabun empat belah ke asyik2 nak kondem mat sabu. kan dah kena rombak buku sejarah kat sekolah. tunggu dan lihat je lah. kaji le sejarah baru kaw dapat maklumat tepat yang tak membosankan... bosannnnnnnnnnnn....


bosan lah ! ko balik2 copy paste je entry kaw dari blog org2 indonesia. sampaikan kaw nak betulkan bahasa melayu indonesia ke bahaya melayu malaysia pun ko tak mampu. apa time kaw jawab soalan exam dulu kaw siap bawa toyol ke copy paste je ayat kat buku? ce rajin sikit.. sesekali tak salah.. bosan lah kaw ni....!

bosan lah ! aku tengok kaw ni keja memaki hamun je kat FB. kaw rasa sedap ke memaki maki ni. kaw tak rasa ke bila kaw maki sekali, beribu-ribu orang maki kaw balik. perlu ke kaw maki2? muka shantek cun melecun pun jadi cam hantu. yang ensem pun dah rupe mutan kat filem wrong turn. bosan lah sikap kaw ni...!

bosan lah...!

p/s : saje entry bosan... =.=

Saturday, September 24, 2011

Eddy Interview Retis : Hizami kata Daniel adie ....

bertemu lagi kita u'ols dalam segmen temu bual eddy bersama personaliti laman blog. harap untuk temu bual yang lepas-lepas, korang dapatlah perkongsian idea dari para bloggers yang memang tegar dalam menulis blog.

baiklah, sekarang aku nak menampilkan seorang Hizami Li @ Hizami Rahim untuk korang semua. wah.............! (aku nampak ramai cikaro2 datang dekat skrin laptop sampai melekat muka..grrrr). mari kita sama-sama ikuti temu bual bersama Hizami.

1. Apa Hizami suka dengan blogging?

Hizami : paling suka dengan blogging sebab kita boleh create satu watak yang mungkin bertentangan dengan peribadi sebenar, sebagai contoh, dalam real life, zami tak peramah sangat macam kat dalam blog bukan sombong tapi zami ni jenis pemalu sikit. so, secara tak langsung perasaan malu tu lama-lama hilang dan zami terjadi macam watak tu pulak..haha..mesti tak faham kan ?

eddy : =.=

2. hizami ada masa yg flexible ke untuk ber-blogging?atau kena set masa2 tertentu untuk buat sesebuah entry dan BW?

Hizami : zami ade masa-masa yang tertentu untuk update blog, tapi kadang-kadang zami tak ikut jugak masa-masa tu sebab kadang-kadang masa taip entry tu, rasa macam teruk sangat entry tu. so, ikut kecurahan idea tu. kalau mencurah macam air terjun, mmg laju la update.

3. soalan lebih santai, selain blogging, apa aktiviti masa lapang hizami?

Hizami : wayang & karaoke & gym. baru je start pergi gym. bila pergi gym tu, rasa sihat je sebab peluh keluar banyak sangat.

4. penting tak follower blog bagi hizami?

Hizami : antara penting dan tak penting sebab ada blog yang tak bergantung kat follower, ada blog yang bergantung kat follower. contoh blog yang tak bergantung kat follower ialah blog-blog yang penuh dgn berita2 panas gosip-gosip artis dan sebagainya. sebab blog-blog macam tu lebih kepada enjin carian macam apa yang orang google. terus ke blog-blog macam tu, so blog-blog macam tu tak penting sangat follower ni. tapi kalau blog-blog yang personal tentang apa yang kita buat sehari-hari, kira penting la jugak followers ni sebab kalau kita ada masalah ke, kita nak tanya pendapat ke, kita nak minta tolong ke, followers la yang dapat memenuhi semua tu.


ini dia Hizami

5. hizami kelihatan sangat menjaga hubungan baik dengan bloggers lain.komen sikit.

