edDy sYrOl

Tuesday, May 29, 2012

Mari hafal Doa Solat Dhuha



Ini salah satu caranya untuk mudah nak hafal doa solat dhuha... Solat Dhuha ni bagus tau untuk memohon rezeki yang berkat dari Yang Maha memberi rezeki. Even kita sudah memiliki segalanya yang kita rasakan perlu, tapi kita tak tahu bila rezeki itu akan ditarik balik. Maka, selalulah amalkan solat dhuha dan hafallah doa ini beserta maksudnya. 

P/s: suara UNIC ni pun sedap. lagilah sedap didengar dan dihafal. (~_~)

Saturday, May 26, 2012

Mari belajar masuk car park!


Hebat tak MyVi tu parking? mesti kaw tak mampu nak buat kereta kaw parking mcm tu kan? heh..!!

Teliti dengan penuh mendalam, ohhh pemilik dia mempunyai lesen P. Tak mahir lagi masuk parking. Kemudian aku kembali berfikir, aku pun masih menggunakan lesen P, namun boleh lagi masuk parking dengan tidak terkeluar dari kotak parking. Kalaupun terkeluar, aku akan cuba sedaya upaya nak jadikan kedudukan kereta elok. Biarpun aku mengambil masa 10 ke 15 minit nak betulkan parking, janji park dengan betul. Boleh??

Maka, aku pun perhatikan apakah jantina pemilik kereta itu. Cuba kaw teka, boleh? Yaaaaaaaaaaaaa, jawapan anda tepat sekali. Pemiliknya berjantina _________. (Isi tempat kosong). Dalam hati, ohhh patutlah... hehehehe... sebenarnya kan, semua ni bergantung kepada kesedaran sivik kita. Macam kereta ni, oleh kerana kesalahan dia, banyak kereta yang nak masuk parking tak jadi nak buat sedemikian sebab takut tersondol kereta MyVi bertuah ni. Nasib dia ada di pekan kecil ini, cuba kaw berada di bandar besar, habis kena lecturer oleh orang ramai, sendiri juga yang malu nanti ye dak?

p/s: tak kisah lesen apa anda ada, yang penting anda tahu hak orang lain (~_~)

Sunday, May 20, 2012

Istimewa untuk pendidik


Walaupun sambutan hari guru secara rasminya dah berlalu sangat-sangat. Aku masih rasa rugi kalau tak buat entry tentang guru-guru tercinta ni. Bukan apa, insan-insan berjasa ni selayaknya kita kenang selamanya. Jangan lupa langsung.

Guru itu macam lampu. Memberikan cahaya kepada satu ruangan yang gelap. Ruang gelap itu anak-anak yang sedang menuntut ilmu. Mereka perlukan cahaya ilmu. Ilmu yang bukan semua ibu bapa mampu berikan, maka gurulah insan tepat yang mencurahkan ilmu.

Sepanjang kamu hidup, jadikanlah beberapa perkara ini sebagai amalan untuk mengenang jasa guru, atau sebagai tanda penghargaan kalian/kita semua kepada guru/pendidik:

1. Doakan mereka. Jangan sesekali tinggal setelah solat, jangan lupakan mereka dalam doa.

2. Berbaik sangka dengan guru/pensyarah/pendidik. Agar ilmu yang dicurahkan bermanfaat.

3. Sebarkan ilmu. Supaya guru-guru kalian memperolehi pahala yang tak pernah putus.

Mungkin anda-anda yang lain ada lagi cara yang MURAH tetapi cukup BESAR impaknya apabila dilakukan, untuk mengenang jasa orang-orang yang memberikan anda ilmu.

Buat semua guru-guru dan pensyarah yang pernah mendidik saya, pertama sekali saya merayu dan memohon agar ilmu yang telah saya terima dihalalkan dunia dan akhirat. Selain itu, memohon agar doakan saya agar menjadi manusia yang berguna kelak, kepada agama, bangsa dan negara. Saya juga mendoakan cikgu, encik, puan, cik, Prof, Doktor sekalaian semoga selalu berada dalam lindungan dan pimpinan redha Allah. Semoga hidup kalian semua warga pendidik berada dalam harmoni dan bahagia.

p/s: Selamat hari guru.

Wahai Kacang Soya


You guys tahu, dulu aku pernah dengar someone (senior) aku cakap susu kacang soya ni tak baik diminum oleh lelaki sebab ianya boleh meningkatkan hormon wanita. #erkkkk..!! bila dapat info tentang itu, maka sebulan tak minum susu soya takut tetiba pulak tumbuh benda-benda tak patut pada tubuh badan ini.... hohohoho. BTW, aku tak tahu samada fakta ni betul atau tidak, kalau ada yang tahu silalah inform aku ya. Nak jugalah tahu fakta sebenar, nak google malas... ngeee...

