edDy sYrOl

Tuesday, January 31, 2012

Gambate Aniki..!!

Apa tu anki? anki dalam bahasa jepun bermaksud abang. tapi lagi proper kalau sebut oniican (kalau salah bagitau yaw).
so, semalam my sister, anak menakan and I telah hantar my bro dekat airport. dia dapat keje dekat PJ. this is 3rd times abg aku pergi sana. first study di johor, 2nd study dekat kedah. and now, kehidupan yang lagi panjang akan dia tempuhi.

agak syahdu juga suasana semalam. sebagai manusia yang agak cengeng, aku terpaksa tahan gak sebak. well, family pergi jauh siapa tak sebak ye dak. actually, ni abang aku yang paling selalu habiskan masa dengan aku di rumah. dulu lah... sekarang tak lagi. =.='

flight dia 4.20pm and sampai LCCT dalam pukul 6.30pm kot. ye ke? doa aku semoga dia kuat menempuhi onak duri di sana, even jauh dari family, kami semua mendoakan yang terbaik.

macam kata akak aku, walau di mana kita berada, kita mesti ingat pada Allah swt. kalau kita ingat, Allah swt akan selalu bersama kita dalam susah ataupun senang.

p/s: gambate anki!!

Saturday, January 28, 2012

Siapa anda melalui kentut


Mari kenali klasifikasi kentut:

1. Tidak jujur: Orang yang kentut tetapi salahkan orang lain.

2. Bengong: Orang yang tahan kentut lama-lama sampai perut kembung

3. Yakin Diri: Orang yang kentut dengan lantang

4. Sadis: Orang yang kentut dalam selimut kemudian mengibasnya

5. Strategik: Orang yang menyembunyikan kentut dengan ketawa kuat-kuat

6. Misterius: Orang yang kentut tapi tak dapat dikesan

7. Gugup: Kentut apabila disergah

8. Periang: Kentut perlahan-lahan kemudian senyum sorang-sorang

9. Pemalu: Kentut terkepit-kepit

10. Sporty: Kentut dalam air ataupun kentut sambil berlari

11. Dream boy/gurl: kentut sambil bermimpi

hey hey hey... kaw kaw sekalian dalam kategori mana eh? marilah cite ngan pokcik... ngeee

sumber: google dan FB

p/s: jangan tahan kentut, badan tak sihat dol =.='

Friday, January 27, 2012

Sumbang Mambang : Penghujung Rindu

huhuhu.. lagu yang tinggi.. so pe kes kaw mengada sangat nak nyanyi lagu ni hah hah hah!! emosi =.='

dengarlah kesumbangan lagu ini dinyanyikan okey. dah try yang terbaik (ala2 depan juri). eh, cuba kira berapa kali suara ayam aku keluar. siapa dapat teka, aku bagi hadiah singgit. kbai!!

video

p/s: janganlah gelakkan aku =.='

Breakfast: spaghetti

Ni spaghetti buatan aku. ekceli, kalau nak senang, toksah nak tumis2 dah boleh mkn. rebus sahaja mee spaghetti tu, kemudian tuang sos dia. siap boleh makan. tapi kalau kaw rajin sangat, boleh lah main tumis2. hiris bawang sedikit (aku tak suka bawang sangat) dan hiris halus lobak merah, bagi lobak tu kecik2 seni.

ni daging burger ayam. hancurkan dia. boleh?
bila semua dah ready, panaskan minyak dan masukkan bawang merah tadi. bila dah naik bau, masukkan cili giling sedikit ye. then masukkan lobak kemudian burger ayam tadi.kemudian masukkan sos khas spaghetti, aku guna kimball sos. gaul gaul gaul sampai sebati dan masak.


dah siap! bolehlah makan.

p/s: gigih tau masak pepagi buta =.='

Thursday, January 26, 2012

Eddy Interview Retis: Fekhry dan Bahasa Isyarat

Musim tengkujuh memang bahaya
Nak pergi laut jangan berani-berani
Bahasa Isyarat memang Kelebihannya
Mai lah kenal Amier Fekhry ni

Agak pelik ye pantun di atas. =.='
Jom kita ikuti sesi temubual ES bersama Cikgu Amier Fekhry :)

Link

1. Berikan ekspresi Fik tentang dunia blog.

Fik: Bagi Fik, dunia blog ni sangat menyeronokkan, kita boleh menulis apa yang kita mahu selagi tak menggangu org lain. Dan kita boleh menjadikan ia catatan tentang hidup kita..

2. Bagaimana Fik boleh terjebak dalam dunia blog?

Fik: Nampak bila cari maklumat dalam internet, dan rasa mahu meluahkan apa yg kita rasa..

3. Apa kekuatan blog Fik?

Fik: Cerita berkaitan pengalaman Fik dalam dunia pendidikan, mengajar anak2 istimewa. (Murid bermasalah pendengaran )

4. Senaraikan 3 benda yang tak boleh berpisah dengan Fik

Fik: A. Laptop (internet)
B. Bahasa isyarat
C. handphone

5. Pernah tidak terfikir akan ke bulan satu hari nanti?

Fik: X pernah... Sebab Fik ni takut tempat yang tinggi.. Hehehe

6. Kalau bukan menjadi cikgu, Fik adalah seorang ....

Fik: Pekerja stesen minyak...

7. Apakah warna yang menggambarkan diri Fik?

Fik: Biru... Seindah langit.

8. Blogger yang Fik ingin sangat nak jumpa, dan borak-borak selama 5 jam?

Fik: Hawis dan daniel adie...


9. Siapa sahabat anda yang sama-sama berkongsi minat dalam dunia blog?

Fik: Tak ada... Sebab kebanyakan sahabat Fik Ramai yang dah berumahtangga dan mempunyai komitmen yg banyak...

