edDy sYrOl

Tuesday, May 31, 2011

puas hati kau!!

Bismillah....

Dengan nama Allah yang Maha pengasih dan Maha penyayang lagi Maha memberi kebahagiaan...

lama tak update entry.. ni entry terbaharu di hujung bulan ni. according to the tittle, i am going to talk about satisfaction. but i was thinking, nak tulis apa dalam entry bertajuk ni?

actually, aku tengah berfikir, perlukah kita nak puaskan hati orang lain dan melupakan kepuasan hati kita. nanti mesti ada yang cakap "buatpe nak puaskan hati org lain kalau hati kita tak puas,"

apa pun, sebenarnya kalau kita asyik nak puaskan hati kita sahaja, kita akan lupa diri dan rasa semuanya tak cukup. pernah dengar ke MANUSIA TAKKAN PERNAH RASA PUAS. ye, manusia memang takkan pernah rasa puas. itu adalah hakikat.

maknanya, adalah lebih baik untuk kita puaskan hati orang lain. atau dengan erti kata lain, menyenangkan hati orang lain. kita dapat pahala. tapi, mungkin falsafah paling bijak ialah, tidak salah untuk menggembirakan orang lain namun, janganlah kita menjadi seperti lilin yang hanya menerangi ruang gelap tetapi sendiri terkorban.

p/s : hanya berpendapat (~_~)

Tuesday, May 24, 2011

dialah scha putra


selamat petang semua... petang2 ni aku menyempatkan diri lah untuk BW... nak buat entry tp takde idea.. so, tetiba setelah selesai ber-BW, aku rasa nak buat review blogger..dah lama tak buat derrr... so, aku view lah blog dia ni.. nama dia Scha putra . serius aku tak tahu nama dia yg sebenar-benarnya... sorry scha... hehehhee

menarik tentang blog scha ni, bagi aku entry dia yang informative. banyak benda lah yang korang leh tahu walaupun dia dah jarang hupdate entry..ngapekah? bz lettew....



blog scha ni simple... suke gak aku ngan color yang dia guna..yang penting bila buka tak berat cam kebanyakan blog yang ada di pasaran..ngeee (~_~)


dalam blog ini ada empat pics dia yg konon comel..comel ke? keh3x.jgn marah scha.... so, siapa2 nak mengenali hencek scha putra ni, leh la kunjungi blog dia dengan meng-klik pics yang ada di atas yew...

p/s : keep blogging (~_~)

Ampunkan aku


Bismillah Arrahman Arrahim

Ya Allah... aku cemburu
aku cemburu dengan hidup mereka
aku ingin memiliki apa yang mereka ada
aku sungguh sakit kini

Ya Allah Ya Rahim...
aku tahu aku salah
kerana cemburu itu hina sifatnya
tapi aku cuma manusia, yang impikan banyak perkara
ampunkan aku Ya Allah

Ya Allah...
Ampuni aku
jadikanlah cemburu ini sifatnya baik
agar aku mampu memperbaiki diri
jadikan cemburu ini sifatnya terpuji
biar cemburu menjadikan aku lebih berusaha

Ampunkan aku Ya Allah...

p/s : (~_~)

Monday, May 23, 2011

simple breakfast


Bismillah
Assalamualaikum

pa khabar semua? today is monday..harap monday yg memberikan semangat utk anda2 semua ya.. isnin menjadi permulaan hari bagi mereka2 yang dah bercuti dihujung minggu KECUALI yg cuti jumaat dan sabtu lah...apa2 pun, apabila memulakan sesuatu hari, kita kena bersemangat.. baru kerja jalan dengan smooth...

ohh ya.. back to title, harini aku ber-breakfast dengan telur 70% masak plus ngan dua keping roti. sedap kannn? hahhaa..simple sajork sebab malas nak masak banyak2... after this banyak keja nak buat...

selamat menjamu selera semua

p/s : korang breakfast apekah? (~_~)

Sunday, May 22, 2011

sunyi dan sepi

ok.... hai semua.. semalam hantar mak and bapak gi airport...drg nak g garut (landed dekat jakarta) diaorang ada keja kat sana. so drg dkt sana about 3 months la juga...lama tu... sedey lak...sepi dan sunyi rumah...

so, harini suasana kat rumah lain. biasanya petang2 ni mak bz buat tea dan beebrapa minum petang. rindu dgn mak. bapak pula time ni borak2 ngan abg ipar sambil minum petang.