Kaw kaw tahu tidak, yang kacang soya ni mengandungi 50% protein bagi setiap 100 g kacang soya. Kacang soya juga kaya dengan bahan mineral seperti calcium, sodium, manganese, magnesium, iron and phosphorous. Ia juga kaya dengan vitamin A,B,C,D serta lecithin. Kaw tahu tak apa aku cakap tu??!!! <-----marah

Bagi yang dah ada baby, kaw tahu tak yang susu kacang soya dijadikan bahan penganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu. Protein soya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung.


Knp macam straw tu menyucuk hidung mancung ku?

Selain rasanya yang lazat mantopp, kacang soya mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga. Nah..!! apa lagi, dapatkanlah kebaikan kacang soya dari susunya. #eh, kaw tak rasa ayat aku ni pelik? kbai..!

p/s: dah lama tak minum susu tepung

Friday, May 18, 2012

Breakfast: Burger telur dan Sup Bebola Ikan



Biasanya, breakfast merupakan satu hidangan yang perlu diambil dengan kadar yang mencukupi mengikut aktiviti yang kita akan lakukan pada pagi tersebut sehinggalah waktu makan tengah hari. Tetibe pokcik jadi pakar nutrisi.. ngeee...

Menu kali ini ialah burger telur dengan sup bebola ikan. Special tak? biasa je.... korang tengok pun pelik eh ghupe dia? kikikikiki.... sokey... janji kenyang. well, macam ni lah breakfast orang tak brapa nak bujang dan nak cepat.

Sup kelihatan sedikit hitam ye? cuba teka kenapa??????? sebab pokcik masukkan kicap dan sedikit rasa pedas. Pokcik suka kicap sebab kicap sedap.... kbai..

p/s: pastikan makan benda-benda berkhasiat sahaja ok

Wednesday, May 16, 2012

Lunch: Sambal sotong, ikan masin dan telur dadar

Simple saja lunch ni... Asal makan...
Malaslah na taip panjang-panjang.. nengok pics sajo.. bley? deal!


Ni sambal sotong. Yang warna hijau tu kacang panjang ok, bukan cili hijau.


Ni ikan masin yang ada kuah masin,pedas dan manis.


Ni telur dadar dengan hirisan sosej berkeju. auwmmm... kemain... hahha

p/s: tiada kata

Breakfast: Cucur bawang dan pisang goreng


Aku jarang breakfast benda simple (wah..!! kekwat). taklah, sebab aku ni walaupun slim river, tapi nafsu nafsi makan agak boleh tahan lah. Biasa kalau tak nasi lemak, nasi goreng, mee goreng, mee segera dan lain-lain. Paling koman pun karipap atau kuih bengka yang tebal. huhuhuhu...

Ini adalah breakfast BERTAJUK cucur bawang dan dua ketul pisang goreng disertakan tea O panas. Cukup indah pagi hari dengan tea O panas. teruja..!! kaw tau tak camna nak buat cucur home made? mesti kaw tahu kan? ada yang tatau? sadisss....

Mudah saja. Dengan hanya menggunakan tepung gandum dan telur (secukupnya ikut saiz hidangan), gaulkan dengan air menjadi sebatian (rasa cam uji kaji kelas kimia). Kemudian, masukkan bawang yang sudah ditumbuk lumat sangat-sangat ke dalam adunan tadi. Masukkan juga garam dan perasa yang sepatutnya di dalam adunan. gaul lagi. Make sure jangan terlalu cair dan jangan jadi doh pulak. kaw kan nak buat cucur, bukan nak buat roti canai.... dah siap, bolehlah kaw goreng di dalam minyak panas, takpun simpan dalam peti semalaman, esok2 kaw gorenglah.

P/s: Selamat bersahur #tibatiba

Tuesday, May 15, 2012

Akhirnya ada kasut


Tahu tak ini apa? ini nama dia kasut... tahu tak ni? hah?!! (emosi....)
BTW, dah lama takde kasut untuk outting. Biasanya pokcik pakai sandal tak pun selipar jepun.. kaw mampu selipar jepun kaler hijau jenjalan? kikikiki

Kasut ni mahal sangat-sangat. Hanya orang kaya saja mampu beli (temberanggggg.....) wakakaka.. kasut murah saja, asal ada. Well, aku pun tak tau kenapa aku tak suka sangat pakai kasut. Maybe rimas sikit, apa lagi kalau bab nak buka then pakai balik. Kalau pakai sandal, kan senang.