10. Akhir sekali, ucapan Fik. silakan

Fik: Fik nak ucapkan terima kasih kepada eddy sebab sudi interview Fik. Fik juga nak ucapkan berbanyak terima kasih pada mereka yang sudi membaca blog Fik dan sudi memberi komen. Fik masih baru dan perlukan pandangan bloggers lain. Harapan Fik semua memberi sokongan untuk blog Fik. Terima kasih...


LinkURL Amier Fekhry: http://feigelie.blogspot.com

Terima kasih kepada Cikgu Amier Fekhry kerana sudi meluangkan masa memenuhi undangan sesi temubual segmen EIS. Mari berbondong-bondong terjah blog cikgu ni...!!!

Editor: eddy syrol

p/s: Berminat menyertai segmen ini? emailkan kepada eddy86bloke@gmail.com atau inbox FB eddy syrol.

Wednesday, January 25, 2012

Jika Ingin Difahami

Aku yakin, semua manusia yang hidup melata di muka bumi ni mahukan manusia lain memahami diri mereka, memahami prinsip mereka, memahami kehendak mereka, dan memahami apa sahaja sisi hidup mereka.

Tapi kadang-kadang kita lupa. Dalam kita mahu orang lain memahami kita, kita lupa untuk cuba memahami orang lain. Ini namanya selfish. Mementingkan diri sendiri sehinggakan lupa akan peranan mereka terhadap orang lain. Sebenarnya, jika kita mahu orang lain memahami diri kita, terlebih dahulu kita perlu berusaha untuk memahami orang lain. Sebab, kadang-kadang orang lain sudah cuba memahami diri kita, tetapi oleh kerana sikap kita sendiri yang mementingkan diri sendiri menyebabkan kita tidak menghargai sikap orang lain terhadap kita yang selalu cuba memahami diri kita. Akhirnya, yang ada di dalam kotak fikiran kita ialah "orang lain tidak faham kita".

Cuba amalkan dari sekarang sikap cuba berusaha untuk memahami orang lain. Jika kita amalkan sikap ini, kita akan lebih menghargai orang-orang di sekeliling kita. Selagi mana kita tidak cuba memahami sikap orang lain, janganlah kita bermimpi untuk berpuas hati dengan layanan dan sikap orang sekeliling kita. Kita akan terus hanyut dalam dunia negatif lagi dan lagi dan lagi.

p/s: tak faham dengan sikap kaw *tetibe =.='

Monday, January 23, 2012

Eddy Interview Retis: CikBolat dan Angrybird

Sakit Tangan sakit jari
Padan muka asyik nak tweet tweet
Amy Maizura Amer nama diberi
panggil CekBolat lagi sweet

Mari sama-sama ikuti temubual ES dengan Cekbolat yang comel ni (~_~)

1. Boleh nyatakan ekspresi anda tentang dunia blog?

CikBolat: blog ?? ape tuh? Ceh -_-

Blog bgi cekbolat ceritaaa,gosipppp,ilmuuu tanpa sempadan ! hewhewhew..

Kita boley share mcm2 jnis cerita tak kisahla tntg cinta ke, kawan ke,bola ke? Beritaaa dgn bahasa yang lebih tepat kot? hehehh..

2. Bagaimana anda memulakan dunia blog?

CikBolat: mula dgn isi borang temuduga kat ”create your blog” cehhh.. hehe.. takla.. mulakan dgn bismillah? Eh bkn jgk ! mulakan dgn bntuan kawan-kwan blogger yg selalu support cekbolat utk berdiri teguh dlm dunia blogging ini ^_^ *err.. btulke jwapan aku nih? ==”

3. Apakah kekuatan blog anda?

CikBolat: ”cekbolat” kot? Heeheh.. kekuatan saya adalah pengomen tegar yg mushukk mashammm !

4. Seorang lelaki dari pandangan anda?

CikBolat: kuat ! gagah ! perkasa ! eh? Bukan same erti ke smua tuh ? =,=”

Hm.. lelaki yang diciptakan untuk melindungi kaum hawa selagi yang mampu,,mmberi kasih sayang yang ikhlas kerana Allah.. membimbing wanita ^_^.. lelaki ni panjang akal ! diorang hebakk.. ntah la.. cekbolat skolah pmpuan.. tak pnah kenal lelaki scara rpat-rpat.. kehkeh.. klau boypreng tuh cume tahu die makan ape hri ni,bju ape,mak mrtua dh mkn ke?Ishh queencotrol nih! Errr.. ntah.. TAK TAHUU nak describeeee..

5. Boleh nyatakan 5 Perkara yang sering ada di dalam hati anda?

CikBolat:

1. Ingat Allah swt dan Rasulullah saw.. itu lah yg wajib diingat! walau macam mana mereng cekbolat ni,jahil mana pun.. dlm hati mesti ingat jugak.. walaupun kdg2 K.O jgk =,=”

2. Mesti la mama and babah ! bohong la kalau takde mereka dlm hati,sbb krana merekalah cekbolat jadi bolattt dan merapu bagai macam nih -_-”

3. Kawan-kawan ! orang paling buat cekbolat gila tahap cipan.. heheh.. hepy together2 la katakan.. smpai time depa tgah kerja cekbolat kacau .. sbb mreka selalu dihati !

4. Boypren? Kehkehkeh.. blum waktu lagi.. saya tak pandai brcinta.. encik eddy boleh ajarkan? Grrrr ayat-minta-penyepak jeee..

5. Ooyeahhh ! cekbolat selalu ingat nak makan !makan ! makan! Heheh.. sory boss..


6. Jika diberikan pilihan 3 benda paling mahal di dunia, apakah yang anda pilih?

CikBolat: bende ape paling mahal? Kereta? Jet barrack Obama? Brg kemas berlian 99karat !? Yang cekbolat tahu nyawa paling mahal !