BTW, before depart smlm, ada lah drg pesan itu dan ini. so, InsyaAllah akan buat yang baik2 je...hope semuanya ok gak mak ngan bapak di sana.

mmg berbeza lah suasana rumah time ni.. i am gonna miss mak and bapak...

p/s : i love mak and bapak so much (~_~)

Saturday, May 21, 2011

demam kali ke-2


Bismillah
Assalamualaikum

kalau ikut pada tajuk entry, yup....dalam minggu ini aku dua kali kena demam... adehhh...how come kan... maybe sebab kemarau... i believe semua tempat pun menghadapi suasana kemarau..cuma kadang2 lah hujan itu pun sekejap je kan.....its ok...

so untuk minggu ini adalah minggu yang kurang aktif bagi aku.. duduk rumah mesti baring rehat sebab kepala pening giler... selera mkn pun dah jatuh, aku tak timbang lagi berat badan sbb aku takut menerima kenyataan kalau berat badan aku susut..adehhh....dah la aku ni cicakman...

P/s : harap sembuh sepenuhnya secepat mungkin (~_~)

Wednesday, May 18, 2011

penyembuhan

Bismillah
Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari ni ada lah rasa kebah sikit dari demam. cuma aku rasa sikit cuak dengan hari2 nak sembuh ni. korang tau lah kan kalau kita dah nak sembuh dari demam banyak benda kita rasa contoh mcm kepala ringan sikit tapi ada pening2 yang tak berapa nak pening, badan segar sikit tp lemah sbb time demam tak banyak makan so perlukan banyak tenaga. tu lah yang aku rasa sekarang.



pic di atas ada sedikit censored lah ya... tu lah yang mak aku buat semalam untuk buang panas. ekceli ni cara membuang panas dan angin kat badan ala sunda+jawa kot. kiteorg panggil sebagai kerok. kerok ni kita gunakan duit syiling (50 sen terbaeek) dan minyak kelapa. so, kita sapu lah minyak kat beberapa kawasan yang lembut kat badan (jgn kat tulang rangka..hehehe..sakit tu) dan kemudian gesekkan (aku tak tau nak guna ayat ape) duit syiling dekat tpt minyak tadi sampailah timbul memerah mcm kat pic atas. memang sakit lah. tapi biasanya kalau demam teruk, tak perlu gesek lama duit syiling tu, sikit2 dah timbul kemerahan. tak caye leh mencuba.


at last, mak aku urut lak kaki aku yang sakit akibat main badminton haritu. hayooo...main badminton sampai sakit otot dan sendi how? memang best mak aku urut. walaupun mak bukan kategori tukang urut, tp bila mak yang urut kita rasa seronok kan. rasa time tu juga lah nak sembuh. terima kasih mak.

p/s : after this tak leh nak manja2 ngan mak sebab dia ngan bapak nak g obersi... (!_!)

Monday, May 16, 2011

boim....


taraaa... comel kan budak ni? comel sesangat.... posing dkt tangga yg banyak kasut..adeyyy... aku saja nak show pic dia ni... nama dia BOIM... nama penuh ntah sapa. dia ni sepupu anak buah aku (tengok entry sebelumnya) ----------------> link

apa2 pasal budak ni aku suka tengok. dr cara dia cakap, cara dia tgk org cam konon2 garang, cara dia marah nangis semua lah..hehehehe... boim boim...

p/s : nak anak cepat2 lah!! (~_~)

sakit sendi takde warm up


taraa...... ekceli semalam (petang) aku dan menyempatkan diri untuk bermain badminton.. ala, main dekat rumah je. gelanggang terbuka yang takde jaring.hehehhe... janji keluar peluh. dah lama tak main ni. dah bertahun.. seyes cakap!! ni merupakan game paling aku suka. dulu zaman kegemilangan alam persekolahan, selalu main badminton tiap weekend ngan member2 keras..


