edDy sYrOl

Saturday, February 25, 2012

Award : Follower ke 800


800 followers sudah. Alhamdulillah. Semoga ukhwah kita di dunia maya ini semakin erat umpama isi dengan kuku.

ES dengan rendah hati nak berikan award ini kepada follower bertuah yang ke 800. blog yang bernama TAYAR KEHIDUPAN . Mari kita sama-sama lawat blog dia ya, just click kat tulisan hijau tersebut.

Buat rakan-rakan yang lain juga, terima kasih kerana masih sudi menyokong blog yang tidak seberapa nilainya ini. Semoga apa yang kita kongsikan adalah semuanya bermanfaat kepada sesiapa sahaja yang membaca.

p/s: Love your life

Friday, February 24, 2012

Hati Insan

Di saat waktu berputar
dan....
Diri kita turut sama mengejar waktu yang tidak menunggu
Semuanya serba laju, yang tertinggal hanyalah mereka yang tidak bergerak.

Ketika remuk bersarang dengan sakit
Lalu terkapailah roh meminta pertolongan
Terkebil-kebil sang insan tidak berupaya
Kerana sakit, bukanlah sakit biasa
Siapa yang akan membantu mu insan
Diri sendiri jua tidak berupaya
Lalu terkulai terduduk dan jatuh tersungkur

Wahai hati
Mohon kuatkan diri mu
Jika remuk sang hati, bagaimana jasad insan?
musnah, buruk, sampah!

Tika ini arah yang dilihat kabur
Hanya lorong gelap dengan setitik cahaya di sana
jauh.... sangat jauh
Merangkak, berjalan dan lalu berlari
mengapa masih tidak tercapai cahaya itu
lalu berjalan lagi, bertemankan titik cahaya yang sedikit
sangat sedikit ....

Click dan dengar

p/s: Ya Allah, jika kami lemah, pimpinlah kami.... kelemahan kami tiada taranya.

Thursday, February 23, 2012

Lunch : Kobis dan Sardin

1. Sayur kobis dengan telur.

Masak sayur kobis ni simple saja. tapi kali ini aku buat buh telur. bahan dia yang basic nak masak sayur lah, kaw tau gak kan? then masukkan bahan tumis dalam minyak yang dah panas. kemudian masukkan sayur kobis. make sure kobis tak lencun lagi, sedikit alihkan kobis itu dari tengah kuali (maksud aku bagi dia ke tepi kuali sat biarkan ruang tengah kosong) dan pecahkan sebutir telur. oh..make sure tadi dah masukkan air ye. biarkan telur tu kejap sampai putih telur jadi kembang. kemudian gaulkan dengan kobis tadi. masukkan cili hijau bagi hot2 sikit. perasa seperti garam secukupnya jgn dilupakan. siap!

2. Sambal sardin

ada kah sambal sardin di muka bumi ini? ada sajork.. ekceli ni just tambah sedikit bahan saja untuk jadikan dia ala2 sambal. tumis bawang merah, sedikit bawang putih, halia dan cili hijau. masukkan belacan yang dah dilarutkan. kemudian masukkan sardin yang kaw dah beli ready made dalam tin tu ye. buh sedikit perasa. nak pedas beli lah sardin pedas, kalau tak pun beli yang tak pedas tapi buh cili banyak sikit. siap!

p/s: makan adalah untuk hidup, bukan hidup untuk makan semata-mata.

Wednesday, February 22, 2012

Top 5: Makanan Kegemaran Ku

1. Nasi Lemak

Ya Allah, memang aku sangat-sangat suka nasi lemak. kalau boleh nak makan hari-hari. kakak aku kalau buat nasi lemak memang meleleh. sangat sangat superb. tapi, ada nasi lemak yang ada ayam rendang, yang tu aku tak suka. sebab kuah rendang tu bercampur dengan sambal nasi lemak dah jadi tak sedap. kalau ayam goreng ok.

2. Soto Ayam

Serius aku nak bagitau kaw, soto di sabah antara paling best (macam aku pernah makan soto di negeri lain kan). tapi kakak aku pun cakap, dan a few members yang dari semenanjung cakap begitu. ini macam menu yang kerap aku pesan kalau makan di restaurant. kalau dah pening2 fikir nak makan apa, soto ayam lah jawapannya. kalau kaw datang KK, aku bawa satu tempat yang soto dia baeekk punya.