Ohsemmm.. cekbolat sayang nyawa cekbolat doee..oleh itu sayangi nyawa anda..anda mampu mengubahnyaa =D*cer teka ayat ape tuh? *

7. Apakah warna yang menggambarkan diri anda? Satu warna sahaja.

CikBolat: Merah !! AngryBird.. weehuuuuu..

8. Boleh kongsikan azam tahun 2011? Adakah telah tercapai?

CikBolat: banyak wooo azam ni.. yang tercapai adalah dlm 4 dari 100.. kehkehkeh.. actually azam cekbolat tak macam korg >_<”

1. Study hard ! ßdirasai selepas trial SPM ! bru nak pecut -_-”bongoknye akuuu !

2. Menabung amalan muliaa ! ßcekbolat seorang yg boros ! suke shopinggg jeee.. so 2011 cekbolat brjaya menahan nafsu shopping! So simpanan skrg ade dlm $$$$$$$$$..heheh

3. Berazam 2minggu sbelum exam SPM nak beli beg sekolah baru ..wekwek.. sebab mase form 3 beli kasut skolah bru sblum exam PMR..azam jugak kan?kehkehkeh bruknye prangai -_-”

4. Ambil lesen setelah habis SPM ! yeahh..sekereng tengah proses ambil lesen.. =D azam jugak kankan?

9. Siapakah Blogger pertama yang anda pernah temui?

CikBolat: Syada Ahmad (http://staywithmeforevermydear.blogspot.com/) ! die classmate form 3 cekbolat 2tahun lepas.. so die la blogger yg first cekbolat tiap2 hari temui -_-” jemu giler tgok ! *harap2 die tak bace*

10. Akhir sekali, ucapan istimewa anda. Silakan.

CikBolat: pewwhhh..terasa diri terlalu istimewa ! bolehtujulagutak? Hehehe..lebih-llebihplak.. penamparnak?

Pertama sekali..cekbolat ucapkanTerima kasih pada dunia blogger yang sudi menerima kemerapuan cekbolat berceloteh dlm dunia maya ni.. menyokong cekbolat smpai terbolat-bolat sihat cenggini.. cekbolat hargai sangat-sangat-sangat ! korang npmbor satu di hatiii..taktipuu! jujurnihhh. ..sayang ketat-ketat., semoga ukhwah kita sebagai blogger tetap utuh ^___^”

To Abg Eddy Syrol :Tengsss bebanyak sbb sudi intebieww cekbolat yang comot nih… terkejut benor Hincik Eddy inbox tetibe. Sayang Encik Eddy..hehehe..

Saya berundur diri dulu yer.. ^_^ salam and saying sikit..muah-muah-muah

#pipikirikanan..Alhamdulillah ..sekian..



URL CekBolat: http://emybloggergirl.blogspot.com

Terima Kasih buat cikbolat@amy kerana sudi luangkan masa dalam segmen ini. Mari berbondong-bondong serbu blog Bolat.
editor: Eddy syrol

p/s: Kepada yang berminat untuk menyertai segmen ini, emailkan kepada eddy86bloke@gmail.com atau inbox di FB eddy syrol

Kaw Mampu Gini?


Beberapa hari ni, aku dapat lihat pic yang ohsem ini.. maka, aku sempena Tahun baru Cina ni nak hadiahkan pic ni buat semua. ni ehsan member2 FB lah ni.. (~_~)

p/s: angpow nak 10 sampul bley?

Wawan in Da house

perkenalkan anak pokcik.. eh, caya dop? huhuhuhu... nama dia Mohd Izwan, boleh panggil dengan nama wawan... sweet...

walaupun harini wawan agak kejam dengan aku, siap sepak pipi aku. aku balas balik dengan kiss kat pipi dia. sweet tak? sapa nak kene kiss jadi lah kecik mcm wawan.. LOL.

ni ada video sikit dari wawan. usaha tangga kejayaan dia nak masukkan kunci almari. kesian3x... hehehehe

video

siapa tak faham aku cakap loghat sabah tu, pepandailah kaw kaw sekalian yaw.

p/s: ada anak ni memang happy (~_~)

The Fairly Current Show #18 - Fahmi Reza

Guys, jom layan talk ni. ni kira aku pun tak tau nak cakap apa. since semalam aku ada ter-view satu video dekat satu group di FB, then aku kenal mamat ni nama Fahmi Reza. He is a film maker yang muda lah ye. aku dah cuba carik pasal dia ni using google, tapi tak jumpa sangat biodata dia. so now aku nak kongsi dengan kaw kaw semua yang mana tak pernah tengok video ni, layan lah ya talk bersama Fahmi Reza. just memperkenalkan dia punya new born of film kot.

sebenarnya ada lagi yang lebih best video berkaitan dia ni, tetapi yang ini cukuplah. yang lain2 tu nampak cam sesuai utk tontonan aku je. ngeh3x...




p/s: sape banyak dpt angpow arini?

Sunday, January 22, 2012

ROMAN : Kilafairy feat Roman

Biasa dengar lagu ni dekat hot.fm
dan, biasa dengar yang versi slow. ini versy laju. lagu ni boleh tahan. video muzik dia pun nampak mahal, kalah video muzik i'm fallin' in love by Datuk Siti.. erkkk.... huhuhuhu

Selamat menonton...

Saturday, January 21, 2012

Segmen Abang Stalker: Kenapa Lelaki .....



gambar hiasan terlampau..kbai

Tajuk: Kenapa Lelaki Menitiskan Air Mata


Wanita menangis itu lumrah. hati yang lembut dan mudah tersentuh. Kalau lelaki pulak macam mana? takkan lelaki tak menangis, sia-sialah terciptanya air mata ye dak? sebenarnya ada beberapa sebab kukuh yang boleh menyebabkan seorang lelaki macho, comel, ohsem, maskulin, dan masjoko menangis. di sini pokcik eddy nak senarikan 5 sebab KUKUH kenapa lelaki menitiskan air mata.

