edDy sYrOl

Monday, January 31, 2011

tip of borneo



Tanjung Simpang Mengayau, is also known as the Northernmost tip of Borneo, is located in the district of Kudat, in the state of Sabah, Malaysia. The tip is the meeting point of Sulu and South China Sea.

A bronze globe marks the location of Tanjung Simpang Mengayau at latitude 7 degrees north and longitude 116 degrees east. A map featuring the island of Borneo is embossed in bronze and laid on a flat surface at an angle with inscriptions to mark the Tip of Borneo.

Today, Tg Simpang Mengayau needs no further introduction. In the advent of this mass-communication era where travel discoveries can propagate like wild fire through the Internet and the print media, this very tip of Borneo Island has slowly done away its unknown state and is fast becoming a must-visit for visitors to Sabah. Not to mention, various tourist facilities have and will be built in the area to accommodate the anticipated influx of visitors to the unique attraction.

The name is rather mind boggling. Tanjung Simpang Mengayau literally means the 'wandering crossroad promontory' which should signify a few things, depending on which literature you read. First and foremost, this is the very point where the South China Sea meets the Sulu Sea. Somehow or rather, it suggests that the water from these two bodies of ocean wanders between each other at the tip. History also has it that Ferdinand Magellan, a famous seafarer, had stopped at the crossroad of these two oceans to repair his fleets. The local dialect name for this ocean promontory is Tanjung Sampang Magazo, which means 'a junction where a battle took place'. A tale from the Rungus tribe's folklore had it that the promontory was used as a lookout point to ward off the invading pirates, and naturally a few battles had taken place through the years.

The area is generally well-kept with proper maintenance and adequate facilities. Ample parking space is provided right at the entrance, as well as some shops selling snacks, gifts, etc. One will have to walk a little bit up to the first landmark, The Globe, which looks more of a glorification for the tip of Borneo, if nothing else. The actual tip is still a further walk down the pavement. Soon, from the top of the hill, you will be presented with a triangular rocky outcrop that protrudes some distance into the ocean. The very tip is generally out of bound, as pointed out by various warning signs along the way, due to the slippery rock surface. Nonetheless, there are some locals seen swimming at the very tip, perhaps as a way to tell that soaking up in the heavenly waters of South China Sea and Sulu Sea is a sanctified ritual that is not to be missed.

The view from the hill top is spectacular. To the south is the beautiful stretch of Pantai Kalampunian which boasts crystal-clear waters. To the north and northeast, views of Pulau Banggi and Pulau Balambangan, the former actually being the biggest island in Malaysia, can be enjoyed on clear days.

In short, Tg Simpang Mengayau holds a very important significance, historically and geographically to the people of Kudat and Malaysians as a whole. It is truly a beautiful place and should not be missed by those visiting Sabah.


p/s :- welcome to sabah :-)

kentut

Kentut merupakan fenomena semulajadi yang berlaku pada manusia. Berbohonglah sesiapa yang mengaku tidak pernah kentut. Manusia kentut untuk mengeluarkan gas yang akan memudaratkan sistem badan.

Secara purata, lelaki mengeluarkan kentut sebanyak 1.5-2.5 liter sehari manakala wanita sebanyak 1-1.5 liter sehari, dalam julat 5-20 kali sehari. Ini bergantung kepada individu dan makanan yang diambilnya.

Apabila anda bernafas melalui mulut, hampir keseluruhan gas oksigen telah diserap oleh badan sebelum dapat melalui usus (intestin). Gas yang sampai ke usus besar ialah nitrogen. Tindak balas kimia yang berlaku dia antara asid perut dengan cecair usus serta tindak balas bakteria akan menghasilkan gas karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan gas hidrogen dan metana.

Penyelidikan menunjukkan bahawa gas kentut kebiasaannya terdiri daripada 60% nitrogen, 30% karbon dioksida dan 10% campuran gas metana dan hidrogen. Walau bagaimana pun, komposisi gas yang keluar dari badan anda bergantung kepada beberapa faktor:

  • Makanan
  • Udara yang disedut
  • Jenis bakteria dalam usus
  • Tempoh masa kentut ditahan keluar

Lebih lama kentut ditahan, lebih banyak jumlah gas nitrogen terkandung dalam kentut, kerana gas-gas lain akan diserap ke dalam salur darah melalui dinding usus. Seseorang yang sedang dalam keadaan cemas atau darah gemuruh akan bernafas dengan lebih laju dan sistem penghadamannya akan menjadi lebih pantas. Keadaaan ini akan menyebabkan kandungan oksigen dalam kentutnya menjadi lebih tinggi kerana pergerakan udara yang pantas mengakibatkan badannya tidak sempat untuk menyerap oksigen

APSAL KENTUT BUSUK??!!

Bau busuk kentut adalah disebabkan oleh kehadiran 1% gas hidrogen sulfide, indole, ammonia dan skatole. Kebanyakan komposisi yang membentuk bau busuk kentut ini terdiri daripada sulfur. Lebih banyak kandungan sulfur dalam diet anda, lebih banyak skatole dan skatole akan dihasilkan oleh bateria dalam usus anda; maka lebih busuklah kentut anda! Makanan seperti kobis bunga, telur, bawang dan daging kebiasaannya menyebabkan kentut berbau busuk, manakala kekacang menghasilkan kentut yang kurang berbau busuk.

APSAL KENTUT BERIRAMA :-p???

Bunyi yang terhasil semasa kentut disebabkan oleh getaran lubang dubur (anus). Semasa anda membuang air besar, lubang anus akan terbuka dengan besar manakala semasa kentut kadar pembukaannya lebih kecil. Tenaga dan kekuatan bunyi kentut bergantung kepada halaju dan kuantiti gas yang akan keluar

P/S :- so, sile jaga makan k.. hehehehe

Health is wealth

The key to health and longevity is finding the trigger to demolish the barrier to a healthier and better life.

IN sitcoms, there is often an episode that plays flashbacks to consolidate the storyline. For those who had joined our tour from the beginning, we have discussed the four pillars of true health. Knowing the benefits of exercise, appropriate lifestyle habits, healthy dietary choices, and a science-based approach to supplementation is still not good enough. It is the keying in of the right digits that opens the combination lock of the door to optimal health that makes the difference.

The secret behind health and disease, life and death, lies within the 100 trillion cells in the body, which are the miracles of life itself. When cells are subjected to toxic and free radical burden, the body fights back with its own artillery, nature’s own immune and antioxidant defence system.