oleh kerana dah lama tak main aku jd sangat bersemangat ye.. sampaikan tak menyempatkan diri untuk buat warm up. so akibatnya, kaki aku kini mengalami kesakitan yang boleh tahan juga lah. lama kot main. hampir 1 jam setengah non-stop. andai kata korang melihat aku jalan terkengkang-kengkang, terjengket-jengket tu buat2 biasa je lah. sakit kot..!!


perlawanan agak sengit ye semalam (konon). sebab tu perlawanan leh sampai 1 jam lebih lebih lebih tu.. mana taknyer, kedua-dua pemain saling berbalas tembakan (kehkehkeh)..tau tak sape aku lawan?

.
..
..
...
...
...
...
...
...
...
...
...

tara...ni dia...hehehehehe


anak buah aku. leh tahan r dia main. leh tahan gak r dia kene buli.. lalalalalala...dia ni mmg dah lama nak main badminton kat rumah.dia ngan family dia akan stay tiap weekend kat rumah, so kali ni je lah dia berpeluang nak main badminton. sanggup tu bawa shuttle dr rumah dia..heheehehehe...

p/s : lain kali warm up ye eddy (~_~)

Thursday, May 12, 2011

opik bila waktu berahir



bila aku sedih aku dengar lagu ni..
bila aku tension aku dengar lagu ni..
bila aku lupa aku dengar lagu ni...
bila aku rasa kosong pun aku dengar lagu ni..
bila aku perlukan semangat aku dengar lagu ni...
bila aku rasa aku tak bertuah aku dengar lagu ni...

p/s : siapa kita untuk kenal seluruh hidup kita

teruja..!!


teruja : bila tengok baby baru lahir. merah je.mata cantik.mulut comel.pipi merah2...awuuu..rasa nak peluk je selalu.wangi lak tu...

teruja : bila pestaim p skolah. masuk darjah satu rasa semuanya baru. baju baru wangi kedai lagi.kasut putih walaupun tak sampai 3 jam dah kotor. dapat kawan2 baru yang semua rasa berada mcm berada dekat zoo...happy je..

teruja : bila nampak jururawat datang sekolah nak periksa gigi. cantik2 je... time dia nak cucuk jarum tu tak terasa sangat sebab dia ucap kata2 manis. tapi air mata mengalir gak.

teruja : bila mlm ni nak tunggu pengumuman puasa. harap esok dapat puasa sebab nanti buka puasa kompom makanan sedap2 belaka.

teruja : bila mak kata nak belikan baju melayu baru. tak kisah la kaler ape janji baru.syg mak.

teruja : bila berada di pagi raya. bukan sebab dapat mkn the whole day, tp suasana raya tu memang lain dr yang lain.

teruja : bila dah nak habis study. konvo time!! sedih pun ada sebab nak berpisah dengan member2. terpaksa berhubung dekat FB je lah...

teruja : bila mak kata dia dah dapat calon istri / suami untuk kita. sebab kononnya calon ni terbaeekk utk kita.

terujanya kalau hidup ni penuh warna warni...

p/s : terujanya pagi2 ni (~_~)

Wednesday, May 11, 2011

penting minum petang


selamat petang semua. watpe? aku tgh minum petang dgn family.. tp sorry la, yang dekat atas tu cuma sekadar gambar hiasan jerk. petang ni pekena tea O dengan pisang goreng dgn ubi manis goreng. sedap derr....

penting ke minum petang ni? kalau kita tengok pada piramid makanan, ekceli tak lah berapa penting minum petang yang mcm aku n family buat ni. cuma, dari satu sudut mmg minum petang ni penting. tau sal ape? minum petang apalagi dengan family ni kan, boleh merapatkan lagi silaturrahim antara ahli keluarga. sbb kalau kita tgk minum petang ni kan jenis makan yang santai2 je. so boleh borak2 santai gurau2 santai. memang minum petang bagi aku sangat menyamankan. suasana yang sgt best. amalkanlah ye kalau ada masa

p/s :- sangat suka weekend sbb semua family ada (~_~)

biasa lah lelaki bajet emsem.....


