



p/s : malang tidak berbau
Hendak seribu daya, mahu seribu cara. Pepatah yang sangat tepat untuk menggambarkan tajuk yang diberikan. Memang diakui ada pro dan kontra dalam menentukan sama ada benar bahawa ada blogger yang boleh meraih keuntungan melalui dunia blog. Sebenarnya, jika kita fikirkan dengan baik, setiap apa yang kita lakukan dengan usaha yang gigih, pasti akan membuahkan hasil. Semuanya bergantung kepada usaha gigih kita dalam memastikan sesuatu usaha itu berhasil atau hanya merupakan tindakan melepaskan batuk ditangga.
Jika anda membaca novel karya Habiburrahman El-Shirazi berjudul “ketika Cinta Bertasbih” jilid ke-2 ada menyatakan jenis manusia yang bekerja. Petikan dialog berbunyi:
“rajin dan aktif pun belum cukup. Ada yang lebih penting sebelum rajin dan aktif, iaitu alasan kenapa harus rajin dan aktif. Ada aktif yang sering menimbulkan kepenatan sahaja dan ada giat yang membawa hasil yang luar biasa. Banyak orang yang tidak dapat membezakan antara sibuk tetapi tidak produktif. Mereka yang Cuma sibuk tetapi tidak produktif, dalam bahasa Caroline Donnelly diibaratkan kincir angin berupa manusia. Nampaknya bekerja keras tetapis sedikit hasilnya.”
Kita teliti ayat di atas “ada yang lebih penting sebelum rajin dan aktif, iaitu alasan KENAPA harus rajin dan aktif”. Seorang blogger yang tahu alasan kenapa perlu aktif dan rajin untuk menulis blog, pasti akan mencapai matlamat yang diinginkan. Jika alasan mereka adalah untuk memperolehi keuntungan, maka mereka perlu menetapkan elemen yang boleh mendatangkan hasil di dalam blog mereka. maka di sini benar, keuntungan melalui blog adalah satu kenyataan, bukanlah bualan kosong.
Jika kita ingin menjadikan blog kita sebuah blog personal, tidak bermakna kita menguruskan blog dengan cara “asal ada” sahaja. Kita masih perlu untuk merancang dari hari ke hari. Apatah lagi jika kita inginkan blog yang boleh memberikan pulangan wang ringgit. Blogger yang bijak adalah mereka yang tidak pernah berhenti untuk terus meningkatkan kualiti penulisan kerana sesebuah blog perlu terus berkembang dan berkembang.
(300 patah perkataan)
Sebahagian kecil dari protokol-protokol Zionisme itu akan disampaikan seperti berikut:
6ixth Sense Marketing juga turut mengeluarkan produk deodaran yang memiliki CK1 untuk lelaki dan TOMMY GIRL untuk wanita yang berharga rm16 sahaja. 100% tanpa alkohol.
PERFUME HANYA TERDAPAT DI 6IXTH SENSE MARKETING SDN BHD SAHAJA.TIDAK ADA DIMANA MANA KEDAI MAHUPUN PASARAYA. SEBARANG PERTANYAAN BOLEH EMAIL PADA -
sixthsenseadm@gmail.com
p/s : anyone yang sayangkan aku, hadiahkan lah satu.. =.= ok, takde... bai..!!
1. apa yang anda suka dengan blogging?
Piqah : Emm apa yang saya suka ya? Saya suka blogging sebab saya rasa sangat puas selepas berblogging. Tiap kali selesai mengekspresikan sesuatu dalam blog, hidup terasa lebih bermakna. (agak hiperbola di sini). Blogging juga dapat membuatkan saya lebih rajin mencari hal-hal berkaitan isu semasa demi mendapatkan idea untuk mengarang blog. J
2. Anda pasti ada komitmen lain dalam hidup. Susah tidak nak bahagikan masa antara blogging dan komitmen2 lain?
Piqah : Sebagai pelajar, tak la susah sangat untuk bahagikan masa blogging dengan belajar. Bila tension study or senang crita malas study, saya akan datang untuk menulis apa sahaja dalam blog. Lepas tu bolehlah sambung study semula.. J
3. soalan lebih santai, selain blogging, apa aktiviti masa lapang anda?
Piqah : Keutamaan diberikan untuk komik la. Saya sangat suka baca komik sebab boleh buatkan saya ketawa mcm orang tak betol sbb dok gelak sorang2…
4. penting tak follower blog bagi anda?
Piqah : Sangat penting bagi follower yg sentiasa ikuti perkembangan saya. Insyaallah saya pun akan ikuti perkembangan dia. Tapi kalau jenis follower yg “follow me back!” tu memang terang-terang dia hanya mementingkan kuantiti follower. Tak best la kalau mcm tu kan…
5. kebiasaannya, blogger suka melakukan aktiviti blogwalking (BW), anda sendiri suka BW dekat blog yang macam mana? Boleh bagi contoh?
Piqah : Selalunya BW dekat blog yang singgah di blog saya. Atau saya akan memilih untuk BW secara rambang ja kat mana-mana blog. Bergantung la kot.. hehe J
6. siapa anda dalam “satu ayat”.