Hizami : alamak...!kadang-kadang tak terjaga juga. zami dah jarang pergi blog-blog dorang yang rajin komen kat blog zami, sebab zami busy dengan benda lain. tapi seeloknya hubungan ni memang kena jaga tak kira la secara hujung jari atau bersua muka. seboleh-bolehnya jaga la dgn baik. zami ada bloggers yang dah jadi kawan-kawan baik. i mean, sebab blog la kitorang kenal jumpa and then berkawan. sangat best!

6. komen sikit tentang rakan anda daniel adie. :)

Hizami : daniel adie ? kalau ada yang tak tahu zami satu sekolah menengah dengan daniel adie, so, kitorang memang rapat masa kat sekolah tu. dia sangat kreatif, dia sangat rajin, tepat pada masa dan janji, seorang yang kemas, pandai bergaya, rajin tolong orang yang memerlukan, tidak mementingkan diri. wah..! puji je semua ni.. (hehehehe)


:)


hizami dan bloggers feymes

7. blogger biasanya sukakan BW, hizami sendiri suka BW dekat blog yang macam mana?boleh bagi contoh?

Hizami : zami ikut mood kalau nak blogwalking. selalu zami blogwalking blog-blog yang rajin komen kat blog zami. kadang-kadang zami pergi kat group blogger kat facebook, blogwalking kat situ. ikut nasib la blog siapa zami terblogwalking..haha (aku punye? kata ES dlm hati =.= )

anyway, blogwalking merupakan salah satu cara yang baik untuk mendapatkan kawan blogger. kalau kita selalu blogwalking dan tinggalkan komen kat blog org tu, for sure blogger tu ingat kita.

8. siapa hizami li untuk 5 tahun akan datang?

Hizami : sah sah la jadi cikgu sekolah..haha...mungkin masa tu blog zami dah berubah, takde la macam budak-budak lagi. mungkin perkataan "budak" tu akan dibuang. tinggal "lelaki sebelah pintu" je..haha...!

9. satu perkara yang orang tak tahu tentang hizami li?

Hizami : mana boleh bagitahu ? nanti dorang jadi dah tahu..haha..! okay-okey

eddy : grrrr

Hizami : mungkin...zami pernah wakil negeri melaka untuk pesta pantun peringkat kebangsaan tahun 2005..dah tahu ke ?

dulu aku ingat kaw ni model!

10. akhir sekali, ucapan untuk follower hizami dan juga utk readers aku&hidup.silakan

Hizami : terima kasih sebab sudi baca blog budak lelaki sebelah pintu yang entah apa-apa.

memang kurang faedah kalau baca blog zami ni, sebab kalau nak lebih faedah sila pergi perpustakaan sebab situ sah sah la banyak ilmu pengetahuan...haha...! dan untuk readers aku & hidup, jadikan blog sebagai kawan. sekian.

hah..! dah tamat temu bual aku dengan Hizami li. banyak yang dapat kita kongsi dengan beliau kan kan kan? so untuk readers semua, bolehlah click gambar yang telah aku songlap melalui official FB Hizami. jangan marah ye Zami. gambar-gambar kaw smart2 belaka. jumpa lagi dengan wartawan ES bersama personaliti yang akan datang. jeongmal gamsahabnida. dasi mannaseo..!

p/s : hati aku tgh rungsing ni... tak tau ngape wase camni =.='

Thursday, September 22, 2011

wordless thursday #8




p/s : temu bual exclusive bersama YAZIDY. silalah baca

Tuesday, September 20, 2011

Eddy Interview Retis : Yazidy tak suka pura-pura

apa khabar semua? bertemu kita semula setelah lama segmen ini menyepi. seperti sebelumnya, ceq nak bagitahu yang segmen ni merupakan temu bual ceq dengan personaliti2 blog. alhamdulillah, most of them yang aku temu bual merupakan blogger. InsyaAllah ceq akan cuba untuk temubual personaliti2 lain, yang mungkin tak terlibat dalam dunia blog. mungkin dunia lain (bunian ke?).

baiklah, harini Eddy Syrol akan menampilkan seorang Yazidy untuk anda. mari sama-sama baca temu bual ES dengan hencek Yazidy.