alaaaa................ biasa lah tu lelaki bajet emsem... macam lah korang tak pernah buat (tetttt!!!) atau tengok sendiri kan... BTW, emsem mean handsome larr...

bos lelaki bajet emsem : ni memang biasa. apa lagi bagi bos lelaki yang usia dalam 25 ke 35 tahun. well, depa nak bajet emsem sebab nak tunjuk keperibadian mereka sebagai bos walaupun kadang2 dr segi keje hampeh... biar keje hampeh asal emsem takpe kot.. lalalaalala

siswa bajet emsem : ni memang berlambak. kalau nak di kirakan purata, 90 % siswa nak bajet emsem (kecuali aku) (~_~). kan kalau masuk U kire masa utk carik cikaro paling lawa, tak kisah la si siswa tu muke pecah nak jugakkkk... so kene la berlagak emsem rambut style ala2 super junior (pengsan 20 tahun),pakai jaket selalu walau panas terik dan kasut jenama tak hengat walaupun beli kat night market janji nampak emsem..

cikgu bajet emsem : ni biasa. apatah lagi cikgu yg ngajor form 5 atau form 6. matilah ngadap aweks2 anak dara yang dah boleh jd mak budak kan. kalau tak emsem kang kene kutuk sebab dak2 pompuan di usia ni dah pandai nak menilai dan mengutuk. so kene selalu bajet emsem.

FBian bajet emsem : ni penting. alaaa...nak letak kat profile pic kene lah letak pic yg bajet emsem. takkan nak letak pic yang baru lepas eksiden kan.tak ramai lah cikaro nak view..kalau leh guna lah semua tools yang ada kat dunia ni demi nak mem-bajet ensemkan diri...

student baru bajet emsem : ni satu hal lah kan. kalau ada lah dlm satu sekolah tu budak baru masuk (baru pindah la kot), dak tu mesti nak bajet emsem. jalan teratur.cakap penuh sopan. pijak gajah tak mati. biasa lah jd tumpuan seisi sekolah selama seminggu (jerrr).

P/s : kalau org tak emsem bajet emsem camne (~_~) takde org yg tak emsem, sume org emsem

tahi lalat

Bismillah...
Assalamualaikum...

korang ada tahi lalat tak?banyak tak? aku ada la beberapa dkt muka ni, mmg leh nampak lah dalam jarak 20 meter..hehehehe... nape leh tumbuh ni tahi lalat?

sebenarnya, Tahi Lalat (Nevi) adalah pertumbuhan kulit yang kecil dan biasanya berwarna gelap, yang berasal dari sel-sel penghasil pigmen (melanosit) di kulit.. Hampir semua orang memiliki sekitar 10 buah tahi lalat, yang biasanya tumbuh pada masa kanak-kanak atau remaja. korang ada yang lebih banyak lagi tak dari bilangan ni?hahahaha...

BTW, good morning....

p/s : stau aku tahi lalat ni ada tanda2 dia... percaya tak? (~_~)

Tuesday, May 10, 2011

aku benci buat header...!!


arghhhh....!! setengah jam buat header baru... dr ada cahaya sampailah black out sampai ada balik cahaya, tak lawa2 juga... buruk buruk dan buruk..semua rejected...huhuhuhu..takpe takpe, kene fikirkan idea lain lah...

p/s : memerah otak demi blog tercinta (~_~)

percaya


percayalah pada dimana kamu berpijak, selagi ianya masih landasan yang betul, teruskan saja..

percayalah bahawa kata-kata di sekeliling mu hanyalah umpama nyamuk, skrg mereka mengata, esok mesti mereka akan terdiam...

percayalah kepada gerak kata hati mu, tapi jangan berbohong pd diri sendiri....