3. Kepak Ayam Panggang

Memang kegemaran. di daerah aku tinggal pun ada jual lah kan kat pasar malam. tapi..!! tak best.. sorry to say lah. yang aku sangat suka ialah di tanjung lipat, likas kota kinabalu. aku lupa nama gerai tu tapi dia dekat area paling hujung kalau dari parking kereta. sedap sesangat. yang penting sambal cecah dia tu yang power. aku kalau gi sana order nasi putih dengan kepak ayam saja. kenyang dan puas hati.

4. Bubur Kacang Hijau

Ni refreshment paling best. apa lagi time dia panas, ohoooooooo... suke3. my mummy buat sedap! kalau bubur ni just kacang saja pun aku suka, toksah bubuh apa2 yang lain. sedap3x..


5. Ayam Masak Merah

Lauk yang di makan dengan nasi putih yang masih lagi panas. nikmat! ni menu wajib di hari raya. mak aku kalau buat ni aku sangat suka. tak pedas sangat, dan sedaplahhhhhhhh... bilalah dapat makan mak masak lagi :(

gambar sumber daripada google.com

p/s: tadi akak masak kari telur. first time nampak. tak sabar nak rasa!

Monday, February 20, 2012

Motivasi Kendiri: Hak dan Bukan Hak


Kau lihatlah langit yang terbentang luas, lihat juga kepada daratan yang seluas mata memandang, juga kepada laut yang terhampar, jangan dilupakan hutan yang menghijau. Tahukah anda bahawa semua yang telah disebutkan tadi mengandungi nikmat yang tiada taranya. Jika Allah swt mengizinkan rezeki yang ada di semesta alam ini adalah HAK kalian, maka ianya pasti akan terjadi.

Manusia melata di muka bumi adalah untuk beribadah kepada Allah swt. Konsep ibadah itu sangat luas. Jika kita bincangkan tidak cukup kiraan 7 hari seminggu. Rezeki merupakan rahsia Allah swt. Maka kita sebagai manusia tidak akan pasti jumlah rezeki yang kita akan perolehi.

Andai satu ketika, kita berusaha dengan penuh gigih, membanting tulang, berkorban seluruh kudrat untuk mencapai sesuatu dan keputusan akhir dari usaha itu adalah kegagalan, pasti kita akan kecewa bukan? tetapi itulah rahsia Allah swt. Jika sesuatu itu bukan hak kita, maka kita tidak akan memperolehinya. Rezeki yang kita perolehi dengan jalan yang baik adalah ketentuan Allah swt yang memberikan hak bertepatan dengan keperluan hidup manusia. Maka jika ianya masih belum menjadi hak kita, teruskanlah berusaha. minta pada Allah swt. Jangan bosan untuk meminta pada Allah swt kerana hanya Dia yang Maha Memberi nikmat dan Maha memberi rezeki.

Allah berkata dalam hadith Qudsi :

Wahai anak Adam, hendaklah kamu luangkan waktumu untuk beribadah kepadaku. Aku akan penuhi dadamu dengan kecukupan, aku akan tutup kefakiranmu. Kalau kamu tidak lakukan, aku akan penuhi kedua tanganmu dengan kesibukan dan aku tidak akan tutupi kefakiranmu”.

Hadith sahih : Ibnu Majah, Tirmidzi, Ibnu Hibban

Nah, bukankah ini sudah jelas menunjukkan bahawa rezeki itu rahsia Allah swt. Jika kita melakukan perintah-Nya yang tidaklah memerlukan kudrat yang besar, maka Allah swt akan limpahkan rezeki kepada kita. Bertapa kita menzalimi diri kita apabila menginginkan rezeki daripada Allah swt tetapi kita mengingkari suruhan-Nya.

Ingatlah bahawa kita ini hak Allah swt, dan apa yang menjadi hak kita adalah semuanya milik Allah swt.Jangan rungsing soal rezeki, masa mu akan tiba untuk menikmati apa yang orang lain miliki.

p/s: Ya Allah, berikanlah kami rezeki yang bermanfaat dan rezeki yang tidak menyebabkan kami lupa akan Mu.

Sunday, February 19, 2012

Motivasi Kendiri: Saat langkah dihayun

Ingat lagi anda semua dengan langkah pertama ketika anda berusia setahun. Di saat itu bayi-bayi kecil sudah mula bertatih dengan kaki yang sedikit bergetar kerana tulang yang masih tidak berapa kuat menampung berat badan. Tahukah anda bahawa saat itu anda melangkah dengan penuh gembira, dan ibu bapa anda melihat anda melangkah dengan penuh harapan.