Aku pilih warna gray sebab abang aku dah ada warna hitam. Lagipun ada orang tu (ehem ehem) dia kata warna gray comel. Maka, inilah yang pokcik beli.... So, bila nampak orang kacak bergaya pakai kasut gray tak brapa nak mahal ni, terus lah ambik kamera pastu gambar bersama.. bahahaha...

p/s: warna mencerminkan emosi

Monday, May 14, 2012

Aku sayang mak sangat-sangat


Walaupun sambutan hari ibu secara rasminya yang disambut serentak ahad lalu (semalam) telahpun berlalu, tetapi belum terlambat kiranya aku nak buat entry special buat mak tercinta.

Mak, terima kasih sebab susah payah lahirkan aku. Aku tahu bukan senang semua itu, apa lagi waktu aku lahir adalah waktu menjelang maghrib (isnin), mesti ada sedikit kepayahan melahirkan di rumah. Tidak terbayang rasa sakit mak waktu itu. Maafkan aku mak sebab buat mak rasa sakit.

Mak, terima kasih sebab selalu ironkan baju aku sebelum ke sekolah. Biasalah budak sekolah rendah kan, banyak karenahnya. Mesti mak penat bangun awal-awal awal pagi siapkan semua perkara. Bila lepas subuh, bapa mesti suruh mengaji dulu sebelum sekolah. Bila mengaji selalu bapa marah tapi bapa tak rotan. Bila habis mengaji, mak mesti pujuk dengan kata-kata manis supaya kami pergi sekolah dengan semangat.

Mak, peperiksaan terbesar aku yang pertama, UPSR. Aku ingat lagi cikgu-cikgu di sekolah gigih adakan kelas tambahan. Kelas tambahan waktu petang, biasanya aku tidak balik. Just stay di sekolah. Mak susah payah jalan kaki lebih 500 meter semata-mata mau hantar lunch. Mak, maafkan aku buat mak penat. maaf sangat-sangat.

Mak, maafkan aku sebab tidak menjadi insan cemerlang dalam akademik. Maafkan aku sebab pernah dapat nombor 21 waktu sekolah. Maafkan aku sebab waktu kecil selalu merajuk. Maafkan aku sebab pernah gagal subjek english. Maafkan aku sebab buat mak selalu menangis tiap kali aku nak balik ke kampus sebab cuti dah habis. Maafkan aku sebab belum mampu balas sepenuhnya jasa-jasa mak. Maafkan aku sebab tidak dapat dekat dengan mak waktu mak masuk hospital. Maafkan aku sebab tidak dapat hari-hari cium tangan mak.

Mak, walaupun kita jauh dari segi jarak, aku selalu doakan mak. Semoga Allah swt selalu mengiringi perjalanan mak di sana. InsyaAllah, satu hari yang indah, aku akan datang juga ke sana. Aku rindu mak sangat-sangat. Hanya Allah yang tahu bertapa aku sayang mak sangat-sangat.

p/s: hari-hari adalah hari ibu buatmu.. Jubaedah Kalsum Binti Basuni

Berakhir sudah Digi Wwwow


Semalam secara rasminya digi wwwow awards dah berakhir untuk undian dari juri awam. Tahniah buat mereka-mereka yang telah berjaya mendapat tempat pertama. Sangat kagum dengan effort u guys yang memang tak putus-putus promosi. Bukan macam aku yang kadang on kadang off.... hehehe.. padan muka aku.

BTW, sepanjang minggu-minggu voting ni, ranking paling tinggi pernah aku dapat ialah rank ke 28. Itu pun aku dah lupa minggu keberapa. Dan berakhirnya undian semalam, aku jatuh tergolek-golek ke ranking ke 36. untuk kategori Nuffnang: Blogger of the year (nak jugak kategori gempax2).. kihkihkih... jauh ditinggalkan di situ yew...

lihatlah Aku&Hidup di situ

Well, buat kesekian kalinya, aku nak ucapkan terima kasih buat semua yang sudi memberikan undi kepada aku setiap hari, tanpa jemu dan bosan. Walaupun ini umpama penglibatan suka suka, tapi ada juga yang sudi sokong aku (ayat cam menang award seyyy...). terima kasih tak terhingga dari pokcik, isteri dan anak-anak #eh

p/s: yang kecundang jangan kecewa.. welkem to the club.. miahahaha

Thursday, May 10, 2012

Dinner: Lima jenis lauk


Dinner malam ni banyak pula jenis lauk...

1. sayur kacang panjang ikan masin
2. Daging masak kicap
3. Ayam paprik
4. Sambal ikan bilis
5. Sup campur

sup campur tu aku ambik sotong je... sebab daging dan ayam dah ada. huhuhuhu... dan aku tak ambik kuah sup, malas...

Selamat dinner semua.