(~_~)

jangan takut

gambar sekadar hiasan

Bismillah...
Assalamualaikum...

jangan kau takut :- bila semua org mencerca diri mu. kelak kau tahu cercaan itu merupakan pegangan hidup mu untuk lebih kuat. cercaan itu kelak umpama angin lalu yang selalu menjadikan kau memandang hidup penuh erti. cercaan itu umpama cermin dan neraca, yang akan menggambarkan langkah yang perlu kau jalani dengan betul.

jangan kau takut :- bila tiada apa yang kau perolehi yang boleh diertikan sebagai kejayaan. kejayaan itu bukan semata-mata di sini. jauh lagi perjalanan mu. sangat jauh sehingga nanti suatu saat kau sendiri tidak tahu sama ada kau mampu untuk terus berjalan atau tidak. pemberian mutlak milik Allah swt, dia berhak keatas apa yang kau miliki dan berhak untuk memberi.

jangan kau takut :- bila nanti kau akan dipinggirkan. biarlah banyak mana org menjauhi diri mu. dekatkanlah diri mu pada Pencipta, Allah yang Maha Esa. kerana dekat dengan-Nya, kau pasti akan merasa besar hati.

jangan kau takut :- bila nanti kau akan menangis selalu. bila nanti air mata adalah teman hidup mu.bila nanti kau di gelar cengeng oleh seantero dunia. nangislah.jangan takut. kau yang faham siapa diri mu.

jangan kau takut :- bila nanti tidak ada yang pegang tangan mu. genggamlah yang kanan dengan yang kiri. berdirilah atas kaki mu sendiri. kerana zahir batin mu bukan milik manusia. dan kau tahu milik siapa.

jangan kau takut :- andai kau mula berasa takut. takutlah pada perkara yang munasabah. takutlah pada perkara yang seharusnya engkau takuti. biar org mengatakan engkau penakut, jangan saja kau takut melakukan kebenaran.

jangan kau takut, jangan pernah kau takut. kuatkan diri mu. kuatkan azam mu. melangkahlah. biar longlai gaya mu. teruskan hidup mu.

p/s :- (~_~)

Monday, May 9, 2011

susah nak mula


Bismillah...
Assalamualaikum...

memulakan sesuatu dgn perkara yang baik seperti yg sy ucapkan itu..huhuhu...BTW, nak cite sikit sal hal2 memulakan sesuatu ni. memang susah kan nak memulakan sesuatu. apatah lagi bila kita takde kekuatan dari segi mental mahupun fizikal utk memulakan sesuatu perkara.

macam aku, ekceli aku nak mula buat research yg kedua. bahan dah ada sikit2 tapi tak pernah nak mula (padan muke men pesbuk n blog je..hehehe). so, untuk nak kumpulkan kekuatan memulakan sesuatu perkara, mulakanlah dengan perkara2 yang boleh memotivasikan diri anda.

cth : kalau kita kena buat assignment, apa kata mulakan dengan satu perkataan. andai kata belum ada idea, stop dulu dalam beberapa minit, jam pun takpe... nanti sambung balik perkataan seterusnya hingga jadi sebuah ayat. nanti lama2 mesti idea akan dtg dan assignment leh siap dengan sepenuhnya...

ekceli, semuanya dtg dari diri kita sendiri. memang susah nak memulakan sesuatu, tp cuba lah...

p/s : memulakan yg baik lagi susah dr memulakan yg tak baik, tp org selalu memilih utk memulakan sesuatu yg tak baik... (~_~)

Sunday, May 8, 2011

kenapa menangis


aku terbaca satu entry kat satu website. simple je entry dia. dia cakap pasal knp manusia itu menangis... aku review sikit ye entry dia... aku buat review yang lebih2 kurang je lah ye...


kalau budak kecil yang masih belum pandai nak melakukan apa2, hanya ada dua sebab sahaja kanak-kanak comel itu menangis (menurut nasihat orang tua).

1. si anak comel itu ingin menyusu
2. lampin anak comel itu perlu di tukar segera (buang air besar or buar air kecil)

kalau kita, sebagai manusia yang sudah cukup sempurna akal dan sifat. kenapa kita menangis?
adakah kita menangis kerana Allah terlalu berat menguji kita? adakah kerana kita kurang pandai dalam mensyukuri nikmat Allah swt?bukankah Allah telah menjanjikan SUNGAI-NYA kepada setiap hamba yang mampu menjalani ujian getir kehidupan?

menangis bukanlah sesuatu yang hina. ianya bergantung kepada sebab mengapa kita menangis. menangislah andai itu akan mengingatkan kita kepada Allah swt. menangislah andai kita sedar bahawa kita ini cuma sebenarnya makhluk yang lemah.