The roots of many chronic diseases are man-made. Never in the history of mankind have we seen such an escalating incidence of heart diseases, diabetes, hypertension, obesity, cancer, and a host of other degenerative diseases. What is worrying is that these conditions are afflicting a younger segment of the population today. Part of the blame is on highly processed foods, a sedentary lifestyle, and overindulgence of the “good life”.


detail CLICK HERE


p/s :- keep concern with ur health :-)

Chong Wei fails

KUALA LUMPUR: A resilient world No. 1 Lee Chong Wei collapsed at the crucial stage to allow archrival Lin Dan of China to take the honour as the first champion of the richest tournament in badminton history.

In the US$1.2mil South Korea Open in Seoul yesterday, the three-time champion displayed a late burst of power in the rubber game to win the last six points consecutively for a 21-19, 14-21, 21-16 victory to dethrone Chong Wei as the champion.

The hard work and solid netplay over one hour and 15 minutes earned Lin Dan a jackpot purse of US$90,000 (RM275,000).

It was Lin Dan’s first title since withdrawing from three Open tournaments over the last two months – in China, Hong Kong and Malaysia. He had cited a back injury to conceded walkovers to his opponents in the quarter-finals.

There was sheer frustration for Chong Wei after coming so close to becoming the first Malaysian to win three titles in a month after the Super Series Masters Finals in Taipei and the preceding season-opening BWF World Super Series tournament in Malaysia.

It was the 18th defeat for Chong Wei by Lin Dan in 24 meetings. But the runner-up finish was worth a cool

US$45,600 (RM139,000), which was more than the winning purse for the Super Series Masters and the Malaysia Open.

And coach Misbun Sidek saluted Chong Wei for showing toughness in having to play in a third final in a month.

“He played with such tenacity and intensity. He had to be on his toes from one tournament to another and he displayed a high level of play against Lin Dan,” said Misbun.


more detail plss CLICK HERE


p/s :- Chong wei still da best!!

kenang jasa ibu

ADA seorang lelaki datang bertemu Rasulullah s.a.w., lalu bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?

Baginda menjawab: Ibumu.

Lelaki itu kembali bertanya: Kemudian siapa?

Nabi menjawab: Ibumu.

Lelaki itu terus bertanya: Kemudian siapa?

Nabi menjawab lagi: Ibumu.

Sekali lagi lelaki itu bertanya: Kemudian siapa lagi?

Nabi menjawab pula: Kemudian bapamu.
(Hadis riwayat At-Tirmizi)

Islam sangat menyanjungi jasa seorang ibu. Kata-kata “kasih ibu membawa ke syurga” yang sering digunakan bagi menggambarkan kasih sayang seorang ibu, kesinambungan daripada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Syurga di bawah telapak kaki ibu.” (Riwayat Imam Ahmad)

Islam juga meletakkan taraf seorang ibu pada kedudukan yang terpuji dan tertinggi bertepatan dengan peranannya sebagai daya kuasa pembina generasi pelapis ke arah generasi gemilang, cemerlang dan terbilang. Ibu di sisi Islam mempunyai kedudukan yang istimewa sehingga meletakkan hukum bagi mereka yang menderhaka ibu-bapa di antara dosa-dosa besar setanding dengan syirik kepada Allah, membunuh diri dan penyaksian palsu.

Rasulullah s.a.w, ketika ditanya mengenai amalan yang dicintai oleh Allah, maka baginda bersabda di antaranya ialah berbakti kepada ibu bapa, selain solat pada waktunya dan berjihad di jalan Allah. Pernah baginda menyuruh salah seorang sahabat baginda agar tidak menyertai perang jihad disebabkan beliau masih mempunyai ibu bapa kerana berbakti kepada kedua-duanya adalah juga dikira sebagai jihad.

Sememangnya tidak dapat dinafikan, walau jerih payahnya tanggungjawab, seorang ibu akan tetap tabah menghadapinya demi insan-insan tercinta. Kendatipun senonim dengan kata-kata “wanita itu kaum yang lemah.” Namun, selemah-lemah wanita, seorang lelaki yang gagah perkasa sekalipun tetap dilahirkan daripada rahim seorang wanita.

Seorang ibu juga sanggup mengorbankan apa sahaja demi anak-anak tercinta. Kisah Alqamah misalannya, menggambarkan betapa kasih ibu sangat mendalam sehinggakan ibunya tidak sanggup melihat anaknya menderita akan dibakar hidup-hidup walaupun telah berkecil hati kerana anaknya itu melebih-lebihkan isterinya daripada ibunya sendiri. Kerana tidak mahu melihat anaknya menderita ketika sakaratul maut, si ibu dengan rela hati memaafkan anaknya itu.

Pengorbanan seorang ibu sukar dibalas. Malah seorang wanita bergelar ibu tidak pernah meminta jasanya dibalas. Jika difikirkan sejenak, seorang ibu akan hanya dirai ketika hari lahirnya atau pada Hari Ibu yang disambut pada bulan Mei setiap tahun. Itupun jika disambut, memandangkan pada masa kini kemudahan teknologi telah mengambil alih aktiviti sosial manusia. Mungkin ucapan sahaja diberikan. Itupun melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau e-mail.

Bertitik-tolak daripada kenyataan ini, Anugerah Ibu Mithali diwujudkan sebagai wadah penghargaan kepada seorang ibu yang banyak berjasa terutama dalam usaha mendidik generasi akan datang. Anugerah ini telah diilhamkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), sebuah badan dakwah yang melihat bahawa penganugerahan ini sebagai suatu penghormatan terhadap ibu yang telah berjuang, melahir, mendidik, mengasuh dan membimbing anak-anak sehingga berjaya menjadi insan berguna kepada bangsa, agama dan negara.