P/S: mari VOTE aku di SINI

Wordless Thursday #19



P/S : click SINI untuk vote kesian... =.='

Monday, May 7, 2012

Hujan dan Panas


(gambar hiasan sahaja)

Semenjak dua menjak ni cuaca tak menentu sangat. Kadang-kadang hujan, kadang-kadang panas. bila hujan, rasa sejuk, bila panas rasa sangat-sangatlah panas. Kaw perasan tidak yang cuaca sekarang ni sudah tak bermusim? aku ingat lagi waktu zaman kecil-kecil rebina, musim hujan biasanya berlaku bila nak dekat hujung tahun. Bulan-bulan terakhir kan kira masa-masa akhir untuk ke sekolah. well, bagi mereka-mereka yang mengambil peperiksaan besar, memang risaulah.

Tapi sekarang, what happen? mungkin betul perubahan cuaca ini disebabkan oleh pemanasan global. pemanasan global menyebabkan cuaca tidak menentu disamping situasi kemusnahan bumi berlaku di mana-mana. sampaikan keadaan sekarang, kalau musim hujan dan banjir, keadaan banjir itu sangat teruk. malah sering berlaku banjir kilat. Kemarau juga macam tu bukan? kemarau teruk, kering....

Siapa yang kita nak salahkan? yup! ini merupakan salah kita sendiri. kita tidak memiliki kesedaran yang tinggi terhadap alam sekitar. bukankah bumi ini rumah kita? kalau bumi ini terancam, apa guna rumah yang kita diami? rumah sudah tidak menjadi tempat selamat lagi, dan kita juga sudah tidak selamat lagi. semua ini salah kita sendiri.

p/s: sayangi rumah (bumi) kita

Thursday, May 3, 2012

Keguguran: tabahlah kakak


Baru dapat sms pagi ini, akak aku cakap yang dia keguguran. sedih lak wase. kalau kaw kaw ingat aku pernah buat entry tentang anak menakan aku nama emil, yang keguguran ni mak dia, merangkap bakal adik dia lah.

Menurut akak aku, dia kalau mengandung mesti ada pendarahan. dua kali dia mengandung, memang akan berlaku pendarahan. Tetapi yang kali ini, pendarahan sangat kerap dan agak banyak berbanding sebelumnya. aku pun tak reti sangat hal-hal ini.

Harap akak sulung aku tabah menghadapi dugaan ini. Anak itu satu rezeki yang tak ternilai. kedua-dua akak aku memang berusaha keras untuk ada anak. macam akak kedua aku, dia baru je ada sorang anak yang now dah umur 6 tahun. harap-harap selepas ini, kedua-dua mereka dikurniakan lagi rezeki memperolehi zuriat. kadang-kadang pelik dengan sikap manusia-manusia di luar sana yang buang bayi, dera anak bagai. mereka-mereka ni tak mensyukuri rezeki dan nikmat Allah beri. sangat rugi hidup kalian yang kejam itu ye.

Semoga akak dan family kuat menghadapi dugaan ini.

P/s: zuriat itu satu rezeki pemberian Allah swt yang tiada tara nilainya. click SINI untuk VOTE aku bagi digi wwwow award. tq

Motivasi kendiri: Minda positif


Assalamualaikum dan selamat pagi teman-teman bloggers. Pagi ini cukup indah, sejuk pun tak sangat, panas jauh sekali. Semalam rasa cam nak hujan lebat saja, kelkatu pun dah memenuhi mentol lampu, tapi nampaknya hujan tak jadi pula.

Kaw kaw semua tahu tak pagi merupakan waktu yang paling baik untuk kaw kaw semua setting minda dengan mode yang positif. Bila kita set-kan minda dengan perkara positif, insyaAllah walaupun ada perkara yang tak baik berlaku di hari tersebut, kita akan menghadapinya dengan berlapang dada. Tapi bayangkan bila kita bangun pagi, dengan mood malas dan mengeluh nak kerja atau melakukan sesuatu, kemudian ada perkara tak baik pula, kaw kaw rasa apa yang akan terjadi? sumpah seranah dan mungkin akan menyalahkan situasi yang berlaku semahunya. Bahaya kan???

Pokcik ucapkan selamat menjalani pekerjaan hari ini. Semoga semuanya berjalan dengan lancar bagi kita semua.

p/s: rasa something wrong =.='

Tuesday, May 1, 2012

Selamat hari pekerja

Pokcik nak ucapkan selamat hari pekerja buat semua sahabat-sahabat yang officially bekerja samada di sektor kerajaan mahupun swasta. BTW, tadi member pokcik cakap orang yang tak bekerja pun adalah bekerja sebab yang tak bekerja tu juga melakukan kerja dekat rumah. Basuh pinggan, kemas rumah, sapu sampah di halaman, senangkan hati orang tua, beribadah kepada Allah swt.... so semua tu merupakan pekerjaan. huhuhu...

So, kira kita semua ni sebenarnya bekerja mengikut ruang hidup kita tersendiri.

P/s: Hati-hati kalau bercuti tu yaw (~_~) jangan lupa VOTE di ---> SINI