edDy sYrOl

Wednesday, November 30, 2011

Eddy Interview Retis: Abang Yen fobia labah-labah

hoyehhh... azab untuk minggu ni dah beres. ekceli, bukan lah azab, tapi lebih kurang cabaran lah. hah! cabaran kan rencah kehidupan. hadapilah. well, kita bertemu lagi dalam segmen EIR. ES teruja sebab tak lama lagi akan memulakan sesi baru untuk segmen ini. ini bermakna, entry ini adalah yang terakhir untuk musim pertama. hohoho..

Untuk itu, ES dengan ini mempersembahkan seorang jejaka stylo untuk anda. blog pun blog stylo u'ols. kaw hade???!! seorang jejaka sama negeri dengan khairul fahmi penjaga gol meletop tu. ES tampilkan seorang abang yen untuk anda. mesti ramai yang kenal dia kan? mari ikuti temu bual ES bersama abang yen.

1. Apa yang Abang Yen suka dengan blogging?

Abang Yen : to be honest memang tak pernah terlintas langsung nak ade blog or buat blog, memang tak fikir langsung. minat ni dtg sendiri...sejak setahun lalu. itu pun mcm minat-minat ayam je sebab still blurr pasal dunia blog dan semua belajar sendiri. So, oleh kerana berdikari sendiri so minat yg berkobar-kobar tu padam seketika setelah sebulan berblogging. so sejak 5 bulan lalu abg yen jadi betul-betul serius dlm buat blog. syukur sbb masa dan tarikh untuk buat comeback adalah tepat. blog abg yen diterima dan dapat sambutan yang alhamdulillah.

2. Anda pasti ada komitmen lain dalam hidup. Susah tidak nak bahagikan masa antara blogging dan komitmen2 lain?

Abang Yen : bagi abg yen tak susah. abg yen pandai bgkan masa cume yg menyukarkan ketiadaan internet sejak balik kl, sgt2 susah nk online guna berukband ni. kalo kt umah guna streamyx. tu masalah besar bg abg yen. untuk bg masa antara kerjaya dan berblog tu tak jd masalah. janji kita pandai bg masa dan bersifat adil. mcm poligami gak la, kena adil, tak bole bias.

3. penting tak follower blog bagi abang yen?

Abang Yen : bg abg yen nope. kualiti dlm blog tu lg ptg, apakah isi yang kita bagi untuk org baca. kualiti entry yng kita bagi itu dah cukup untuk buat org dtg dan baca. kalo jd follower semata-mata pastu komen pun tak, baik tak yah. lebih baik lagi pembaca senyap yg walaupun tak follow tp hari-hari dia stalker blog kita dan baca. so abg yen more tu kualiti dr kuantiti tp kalo ianya seiringan its a bonus lah...

brother stylo/abg yen

4. ada tidak yang menjadi sumber inspirasi abang yen dalam dunia blogging ni?

Abang Yen : mcm yg abg yen ckp awal-awal td abg yen kenal blog sendiri dan berdiri sendiri... cuma sejak dah boleh berdiri sendiri baru abg yen nampak otai-otai dalam dunia blog ni yang bole abg yen berguru dgn mereka... antara tok guru abg yen abg ben, bro framestone, abg eqbal,izamir,eddy syrol, daniel adie,alya esfresso...diaorg byk share ilmu dan membantu mengukuhkan kedudukan blog abg yen sampai skang...

Eddy : bile masa plop aku otai ni? Peril kannn.. huhuhu =.=

5. selaian blogging, apa aktiviti masa lapang abang yen?

Abang Yen : family 1st. lepas dh selesai dengan family dan anak buah baru abg yen mengadap blog dan fb. kalo time-time dh kering idea nk updates abg yen lebih suka dok umah kalo tgh kat umah kelantan la...kalo time tu dok kl abg yen suka tgk wayang dan jalan-jalan shopping mall tgk gajet sebab abg yen giler gajet. kalo tak pg shopping mall abg yen suke pg swim dan layan anak buah kalo mls sgt.


cuti-cuti

6. gambarkan diri anda untuk 5 tahun akan datang.

Abang Yen : usahawan yang berjaya...memang minat berniaga...bak kata org la ...org kelantan ni memang otak business... so memang akan jd usahawan. lebih cenderung dalam business makanan dan fashion... alang-alang pandai masak kan dan minat berfashion tak salah tuk jdkan ianya punca pendapatan... bak kata rasulullah 9 dr 10 rezeki dtgnya dr berniaga dan beliau pun memang saudagar berjaya...so my idol is Him...