1. Pemergian insan yang disayangi buat selamanya: biasanya melibatkan ahli keluarga. ibu bapa dan adik beradik yang semestinya dekat dalam hidup kami sebagai lelaki. air mata lelaki disaat ini memang sangat mudah untuk dilihat mengalir membasahi pipi (ayat syahdu kan?)

2. Ketika akad nikah: 90% lelaki soleh yang membina masjid (berkahwin) akan merasa syahdu ketika dia sah bergelar suami kepada seorang wanita yang dicintainya. rasa syahdu sebab Allah swt kurniakan seorang isteri yang menepati kehendaknya dan syahdu di atas peralihan hidup zaman bujang ke alam rumahtangga.

3. Menjadi seorang ayah: kelahiran anak pertama umpama cahaya dalam hidup bagi seorang lelaki. sebesar-besar rezki adalah kurniaan zuriat yang bakal menyambung keturunannya. air mata menitis juga kerana jerih payah serta pengorbanan isteri yang sanggup melahirkan zuriat, yang bukannya mudah prosesnya. proses yang menyakitkan. pergilah ward bersalin, korang boleh nampak lelaki-lelaki yang menangis mengazankan anak mereka.

4. Ibu Bapa ke tanah suci: ini memang lazim. melihat ayah bonda pergi jauh dari pandangan mata. mengharapkan ayah bonda pergi dan kembali dengan selamat. terharu sebab ayah bonda sedang berjuang untuk menyempurnakan rukun Islam ke-5. dan terharu kerana bukan semua orang mampu dipanggil untuk memijak tanah haram Makkah.

5. Lisa Surihani: ketika Lisa Surihani mengumumkan akan melangsungkan pernikahan dengan Yusri KRU. lelaki-lelaki yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja, berhentikan kereta di bahu jalan, pasang siaran langsung dekat hot.fm, lalu menitiskan air mata kekesalan sebab terlambat meminang cik Lisa Surihani =.=' memang syahdu.

ini top 5 ye... belum top 20 lagi. inilah dia sebabnya KENAPA LELAKI MENITISKAN AIR MATA.

p/s: nak join sila CLICK SINI untuk detail info. jangan nangis2 yaw. (!_!)

Friday, January 20, 2012

Duit Banyak atau Duit yang berkat


Hari ini, dalam perjalanan nak pergi solat jumaat, my sister,my bro and I dalam kereta dan aku drivernya. so ape kes? hehehe.. so sebagai pemandu, aku cuma diam saja. ada perbincangan antara akak aku dan abang aku.

Perbincangan lebih menjurus soal rezeki manusia. akak aku cakap, rezeki manusia ni dah ditetapkan oleh Allah swt. dia nasihat dekat kiteorang, zaman sekarang kalau dapat peluang kerjaya, ambil saja. jangan memilih sangat dan jangan tunggu kerja yang kita idam-idamkan, tapi masih tak pasti. Akak aku cakap, kerja lah dalam apa lapangan pun ASALKAN jangan kita gadaikan ibadah.

Akak aku cerita juga pengalaman dia dulu2. waktu dia masih lagi kerja dengan company gaji kecik, dia cakap pernah dia outstation, dalam satu bas, ketika dalam perjalanan dia mintak bas berhenti. kenapa? sebab dia nak solat dulu. ada orang dalam bas protes, kata nanti lambat sampai ke destinasi. akak aku berkeras, dia cakap kalau semua nak rush, tinggalkan saja dia dekat tempat solat tu. akhirnya, bas tu berhenti juga untuk turunkan akak aku solat dan most of insan2 dalam bas tu muka masam termasuk yang sepatutnya mengerjakan solat. akhirnya, yang paling best ialah, pemandu bas yang bukan beragama Islam tersebut pula yang bertanya dalam perjalanan seterusnya di mana bas perlu berhenti untuk solat. tak ke sentap semua yang dalam bas? moral di sini, kita kena tegas dengan prinsip kita terhadap pegangan agama. orang akan beri rasa hormat pada kita bila kita tahu menghormati perintah Allah. Akak aku cakap, itu janji Allah. Allah tidak akan tinggalkan orang2 yang selalu ingat padanya.

Akak aku cerita lagi, dia pernah datang interview dekat sebuah company juga. dan kebanyakan orang atasan, termasuk yang jadi interviewers adalah bukan beragama Islam. so, dalam sesi temu duga, sebelum apa2 soalan ditanya, soalan pertama yang interviewer tu tanyakan ialah "sanggupkah awak buka tudung jika diterima bekerja di syarikat ini? kami mahukan pekerja yang berfikiran terbuka, termasuklah dari aspek berpakaian." bila dengarkan sahaja soalan itu, akak aku jawab "Tidak apa lah encik. saya tarik diri." ada a few kawan2 akak aku yang sanggup buka tudung, dah keje disyarikat tersebut sampai sekarang. tapi, akak aku cakap, kerjaya mereka takat tu sajalah. prinsip mereka dalam agama dibuang begitu sahaja.

beginilah, sebenarnya semua orang nak bekerja sebab nak mendapatkan rezeki. rezeki dalam bentuk apa? sudah pasti dalam bentuk wang ringgit bukan? sebenarnya, rezeki/duit yang kita ada ni, yang kita pegang ni, yang ada dalam bank account kita, bukan diukur dari banyaknya jumlah wang tersebut. tapi percayalah, ianya akan lebih indah dengan berkatnya wang yang kita miliki. trust me, wang yang sedikit jumlahnya, tapi jika ianya adalah hasil yang barokah, pasti ianya mencukupi untuk kamu kamu semua menjalani hidup.