Anugerah Ibu Mithali pertama kali telah diadakan pada tahun 1980 di Kuala Lumpur. Sehingga kini, seramai lapan orang ibu telah berjaya dipilih menjadi Ibu Mithali dalam tahun-tahun berikut:

1. Allahyarham Hjh. Enjah Mohd Arif (14 Disember 1980)
2. Hjh. Wan Mas Wan Ibrahim (16 April 1984)
3. Hjh. Wan Meriam Wan Ahmad (15 November 1985)
4. Allahyarham Hjh. Zabedah Hj. Shahid (20 Oktober 1988)
5. Hjh. Ayot @ Rokayah Rajak (25 Februari 1991)
6. Allahyarham Hjh. Maimon Abdullah (18 Oktober 1994)
7. Hjh. Kamariah Alang Mat Nasid (26 November 1999)
8. Hjh. Kalsom Abdullah (21 September 2002)

Anugerah Ibu Mithali ini juga bertujuan membuktikan bahawa pendidikan berlandaskan ajaran agama Islam dapat mencorak masa depan anggota masyarakat. Ia juga sebagai suatu wadah teladan kepada masyarakat dalam membimbing dan mendidik anak-anak sehingga dapat berbakti kepada bangsa, agama dan negara tercinta sekaligus memberi kesedaran kepada kaum wanita khasnya dan masyarakat amnya tentang peri penting tanggungjawab dan peranan seorang ibu dalam melahirkan generasi pelapis yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Pemilihan calon Anugerah Ibu Mithali yang diadakan ini dibuat melalui borang-borang yang dihantar kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan, persatuan agama, badan dan pertubuhan wanita, jabatan-jabatan agama, pejabat kerajaan, jabatan dakwah dan orang perseorangan. Kriteria pemilihan calon Ibu Mithali adalah:

1. Seorang ibu yang mempunyai sifat-sifat takwa dan pengorbanan dalam menjayakan cita-cita memperkembangkan Islam dan mempunyai ciri-ciri umul mukminah;
2. Ibu unggul dalam keluarga bahagia dengan suasana dan lingkungan kehidupan Islam;
3. Ibu yang mendidik anak-anaknya hingga dengan pendidikan itu, mereka dapat memberikan sumbangan baik kepada masyarakat;
4. Ibu yang terkenal dengan kebolehan dan berjasa kepada masyarakat sekitar.

Selain daripada itu, perkara-perkara berikut juga diambil kira dalam pemilihan tersebut:

1. Had umur mestilah 50 tahun ke atas;
2. Calon-calon hendaklah mempunyai anak yang masih hidup sekurang-kurangnya lima orang;
3. Kejayaan mendidik anak-anak dalam pelajaran keagamaan serta sumbangan anak-anak kepada masyarakat adalah diutamakan;
4. Sumbangan calon kepada masyarakat;
5. Keharmonian dalam kehidupan berumahtangga;
6. Penilaian dan tanggapan masyarakat terhadap ketokohan calon;
7. Perwatakan calon berdasarkan ciri-ciri keIslaman/ sifat-sifat takwa dan pengorbanan
8. Pendidikan yang diperoleh.

Jelas bahawa langkah yang diambil YADIM ini merupakan suatu pendekatan yang baik sebagai usaha mengenang jasa dan pengorbanan seorang ibu serta contoh teladan yang baik dan seharusnya dijadikan acara tahunan. Penganugerahan ini akan dilihat sebagai suatu penganugerahan yang tidak bermakna dan sia-sia sekiranya tidak diambil sebagai pedoman dan tauladan buat semua wanita yang bergelar ibu ataupun kepada sesiapa sahaja yang sedar betapa pentingnya peranan ibu sebagai teras pembangunan dan kemajuan bangsa.

Sememangnya di sebalik kejayaan, keunggulan dan kecemerlangan yang dimiliki bangsa, wujud suatu ‘kuasa’ pendorong, pengasuh dan pengiring yangmengiringkan doa restu yang tidak putus-putus yang menjadi antara sebab kejayaan, keunggulan dan kecemerlangan yang dimiliki itu.

Justeru, sebagai tanda rasa cinta dan kasih kepada insan yang bergelar ibu, marilah sama-sama kita berbakti kepada mereka, mengingati dan mentaati segala kehendak mereka, selagi tidak membawa kepada unsur-unsur maksiat, sekiranya ibu bapa kita masih hidup. Seandainya mereka telah meninggal dunia, doakan semoga Allah s.w.t merahmati dan mengampuni dosa mereka dan agar roh mereka bersama golongan yang soleh. Amin.

sumber :- NOORZIHAN MOHAMED YIN

p/s :- buat entry ni sbb dgr isu d hot.fm hot chat tentang si istri saman si suami sbb bawa ibu skali p bulan madu.. huhuhu..ada2 jew...

milo panas + mee grg ayam + kek coklat lembap

salam alaik + good morning....

ape khabar semua blogger.. monday again kanz.... adakah anda semua dah mengambil sarapan pagi? jangan lupe nasihat aku dalam entry yang telah lalu tentang pengambilan sarapan tu, ianya baik utk otak terutamanya utk mereka yang bekerja dan belajar.

baiklah, menu aku untuk pagi ini maybe agak heavy kot. takpe incik eddy ni nak membesarkan badan..ngeh3x...

1. milo panas
2. mee goreng ayam
3. kek coklat lembap

best tak best tak?
actually aku kire nak mkn kek coklat je td tp mcm tringin lax kan mkn mee grg di pagi hari, maka aku melahap je la... jan ji membekalkan aku tenaga dan boleh membuatkan aku mampu cergas sepanjang pagi ni :-)

p/s :- korang breakfast mende?

Sunday, January 30, 2011

giler contest

walaweiiiiiiiiiii...

harini dlm sejarah..aku rasa harini lah hari paling gigih aku join contest... giler mentos. ada lebih more then 3 contests aku join dgn penuh takzimnya..ngeh3x...

well, korang leh tgk detail dkt previous entry aku dan click je link yg aku berikan...


a

"Special Giveaway from Moscow"


nak join ni lax.. huhuhu..sapa nak maklumat lanjut leh CLICK SINI

sini aku ngan baik hatinya telah menyenaraikan syarat2 nyer...

Syarat-syaratnya
  1. Peserta mesti mempunyai blog (kalau tidak camana nak tag member kan?)
  2. Anda dijemput menjadi follower http://norakhtar.blogspot.com (tiada paksaan)
  3. Post satu entry ttg giveaway ini di dlm blog anda "Special Giveaway from Moscow" dan link kpd blog ini ( copy syarat penyertaan dr no-1 hingga seterusnya)..dan kalau rajin letak enty berkaitan di sidebar blog anda..kalau tak rajin..tak payah..tak nak paksa..:)
  4. Tag 5 orang rakan blog anda(nak tag lebih pun takpe) dan pastikan mereka tahu diri mereka telah di tag.
  5. Tinggalkan komen ikhlas anda tentang (1) kebaikan giveaway dan (1) keburukan giveaway di bahagian komen kat bawah ini beserta URL blog anda supaya senang saya contact.
  6. Giveaway ini bermula petang ini hingga 28 Feb 2011.

baiklah, untuk memenuhi syarat yg kelima, ni jawapan aku:-



baiklah tiba masanya nak tag member:-
asrul
ray
adie
sepol
arelong

Pencarian Blog Paling Ringan, Ideal Dan Berat 2011

baiklah aku nak join yg ni lax..ngeh3x..gigih ni...

sapa nak maklumat lanjut sila CLICK SINI

ini dia jawapan aku ye tuan penganjur :-


nak tag ni dia :- asrul
adie
arelong

sambutan setahun taufiqhelios.blogspot.com



baiklah kengkawan..aku telah terpanggil lagi utk menjoinkan diri dlm contest ini..hehehehe..