Saat ini, ketika anda sudah sangat kuat melangkah, adakah anda masih melangkah dengan yakin? kalau jawapannya ialah ya, maka anda beruntung hidup dengan langkah yang penuh yakin. Tetapi, adakah anda juga melangkah dengan meletakkan kekuatan di dalam hati? jika tidak, anda masih merupakan seorang bayi berusia setahun itu, yang melangkah dengan kaki yang bergetar.

Kita sebagai manusia melangkahkan kaki di muka bumi ini adalah semata-mata atas kehendak Yang Maha Esa. langkah kita hanya untuk tujuan mencari redha-NYA. tidak ada alasan lain yang boleh menafikan hal ini.

"Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya. Bumi akan berkata: Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi." (Hadis riwayat Imam Tirmizi)

Bukankah ini merupakan satu peringatan kepada kita terhadap apa yang akan berlaku di kemudian hari, ketika jasad kita sudah ditelan bumi, dan kita dibangkitkan untuk dihisab di hari perhitungan.

Oleh itu, adalah rugi bagi kita yang lupa untuk meletakkan kekuatan di dalam hati ketika kita melangkah. Langkah kaki kita tidak hanya perlu kuat pada tulang dan otot yang menyokong, tetapi juga pada hati yang menggerakkan niat kita untuk melangkah. Jika hati kita kuat, maka InsyaAllah kita akan melangkah ke arah yang betul. Jika hati kita lemah, kemankah akan kita melangkah nanti?

p/s: Ya Allah, ampunkan kami yang selalu lalai. Bantulah kami untuk sentiasa beringat.

Saturday, February 18, 2012

Terima Kasih Teman-teman


first, terima kasih buat kawan aku, nama dia Imran sebab sudi kirimkan ole-ole ini. ini merupakan ole-ole yang dia beli daripada hasil travel sepanjang tahun lepas. Ini hasil dua lokasi iaitu Jakarta dan satu lagi Singapore. terima kasih..

Ini pula belated birthday gift dari juga seorang teman bernama Fad. terima kasih mengingati hari lahir aku, walaupun lewat tetapi pemberian ini amat aku hargai. terima kasih.

P/s: Barang siapa yang bersyukur, Allah swt akan tambahkan rezki kita sehingga mungkin dalam nilai yang tidak kita duga.

Thursday, February 16, 2012

motivasi kendiri: Redha



Dalam setiap usaha yang kita lakukan, pasti ianya akan meruntun kita untuk bekerja keras. usaha itu pastinya kerana kita memiliki matlamat nun jauh di sana, yang ingin kita capai. dalam pada kita berusaha, janganlah kita lupa untuk meletakkan redha diatas apa sahaja keputusan yang bakal kita perolehi hasil daripada kerja keras itu. kalau kita gagal, maka dengan redha itulah akan menjernihkan hati kita tanpa sedikit rasa kesal dan tidak menyalahkan takdir Allah swt (nauzubillah).

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ' Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju ".
( Surah At Taubah : Ayat 59 )

Juga firman-Nya, ”Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepada-Nya.” (QS 98: 8).

Redha tidak sama dengan pasrah. orang yang pasrah akan terus terjatuh duduk apabila usahanya tidak membuahkan hasil. mereka akan menangis meratap dan tidak mengubah apa-apa pun. sangat malang bagi mereka-mereka yang pasrah. mungkin juga lebih tepat mereka yang pasrah adalah mereka yang telah putus asa.

Sedangkan mereka yang redha akan terus melangkah, bangun dan terus berlari ke arah matlamat mereka. selagi mana matlamat itu baik, maka mereka akan terus berusaha. andaikan matlamat yang ingin dikejar itu adalah matlamat yang sia-sia, maka mereka akan menciptakan matlamat baharu yang lebih baik menurut agama. hebatnya mereka-mereka yang redha.

Jadi, apa kata kita golongkan diri kita dikalangan mereka yang redha, bukan dikalangan mereka yang mudah pasrah. InsyaAllah, jika kita percaya kepada janji Allah, pasti Allah akan membantu kita. jika kita percaya kepada kasih sayang Allah, maka Allah akan melimpahkan kasih sayangnya pada kita tak cukup alam semesta ini banyaknya.

p/s: Jika kamu gagal dan belum menemui jalan kejayaan di dunia, senyumlah dan teruskan mencari. semoga kita tergolong dalam orang-orang yang berjaya.