Sedikit perkongsian: Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)"

p/s: marilah kita sama-sama ingatkan diri kita (~_~)

Bapa Borek Anak Rintik

Gambar Hiasan

Pernah tak dengar Pepatah BAPA BOREK ANAK RINTIK. Eh... betul ke pepatah?ke peribahasa? hehehe... mana-mana lah ya. like father like son. itu omputihnya. ok cukuplah mukadimah ini dah cukup panjang ye dak?

hari ini aku terasa nak ekspresikan pendapat. tadi terdengar seorang hamba Allah ni cakap "budak ni mesti kena pantau, mulut dia boleh tahan. kadang-kadang suka merendah-rendahkan orang lain". FYI, budak yang dimaksudkan itu baru berusia 6 tahun.

Secara tidak langsung bila hamba Allah ni cakap macam tu, aku terus terfikir siapa bapa budak ni eh? hah...!! aku ingat bapa dia. terus otak aku scan bapa dia ni atas bawah depan belakang luar dalam. hebat tak? ngeh3x. alkisahnya aku kenal lah juga dengan ayahanda budak ni. seorang guru sekolah rendah. dan kebetulan berjumpa dengan si ayahanda ni somewhere. aku amati cara ayahanda ni bercakap. siap dalam kata-kata dia ada perkataan lahanat bla bla bla.

baiklah, aku nak tanya korang la ye hadek2, kalau budak-budak ni kita ajar dua jenis perkataan.
1. perkataan baik baik belaka/sopan
2. perkataan tak baik/tak sopan

pada pandangan korang, mana satu yang mudah melekat dalam minda buadak2? 90% aku cakap dengan kaw kaw sekalian bahawa budak2 akan lebih mudah ingat perkataan tak baik. kenapa?itu aku tak tahu pula. so, bila kita sebagai orang dewasa, apatah lagi ayah ibu kepada anak-anak yang shomelll, apakah wajar untuk kita menuturkan perkataan yang tak elok di hadapan anak-anak? cuba kaw jawab (touching jap). sikap kita sebagai orang dewasa akan secara langsung mempengaruhi sikap anak-anak. walaupun pokcik eddy takde anak kandung lagi, tetapi anak menakan dah bersusun juga. so, pokcik dapat lihat lah bagaimana sikap ibubapa kepada anak menakan pokcik ni memang mempengaruhi sikap anak-anak mereka. yang baik, yang tak baik, yang positif, yang negatif semua pokcik boleh nampak.

jadi, tolonglah risaukan perkembangan anak-anak. jangan sebab kita sombong menganggap sikap kita ni dah baik sangat, sampai jadi tahap lupa diri, dan sikap tu pengaruhi pada anak. macam harta pula kan? boleh main turun temurun. tapi, hal ini realiti guys. jangan ambil mudah. sebab itu dalam Islam ada konsep muhasabah diri. kita cermin diri kita, imbau kembali apa yang dah kita buat. bila kita selalu muhasabah, InsyaAllah kita akan dihindarkan daripada pengaruh sikap2 mazmumah.

Sedikit perkongsian: Sabda Rasulullah SAW: “Dan barangsiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia mengatakan perkara yang baik atau diam.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

bertapa pentingnya menjaga tutur kata/lidah yang mana setiap apa yang kita katakan itu, sebenarnya menggambarkan sikap kita. jangan kerana lidah kita yang tidak menuturkan perkara yang tidak elok, maka tempiasnya terpalit kepada anak-anak kita yang masih polos.

p/s: muhasabah diri kita (~_~)

Wednesday, January 18, 2012

Ekspresi : Hidup dan pilihan


Pilihan dalam hidup merupakan sesuatu yang sangat sukar. terlalu sukar =.='

p/s: jangan menyesal bila sudah memilih

Bermulanya Makan Ubat


Tadi aku pergi clinic dengan my sister. dua2 tak sihat. demam dan batuk. my sister dapat 4 jenis ubat. tak sure dia dapat ubat apa, tapi aku dapat tiga jenis ubat sahaja.

Inilah ubat-ubat tersebut. yang kapsul tu ubat mati kuman. kena habiskan no matter what. mandatori...!! yang warna kuning pula ubat demam,selsema dan tonsil. ubat ni boleh menyebabkan rasa mengantuk. terbukti, memang aku mengantuk dikala ini. juga ubat batuk.

harap-harap semuanya ok. sembuh cepat dan melalui hari-hari seperti biasa. Terima Kasih buat Yang Maha Esa yang menciptakan sakit. bila kita sakit, kita semakin dekat dengan Allah swt. dan semoga kita terus dekat pada-Nya.

p/s: kejap lagi mesti aku lalok dan landing zzzz

Lunch: Sup telur



Ini merupakan sup telur. first time juga buat. aku just google saja cara2 nak buat ni. Alhamdulillah, jadi juga. nak buat ni simple saja. letak mee sohoon (sorry kalau silap ejaan) untuk jadikan sup ini lebih istimewa.

try lah, berkhasiat untuk seisi keluarga.

p/s: masak boleh buat kita hilang stress

Hargai Ibu Anda. هذا الزمان



p/s: Syurga itu di bawah telapak kaki ibu. itu tandanya besar sungguh pengorbanan seorang ibu. ingat semua. ingat...