BTW, sape nak join contest ni, boleh dptkan maklumat lanjut dengan CLICK SINI


dan inilah pengalaman dan coretan ku (syahdunyer ayat ..hehehehe) :-



click pic untuk membantu tumbesarannya :P


aku nak tag member lah :- asrul
adie
arelong

sarapan pagi




salam alaik.. awal kan aku bangun hari ni? ngeh3x..entry pertama hari ni aku hidangkan korang dengan meehoon goreng+keropok. sedap tak? sebenarnya pengambilan sarapan pagi ni penting tau. dulu, aku pernah mengalamai fenomena di mana aku tak suka langsung ambik sarapan pagi. bagi aku sarapan pagi tu leceh dan tak perlu di ambik berat sangat. namun aku godek2 la internet pagi ni dan terjumpa la tentang satu artikel berkenaan sarapan pagi, dan dinyatakan juga sarapan pagi itu merupakan makanan untuk otak. jom baca lebih lanjut ek..

CLICK SINI

p/s :- jom teman aku breakfast...

Saturday, January 29, 2011

LUCKY FOLLOWERS ~ SAYA MAU HADIAH



ni lagi satu contest. aku nak join.sape nak join sekali leh CLICK SINI


Kehilangan paling terasa dalam hidupku - Contest Ady


ni contest yang di anjurkan oleh Ady Budika... sape nak join leh CLICK SINI



cerita aku adalah seperti yang aku nukilkan kat bawah ni:-



p/s :- kehilangan merupakan lumrah hidup. namun jangan sampai kita kehilangan prinsip hidup

follower ke 100

yeehaaa.... saya dah dpt follower ke 100, tapi masalahnya camne kite nak tahu siapa follower kita yang seratus? saya pening ya..ada sesiapa yg boleh memberikan bantuan? sila beri tunjuk ajar ya. saya ingin memberikan penghargaan kepada empunya diri itu :-)

o ya, hari ni agak slow buat aku sbb semalam gile chat ngan blogger2 dkn fanpage blogger dkt FB..hahaha... merapu je kiteorg...

baiklah, masa utk blogwalking sambil click2... jom jom

p/s :- edit2 pics ni sambil2

aktiviti petang



jom share sikit aktiviti petang yang aku buat arini. arini ipaq aku ajak g mancing..konon!!! sdg kan seyes aku bukan kaki pancing. tangan ni pun tak reti nak mancing.. wei, korang kene tau tangan kaki pancing ni bukan samam dgn tangan mcm org2 biasa, sbb tgn drg ni mmg khas khusus dan terbukti berkesan utk memancing... walaupun org ckp alaaa, mancing tu bukannya susah sgt pun..gilo tak susah, kalau tak mahir sama je ngan buang masa tertenggek je tunggu ikan.. mcm aku ptg ni..heheheh



tp kan, ptg ni aku dpt sekor ikan puyu yg kecik giler.. aku mkn pun tak kenyang. wakakakaka...tp dapat gak derr...sorry tak upload pic ikan itu, sbb malu... sekor je kan, kecik lak tu..lau besar gajah leh la aku tunjuk dgn bangganya..ngeh3x...


actually tpt kiteorg ni nama dia KIMOKIMO (cam salah eja jew..ahaks...). satu kawasan yang boleh kire baru di terokai dan disedari ramai ttg kewujudannya. sini bnyak ayam hutan,itik angsa hutan (ade ke, aku dgr ipaq aku crita je) dan menatang2 hutan yg lain. termasuklah ikan keli dan ikan haruan. dan puyu cam aku dpt td, hehehehe... kawasan yg kiteorg pg td adalah kawasan tali air yang kononnya lubuk ikan (puyu je pun aku dpt).. mmg ramai td kaki pancing..


kawasan ni kiri kanan dia sawah padi. ada gax la yg kawasan ala2 paya yang luas terbentang.. masa nak balik, dgr gak org menembak burung.. best o....


ni dia view sawah padi yg terbentang indah... nunnn jauh di sana ada gunung kinabalu yg di tutupi awan.. sapa yg suke suasana mcm ni leh mai sini...

p/s :- tobat tanak mancing lagi sbb aku suke tgk je ikan naik, nak pancing toksah ler...

sengal ngantuk


ngantuknyerrrrrrrrrrrrrrrr.... pusing2 keliling cari brg... dah r tido lewat, bgn awal. adess... time ni kdai bnyak xbukak lg, so aku snap sana sini...


actually, my sister nak cari buah2an buat hamper... sbb dpt info last minute, so kiteorg pun terkelam kabut la kan... huhuhu.... time ni ngantuk gile, tp muke aku segar kan..jeng3x..hehehehee

p/s :- pepagi weekend ni korang watpe?

jom breakfast



mulakan hari anda dengan soto ayam...hehehhee... sedap tau, sape nak makan mai sini...aku blanje... ngeh3x... makanan berat d pagi harii..


oleh kerana takleh minum tea sgt, aku pesan la milo..gile best milo ni... aku sgt suke..kaw giler.....

actually aku ngan akak aku makan dkt satu restoran baru dkt pekan ni... sbb restoran yg kiteorg slalu pg utk mkn soto lum bukak g, tp aku ckp kat korang milo dia mmg best..cuma soto dia agak masin sket, tertumpah garam kot..ngeh3x.. tak pe takpe mkn bg habih...

p/s :- korng mkn pe?

malam-malam

wei korg watpe? lex la tido tu, muda lagi mlm..konon..ala esok kan weekend, yg student takde class kan (kecuali kokurikulum pd yg ambekk), yg keje manada keje (kecuali company2 tertentu cam aku dulu)....

sini angin kuat giler.. cane tuh... tp aku gigihkan juga la nak buat entry ni sbb arini seharian aku tak buat entry. rasa len mcm je kan....

jom teman aku...........