7. Saya pantang kalau .............

Abang Yen : pantang kalau ada rambut dlm makanan, itu boleh buat abg yen hilang selera mkn. kalau ada semut ok lagi. jgn rambut, tak tau kenapa.

dengan retis tu

8. andai di beri peluang untuk kembali ke masa lalu, abang yen nak kembali ke zaman bila?

Abang Yen : zaman form 6, abg yen nak ubah kos masa isi borang upu. nak letak semua cikgu. senang dpt kerja. tp well semua tu bagai dogeng semata-mata. abg yen percaya semua yg terjadi ada hikmahnya.

9. satu perkara yang orang tak tahu tentang abang yen?

Abang Yen : abg yen ni fobia ngan labah-labah.

bersama teman-teman

10. akhir sekali, ucapan abang yen untuk semua followers blog abang yen, juga buat readers blog AKu&Hidup. silakan

Abang Yen : Abg yen pegang 1 prinsip je. blogger sentiasa menyokong blogger dan bukan menjatuhkan blogger. so buat semua pembaca setia dan pembaca baru blog abg yen sama-samalah kita menyokong satu sama lain... kalo ada kekurang kita saling lengkap melengkapi. kepada pembaca blog eddy. beliau seorang blogger yg kreatif dan penuh idea so jgn pandang blognya sebelah mata ok...blog eddy patut disegani dengan kualiti dan kelainan yg di luahkan di dlm blognya (mak aih…puji tak hengat kann =.= sigh..ngeee)

thanx so much buat semua yg sentiasa menyokong start day 1 till now. abg yen sangat-sangat menghargainya dan tq jugak yg tak terhingga kpd eddy sbb sudi memilih abg yen sbg retis di segmennya. semoga eddy terus berkarya sbb abg yen akan always sapport

done! begitulah berakhirnya sesi borak-borak bersama abang yen. semoga ada yang telah dipaparkan memberikan sedikit suntikan inspirasi dalam hidup anda semua. InsyaAllah kita akan bertemu lagi di musim baru, poster baru, dan semualah yang baru. bagi ruang dan masa sedikit ok untuk ES kumpul bahan dan mencari idea terkini untuk tatapan anda. jumpa lagi.

p/s: kekenyangan teramat malam ini

Saturday, November 26, 2011

Azam tahun baru


Selamat menyambut tahun baru hijriah kepada seluruh umat Islam di mana sahaja anda berada.

apa azam tahun baru? kalau aku jenguk2 FB, jarang orang yang nak update tentang azam tahun baru hijrah. tapi, kaw tunggu lah nanti tahun baru masihi, sampai buntang bijik mata baca azam yang itu dan ini.

perlu ka buat azam setiap tahun baru? sebenarnya taklah perlu sangat. yang penting kita ada motivasi untuk mencapai sesuatu. azam tu bila2 boleh. target masa pun tak semestinya setahun, kadang2 ada perkara yang boleh kita lakukan dalam masa singkat. tapi, bagus juga ada azam tiap tahun ni. bukan apa, kita ni manusia. fitrah kita memang pelupa, alpa dan sebagainya. maka, dengan azam yang baru, membuatkan kita beringat. InsyaAllah, jika tahun baru hijriah ni, kita mulakan dengan perkara yang baik2, Allah swt akan tolong kita untuk istiqamah melaksanakan perkara2 yang baik.

apa azam aku? ermmm... adalah... semoga dipermudahkan.. mari kita saling berdoa ok.

p/s: panas perut, makan daging masak sos cili td. pedassssssssss...

Daging Masak Sos Cili

malam ini, aku dengan gigihnya masak menu seperti yang bertajuk di atas. hohoho.. percubaan pertama kot. Daging Masak Sos Cili. sure pedas dol..

Bahan2:
1. cili merah dikisar
2. Bawang merah, bawang putih, bawang besar (tumbuk halus.kalau malas sangat sila kisar yaw)
3. Sedikit halia dan buah keras (tumbuk sekali dengan bawang2 di atas)
4. jus asam gelugur
5. sos cili (apa2 jenama pun boleh)
6. sedikit bunga lawang (sikit je tau..sikit sgt2)
7. perasa yang bersesuaian dengan cita rasa
8. daging

kuantiti bahan2 di atas adalah bergantung kepada berapa banyak daging yang korang masak.err..i mean, berapa gram/kg..hehehe.