Award: follower ke 700

Assalamualaikum + morning
Alhamdulillah, aku dah dapat capai 700 follower. sebenarnya semalam lagi, cuma semalam tak larat nak buat entry penghargaan ini. siapa dia gerangan follower yang ke 700 itu? nama dia Faiz Farish.

blog dia memang ohsemm. dia ni minat photography, so pic dia tepek kat blog dia memang lawa2. so you guys bolehlah lawat ke blog dia ya dengan seberapa segera yang boleh. terima kasih buat faiz farish sebab gigih follow blog aku :)

URL blog Faiz Farish : http://faizfarish.blogspot.com/

ini award tak seberapa untuk faiz. sudi2lah menerima.


penghargaan juga tidak dilupa buat semua yang telah follow aku bermula dari follower ke 601 sehingga 699. korang semua memang ohsem di hati ini. terima kasih sudi mengunjungi blog aku dan pada mereka yang menjadi pengunjung tegar blog Aku & Hidup, aku hargai korang semua.

p/s: jaga kesihatan korang2 yaw =.='

Monday, January 16, 2012

Eddy Interview Retis: Kaki Wayang nak Masuk Majalah Masakan

Indahnya Malam bulan bercahaya
di atas awan nampak kelibat
perkenalkan Kaki Wayang nama glamour-nya
Kalau bab menyanyi memang dia hebat

Mari sama-sama ikuti temu bual ES bersama Kaki Wayang.

Link

1. Boleh berikan ekspresi anda tentang dunia blog?

KW: Dunia Blog kadang-kadang penuh dengan misteri.kadang-kadang penuh dengan penipuan dan fitnah..kadang-kadang ianya begitu berguna..signifikannya ianya mampu menarik ramai manusia tertarik dan ketagih akan blog..kenapa? macam itu lah juga sebabnya kepada yang sukakan Facebook..ada yang nak luahkan perasaannya melalui Blog..ada yang nak ceritakan pengalaan dan kehidupan sebagai juadah minda kepada pembaca..ada juga yang meletakkan blog sebagai tempat untuk menceritakan gosip liar dan fitnah..dan yang paling baik apabila ada manusia menggunakannya di jalan Allah SWT dengan memaparkan artikel-artikel berbentuk keagamaan..Blog aku? masih belum mampu mencapai semua itu...

2. Apakah kekuatan blog Kaki Wayang?

KW: Sebenarnya tidak ada kekuatan yang pasti bagi blog ini..tapi mungkin dari segi headernya yang agak diminati kaum hawa? biasalah pantang nampak cartoon..terus suka..mungkin juga boleh diletakkan kepada design blog ini sebagai kekuatan, dan mungkin juga pada artikel yang ada.

3. Apakah personality sebenar Kaki Wayang?

KW: Aku adalah aku..tidak ada dua dan tiganya..Sebagaimana anda ketahui..Kaki Wayang memang sesuai dengan personaliti aku yang sebenar..ups..macam takde kena mengena pula dengan soalan..well aku ni kira kelakarlah juga..seorang yang kreatif..berinovasi..serius dalam bekerja..dan paling penting..aku ni sangat menghargai kawan..

4. Senaraikan 3 benda yang tidak boleh berpisah dengan Kaki Wayang?

KW: Blog, Laptop, Facebook dan Handphone yang sangat murah ini... Upsss terlebii suda

5. Siapa sahabat anda yang berkongsi minat dalam dunia blog?

KW: Dah tentulah tuan penemuramah ini..huk huk. selain itu..yang paling rapat..selalunya Yazid Yahya dan Mohd Khairi..semuanya blogger baru yang memang hot dan retis-retis belaka.


6. Kalau diberi peluang menghiasi majalah, namakan majalah yang Kaki Wayang rasa paling best?

KW: Semuanya i nak rembat dan bedal..kalau boleh aku nak jadi penghias Majalah Glam!!!Gila ko..xnak..bukan tempatku disitu..kalau boleh kan..kalau leh nak masuk dalam majalah masakan kot..sebab aku ni padai masak..so kira blogger Masakan lah walaupun takde kena mengena langsung dengan blog..tak pun majalah remaja?tapi remajakah aku? entahlah tak tahu..tak nak lah jawab soalan ni.

7. Apakah kesalahan yang anda pernah buat, tapi orang lain tak tahu?

KW: Banyak kot..tapi tak perlulah dijawab..ngeee

8. Boleh share 3 blog yang Kaki Wayang tak pernah missed lawat setiap hari?

KW: Well takde pun yang termasuk dalam list itu even blog yang popular aku tak masuk dalam tempoh beberapa hari..aku jenis yang tak suka blogwalking for sure..cuma aku singgah je..cuma aku suka masuk blog baru sebagai satu pemberi semangat dan motivasi kepada mereka..

yang penting dua blog ni aku selalu singgah : Yazidy dan Mohd Khairi

9. Jika Kaki Wayang diberi pilihan untuk memilih seekor binatang yang terbaik, apakah binatang tersebut menurut pandangan anda?

KW: Kucing atau ikan kot....suka kucing dan ikan..kenapa?sebab kedua-duanya menenangkan fikiran..tidak ada gundah gulana yang terpancar..cuba kalau tengok anjing ke B**I ke?..kompom tak tenang hidoppppp..

10. Akhir sekali, ucapan daripada Kaki Wayang. Silakan

KW: Sebagai seorang blogger..sama-sam kena faham akan tanggungjawab masing-masing..tak kiralah blogger baru atau lama..saling bantu membantu..kepada yang nak jadi follower tu..jadilah follower yang tak hipokrit..jangan hanya jadi follower then tekan button pangkah (close) lepas tu tak datang-datang dah..dalam berblog, paling penting jangan ada unsur fitnah memfitnah..sila siasat dahulu kemudiannya barulah releaskan ke dalam blog..kepada yang dah lama menulis ataupun blogger baru yang blog mereka sunyi takde pengunjung..jangan khuatir..sudah tentu ada pembaca setia yang berkunjung ke blog anda..

Jangan takut dan segan, teruskan berblog, teruskan menulis..Tq sebab interview aku..semoga mendapat manfaat darinya..yang baik itu datang dari Allah SWT..dan yang kurang baik itu datang dari diri aku sendiri..sebelum terlambat..Selamat Tahun Baru..dan ade pape..nak tanya mengenai dunia blogging..silakan terus hubungi saya...