p/s :- bosan ni

Thursday, January 27, 2011

13 ciri lelaki pilihan


1. Taat kepada Allah, taat pada ajaran Rasul.
2. Mahir membaca Al-Quran dengan lancar, hafal surah-surah asas dan doa-doa asas, rajin membaca Al-Quran.
3. Mempunyai pekerjaan tetap dan memiliki sumber pendapatan tetap.
4. Suka menyeru orang lain kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
5. Ada sikap optimis – berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup.
6. Bersih dari sebarang kemungkaran yang nampak dan tak nampak.
7. Baik kata-katanya, cemerlanga perilakunya, seorang lelaki yang jujur.
8. Tak pernah tinggal yang wajib, rajin melaksanakan amalan sunat dalam beribadah.
9. Berani menhadapi cercaan dan berani menghadapi orang yang mencela.
10 Tahu, faham dan sanggup melaksanakan tanggungawab.
11. Bersifat terbuka, pemaaf dan penyantun.
12. Tenang air mukanya, waspada dan bijak dalam membuat keputusan.
13. Jika dia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik.

p/s :- Sebaik-sebaik seorag lelaki yang menjadi suami adalah suami yang berlaku baik pada isterinya.

batuk


o ya... sbb td ada member FB tanya camne nak hilangkan batuk sbb dia batuk arini. cian dia.. meh sini abg eddy (ferasan..!!) nak ongsi sikit sbb td godek2 dlm tenet jumpe la info ni :-

Berikut adalah di antara petua untuk mengurangkan batuk;
  • Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi.
  • Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.
  • Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.
  • Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.
  • Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.
  • Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.
  • Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.

p/s :- mencegah lebih bik dr mengubati...

dengar radio



adakah anda mendengar radio sekarang? mlm ni aku dgr radio thru internet.. boleh je, zaman maju dah derr... aku mlm ni dgr KL.FM.... bestnyer radio ni sbb sorg member FB aku keje kat sini..ngeh3x.... best best best..dia selalu tunaikan permintaan lagu aku, so slalu la dpt dgr lagu yg aku suke. lagu yg radio lain jrg putarkan pun adooo.... u know waht, aku suke je dgr radio, ntah nape... kdg2 feeling2 karoks miming bagai..

ok BTW, sapa nak tahu lebih lanjut tentang KL.FM ni leh la CLICK SINI

hujan lagi


hujan yg turun bagaikan mutiara..... jeng3x..nyanyi lagu lax an...hehehe..
so guys, pe terjadi dgn cuaca dkt sana? sini dr pagi td hujan..on off je la hujan ni.nasib baik laa tak banjir, kalau banjir terjadilah lagi kejadian aritu....

BTW, hujan ni best kalau melingkar dlm comforter, kompom berejam tak bangun takpe...hehhee..tp bahaya gax kan.. harap hujan mlm ni bg aku rasa best!!!

p/s :- jgn hujan selalu, panas pun ok juga :-)

Ayu terima syarat Zaquan


MALAM 21 Januari lalu benar-benar menjadi milik pelakon popular, Ayu Raudhah Che Wan dan pasangannya, pemain bolasepak kebangsaan, Mohd. Zaquan Adha Abd Radzak.

Usai majlis akad nikah yang menjadi kemuncak sesebuah perkahwinan beberapa jam sebelum itu, mempelai mengatur resepsi yang penuh meriah dan bermakna di rumah pengantin perempuan di Taman Mawar, Alor Setar.

Bak seorang puteri dan putera dalam cerita dongeng, Ayu, 27, dan Zaquan, 24, tampil menawan dan mempesona ketika tiba di karpet merah sehingga menjadikan semua jemputan terpukau seketika.

Alunan lagu merdu nyanyian Shania Twain, From This Moment yang mengiringi langkah pengantin ke persada pelamin nan indah dengan limpahan cahaya bulan penuh cukup menebarkan suasana romantis pada malam itu.

Dengan mengenakan pakaian pengantin serba putih daripada pereka Rizman Ruzaini, kedua mempelai berarak memasuki ruangan pelaminan yang bertemakan Cerita Puteri Dongeng yang menjadi impian si pengantin perempuan.

Ayu turut tampil menawan apabila menggayakan busana berwarna merah jambu dengan sanggul tinggi berhias kuntuman bunga ros bersama vel ketika acara memotong kek sementara Zaquan segak berkot kelabu, juga ilham Rizman Ruzaini.

Pasangan tersebut dinikahkan pada hari yang sama di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar setelah hampir empat bulan bertunang.

Ayu yang berwalikan abangnya, Roshidi, 31, dinikahkan oleh imam masjid tersebut, Mustafa Kamil Abdul Jamil dalam satu majlis ringkas namun meriah dengan kehadiran sanak saudara dan rakan-rakan.

Dengan sekali lafaz, Ayu sah sebagai isteri Zaquan dan menerima mas kahwin berupa wang tunai RM1,888 serta sebentuk cincin berlian.

Tidak lengkap pernikahan tanpa hantaran, mempelai bertukar hantaran perkahwinan dengan tujuh dulang daripada pengantin lelaki yang berbalas sembilan daripada pengantin perempuan antaranya berisi persalinan, sejadah, telekung, minyak wangi, bunga rampai, kek dan coklat.

Paling istimewa Ayu turut menghadiahkan suaminya sepasang kasut bola berwarna merah lengkap yang bertulis nama mereka.

Wang hantaran bagaimanapun menjadi sesuatu yang cukup rahsia dalam perkahwinan ini apabila kedua pengantin mahupun anggota keluarga menutup rapat mulut mereka daripada memperkatakan tentang perkara itu.

"Biarlah hanya keluarga kami saja yang tahu", kata Ayu sambil tersenyum.

Demikian termeterai sudah percintaan yang disulam lebih setahun lalu dalam diam dengan ikatan perkahwinan dan bermula fasa baru dalam hidup Ayu dan suami tersayang.

Begitu juga dengan status sebagai isteri yang baru disandang itu tidak akan merobah karier Ayu sebagai pelakon.

Namun ada syarat-syarat yang sudah diletakkan oleh si suami demi keharmonian rumahtangga dan kasih sayang mereka sehingga ke akhir hayat.

Atas nama cinta, pemilik nama sebenar Raudhah Che Wan @ Abu Bakar ini sedia menunaikan syarat tersebut.

Itu bukan sesuatu yang terlalu membebankan, kata Ayu, apatah lagi Zaquan sendiri berjanji tidak akan menghalang hasratnya untuk terus mewarnai dunia lakonan.


CLICK HERE


p/s :- best tgk org yg mendirikan rumah tangga... :-)

Dua remaja didakwa bunuh datuk


JEMPOL 26 Jan. - Dua remaja lelaki hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bahau atas tuduhan membunuh seorang warga emas dan mencederakan isteri mangsa di Felda Palong Dua di sini pada pertengahan bulan ini.