Cara Buat:
panaskan minyak, kemudian masukkan bahan2 yang dah ditumbuk tadi. tumis sampai naik wangi. masukkan bunga lawang pun tumis sampai wangi. masukkan juga cili merah ye. taknak cili merah fresh, cili boh pun boleh. bila dah nampak kekuningan dan naik bau, silalah masukkan daging. masukkan air secukupnya, juga sos cili. kacau sampai sebati. masukkan perasa dan jus asam gelugur. kacau lagi sampai sebati. pastikan daging benar2 empuk sebelum dihidangkan.
hiris daun bawang dan bawang besar sebagai hiasan. letak atas daging tu biar naik bau. kalau nak buh bawang goreng sekali pun boleh.

done..!! selamat makan.

p/s: sangat pedas ok.. perut oh perut... =.=

Doa Akhir dan Awal Tahun

maksudnya:
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah kami. Apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari kurnia Engkau wahai Tuhan Yang Mulia. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Doa Akhir Tahun
dibaca pada akhir waktu asar tanggal 29 atau 30 Zulhijjah sebanyak 3 kali.

fadhilatnya: sesiapa yang memabaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa selama setahun kebelakang, InsyaAllah.


Maksudnya:
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal, Qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurnian-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Semoga Allah menerima doa kita semua.

Doa Awal Tahun:
membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram.

Fadhilat: membenteng diri dari gangguan syaitan. Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun.

sumber: Surah Yasin, Tahlil dan Doa, Terbitan Abad Sinergi Sdn Bhd, Cetakkan Kedua Disember 2009

p/s: Dengan rendah hati ES mengucapkan Salam Ma'al Hijrah 1433 (~_~) berdoalah pada Allah swt. hanya DIA yang mampu memebrikan segalanya kepada kita.

contest candid time

jom join contest yang ketiga dianjurkan oleh muna rahim. nak tahu maklumat lanjut, sila click poster di atas.


gambar ni abang aku yang hambek. waktu makan2 di food court, Suria Sabah. menyerlahkan mata aku yang besar itu. kalau tengah makan berselera, haruslah mata besar2... ekspresi nikmat konon. pui....

tag : piqah
pyan

p/s: orang2 berkenaan telah di tag dengan jayanya (~_~)

Friday, November 25, 2011

eqbalzack.com Writing Contest [2]: karya terakhir

Saya nak lulus. agenda yang perlu dilakukan:
1. mendekati pensyarah.
2. banyak bertanya kepada pensyarah.
3. ikut peraturan yang pensyarah tetapkan ketika di dalam kelas.
4. rajin menghadiri kelas semua pensyarah.

Saya tak boleh:
1. membodek pensyarah.
2. memikat pensyarah sehingga jatuh cinta pada cinta palsu.
3. mengharapkan belas ihsan pensyarah.
4. menipu pensyarah.
5. melawan pensyarah (lebih tepat kurang ajar).

Saya mahu:
1. menjadikan pensyarah sebagai sahabat.
2. pastikan pensyarah saya tahu yang saya memang benar-benar ingin berjaya.
3. "saya tidak main-main encik/puan. saya benar2 ingin belajar".
4. memperbaiki diri dari hari ke hari.

sama ada pensyarah ataupun mahasiswa, tidak ada salahnya kita buat senarai semak dalam kehidupan harian kita. ia akan dapat memastikan yang kita tidak akan mudah terjerumus dalam perkara yang tidak baik, apatah lagi dalam mencipta sesuatu perhubungan.

tag : ayob

p/s: 5 minit sebelum mid night.. arghhhhhhhhhhhhhh... =.= maklumat lanjut SINI

eqbalzack.com Writing Contest [2]: karya keempat

In a university setting, there is a great diversity in terms of socio-cultural, political, religious and racial backgrounds among students and lecturers. This diversity, with the presence of an appropriate lecturer-student relationship creates a campus environment lively. Usually, a healthy relationship between the lecturers and students does influence students’ academic, personal and social integration.

Lecturer-student relationship is viewed as a helping hand in which the student perceives that the lecturer has his or her best interest. A positive relationship between the student and the lecturer is difficult to establish, but can be found for both individuals at either end. How the relationship of lecturer-student should be? Which are with a quality of good communications, understanding each other, and demonstrate respect among both.