Blog Kaki Wayang: http://informations-the.blogspot.com/

Terima kasih diucapkan buat azri @ Kaki Wayang kerana sudi untuk di temu bual. Mari terjah blog Kaki Wayang beramai-ramai..!!

editor: eddy syrol


p/s: kepada yang berminat untuk menyertai segmen ini, sila emailkan kepada eddy86bloke@gmail.com atau inbox ke facebook eddy syrol.

Lunch: Peria tumis telur


Ini sayur peria. peria itu pahit. tapi, kalau nak hilangkan pahit dia (nak hilangkan terus tak best lah rasa sayur tu nanti) kena rendam dengan air garam. lepas rendam, bilas.

ni simple saja. buat mcm ala2 sambal. kena ada telur sebijik. guna juga udang kering. tapi, sini aku tak guna udang kering, aku guna ikan bilis. ikan bilis tu aku tumbuk lumat. so, tumis ikan bilis tu di awal2 setelah bahan2 yang ditumbuk (bawang merah+putih, halia, cili merah) ditumis terlebih dahulu.

try lerrr...!!

click SINI, SINI dan SINI untuk bantu aku beli skuter =.=' eh eh.. SINI pun boleh!

p/s: makan buah dulu sebelum makan nasi ye (~_~)

Saturday, January 14, 2012

Forum "Meraih Kualiti Muslimah Solehah"

Tarikh : 14 Januari 2012
Tempat: Perkarangan Masjid Jamek Kg. Taun Gusi, Kota Belud, Sabah.
Masa: 8.00am - 11.30am
Anjuran: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kota Belud dengan kerjasama Jawatan kuasa Masjid Jamek Kg, Taun Gusi.


Majlis ini dirasmikan oleh En. Abdul Gari Hj. Itam, Pegawai Daerah Kota Belud merangkap Pengerusi Badan Dakwah Daerah. [gambar di atas]


Ustazah Suraya (JHEAINS) selaku ahli panel menerima cenderahati daripada YDP ABIM Kota Belud, En. Abdul Adis Abdullah.

Prof. Madya Dr. Arsiah Hj. Baharom, Dekan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, UMS juga menjadi salah seorang ahli panel, yang satu-satunya bukan berasal dari Kota Belud.

Ustaz Melih Bidin (Guru) turut memeriahkan pentas forum.

forum yang membawa tema "terdidik wanita terdidik ummah" ini sememangnya sangat menarik. dengan ahli panel jemputan yang cukup berwibawa menambahkan lagi kehangatan forum. walaupun diadakan dalam suasana sederhana, program ini telah berjalan dengan baik. walaupun sasaran hadirin tidak mencapai target, namun dalam sesebuah majlis ilmu kita biasa mendengar "kualiti lebih penting dari pada kuantiti". Semoga hadirin yang turut serta telah memperolehi manfaat daripada program ini.

di sini disediakan sedikit sorotan sesi forum yang berlangsung.

video

ingatlah bahawa "wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah". maka para wanita diluar sana perlu tahu mereka ini sebenarnya telah diciptakan sebagai makhluk yang menghiasi dunia. maka, mereka perlu tahu ciri-ciri atau maksud kepada perkataan "hiasan" itu sendiri. hiasan bukan barang tontonan. tapi wanita merupakan umpama perhiasan yang berharga yang perlu disimpan dengan rapi.

analoginya : Anda ada permata. permata disimpan di dalam kotak, dan kotak itu berkunci. kotak disimpan di dalam almari, dan almari itu dikunci. almari terletak di dalam rumah, dan rumah dikunci. rumah terletak di dalam pagar, dan pagar berkunci. inilah ibaratnya wanita. umpama hiasan yang sangat dijaga keselamatannya.

p/s: Terima kasih mama kerana melahirkan saya (~_~)

Lunch : Sambal Sotong + Sayur Campur + Ikan dan Nugget goreng

first time buat. tengok resipi kat google saja. godek2 ada lah a few bloggers yang post tentang sambal sotong. sebagi first timer, agak nebes ya..hehehe.. namun hasilnya sangat aku suka. aku je suka, taktau yang lain suke ke tak. pedas dan manis. dua kombinasi yang ohsem.

motif ikan dan nugget goreng?!! ade ke nugget rebus? wakakaka.. eh ada kot. ni simple saja. semua org reti dan suka buat.


sayur campur. kali ni aku buat sayur campur yang tak guna apa-apa perencah sup. ekceli, kalau aku masak sayur, aku suka letak perencah sup supaya kuah sayur tu ada rasa2 sup. kali ni tak. guna garam+gula saja. hasil dia sedap juga. eh bawang bagai tu kena lah letak dol.

p/s: ley buka restaurant dop? =.='

Thursday, January 12, 2012

Wardina Saffiyyah have been robbed


selebriti jelita dan bijak juga yang sangat aku minati iaitu Wardina telah dirompak. kejadian yang berlaku semalam (pagi tadi) berlaku di rumah beliau. difahamkan, 5 buah laptop telah dilarikan, malah suami beliau juga telah dicederakan.

Doakan yang terbaik untuk kak dina ye. aku sebenarnya pelik dengan apa yang dilakukan oleh para perompak ni. sebegitu gila mereka sampai nak pecah masuk rumah orang dan mendatangkan musibah pada orang lain. apa sebelum ni, dalam hidup mereka di dunia ni, tak pernah ke diaorang rasa hidup derita akibat musibah? memang teruk perangai ni. semoga family kak dina akan diberikan kekuatan menghadapi musibah ini ok. Semuanya adalah pinjaman dari Allah swt, dan akan kembali kepada-Nya. InsyaAllah kalau kita redha, Allah swt akan gantikan dengan yang lebih baik lagi.

cerita selanjutnya di SINI

klick SINI sebab ada iklan best tau.

p/s: hukuman patutnya lebih berat kepada para perompak ni, tapi yang nekad menjadi perompak ni mmg tak reti takut dengan hukuman.