Bagi tuduhan pertama, kedua-dua tertuduh berusia 17 tahun itu didakwa membunuh Mohtar Yusoh, 71, di alamat No. 305, Blok C Palong Dua, Felda Palong Dua pada pukul 8 malam, 13 Januari lalu.

Dakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Salah seorang tertuduh merupakan cucu kepada mangsa. Kedua-dua tertuduh yang tinggal di Melaka hanya mengangguk sebagai tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ellyana Razali.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan. Kedua-dua remaja itu turut menghadapi tuduhan kedua iaitu mencederakan isteri mangsa, Halimah Yasin, 57, pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda, sebatan atau mana-mana dua hukuman itu. Bagi tuduhan kedua ini, mereka berdua masing-masing mengaku tidak bersalah.

Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mahmud Abdullah manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Ellyana menetapkan 28 Februari ini sebutan semula kes itu dan tiada jaminan dikenakan ke atas kedua-dua tertuduh.

Memetik laporan akhbar, pada hari kejadian, suami isteri itu disamun empat remaja ketika pulang ke rumah mereka diFelda Palong Dua selepas majlis tahlil. Mohtar mati ditikam salah seorang remaja terbabit yang memecah masuk rumah mereka manakala isterinya dicederakan dengan objek keras sehingga menerima 30 jahitan di bahu, dada dan lengan. Mereka melarikan beg milik Halimah, berisi wang tunai dan barang kemas bernilai lebih RM10,000.

‘Geng Piramid tumpas’


MARAN 26 Jan. – Tindakan bodoh sekumpulan penjenayah dikenali sebagai ‘Geng Piramid’ mencuri motosikal dalam kawasan perumahan polis di Temerloh membawa padah apabila mereka ditahan pada 8 Ja nuari lalu.

Tindakan berani mati empat ahli geng itu yang masing-masing berusia 18 tahun turut membawa kepada penangkapan lima lagi ahli kumpu lan yang berumur 17 hingga 26 tahun di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supri tendan Ahmad Johari Shahabuddin berkata, sepasukan polis yang men dapat maklumat mengenai kejadian curi tersebut bergegas ke tempat ke jadian di Perumahan Kakitangan Po lis Temerloh Jaya dan berjaya me nahan empat suspek kira-kira pukul 11 malam.

“Hasil tangkapan itu, polis kemudian menahan lima lagi lelaki di percayai ahli kumpulan sama di se kitar daerah ini dalam operasi yang diadakan dari 8 Januari hingga 12 Januari lalu.

“Hasil soal siasat, suspek kemudian menunjukkan lokasi tempat mereka membuang rangka motosikal curi iai tu di Tasik Bukit Kebok berdekatan Kampung Sentosa di sini,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran di sini hari ini.

Ahmad Johari memberitahu, se lepas mendapat maklumat itu, ang gota polis marin daripada Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah 3 Kemaman menyelam di tasik itu pada 18 Januari lalu.

CLICK HERE


P/S :- MACAM2 LA...

Jeddah dilanda banjir

JEDDAH 27 Jan. - Hujan lebat yang turun mencurah-curah menenggelamkan beberapa jalan dan menyebabkan bekalan elektrik terputus di kebanyakan kawasan di bandar raya kedua terbesar Arab Saudi, Jeddah semalam.

Ia sekali gus meningkatkan kebimbangan berlakunya lagi banjir seperti 2009 yang mengorbankan lebih 120 nyawa.

Banjir itu mengakibatkan kereta-kereta yang terapung di beberapa jalan dihanyutkan ke sungai, sementara bau busuk memenuhi ruang udara disebabkan sisa kumbahan tangki bawah tanah melimpah dan bercampur dengan air banjir di bandar raya yang mempunyai seramai empat juta penduduk ini. - REUTERS

CLICK HERE


p/s :- dekat negara kita pun dah merata2 banjir kan

morning breakfast




salam..n morning semua.................
pe khabar? mcm ne pagi korang ek? sini hujan tau, sedap lau tido semula tp aku takleh sbb tak lama lagi on call :-( tak pe tak pe , saborrr.....

ni dia bfast yang aku buat pagi ni. mee grg (terlalu simple) di tambah dengan kropok ikan yg sedap ni..huhuhuhu...sape nak p dapur ada lagi sistu sikit2, ahaks.....

p/s :- berdoa semoga pagi ini permulaan utk hari2 yg bermakna seterusnya.

Wednesday, January 26, 2011

blogwalking suka suki


nak buat segmen terbaru lah di blog aku ni..hehehe.segmen suke suki aku bg nama blogwalking... aku nak pilih satu blog yg aku rasa menarik utk kita sama2 follow :-) yey..!!

blog dia ni simple dan dia akan tukar lagu2 dlm blog dia ni ikut apa yg dia rasai kot.. hehehhe... tp lagu2 dia best2 gaks..layan.... tu banner blog dia aku ambik guna hp..hehehhehe... creative tak hakoooo? hahahhaha....

korang leh la view n follow n click ape yg patut kat blog dia ni ek... sempoi dak dia ni..

sila CLICK SINI kalau nak tau siapa blogger ni :-)

budi bahasa budaya kita....


ni adalah kereta yg di pandu oleh wanita berbangsa tettt tett tett.... dia ambik laluan aku tanpa senyuman ke lambaian mintak izin ke... memang tak berbudi langsung... ke ambik lesen terbang... tak baik tau, dekat jalan raya kita kene bersopan sbb tu jalan org yg emandu kereta semuaaaaaaa bayar cukai jalan..so kita berkongsi dgn org lain.. berhemah dan berbudi bahasa lah ye...

p/s :- tak pandai pun pada yg berkereta besar tp tak beradab...

aduhai tandas


sedap tak mata memandang toilet ni?huhuhuhuhu... actually, ni aku ambik masa tgh masuk sebuah toilet dkt sebuah masjid. tak perlu aku nak bg tau masjid mana, tempat katne... yang penting ni toilet kat sebuah masjid...

agak (sangat) kotor dan berbau....

tgk lak pic kat bawah....


mcm ni ke penyelenggaraan masjid...? toilet DEKAT MASJID ni....

mmg la tidak di nafikan toilet di sesebuah masjid memang menjadi tumpuan ramai. even org tak singgah solat pun akan rajin ke masjid buang hajat sebab free.. public toilet bayar derr... tapi as a place yang memang utk ibadah, for me tempat ibadah ni kita bukan takat jaga dalam masjid sahaja, tapi dekat halaman, parking kereta dan juga toilet lah... aku sumpah sepanjang aku masuk toilet masjid dkt sini (aku tak tahu la kawasan belah2 lain), mmg tak pernah ada toilet yg tiptop.. yg paling best pun tahap 65 - 70 % je kebersihan daan kesegaran toilet depa terjamin...