“Maka mereka sedikit ketawa dan banyak menagis, sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan”- At -Taubah 82.

Sesungguhnya, salah satu fungsi di ciptakan airmata diantaranya adalah dapat meringankan beban kita dan membuat kita bahagia.

P/s : besarnya tiap fungsi ciptaan Allah swt itu.. (~_~)

Saturday, May 7, 2011

pagi yang panas

Bismillah..

Assalamualaikum...

good morning semua. ape khabar? tajuk entry tu saja je sebab nak bgtau yang sini memang tengah panas. pepagi pun cuaca leh tahan hot hot...

hari sabtu buat apa? kebanyakan kalau dekat kampung ni, hari sabtu hari bersama family. kalau rajin ronda2 kampung, mesti dekat tiap rumah yang ada kereta, mesti kereta tengah elok je parking. sebab orang malas nak jalan pagi2 awal ni. malam? itu lain lah. for sure yang dekat bandar, kalau sabtu dan ahad cuti, malam ni lah yang paling afdal nak lepaking2 dengan member waktu malam sebab esok cuti. so boleh lah beronok2 sampai lewat malam.. tapi buat benda yang bagus aje tau...

aku? aku biasa dok rumah saje. sabtu ahad ni sama je dengan weekdays bagi aku. kene usaha lebih sikit lah nak siapkan research. siap awal leh rehat awal...

p/s : selamat berhujung minggu

Friday, May 6, 2011

"hafizzainal's contest - senyuman mahal "



baik...terpanggil nak join contest ni... sape berminat silalah CLICK BANNER DI ATAS...


kat atas tu senyuman2 yang aku pernah bagi. walaupun muke serabai, dengan senyuman semuanya manis2 belaka (silakan muntahijo...hehehehe).. noted..! satu pic senyum takde nampak gigi, sebab kadang2 senyuman yang tak nampak gigi tu lagi mahal tau dari senyuman nampak gigi...

nak tag :

hawis
noim
scha
husna

p/s : senyumlahhh

pakai skirt bukan nak nampak sexy

baiklah... tadi aku dgr radio Hot.FM... memang pagi2 aku dah biasa dengar hot.fm ni.. dengar panggilan hangit, tapi pagi ni takde lak panggilan hangit ni..huhuhu...

btw, dengar lah berita dari radio ni tentang penafian BWF yang kononnya ramai orang kata peraturan baru pemain perempuan kena pakai skirt di sebabkan nak bagi nampak sexy. BWF kata, peraturan memakai skirt adalah untuk tujuan mempamerkan aksi yang lebih menarik.

haaaa.... aku ternganga jap selama 20 saat. aksi lebih menarik? apa maksudnya tu aksi lebih menarik?so, kalau pakai seluar yang dah cukup pendek tu tak mampu nak pamerkan aksi lebih menarik ek? ke kalau pakai skirt leh arr nampak pakaian dalam time pemain terloncat loncat ye tak? wow...bijaknyer kenyataan tersebut ye... bukan nak bagi sexy tapi nak pamerkan aksi lebih menarik...


kalau pakai skirt tapi kat dalam ------------^-------- pakai gak seluar cam ni ok tak?

P/s : menegakkan benang yang basah ni dah biasa dah kat dunia ni kan...

selamat pagi jumaat


Bismillah
Assalamualaikum...

agak lama ye aku tak wish selamat pagi kat blog ni, BTW nak wish tp kadang2 jari ni berat nak taip entry baru di awal pagi yang hening.. keh3x.... semalam dah buat entry pasal malam sumaat, ekceli pada yang agak keliru dengan tajuk entry tu, memang ejaan saja aku nak buat cenggitu. member2 kaki blogger mesti tahu nyer..ngeh3x...

so, aku nak sambung entry semalam.. kalau semalam tentang apa korang buat di malam jumaat, so la ni aku nak citer lak apa yang selalu orang buat di pagi jumaat. ni senarainye ye...