Piqah : Saya ialah seorang kaki TV (kat rumah ja) dan boleh dikategorikan bagus… J
7. Gambarkan diri anda untuk 10 tahun akan datang?
Piqah : Mungkin saya akan menjadi seorang doktor yang Berjaya. Insyaallah. Aminnn…
8. andai anda di beri peluang untuk kembali ke masa lalu, anda ingin kembali ke zaman bila?
Piqah : Sebelum ni, saya pernah tulis satu entry mengatakan jika diberi peluang, saya tersangat terlalu menginginkan pergi ke zaman kanak-kanak dulu di mana kehidupan waktu itu sangat riang ria dan tak pernah terfikirkan akan kesusahan.
9. satu perkara yang orang tak tahu tentang diri anda.
Piqah : Mana boleh bagitahu, dah nama pun perkara yang orang tak tahu kan?? Hehe
Ok, mungkin tak ramai tau yg saya dapat bertutur dalam bahasa mandarin.
1. akhir sekali, ucapan untuk followers blog anda dan juga readers blog Aku&Hidup.silakan.
Piqah : Saya tak pandai karang ucapan panjang-panjang. So saya simpulkan sajalah ucapan ni ye.. Enjoy hidup anda selagi tak menyimpang dengan ajaran agama dan senyum sokmo sebab senyum kan satu sedekah..
P/S: ucapan untuk pokcik eddysyrol plak, syukran sebab sudi masukkan saya dalam temu bual bersama pokcik. Saya hanyalah seorang blogger yg baru berjinak-jinak dalam dunia penuliasan maya ni.. J
1. apa yang fadli suka dengan blogging?
Fadli : Bagi saya..apa yang saya suka dengan blogging ialah kita dapat meluahkan segala pendapat dan idea kita dalam blog kita.Tetapi sudah tentu idea dan pendapat itu semua mestilah tidak keterlaluan dan sensitif sehingga boleh menyakitkan hati sesetengah individu yang membacanya!
Selain itu saya juga dapat memperkenalkan negara luar kepada pembaca saya yang majoriti dalam kalangan rakyat Malaysia.Sebagai contoh saya suka mencoretkan tentang negara Mesir kepada para pembaca kerana saya sedang bermaustatin di Negara ini.
2. fadli seorang pelajar bukan? Susah tidak nak bahagikan masa antara blogging dan kehidupan sebagai pelajar?
Fadli : Setiap orang diberikan 24 jam sehari kan…so pandai-pandailah kita gunakannya dengan cara yang paling terbaik!
Masa belajar menjadi prioriti saya sebagai seorang pelajar.Namun saya akan blogging bila mempunyai kelapangan waktu dan kalau tengah tension saya juga akan blogging.Kadang-kadang kita boleh release tension kalau blogging!
ini dia fadli
3. soalan lebih santai, selain blogging, apa aktiviti masa lapang fadli?
Fadli : Saya suka tengok movie…tak kira laa korea ke malay ke English ke…semua layan je.. Yang paling suka tengok genre seram and mystery..cintan cintun tue layan jugak lah sikit-sikit..!=,=”~
4. penting tak follower blog bagi fadli?
Fadli : Bagi saya followers memang penting sebab ia menunjukkan sejauh mana kemampuan kita untuk menarik minat orang lain membaca setiap entri kita!
5. kebiasaannya, blogger suka melakukan aktiviti blogwalking (BW), fadli sendiri suka BW dekat blog yang macam mana? Boleh bagi contoh?
Fadli : Yup..BW memang satu aktiviti yang sangat mudah untuk mempromosikan blog kita kepada khalayak.Macam-macam jenis blog yang telah saya jumpa sepanjang BW.
Saya sukakan blog yang simple dan mempunyai isi yang sangat menarik dan kaya dengan informasi.
6. siapa fadli sabri dalam “satu ayat”.
Fadli : Saya seorang yang blur..kalau orang bertanya kepada saya,saya akan ulang balik soalan tue then baru saya jawab!=,=”~
7. siapa fadli untuk 5 tahun akan datang?
Fadli : Insyallah saya akan bergelar Doktor 5 tahun akan datang…doa-doakan ya!=)
8. blog,facebook dan tweeter, mana satu pilihan utama?
Fadli : Sudah semestinya blog!
9. satu perkara yang orang tak tahu tentang fadli sabriJ
Fadli : Saya seorang yang amat boros!haha
10. akhir sekali, ucapan untuk followers fadli dan juga readers blog Aku&Hidup.silakan.
Fadli : Terima kasih kerana sudi membaca dan berkunjung ke blog saya dan semoga anda semua berjaya dalam apa jua yang anda lakukan serta diberkati Allah S.W.T…Ameen ya rabb!
begitulah berakhirnya sesi temu bual dengan hencek fadli. ES sebenarnya secara peribadi sangat kagum dengan bakal-bakal doktor ni. bukan senang diaorang ni study. memang giler2 struggle.ES sendiri for sure tak mampu, buktinya ES sekarang bukan seorang doktor. bagi ES, bakal doktor ni dapat anugerah minda yang istimewa dari Allah swt. moga nanti anak-anak ES ada yang jadi doktor (tetibe..!!). baiklah, bertemu lagi bersama personaliti lain, di segmen yang sama, akan datang... ma'assalamah.
p/s : tengah nak polish bahasa arab. memang bukan mudah =.=