Tuesday, January 10, 2012

Eddy Interview Retis: Kenali Si cantik Zoey Zau Yah

LinkSiapa tak tahu kehebatan Jebat
Memang 'dah tertulis dalam sejarah
hal-hal kecantikan memang dia hebat
perkenalkan sicantik manis Zoey Zau Yah

Mari dekati personaliti jelita minggu ini. memang gelak habis dengan jawapan slumberrr Zoey Zau Yah.


1. Boleh nyatakan ekspresi anda tentang dunia blog?

Zoey: Tempat melepak,menulis,berpuisi,bersajak,bernyanyi,menari,blablabla.. Hey melampau betul ekspresi saya kan? Pastu awak semua mesti kata "weh annoying gila budak pompuan nih” hahahaha(gaya filem tamil)..

Baheklah..baheklah..saya menjawab secara serius ya? Blog tempat yang hebat untuk mengekspresikan diri sendiri. Ceceh..jawab nak hebat nak je senah oiii...T_T

2. Bagaimana anda memulakan dunia blog?

Zoey: Takde..citer dia camnih (terus nak bercerita), Dulu kawan dan merangkap bekas bf saya yang sibuk-sibuk berblog..pastu saya pun terikut sama Sebab macam best je berblog nih.. naahh..! sekarang saya pula yang lebih-lebih Mengalahkan beliau yang awal-awal lagi dah kibar bendera putih hahahaha (gelak puas hati). Tenkiu lah kepada beliau yang banyak ajar saya pasal blog.. Kalau tak,sumpah sampai skarang saya tak tahu beza antara blog, coolblog Dan ferari (weh melampaunya!).

3. Pandangan anda jika lelaki bersolek?

Zoey: Berfikir sejenak,dua jenak,tiga jenak,blablabla.ok dah sepuluh jenak,tapi kenapa masih tak pandai nak jawab soalan ini? Kahkah..

Tahu tak memang ada teknik solekan untuk lelaki tapi tolonglah.... Jangan mekap semacam perempuan..itu over tahu? Tahu ke tak nih?(emo). Tekniknya lain-lain..lelaki yang mekap seperti lelaki adalah lelaki yang metroseksual yang mahu yakin dengan dirinya..tetapi lelaki yang bermekap seperti perempuan adalah...err.. dia pasti seorang WDXSDFFDFV (kod rahsia kerajaan isketanbola apabila bergosip).

4. Seorang lelaki dari pandangan anda?

Zoey: Pelindung kepada wanita..tapi kalau lelaki nak berlindung kepada wanita pun takpe..takde halangan..takde masalah..tapi rasa semacam saya yang bermasalah Kerana berjaya menjawab seperti orang yang agak waras untuk soalan ini. Terharu betul T_T

5. Boleh nyatakan 5 benda yang sering ada di dalam hand bag anda?

Zoey: Rumah,kereta,penyapu,peti sejuk,lastik.. Eh ini tak paham soalan ke hape nih? Sendiri baca sendiri rasa nak lempang..

Ok fine..marilah menjawab secara jujur dan waras sedikit ya.. dalam bag saya ada dompet,speck,perfume,bedak,lens solution dan tisu.. saya bagi 6 jawapan ke? Owh lupa..saya memang macam ini.. paham dah..paham dah...


6. Jika diberikan pilihan 3 tempat percutian pilihan anda ialah?

Zoey: Isketanbola,atas pelangi dan candyworld tapi itu semua dalam mimpi je lah.. Kalau betul-betul saya mahu pergi korea,jepun dan australia tapi saya tida sukakan sejuk, Habis macam mana tu? Nampaknya saya akan bercuti di malaysiaku tercinta sahaja.. (tolong jangan lempang daku).

7. Apakah warna yang menggambarkan diri anda? Satu warna sahaja.

Zoey: Pink..malu betul nak mengaku kaler muda mudi itu..auuwww! (perlu ke effect bunyi tuh? Over tau...).

8. Anda akan jadi pemarah bila ....

Zoey: Bila orang tak benarkan saya merepek secara sukarela,sukahati dan sukadia.. Jadi tuan tanah merangkap wartawan yang bertanya ini tolong fahami saya ya? (nampak tak merepek adalah kelebihan saya? =.=”).

9. Siapakah Blogger pertama yang anda pernah temui?

Zoey: Cucucikembun.blogspot.com

Memang patut beliau yang pertama..bilik dia di sebelah bilik saya, rumah dia adalah satu rumah dengan saya..dan ya,lupa pula dia sebenarnya adik saya. Hahahhaaha...

10. Akhir sekali, ucapan istimewa anda. Silakan

Zoey: Terima kasih kepada tuan tanah merangkap tuan blog yang sudi nak interview saya ini. Dapat jugaklah merasa merepek di blog orang lain selain dari blog sendiri. Harap maaf kalau jawapan saya semuanya membuat awak rasa mahu kunyah-kunyah saya sampai lumat..saya insan lemah,jadi kasi canlah kat saya jap hahahaha.. TERIMA KASIH YEEE....

Blog Zoey Zau Yah: http://zoeyzauyah.blogspot.com

Terima kasih buat cik Zoey Zau Yah kerana sudi meluangkan masa dan tenaga untuk melengkapkan sesi interview retis ini. mari terjah blog beliau berbondong-bondong..!!

Editor: Eddy Syrol

p/s: yang berminat menyertai segmen ini, sila email ES di eddy86bloke@gmail.com atau inbox di FB eddy syrol.