Tuesday, February 14, 2012

Eddy Interview Retis: Mari paksa Aslann As sebut R

Jadi student jangan ponteng kelas
Nanti Dapat ilmu tak bererti
Kini tiba giliran Aslann As
Mari sama-sama kita dekati

ES ingin memperkenalkan blogger yang bernama Aslann As. mesti ramai dah kenal dia bukan. Mari ikuti temubual ES dengan dia.

1. Boleh berikan ekspresi anda tentang dunia blog?

Aslann: Ekpresi? Wajah ke ni? Macam ni >>> ƪ˘)┐ ƪ˘)ʃ ┌(˘˘)ʃ

2.
Bagaimana anda boleh memulakan dunia blog?

Aslann: Di mana ada kemahuan di situ ada jalan, di mana ada jalan, di tepi jalan pasti ade orang jual durian. Boleh terima tak jawapan ni. Yelah. Yelah aku serius. Mula blogging sejak 2008 sebab terpengaruh dengan rakan sebaya. Konon-konon ada blog ni cool. Cool ke ade blog?

3.
Siapa sahabat anda yang sama-sama berkongsi minat dalam dunia blog?

Aslann: Ramai ni, perlu nak sebut sesatu ke ni? Karang tak muat 1 page kene see next page. See aku taip intro jawapan pun dah makan 2 3 line. Jilaka sungguh.

4. Apa tajuk entry anda yang paling banyak mendapat respond pembaca?

Aslann: Oh paling banyak adalah, sila tengok kat post popular aku di blog ye. Mih mih mih. Yang pasal Fatin Liyana dan ex aku, Lisa Surihani.

5.
Apa yang anda fikirkan sebelum tidur?

Aslann: Kene serius ni nak bagi jawapan soalan ni, selalu sebelum tidur akan baca doa tidur, so akan ingat Allah, fikir tentang hari siang dah aku lalui dan mengharapkan hari esok yg lebih baik.


6. Gambarkan diri anda dalam satu ayat.

Aslann: Seorang lelaki yg tinggal di Asia, memiliki rupa paras yang tak seberapa, tidak serius dan kurang mahir menyebut huruf R dengan betul.

7.
Apakah warna yang menggambarkan diri anda?

Aslann: Warna apa ntah, purple kot. Purple ke merah-merahan pink biru. Ah banyak plak colours yg keluar.

8.
Andai anda dinobatkan sebagai Perdana Menteri, apa perkara pertama yang anda ingin lakukan

Aslann:
Letak jawatan. Gua tak layak.

9.
Siapakah blogger yang anda ingin sangat temui?

Aslann: Gua nak sangat jumpa Fatin Liyana. Fatinnnnnnnnn! Sudikah awak nak berjumpa dengan sayaaaaaaa....???? >.< [url : honeykoyuki.blogspot.com]

10.
Akhir sekali, Ucapan istimewa anda. Silakan

Aslann: Saya ingin mengucapkan selamat hari istimewa kepada orang-orang yg istimewa, semoga anda adalah orang-orang yg istimewa di antara yg teristimewa. Wa wa wa.


Link

URL Blog Aslann: http://aslannosf.blogspot.com/

Terima kasih buat Aslann sebab sudi meluangkan masa dalam segmen ini. Marilah berbondong-bondong terjah blog dia.

editor: Eddy Syrol

P/s: Sebarang komen dan saranan boleh emailkan kepada eddy86bloke@gmail.com

Lunch: Sup Telur Tomyam Putih


Sebenarnya, resipi ini aku nak buat sup telur. alaaaa, sup biasa. tapi telur tu direbus dululah. most of sup telur orang pecahkan satu demi satu demi satu ke dalam kuah sup. tapi yang ini tidak.

Tetiba, dah hampir nak masak ni, aku cari punya cari perencah sup tak ada lah. aku kalau bab buat perencah sendiri sure tak terror. oleh kerana aku terlihat perencah tomyam putih, maka aku gunakan saja perencah itu. alang-alang aku dah tumbuk lumat semua bahan-bahan asas sup, haruslah teruskan masak sup. telur pun dah siap rebus fully boil.

Cara buat resipi ini sama saja dengan buat sup sup lain yang simple. bahan-bahan isi sup yang aku guna ialah telur yang direbus sempurna (bukan separuh masak), tomato hijau serta kentang yang kedua-duanya dihiris dadu. bahan tumis pula seperti biasa iaitu bawang merah, bawang putih, halia (semua ditumbuk lumat) serta kayu manis dan bunga lawang.