How to build an effective relationship between lecturers-student? The answer becomes clear when lecturers interact with, and learn more about their students. Improving students’ relationships with lecturers has important, positive and long-lasting implications for students’ academic and social development. However, those students who have close, positive and supportive relationships with their lecturers will attain higher levels of achievement than those students with more conflictual relationships.

Do keep positive lecturer-student relationship with:-

* Lecturers show pleasure and enjoyment of students.

* Interact in a respectful manner.

* Show irritability or aggravation toward students.

* Show loves in order to feel a connection and sense of relatedness (in a right perspective).


Hoffman and Leak said that “We can not teach students well if we do not know them well.” Understand the words and you’ll find the answer of lecturer-student relationship in a positive perception.

tag : piqah

p/s: 4 more info, click here. artikel di atas was edited by my friend. thx..muah3x..

eqbalzack.com Writing Contest [2] : karya ketiga

I am a lecturer,
and they are my students.

But we are family.

Yet, the relationship is limited on mutual respect,
the fundamental of human beings,
and dignity where it should be.

But we are close,
our relationship is beautiful,
as lovely as the sunrise, as blue as the ocean.

I am a lecturer,
and they are my students.

If they're hoping for me, day and night,
I'm lending my hands,
my thought on everything,
and my cup of coffee.

I am a lecturer,
and they are my students,
but I love them,
even so when I'm breathing.

Life is short,
like a burning candle.
And we have this moment to create,
something beautiful worth to remember.



tag : adieba

p/s: edited by the best poet, my friend ajari.

cuci akuarium, ikan mati lemas

pehal panjang gedabak tajuk entry kaw?

tadi petang, balik dari pekan setelah solat jumaat, aku memandikan diri dengan gayanya. hasihh... dosa bayangkan aku tgh mandi dol.. =.= habis mandi, aku menonton astro rancangan so you think you can dance. homaiiiiiiiii..... tarian yang best-best belaka, tapi tak baik untuk santapan mata. kaw faham2 lah kan pakaian org2 dari negara barat camna.

selesai solat asar, aku bergegas cuci akuarium abang ipar aku.sebelum balik bercuti ke kulim, dia dah amanahkan aku dan anak menakan aku untuk jaga makan minum ikan-ikan dia. dia cakap toksah tukar air, cuci filter saja. tapi setelah dua tiga hari, aku tengok one of the aquarium telah berlumut. haishh.takley jadik. maka dengan kerajinan yang jitu, aku telah bertungkus lumus memerah tenaga kurus keding aku tukar air aquarium tu.

step:
1. alihkan gerombolan ikan tersebut ke dalam baldi berisi air. gunalah errr.... ape nama benda tu ek? yang jaring2 utk tangkap ikan tu. ada pemegang tu. sorry, gua taktau nama dia. biorlahhh..

2. sila asingkan/buangkan air yang kotor tadi. kalau kaw mampu, kaw tonggengkan aquarium tu buang je sekali harung.oleh kerana aku ni "kuat sangat", maka aku gunakan gayung secara berirama. biar lambat asalkan habis air tu.

3. kemuadian alihkan hiasan2 dalam aquarium tersebut termasuklah batu2 mini yang sangat mini. jangan sekali-kali terbuang, sebab tu harta org.

4. gosokkan dengan manja aquarium tersebut untuk hilangkan lumut kaler hijau yang melekat di dinding aquarium. basuh dengan air mutlak yang berwarna putih, dan buang lagi air tu.

5. ekceli, sebelum memulakan operasi pembersihan ni, silalah off-kan segala suis yang berkaitan. bimbang kaw keras pulekkk terkena renjatan.

6. pastikan segala aksesori dan bahan2 yang menghiasi aquarium, termasuk segala wayar dan lampu ikan dibersihkan.lap lah dengan tuala. batu2 tu toksahlah kaw lap. cuci rendam je dengan air bersih.

7. isikan lah semua isi aquarium tu kembali ke tempat asalnya. dengan penuh berhati-hati. pastikan air yang diganti tu adalah air yang bersih berwarna putih seperti air laut. air laut biru dol..