bukan apa, toilet ni kan menggambarkan siapa kita... kenapa tak jaga toilet bebaik... kalau bab bersih ada gaks la toilet yg aku jumpe bersih kat satu masjid ni, tp bau masih ada. well, mesti korg akan ckp dah nama toilet mesti lah berbau... hey hey hey..hello, ada juga toilet yg kita selalu guna wangi.. cth dulu dkt opis aku keje, mmg toilet dkt opis org dkt opis opkos kelaur masuk.kdg2 bukan dak opis aku je, org yg dr department lain pun masuk derr..tp toilet ttp wangi. apa rahsianya? depa letak la pewangi yg dpt mengatasi bau asli toilet itu.... then mesti korang akan ckp, eh eh toilet masjid kan terlalu ramai org keluar masuk, even bg wangi pun susah lah nak kawal.. ni jawapan aku, kalau toilet biasa guna satu paket pewangi (sbg contoh) kalau dekat masjid bg la dua, tiga atau empat paket terus nak bg ilang bau tu.. tingkatkan penggunaan pewangi. itu pun susah ek? dan korg tanya lagi, camne lak dgn kos yg akan meningkat? sebagai pihak pengurursan masjid, kene la bijak. minta peruntukan. buat kertas kerja hantar dekat pihak atasan. rasanya duit sedekah org ramai dlm tabung masjid banyak kot, guna lah.kan utk kebaikan juga, bukan guna utk benda2 jahat. brapa sangat lah nak beli pewangi..


p/s :- sgt anti kepada bau2an...

sofa pilihan

ni lax koleksi sofa2 yang lawa dan menarik dan ada yg sengal..huhuhu
yg atas ni memang sensual,keh3x..tp aku suke..letak kat bilik sure korg jeles an an an...

ni agak sengal...cane nak duduk ni...kecuali la kalau teloq palsu an... unik!

ni kalau simpan kat opis best!.

hahaha...ni aku suka... mcm gula2 lax... menarik...

sengal!!.. sape sanggup duduk?


gerrr.... i like....lips derr...

p/s :- nak usha la sofa baru nanti

perhentian bas yang menarik


lawa tak? huhuhu... time aku godek2 la laman web kan, terjumpe la pic cenggini.. lawa an kalau ada bus station cenggini... mesti org akan lebih semangat nak nek bas.. eh eh, ada kaitan ke?huhuhu

ni best derrr... siap leh tido...ada tasik lagi kat blakang.. sure sedapp...


ni mesti kanak2 rebina suke ni...


ni anak buah aku suke...ada buai..ermm, aku pun ske gaks..wakakakaka



ni tuk dak skolah... menarik....!!


yg ni nampak modern sket r...namapak lagi secure dan cukup nice...exclusive la jugak an...


p/s :- dah lama tak nek bas..rindu jaman2 nek bas...

i am back!

salam...

holla....... fuhhh..!! lama tak buat entry wei...lama ke?huhuhu..even tak le lama (sehari je kot) tapi agak kurang elok tak menghupdate blog ni... banyak rutin yg kene aku buat weii...

1. on call kul 6.30am
2. confirmkan banner kul 8.00am
3.hantar ayah g khoje + teman mak g soping 11.00am
4.on call kul 1.00pm
5. on call kul 4.00pm

ni la yg aku kene buat arini...banyak tak?biasa je kan...tak la bz cam PM wei...huhuhuhu

p/s :- BTW, have nice day blogger :-)

Monday, January 24, 2011

ucap terima kasih

Ucapan “Terima Kasih” biasa diucapkan seseorang pada saat menerima sesuatu dari orang lain. Sesuatu ini biasanya berupa bantuan, hadiah atau pemberian lain dari orang lain yang dianggap bermakna oleh penerima sesuatu tersebut. Tapi di jaman sekarang ini, ucapan terima kasih kadang tidak terucap saat kita menerima bantuan cari orang lain. Misalnya saja ketika si A membantu si B, harusnya si B mengucapkan terima kasih. Walaupun sebenernya si A membantu dengan ikhlas, alangkah baiknya si B mengucapkan terima kasih. Karena bagi si A ucapan terima kasih sangat bermakna sekali.

Oleh karenanya, ucapkan terima kasih ketika anda menerima bantuan dari orang lain. Apapun bentuk bantuan atau pemberian orang lain tersebut. Dari sekedar diambilkan minum oleh teman sampai dengan diberikan hadiah besar. Karena ucapan terima kasih, walaupun sederhana tapi sangat bermakna. Ucapan terima kasih dapat memicu semangat seseorang yang memberikan bantuan…


p/s :- terima kasih kerana menjadi teman blog eddy :-)

kenapa 8 gelas?

Ada orang kata jangan minum air banyak-banyak. Minum seteguk dua saja, ini petua untuk awet muda. Ada pendapat yang mengatakan kita perlu meminum 8 gelas sehari. Yang mana betul?

Pendapat yang pertama, memang tidak betul. Yang kedua? Tidak berapa betul! "8 gelas sehari" lebih merupakan sebagai lagenda yang telah diterima sebagai fakta.

Baru-baru ini, Jurnal Psikologi Amerika mendedahkan bahawa tidak terdapat bukti saintifik yang dapat menyokong teori "8 gelas sehari". Jangan salah faham pula. Saintis tersebut bukan mengatakan kita tidak memerlukan air. Tetapi nasihat agar kita mengambil 8 gelas air sehari bukanlah satu nasihat yang baik.

Pertama, kita perlu meminum air berulangkali di sepanjang hari. Meminum 8 gelas di waktu pagi dan mempercayai bahawa anda sudah meminum air yang cukup untuk hari tersebut adalah berbahaya.

Mereka yang meminum air, walau setengah gelas, pada setiap jam akan mendapati diri mereka begitu bertenaga.