1. mandi sunat jumaat
2. potong kuku, bercukur
3. membaca Al-Quran
4. lain2 amalan yang baik dan mulia

ekceli, korang tahu tak, amalan memotong kuku di pagi hari jumaat telah di lakukan oleh Baginda Rasulullah saw. so, maknanya itu amalan yang mulia kan? ape kata kita potong kuku pagi ni. nampak simple je kan semua perbuatan camni, tapi berfaedah untuk kita semua..

p/s : selalu rasa tenang di hari jumaat

Thursday, May 5, 2011

malam sumaat


hah... ni mlm jumaat ok.. apa korang selalu buat kalau malam jumaat? oo...korang buat benda tu ek...oooo korang nakal2 ek malam ni? iskk... mesti fikir benda lain ni... baik, berikut ada senarai aktiviti di malam jumaat yang sering dilakukan.

1. membaca tahlil dan surah yasin
2. banyakkan berzikir
3. membaca Al-Quran
4. amalan2 baik
5. lain2 perkara baik

sebenarnya ada beberapa kelompok manusia yang mengatakan perkara2 di atas adalah bid'ah.. bayangkan bid'ah maknanya salah.. tahu tak maksud bid'ah? iaitu perkara yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah... tapi mungkin kelompok ini lupa yang bid'ah tu ada beberapa kategori, so korang boleh google untuk cari kategori bid'ah tu.

senang cerita, di malam yang dikatakan penuh dengan keberkatan ni, buat lah amalan yang baik sebab setiap amalan yang di lakukan itu InsyaAllah akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah swt. jangan ragukan perkara ini.

p/s : selamat beramal (~_~)

Tuesday, May 3, 2011

akad

Assalamualaikum...

baru nak terasa update blog hari ni. being bz sejak pagi td sampai lah tgh malam. ni je baru leh rest2 sikit. lupakan lah keje tu kejap kan kan kan.. time for BW la pulak.

baik, kembali kepada tajuk entry kali ini. berkaitan dengan akad. tapi aku bukan nak cakap pasal akad nikah ya. aku nak share pasal akad jual beli. korang tahu tak, di dalam Islam akad jual beli ini sangat penting. kalau dalam soal nikah kahwin, akad ni sangat penting. bermula dari pasangan pengantin, tok kadi,wali, lafaz dll.

baik, mari kita tinjau hal2 berkaitan akad jual beli ni.

Rukun jual beli

1. Ada penjual
2. Ada pembeli
3. Ada barangan
4. Ada ijab
5. Ada qabul.

Akad Jual Beli :

Akad jual beli boleh dengan bentuk perkataan mahupun perbuatan :
• Bentuk perkataan terdiri dari Ijab yaitu kata yang keluar dari penjual seperti ucapan " saya jual" dan Qobul yaitu ucapan yang keluar dari pembeli dengan ucapan "saya beli "
• Bentuk perbuatan iaitu muaathoh (saling memberi) yang terdiri dari perbuatan mengambil dan memberi seperti penjual memberikan barang dagangan kepadanya (pembeli) dan (pembeli) memberikan harga yang wajar (telah ditentukan).

sebenarnya, berakad dalam jual beli ni tidak semestinya di lafazkan (menurut penerangan di atas) cuma sebagai muslim, kita tak salah untuk memperaktikkan perkara yang boleh mendatangkan pahala. yakinlah, perbuatan kecil mana pun yang kita lakukan, atas dasar Kerana Allah swt,dan perkara tersebut adalah perkara baik, InsyaAllah akan diberikan pahala. berakad lah kita ketika jual beli ya..

p/s: mudah nak menemui halal, tapi nak mencari yang halalan toyyibah sangat susah (~_~)

Monday, May 2, 2011

manusia penipu


saje nak kongsi sesuatu..tak tau nak buat entry hape. tetibe keluar idea dr kepala jendul aku ni..

nak tau tak ciri2 penipu dari perspektif otak gelimat aku ni? heheheh.. sila baca seterusnya..