So, sup ini ada rasa tomyam dan rasa sup. eh, ayat aku ni kenapa? errr..kbai.

p/s: Simple but nice (~_~)

Sunday, February 12, 2012

Eksklusif bersama Syed Shamim Al Idrus


Assalamualaikum sahabat-sahabat Eddy Syrol.

Dengan penuh yakin ES rasa ramai dah tahu tentang kewujudan Clora Studio yang kini sedang hot dengan kehadiran Tasha Manshahar. Sebelum ini, blogger Ammar Yasir ada menulis satu entry khas berkenaan Tasha Manshahar (click sini). Sesiapa yang dah dengar dan saksikan cover version lagu Mr. Saxobeat Tasha (click sini), ada seorang jejaka yang bermain guitar dan berduet dengan beliau. Itulah dia Syed Shamim. mari kita dekati Syed Shamim exclusive temu bual ES bersamanya melalui laman Facebook.

Biodata

Nama Penuh : Syed Shamim Al Idrus Syed Abdul Kadir

Nama Panggilan: Syed Shamim

Tarikh Lahir: 27 Februari 1993

Asal: Seremban, Negeri Sembilan

Tinggi: 168cm

Berat: 52kg

Pendidikan: SK. Seri Kelana, Seremban (primary)
SMK. Dato Hj. Mohd Reza, Seremban (Secondary)
SMK. Dato Sheikh Ahmad, Seremban (Secondary)
Institut Pendidikan GuruKampus Ilmu Khas, Cheras [Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan] (sekarang)

Kegiatan Masa Lapang: Apa sahaja berkaitan muzik

Tokoh Luar/dalam negara: Tan Sri P.Ramlee, Jason Mraz, Bruno Mars, John Mayer



Menurut Syed Shamim, beliau meminati bidang muzik kerana bidang ini sudah sebati dengan dirinya, apatah lagi ayah beliau merupakan seorang guru muzik sambilan dan merupakan seorang pemuzik. Ayah beliaulah yang memberi bimbingan padanya tentang dunia muzik semenjak kecil lagi.

Apabila ditanya mengenai pendorong Syed Shamim dalam bidang seni muzik/seni suara, beliau menyatakan bahawa keluarga dan rakan-rakan menjadi pendorong kuat dalam bidang ini. Selain itu, Tasha Manshahar sebagai salah seorang daripada Clora Studio juga adalah yang banyak menyokongnya untuk terus berdiri memperjuangkan minatnya.

Penggabungan Syed Shamim dan Clora Studio berlaku tanpa dirancang. Bermula dengan menemani Tasha bertemu dengan sekumpulan remaja yang menguruskan hal videografi lagu Tasha, lalu bertitik tolak dari itu mereka mula berkawan dan menyanyi bersama. Melihatkan keserasian yang wujud antara mereka semua, dengan idea bersama maka tertubuhlah Clora Studio.
Bercakap mengenai personaliti tanah air, Yuna menjadi sumber rujukan Syed Shamim. Beliau kagum dengan seorang gadis biasa yang kini menjadi luar biasa dari segi muziknya. Harapan Syed Shamim agar ramai yang akan menerima muzik yang diperjuangkan oleh beliau yang dipengaruhi oleh genre acoustic pop yang beliau rasakan tidak ramai penghibur malaysia perjuangkan. Harapan beliau juga agar peminat muzik Malaysia akan terus menyokong Syed Shamim, Tasha Manshahar dan Clora Studio di dalam industri seni tanah air.

p/s: Nantikan single pertama Syed Shamim yang kini dalam proses dan like Fan Page Syed Shamim di SINI.

Saturday, February 11, 2012

Analisis blog Pokcik

Apa itu referrer? dalam bahasa mudah, aku bagi contoh lah ye. blogger A buat satu entry dan di dalam entry tu dia letakkan back link kepada blog B. so, secara tidak langsung blog A merupakan referrer kepada blog B sebab bila ada pengunjung di Blog A baca entry tersebut, secara tidak langsung akan melawat blog BLink kalau mereka click backlink tersebut. (kalau definisi ini salah sila betulkan aku ok)