Berapa banyak yang perlu diminum? Ianya bergantung kepada cuaca dan aktiviti yang anda jalankan. Lebih banyak anda kehilangan air, lebih banyak yang perlu diminum, lebih banyak dari 8 gelas. Tetapi jangan pula meminum terlalu banyak. Kenapa pula? Meminum terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air (sekiranya menahan membuang air kecil) ataupun situasi elektrolit tak seimbang.

more info plss CLICK SINI

P/S :- mmg ada stock sebotol besar air 2 liter di sisi ku ini :P

ASB - berfaedah

ramai tak yang tahu tentang Amanah Saham Bumiputra (ASB) ni? banyak faedah yang korang perolehi tau selain security yg baik dan terjamin.. meh aku bg overview sikit sal ASB ni utk faedah bersama.

objektif:-


Untuk menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif dan konsisten kepada pemegang-pemegang unit di samping memastikan pengekalan modal pada tahap toleransi risiko yang minimum.

pelaburan sasaran:-


Pelabur yang memahami risiko dan pulangan pelaburan serta menjangkakan manfaat dari pertumbuhan jangka panjang tabung hasil pelaburan semula pengagihan pendapatan (sekiranya ada) dan penerimaan pendapatan (sekiranya ada) ke atas pelaburan mereka.

kelayakan:-


Bumiputera Malaysia.
  • Akaun Dewasa (18 tahun ke atas)
  • Akaun Remaja ( ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur bagi pihak remaja berumur 12 tahun hingga 18 tahun ke bawah).
for more details CLICK SINI

vacancies

1. UiTM
juruteknik komputer grad FT17
due date 29 january 2011

detail :- borang
syarat kelayakan

2. lembaga pembangunan langkawi (LADA)
pegawai ehwal ekonomi grad E48

detail :- borang
syarat kelayakan

p/s :- good luck!

pantai contest by mr.K

for those who r interested to join diz contest, u r so welcome to CLICK HERE for more information :-)





teka mana satu aku siney... [*_*]

for info, gambar ni kiteorg tangkap masa kiteorg tetibe merancang nak berkelah..seyes perkelahan ni tak dirancang dalam jangak masa panjang..sangat singkat dan segera.. bos dia adalah incik Bunyamin (Ben), iskk..aku rindu kau ben...ko memang sempoi... gambar ni diabadikan di Pantai ODEC Universiti Malaysia Sabah. actually, takleh gak nak bg nama perkelahan sbb ni lebih kurang piknik je r,BBQ di tepi pantai UMS yang indah ini. mmg sangat simple dan cukup bermakna. aku ulangi cukup bermakna. knp bermakna ek? sbb ini lah last sekali kiteorg bersuka ria sebelum menghadapai hari depan yang cukup mencabar (most of us in this picture are final year student).

picknik ni disertai oleh manusia-manusia yg pelik (jgn marah kengkawan) sbb kiteorg semua ada identiti tersendiri dan mmg suke menceriakan suasana sampaikan pakcik yg menjaga pantai pun pening tgk gelagat kiteorg ala2 dugong&duyung bermandi di pantai ODEC yang tak brapa boleh mandi tuh..ngeh3x...

well dari kiri eddy(akulah tue),mazwan,MC,faizal,didi,edy sharul,jas, dan pengarah projek ben. yang takde dlm pic iaitu org yg mengambil gambar yg superb ini ialah adik farid ku :-). aku rindu korang..

tag:- along
asrul
kyoo reza

Drama Hani Slot Lestary TV3


Drama Hani menggantikan Drama Asmara, Kemunculan siri drama terbaru di slot Lestary, “Hani” seperti biasa setiap hari selasa Jam 9.00 malam. Drama Hani dilakonkan oleh Nur Fathia, Ryzal Jaafar, Siti Fathiyah, Rozita Che Wan, Esma Daniel, Nurul Elfira Loy, Zarynn Min, Airis Yasmin dan Ngasrizal Ngasri mulai 7 Disember 2010.

Ummu Hani (Nur Fathia) ialah seorang pelajar Tingkatan Lima yang riang dan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Hani menyimpan cita-cita untuk menyambung pelajaran di luar negara dan mahu menjadi seorang pensyarah.

Irfan (Ryzal Jaafar) pula seorang pelajar baru yang berpindah ke sekolah Hani selepas ayahnya, Dr. Adib ditugaskan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur. Irfan menjadi seorang yang pendiam dan gemar menyepikan diri selepas kematian abangnya akibat leukimia.

Kawan baik Hani, Aliah (Siti Fathiyah) dan Jalilah cuba mendampingi Irfan tetapi hanya mendapat layanan dingin. Hani mendapat tahu Irfan gemar membaca maka dia mula membaca novel kegemarannya bagi menarik perhatiannya.

Sikap optimis Hani telah mempengaruhi Irfan, dia telah berubah menjadi seorang yang lebih aktif. Hubungan mereka juga menjadi rapat dan Hani mula menyimpan perasaan terhadap Irfan secara diam-diam. Hani yang selalu mengalami sakit kepala dan pening telah disahkan mempunyai ketumbuhan dalam otaknya sebelum menghadapi peperiksaaan SPM. Lebih menyedihkan, dia akan menjadi buta selepas menjalani pembedahan otak bagi menyelamatkan nyawanya.

Hani tidak dapat menerima hakikat bahawa dia akan menjadi buta pada usia 17 tahun. Baginya, berita tersebut umpama hukuman mati bagi mengejar cita-cita dan cintanya. Emosi Ummu Hani tertekan selepas menjadi orang buta. Mariam (Rozita Che Wan) dan Mokhtar (Esma Daniel) sekeluarga sering memberi motivasi dan kata-kata semangat kepada Ummu Hani.

Dr. Adib tidak mahu Irfan mengabaikan pelajarannya hanya kerana terlalu ambil berat terhadap Ummu Hani. Dr Adib dan Shafinaz merancang Aliah mendekati Irfan. Selepas keputusan SPM diumumkan, Irfan dan Aliah berjaya melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di luar negara. Akhirnya, Irfan dan Aliah telah berkahwin dan kedua-duanya berjaya menjadi doktor.

Selepas tujuh tahun, Ummu Hani masih menunggu kepulangan Irfan kerana dia dirahsiakan tentang hubungan Irfan dan Aliah selama ini. Ummu Hani telah mendaftarkan diri di Pusat Latihan Orang Buta dan sedang membantu merealisasikan projek Quran Braille. Takdir telah menemukan Ummu Hani dengan cinta pertamanya, Irfan namun dapatkah Ummu Hani menerima hakikat bahawa kawan baiknya, Aliah telah menjadi suri hati Irfan?

selamat pagi..!!


pe kabor... eh eh..assalamualaikum semua...
harini korang ada dgr hot.fm ? arini depa crita pasal blogging.. bestt wooo topic ni... korang dgr2 la yew...boleh kongsi cerita dan pengalaman...

p/s :- suke dgr hot.fm pepagi... :-)