1. no chatting : biasanya penipu ni taknak di ajak chatting. sama ada dalam FB ataupun YM ataupun apa2 laman chat, sebab melalui chat room, kita sangat mudah nak trace seseorang..ce try...

2. mesin masa ke? : biasanya mereka2 ni tak alert dengan masa. ce try tanya kul berapa masuk solat subuh kat tempat dia. atau ce tanya kalau drg dkt luar negara, kul berapa sekarang dan tanyalah masa2 yang sering berubah di waktu empat musim, kan ada beza tu. mesti kantoi punye lah.. tanya banyak kali dan berulang kali dan lagi dan lagi.. mesti tak boleh blah punya jawapan.

3. matanya : biasanya penipu ni tak boleh nak tunjuk sangat wajah dia. cuba perhatikan sesiapa yang suka sangat gosok2 mata dia waktu cakap sesuatu yang kononnya penting dengan korang. sebenarnya kebanyakannya bukan sakit mata derr, tapi nak hindari korang utk perhatikan riak mata mereka yg tak jujur. mata boleh mempamerkan kejujuran seseorang tau.

4. suara : org pen-tipu ni juga boleh di detect melalui tona suara. dengar baik2 kalau bercakap melalui telefon, kalau jeda antara sesuatu patah kepada patah lain memerlukan masa yang agak lama dari kebiasaannya, maknanya mereka sedang cuba menipu. jeda masa ni kadang2 berlaku sebab drg sedaang menyusun ayat dengan cukup berhati2 agar pembohongan mereka tidak dikenal pasti.

5. gatal lah!! : penipu ni suka tau garu sana sini. terutamanya kepala. org yang berada dlm keadaan tenang dan jujur takkan kalut dengan gerakan tangan. tapi si penipu ni akan mudah menggerakkan tangan untuk kononnya memberi keyakinan pada anda tapi mereka salah sebab gerakan tangan tu cuma menggaru.. sengal je..hahaha

6. smile : jika korg perhatikan, penipu ni akan membuat senyuman kambing yang tak ikhlas saat mereka sedang menipu. ce try tgk senyuman seseorang. aku yakin lah korg semua leh detect senyuman ikhlas dan senyuman yang di buat2 utk memberikan korang keyakinan. tol tak? bentuk bibir yang tak setara, malah senyuman yang mempunyai selang masa untuk membentuk bibir dan juga senyuman yang nampak canggung tak seirama dengan bentuk mata (ayat tak tahan ni..hehehehe)..

7. last sekali, penipu ni takkan mengaku dia ni penipu. tu ke.. full stop.!!

p/s : toksah la menipu. jadi diri sendiri sudah (~_~)

ZzzZzzZ nyaaa


bangun je dari lena ku, baca sms dari si dia yang tak berapa nak ok hari ni, tak tahu nape. aku sambung buat keje... serious aku ngantuk giler..

aku tengah buat kajian tentang PENDIDIKAN LUAR. sape yang ada journal atau artikel atau apa2 maklumat tentang ni bagitahu lah aku. nanti aku blanje mkn angin.. angin je tau..hehehe...

stress gak sebab ada 2 lagi paper yang menanti utk di kaji selidik... rasa mcm keja PTD lak..hahahha

p/s : teruskan bekerja tanpa mengalah.. (~_~)

selamat berehat para pekerja


Bismillah...
Assalamualaikum...
morning...

pe habaq semua? mulakan pagi ni dengan senyuman paling manis utk diri anda sendiri tau. nak senyum dengan org kang org fikir lain mcm lak kan. i believe hari ni ramai yang bangun lewat sebab cuti. cuti adalah hari tidur semula selepas solat subuh (jangan amalkan ye). takpe, hari ni rest la cukup2, nanti esok kene keja lagi kan. tp for sure ada gak yang tak cuti hari ni sebab korang keje ikut giliran tol tak??


so, sempena cuti ganti hari pekerja ni, aku nak ucapkan selamat hari pekerja lah buat semua para pekerja di seluruh dunia (mcm satu dunia baca blog aku...keh3x..). keje lah dengan cemerlang dan jadilah manusia yang berguna kepada manusia yang lain.

p/s : aku bekerja je..... huhuhuhu