Lihat pic di atas, Zoey zau yah merupakan blogger yang paling tinggi sebagai referrer aku. huhuhuhu.. ni mesti sebab entry segmen EIR eksklusif bersama beliau. jumlah referrer ialah 284. seterusnya diikuti oleh hencek Hydz (71), Fadli sabri (66), encik Eqbalzack (56), Hizami Rahim (39), Amier Fekhry (38), kaki Wayang (32) dan last sekali yang ada dlm list tu ialah mr. Ed (31). thx ye sebab u guys dah membantu secara tidak langsung perkembangan blog ini.

selama aku memulakan dunia blog ni iaitu sekitar tahun 2008, jumlah entry yang telah aku publish secara rasmi adalah sebanyak 610 sahaja. sikit bukan? hehehe... dan entry ini merupakan entry ke 611. jumlah komen untuk entry-entry ini ialah 2615. kat situ nampak sangat blog aku masih lemah kan. huhuhu.. takpe, aku akan berusaha memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada. jadi, purata komen untuk setiap entry ialah 4 ke 5 komen per entry (jumlah tepat ialah 4.2). *belajar math kejabbbb

total viewers aku pula dalam tempoh 4 tahun lebih ini ialah 10, 142 viewers sahaja. ermmm, tapi maybe jumlah ini tidak tepat sebab aku baru letak beberapa bulan yang lepas sahaja benda kat atas tu. yang online skrg ni pun sorang sajork..hahaha.. dan total viewers hari ini ialah 18 orang. sangat sedikit ye kawan-kawan.

ahh.. saja je buat analisis ni. since dah lama aku meninggalkan bidang analisis ni, kira macam wake up kejap dalam dunia analisis (over..!!)

p/s: Ribuan terima kasih buat semua yang menyokong blog Aku&Hidup. (~_~)

Kisah Hujan

Sejak dua tiga empat hari ini, kawasan aku dilanda hujan yang berterusan. kalau pagi hujan, InsyaAllah sampai ke petanglah hujannya. Kalau hari hujan ni memang best tidur ye dak? apa lagi kalau weekend hari ni, memang sedap lah tidur dalam cuaca hujan di selubung gebor. nyaman3x...

Bila hujan ni, nak basuh baju pun rasa ralat. yo lah, jemur pakaian, dia kering tapi lembap. so, consider tak kering lah tu ye dak? pastu kalau bab kereta, memang kompiden lah kereta kaw akan kotor. tak kisah lah kaw duduk bandar metropolis ke, apatah lagi duduk kampung yang permai. nak basuh kereta lagi super ralat, takde guna basuh kereta time hujan ok. kalau rajin sangat, vacuum dalam saja.

Bila hujan nak berjalan pun agak malas. kalau nak outting, yang paling best ialah suasana mendung berangin. hujan tak best, panas lagilah. outting pakai payung kah? toksah mengada nak outting pakai payung okey. kalau kat bandar2 tu, bolehlah ada mall2 besar, so toksah risau nak outting indoor. dalam mall macam2 ada.

Tapi, hujan ni ada satu sensasi nyaman yang kaw tak mungkin dapat ketika cuaca panas. tak caye? try lah hayati hari-hari hujan (~_~)

p/s: Hujan itu satu rahmat. Hujan umpama membersihkan dosa isi bumi.Panjatkan doa ketika hari hujan.

Friday, February 10, 2012

Kehebatan produk Alkalete

Tahukah anda semua, kita adalah apa yang kita makan. Ramai yang makan makanan yang berasid. Tahukah anda semua yang asid adalah punca segala penyakit kronik. Jika anda mengambil produk alkalete ianya boleh menutralkan asid yang kita telah makan dan seterusnya membina badan yang sihat.

Yoli ada penyelesaian kepada masalah lebihan asid dalam badan anda. sila teliti gambar di bawah.

Link
untuk keterangan lanjut anda, silalah click website saya di bawah

www.ik.my/eddysyrol

keterangan lanjut juga boleh didapati melalui iklan di side bar saya yang memaparkan YOLI.

p/s: ingat, badan yang sihat adalah impian kita semua (~_~)

Wednesday, February 8, 2012

Sumbang Mambang: I Love You



Sila pitam dengar aku nanyi yaw... hehehehe...
ni lagu najwa latiff. lirik dia best..
tujukan lagu ini untuk mu (gehtoooo)

p/s: pagi yang mendung =.='

Tuesday, February 7, 2012

Ini cerita Fakers


okeyh... semenjak dua menjak dan tiga menjak ini, pokcik terbaca (tak sengaja okey!) tentang beberapa status rakan Fb dan blog tentang dilema mereka menghadapi fakers profile, apatah lagi dengan sadisnya menggunakan pics mungil mereka. ayoooo... sadis3x....