1. Apa yang Yazidy suka sangat dengan blogging?

Yazidy : Ermm... dapat luahkan perasaan kot. sebab kadang-kadang ada yang terbuku di dalam hati, dan facebook tak sesuai dijadikan media.

2. yazid ada kerja tetap bukan? adakah yazid perlu set masa tertentu untuk blogging dan buat sesebuah entry?

Yazidy : Ya..semestinya...Sebab kerja kat ofis ni tak menentu. Bila-bila masa je orang boleh suruh buat kerja. So bila ada masa terluang dan ada idea, baru boleh update entry. Kalau takde masa, selepas waktu kerja baru boleh update.

3. pernah tidak yazid terfikir untuk menjadi blogger sepenuh masa?

Yazidy : setakat ini belum terfikir lagi.

4. Selain blogging, apa aktiviti masa lapang Yazidy?

Yazidy : Paling suka melukis dan menyanyi (ketawa)

5. Yazid tidak terfikir untuk serious dalam bidang melukis?

Yazidy :
Dulu yazid pernah lukis komik yang agak panjang, tapi bila dah sampai kat muka surat 30, dah malas nak sambung. Akhirnya komik tu terbengkalai je. Komik tu untuk bacaan kawan2.. So diorg marah sbb komik tu tak habis.

ini dia Yazid Yahya @ yazidy

6. yazid rasa penting tak followers blog?

Yazidy : Followers penting, jika followers tu adalah returning visitors. Kalau followers yang datang blog kita sekali jer, follow, lepas tu dah takde datang lagi dah, tak guna gak. So followers penting tapi bukan dari segi jumlah. Sebab tu yazid tak kisah followers tak ramai.. Sebab yazid tau followers yazid tu ramai gak yang merupakan returning visitors.

7. semua blogger suka BW, blog yang macam mana menjadi pilihan yazid? boleh bagi contoh?

Yazidy : Ok, yazid suka blog yang simple.. Simple dari segi design dia. Dan yazid lebih suka blog personal berbanding blog info. Suka baca cerita pasal orang lain.. Lagi-lagi kalau blogger tu pandai dan kreatif dalam penulisannya. So kita terhibur bila baca entry dia, even entry dia hanya berkisarkan pasal kuih sarang semut.

8. suka tak isu-isu tentang artis?

Yazidy : Suka juga la, tp tak sangat..

yazidy pandai melukis. ko mampu?

9. apa yang orang tak tahu mengenai yazid yahya? :)

Yazidy : **^*^**^ .. opsss..jangan tulis tu (gurauan censored).

ES : hehehehe

Yazidy : Yazid suka kopek kuku kaki sampai tercabut dan berdarah... Sebab tu kuku kaki yazid tak cantik

ES : erkkk (terkedu)

10.
akhir sekali, ucapan yazid buat semua followers yazid dan juga readers blog aku&hidup. silakan

Yazidy :
Ucapan... Emmm. Ok, yazid harap semua bloggers, tak kira la followers yazid atau followers blog eddy dapat 'be true to themselves'. Tu je, tak perlu berpura-pura.


begitulah berakhirnya temu bual bersama Yazid yahya @yazidy. jadi, untuk korang2 semua, bolehlah click mana-mana pics di atas untuk terus ke laman blog hencek yazidy kita ni ya. dia seorang yang cukup kreatif. malah boleh dikatakan suka hal-hal yang kreatif lah juga. jumpa lagi bersama personaliti seterusnya. dangsin-eul dasi chamjohasibsio.

p/s : terima kasih untuk semua yang sudi untuk di temu bual. siapa2 lagi yang sudi, boleh emailkan kepada ES di eddy86bloke@gmail.com (~_~)