MALANGNYA, time aku nak pindahkan ikan ke dala aquarium. seekor ikan telah mati. yang kat atas tu. kat pic tu. hasihh.. careless tol aku. ekceli, ada dua ke tiga ekor lagi yang juga dah nyawa2 ikan (dah nama pun ikan). maybe sebab lama sangat dalam baldi tu kot. tak dpt oksigen yang mencukupi. ke baldi tu tak cukup luas. aku pun tak tahu. takziah buat keluarga ikan tersebut.. *erkkk...

p/s: mengayung air umpama angkat dumbel besi saja. =.=

Cuci kereta

amanah ni. dengan balik bercutinya akak aku dan family ke kedah, kereta ni menjadi amanah aku lah kot. kena jaga. biasanya aku akan main raba-raba kereta ni sendiri. self service katanya. cuci kereta sendiri. sabun suka hati aku nak letak banyak mana.tol tak?

tapi hari ini, aku rasa perlu pula nak cuci kereta di mana2 car wash. at first, aku jenguk car wash yang mmg biasa aku pergi. full dol... dah lah hari jumaat, kalau aku sign kontrak gak (ayat giler lah), mesti kereta tak siap cuci sampailah waktu solat. so, aku ckp dengan akak kaunter tu "tunggu sat. fikir dulu"

aku cadang nak ronda2 cari car wash yang lain. alih2 aku ternampak car wash yang agak hidup segan mati tak mahu. kereta pun ada dua buah je yang tgh di polish. dah habis basuh lah tu. so, aku g usha. ada kah patut abg car wash tu pgl aku abang. demm...!! kaw tua lagi kot!! ni semua salah jambang aku.hohoho...

best tgk budak2 tu cuci kereta. ada sampai dia guna tangan hilangkan tanah dekat bawah dan celah2 kereta. you so great man..!! so, total hanya RM11.00 sahaja. basuh+vacum. aku tak suh polish, dia polish gak. baik tol korang dengan aku yaw... next time aku g sini lagi. kerja drg pun bagus biarpun tempat meniaga drg ni agak tak berapa nak best. kalau tempat biasa aku cuci, mau RM15.00 total. so, mahal tak semestinya menyediakan service yang bagus. kannnnnnnnnnn...

p/s: penat basuh aquarium =.=

Nasi Ayam RM5.00


murah tak RM5.00? ke standard kat tempat korang? ermm.. bagi aku agak mahal lah. sebab dekat tempat tgl aku, ada yang boleh dapat RM3.50 tau. tapi, oleh kerana tadi aku dah terdesak kelaparan, aku tapau nasi ayam ini. sebab ini restaurant paling dekat dengan lokasi aku tadi.

so, lepas pergi car wash, aku tapau nasi ni. tapi soto dekat restaurant ni sedap tau. superb. sapa dtg sini, aku bawa makan dekat restaurant ni k. tapi nasi ayam ni tak berapa best lah. nasi dia keras.

aku parking je kereta, terus buka tapau makan nasi ayam dalam kereta. waktu tu tinggal 15 minit lagi nak azan untuk solat jumaat. makan laju2. bukan makan gelojoh k. hehehehe.. bila lapar, yang tak berapa boleh masuk tekak pun boleh je masuk (~_~)

p/s: belajar dari pengalaman (~_~)

Nasi Ayam RM5.00


murah tak RM5.00? ke standard kat tempat korang? ermm.. bagi aku agak mahal lah. sebab dekat tempat tgl aku, ada yang boleh dapat RM3.50 tau. tapi, oleh kerana tadi aku dah terdesak kelaparan, aku tapau nasi ayam ini. sebab ini restaurant paling dekat dengan lokasi aku tadi.


eqbalzack.com Writing Contest [2] : karya kedua

Saya tahu tanggungjawab. Perlukah saya buka kamus dewan dan tunjukkan pada semua maksud tanggungjawab. Hidup yang saya jalani juga merupakan satu tanggungjawab. Bukan cuma saya, tapi kamu semua. Kita semua menjalani sisa-sisa hidup dengan tanggungjawab yang amat berat.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul beban. Menjadi pendidik adalah satu perjuangan. Perjuangan untuk menjadikan seorang manusia itu kelak sebagai insan yang berguna. Saya tahu pandangan orang ramai tidak membuntang terhadap kerjaya saya. Kerana kami pendidik, maka kami dianggap biasa-biasa sahaja. Saya tidak perduli, katalah apapun. Anak-anak kalian akan merasa percikan air liur saya yang InsyaAllah takkan jemu menginformasikan ilmu.