guane nok kecek ni? (bahasa rojak di sini). sebenarnya fakers ni suka ambik peluang. so, sebagai individu-individu yang aktif di dunia maya, apa kata kaw kaw seklian jadi lebih berhati-hati. pokcik nak bagi contoh lah ye, profile picture korang kat facebook tu janganlah di-open-kan kepada umum. bagi privacy untuk tatapan sendiri sahaja. sebab di sinilah fakers akan ambil peluang pada pics mungil kaw kaw sekalian. boleh faham?

lagi satu dalam FB, mesti kaw kaw semua ada album itu ini kan. maybe kalau dah 5 tahun ada FB, mesti dah ada 50 album gambar dalam tu (over giler). so, make sure album yang kaw nak tunjuk kat orang (open album) adalah yang korang rasa tak terkilan pun kalau ada orang curi dan guna. yang korang rasa koleksi priceless pictures, jadikanlah untuk tatapan peribadi. ada mengerti?

ohh ya, bloggers pun suka tepek pics dekat entry ye dak (termasuk pokcik =.=' ) so guane tu? apa kata buat yang paling simple iaitu buh watermark. make sure watermark tu yang power lah. kalau org nak edit pun tak jadik sebab watermark tu susah nak buang. tak reti buat pergi belajar k. tak pun tepek pic yang korang rasa nak sedekahkan kat fakers,iaitu pic cikai2.

ada satu lagi cara, kalau dekat blog nak make sure pics tak dikebas, ada satu code yang korang boleh letak, dan bila org buat right click nak copy, ada amaran!! neno neno neno (takde lah bunyi gitu ye). so org takkan dpt amik pic kaw kecuali mereka2 printscreen. tapi kaw tau lah kan printscreen ni kualiti dia hampeh.

ok tak sharing is caring pokcik ni? ni cara2 yang simple je. yang kaw kaw boleh fikir KBKK okey.musti kaw kaw boleh dpt info lagi baik untuk cara mengelak fakers menggunakan pics mungil kaw. susah kaw nak ubah fakers ni nak bertaubat. kaw ceramah 8 hari pun lom tentu dia nak berubah. so, siapa yang mesti berubah dulu? kita lah yang kena berubah dulu ye dak? huhuhuhu

p/s: Ya Allah, jauhi kami dari sikap suka mengeluh. aminnn (~_~)

Monday, February 6, 2012

Eddy Interview Retis: Amanina si gadis belalang

LinkSi gadis desa duduk di kali
Memancing ikan penuh usaha
Alahai Cik Belalang manis sekali
Semanis nama Amanina Nasuha
Bold
Mari ikuti temu bual borak-borak bersama Amanina Nasuha @ Cik Belalang.

1. Boleh berikan ekspresi anda tentang dunia blog?

Amanina: pada saya,blog adalah medium untuk sese0rg meluahkan perasaan yang ingin di kongsi bersama 0rg lain...luahan perasaan yang lahir dari hati mereka sendiri mungkin juga melalui pengalaman hidLinkup mereka..

2. Adakah personaliti anda di dalam blog menggambarkan personaliti sebenar anda di luar?

Amanina: yup..saya & dlm blog adalah diri saya sendiri..

3. Siapa sahabat anda yang sama-sama berkongsi minat dalam dunia blog?

Amanina: kawan sekelas,boleh kata "geng" laa..nadia ( http://diya-mys0ul.blogspot.com/) & arlina ( http://mrandmrsgembun.blogspot.com/)

4. Pernah tidak kena reject dalam hal cinta?

Amanina: pernah kot...heheheh..:-)))

5. Apa yang anda fikirkan sebelum tidur?

Amanina: tentang kehidupan saya yang akan datang..mcm manalah agak nyer???hmmmm..

6. Apa perkara yang anda tahu, tapi orang lain tak pernah tahu, tapi anda rasa nak orang lain tahu?

Amanina: takde kot..pling tidak p0wn msti sorg akan tahu...hehehe

7. Apakah perkara yang paling anda tak suka bincangkan?

Amanina: bila bersembang mengenai cerita2 omputih..sbb saya tak suka nak tgok cerita omputih..hehehhe..Link

8. Jika anda memiliki wang sebanyak RM 1 juta, anda akan ....

Amanina: saya akan menglangsaikan hutang PTPTN & menguruskan kehidupan ke arah kebaikan & juga untuk ibubapa saya..