Friday, September 16, 2011

pandang



pandanglah pada langit
indahnya berwarna biru tatkala siang hari
melengkapi lanskap alam fatamorgana
melestarikan pandangan sang pencinta kepada Yang Maha Pencinta
lalu bila malam ia hilang warna
hitam..gelap..pekat...
malah sang bulan juga tak mampu membantu
tinggallah ia larut sebagai langit malam yang suram

pandanglah pada kerlipan bintang
umpama lampu hiasan nun jauh di atas sana
cahayanya tak mampu di tandingi sang kunang-kunang
malah indahnya ia tak tertanding dengan lampu hiasan di jalanan
namun ia hilang di hapus siang
malah mata tak mungkin mencari bintang di siang hari
sirna oleh teriknya sang mentari
malah andai ada gerhana, tak juga bintang kelihatan

pandanglah pada diri sendiri
seperti mana kau pandang langit
serupa juga ketika kau memandang bintang

p/s : (~_~)


Thursday, September 15, 2011

hey mr.simple "blow your mind"


hehehe...gempak tak tajuk entry ni? gempak kan kan kan? ekceli aku pun tak tahu kenapa aku mcm jadi suka giler2 dengar lagu ni. MR.SIMPLE by SUPER JUNIOR. errr..... best sangat ke lagu ni? ntah..!!! korang dengar lah sendiri...



p/s : ulang2 lagu ni sampai abang aku naik pening dengar...ngeh3x (~_~)

wordless thursday #8


p/s : ????

Tuesday, September 13, 2011

instant KARI mee special


menu makan petang semalam... instant curry KARI special.. huhuhu...ngape special?tgk le bebetul, ada tambahan2 tu.. letak sosej yang di potong halus. kemudian letakkan pedal (tau tak mende ni?organ dalaman ayam yg liat2 tu) sebutir telur rebus ayam kampung (ni yang specialnyer) dan hirisan bawang besar untuk naikkan aroma. jangan di lupakan perahan limau menambahkan lagi perasa. nyum3x..enak di makan...

p/s : bila lapar semua boleh... asal halal okey (~_~) jangan lupa jenguk interview bersama ady budika dan daniel adie yaaaaaaa....

Sunday, September 11, 2011

kaki ayam + sambal sardin

ni sup kaki ayam..kakak ceq yang buat..huhuhu... ceq tgl makan saje...


ni kononnya sambal ikan sardin.. ala....sardin dlm tin tu saje.. apsal lak ko sebok2 nak panggil sambal ni eddy? erkkk..... sebab aku buat ala2 sambal lah..aku tumis balik, aku buh asam gelugur dan campak je ape bende yang aku nampak baik utk menu ni..siap untuk di makan..hehehe

p/s : aku penat gile makan sup kaki ayam ni,... bila dah habis, tulang tu nampak lebih banyak (~_~)

Saturday, September 10, 2011

minum petang


menunya : cheese cake dan biskut bijan... air putih je...air bujang katenyer...

Eddy interview retis : Daniel adie nak buka butik..!

Assalamualaikum... selamat berhujung minggu semua. bertemu lagi dalam sesi interview eddy syrol bersama retis. err.... i mean personaliti. hehehhe... seperti sebelumnya, segmen ini merupakan inisiatif eddy syrol sendiri untuk membuat temu bual bersama personaliti pilihan (yang aku pilih je k.. okbai!) dan temu bual ini di lakukan melalui laman maya (sungguh tak sopan aku.. =.= )

atas persetujuan empunya badan, maka kali ini ES menampilkan seorang Daniel Adie untuk semua. jom kita view temu bual ES dengan Daniel Adie.


1. Apa yang adie suka sangat dengan blog?

Adie : blog ni boleh dikatakan tempat perkongsian. perkongsian dari segala aspek. pengalaman, cerita, pendapat dan banyak lagi. Dan perkongsian ini adalah perkongsian yang tiada bersegi. maksudnya, sesiapa sahaja tak kira walau di mana sahaja individu itu berada, dia boleh berkongsi apa sahaja yang dia nak kongsi.

2. adakah adie perlukan flaxibility masa untuk blogging?atau perlu set masa tertentu untuk buat entry?