9. Siapakah blogger yang anda ingin sangat temui?

Amanina: nak sangat jumpa abg ben ( http://www.benashaari.com/ )
,diana yusof (
http://yanayonet.blogspot.com/ )
,mas ahmad safwan (
http://imas.my/ ),lyssa (http://www.lyssasecret.com/ )

10. Akhir sekali, Ucapan istimewa anda. Silakan.

Amanina: salam kenalan dari saya "CB"aka cik belalang...:-))) selalu lah terbang-terbang di blog saya...nice to kn0w all :-))))))


Link
URL blog Amanina: http://adramycien.blogspot.com/

Ribuan terima kasih ES ucapkan kepada Amanina yang sudi meluangkan masa melengkapi segmen ini. Marilah kita singgah blog cik belalang ni ramai-ramai.

Editor: Eddy Syrol

p/s: emailkan kepada eddy86bloke@gmail.com atau inbox FB eddy syrol untuk sebarang pertanyaan dan pendapat.

Sunday, February 5, 2012

Jahat kaw Mr. Pimple..!!

gambar hiasan semata

Dalam minggu ni, ada dua ketul (ye ke ketul?) jerawat yang tumbuh di muka ini. ohhhh..tidakkkk!!!!

aku ada baca kat satu blog informative ni, dia tulis sebagai jerawat ni adalah penyakit kulit (masalah kulit) yang biasa dihidapi oleh orang-orang muda. aku kan muda.. hakkpthuiihh... sebenarnya ada beberapa punca utama tumbuh jerawat dekat kulit kita yang shantekk ni. mai aku konsi sikit yaw..

Punca-punca
  • Peningkatan penghasilan hormon lelaki (androgen). Aras hormon ini meningkat pada kedua-dua lelaki dan perempuan semasa baligh.
  • Turun -temurun
  • Stres
  • Alam sekeliling - bekerja di tempat yang berminyak
  • Ubat-ubat tertentu, contohnya kortikosteroid
  • Makanan - Walaupun tiada bukLinkti yang jelas yang mengatakan bahawa coklat dan makanan-makanan yang lain boleh menyebabkan jerawat, sesetengah orang mendapati bahawa makanan-makanan tertentu boleh mengakibatkan jerawat. Elakkan makanan yang anda dapati boleh menyebabkan jerawat.
so, apa yang kaw kaw kena buat untuk mengelakkan jerawat tumbuh? Kena jaga makan lah kot. makanan tu paling penting. kadang-kadang kaw cuci muka dengan 10 jenis pencuci muka pun tak jadik ye dak? banyak penyakit kat tubuh badan mungil kita ni adalah berpunca daripada makanan.

kalau nak info lanjut seperti mana yang aku baca, boleh click SINI. aku dapat dari sini lah info-info pasal jerawat ni. ok (~_~)

p/s: cool sajork kalau ada jerawat =.='

Malang tidak berbau


Malang tidak berbau kan? kalau malang tu berbau, at least bau kontut pun mesti kita dapat mengelakkan ianya terjadi.

Oh... gambar ini ceritanya aku tergelincir waktu nak ambik wuhdu. then terkena bucu tah apa nama dia. darah darah darah.... baru aku sedar aku takut darah..demm!! pitam beberapa minit u'ols.... huhhuhuhu... next time perlu berhati-hati.

Musibah itu datangnya dari Allah swt. kifarah mungkin atas kesilapan yang pernah kita lakukan. betul?

p/s: Selamat menyambut Maulud Nabi ya sahabat-sahabat (~_~)

Breakfast: Pelbagai


tatau nak describe nama menu ni. ada telur hancoq. ada daging burger dan juga ayam panggang. hah... breakfast le sangat... hohohoho

Friday, February 3, 2012

Breakfast: Mee Goreng simple


Biasa kalau kita nak breakfast yang buat sendiri, memang kita akan cuba buat sesuatu yang simple tetapi mengenyangkan. salah kalau kita breakfast ala kadar sebab sarapan ni adalah paling penting untuk kaw kaw yang bekerja/study. faham?!!

Ni mee goreng home made by me. simple saja. bahan-bahan yang aku guna ialah bawang merah,bawang putih, cili boh, cili hijau (hiris), kicap masin, garam secukup rasa, telur sebutir. simple kan? campak-campak sajork, siap!! simple (~_~)

p/s: wanna go somewhere =.='