Adie : tiada...bila adie rasa adie nak update entry, adie akan update. Tetapi, adie disiplinkan diri untuk cuba update at least 1 entry sehari.

3. apa pandangan adie tentang orang yang jadikan blogging sebagai kerjaya tetap?

Adie : Tak jadi masalah.. Itu hak mereka.. Masing-masing ada kehidupan masing-masing.. Kalau mereka pilih untuk jadikan blogging sebagai kerjaya tetap, then its fine..

4. soalan lebih santai, selain blogging, apa aktiviti masa lapang adie?

Adie : spending my time with my siblings and my parent.. Honestly, adie hanya luangkan paling lama 2 jam sahaja untuk berblogging sehari.. the rest, adie akan luangkan masa bersama keluarga.. Blogging hanya la activiti masa lapang.. Bukan sepenuh masa berblogging..

adie buat hantaran, ko mampu?!

5. saya perasan adie pandai menjahit. komen sikit.

Adie : hahaha..boleh la sikit-sikit.. Maybe sebab minat.. Semuanya belajar sendiri..

6. adie tak minat untuk satu hari nanti buka butik ke?prospek bidang ini sangat bagus :)lagipun hasil kerja adie cukup teliti.

Adie : So far, segalanya masih dalam perancangan..ada plan ke arah itu, rakan kongsi pun dah ada.. Perlu ada perbincangan yang teliti bersama dengan rakan kongsi adie tu..huhu. Masih terlalu awal untuk adie dan rakan untuk buka butik..

7. penting tak follower bagi daniel adie?

Adie : Penting ada followers yang benar-benar menjadi followers..maksudnye, dia follow dan selalu singgah dan beri komen.. Tetapi, tak bermakna blog yang tidak ramai followers itu tidak berkualiti kerana yang menjadi penentu sesuatu blog itu adalah bilangan pembaca.. Bukan bilangan followers..

8. saya ada terbaca dlm sebuah blog, blogger tersebut marah-marah sebab apabila dia lawat dan komen entry di blog orang lain, orang lain tak buat perkara yg sama pada blog dia. komen sikit.

Adie : Ada beberapa sebab terjadinya perkara sebegitu.. Sebab yang paling munasabah adalah mungkin entry-entry dalam blog beliau tidak begitu menarik.. tak berjaya untuk menarik pembaca untuk membaca..

adie keluar In-trend, ko ade?!

9. adie pernah beberapa kali keluar majalah, menunjukkan adie antara blogger pilihan ramai. apa rahsia adie untuk kekalkan followers membaca entries danieladie.com

Adie : Rahsia? Tak ada apa-apa rahsia pon lah.. Yang penting kita ikhlas dalam ber-blogging.. Ber-blogging ni bukan semata-mata untuk kejar populariti atau earning nuffnang.. Honestly, earning nuffnang adie cume rm14 dan adie x pernah dapat buffered earning..hahaha..kelakar kan.. Mesti ada yang tak percaya.. tapi, adie x kisah pun sebab niat adie masa mula-mula ber-blogging dulu adalah sebab nak share je cebisan kisah hidup adie dengan orang lain..

adie dan rakan2 bloggers

10. baiklah, akhir sekali, ucapan adie untuk semua followers dan juga pembaca blog aku&hidup.

Adie : Happy blogging guys...huhu..

inilah 10 soalan padu maut (maut ke?) untuk Daniel Adie yang dijawab dengan penuh takzim melalui chat FB..hehehe.. terima kasih tak terperi kepada Adie yang sudi untuk di temu bual (walaupun tak bertemu) melalui FB Chat. semoga adie akan terus berjaya di masa akan datang. untuk semua, sila singgah ke blog adie dengan hanya satu click pada mana2 gambar yang di paparkan, dan bertemu lagi bersama personaliti seterusnya.tunggu.......................!!

p/s : entry ini di buat ketika aku rasa sedikit lapar ye (~_~)