Saya dekat dengan pelajar. Mereka semua sudah dewasa. Mencapai status akhil baligh dan boleh berfikir dengan matang. Boleh membezakan yang baik dan buruk. Saya akui, sebagai pensyarah yang masih bujang, ramai yang ingin mendekati. Zaman sekarang, tak kira lelaki mahupun wanita. Semuanya saya perlu hadapi dengan profesional. Saya cuba untuk menjadi seorang pensyarah yang mudah didekati. Bukan saya gilakan populariti, tapi saya mahu pelajar-pelajar saya tahu yang saya sentiasa akan ada untuk mereka, membantu semampunya.

Cinta? Tiada penafian tentang cinta dalam diari hidup saya. Saya tidak pernah menolak cinta. Andai ianya hadir antara saya dan pelajar, pasti tidak ada salahnya. Namun saya perlu lebih berhati-hati, adakah cinta pelajar adalah ikhlas untuk menjadi teman hidup saya selamanya ataupun hanya menjadikan diri ini batu loncatan mendapatkan grad yang baik. Sedangkan impian saya adalah cinta sampai ke syurga. Bukankah itu janji Allah pada manusia yang bercinta dalam ikatan yang suci?

Sebagai insan yang lebih dahulu makan garam, saya perlu mengambil peranan. Menjadi contoh terbaik buat mereka yang sedang mendaki tangga ke puncak kejayaan. Mari kita jaga hubungan sesama kita, hubungan yang selamat dari fitnah dunia. Janji saya, akan terus membantu kalian semua, selagi kudrat masih tersisa.

Istimewa untuk siswa siswi ku tercinta.

tag: azham

p/s: maklumat lanjut di sini

Thursday, November 24, 2011

blog penuh iklan


malam ni aku habiskan masa BW sambil makan jajan. aku rasa lapar manjang. perkembangan yang baik kot sebab asal lapar, aku makan. as usual, aku buat random BW juga lawat blog-blog yang aku suka. MALANGNYA, ada blog yang sebelum ni aku memang suka sangat singgah, buat aku rasa cuak pula.

sebab...........

blog-blog terbabit terlalu banyak iklan yang depa tepek. ada tu yang iklan dia di kiri kanan sampai menutupi entry. kita nak baca pun payah dol. ada tu yang dalam entry dia pun ada iklan. korang bayangkan, setiap satu rangkap, di selangi dengan iklan yang banyak untuk ke rangkap seterusnya. nak baca pun jadi tak selera. ada gak yang blog dia banyak iklan, tapi takde lah samapi ganggu entry. entry kan penting sebab org masuk blog anda sebab nak baca entry.

opsss........

maaf lah pada yang terasa dengan entry ni. just luahan hati yang lapaq kot =.= aku ni jenis yang rajin gak BW, kalau aku suka sesebuah entry tu, aku like lah. dpt gak ping kat FB aku. komen pun selalu gak kalau tgh mood BW.tapi, kalau hal-hal iklan seperti yang aku dah sebut di atas berlaku, memang dah mls r nak lawat blog terlibat. sebab aku kalau baca, aku baca from top to toe. even aku baca laju2..

p/s: td check tabungan, 30 sen je..hahaha (~_~)

Untuk peminat K-pop


u guys yang minat giler2 dengan k-pop ni, kat malaysia nanti akan ada konsert seperti yang ada pada pic di atas. u guys kalau jenguk blog aku, n nampak ada pic kat side bar (lihat anak panah), just click kat situ yaw. nak senang, click pada pic yang dah aku attached di atas.. (~_~)

nak tiket: sini

p/s: mr. simple.. (~_~)

Wordless Thursday #14

kaw mampu cenggini?


p/s : rindu zaman sekolah =.=

Nasi Goreng Kampung dengan leher ayam


lihat pic itu. ada rasa selera tak? hehehhe..
tu menu makan tengah hari tadi. setelah hantar kucing pergi clinic, tengah jalan aku rasa lapar. so, inilah terhasil setibanya aku kat rumah. ni nasi goreng kampung saja. nampak tak kekampungan dia? sapa tak nampak anak ............................ =.=

so, mcm entry semalm, aku ada cakap kalau makan kat rumah tak boleh takdak lauk. so, lauk tengah hari tadi ialah ikan goreng (goreng bagi garing sangat2 sampai tulang pun ley kunyah habih), telur dadar ayam kampung dan leher ayam.. kaw mampu makan leher ayam? :P

p/s: gigih minum susu tinggi protein. nak gemuk katanya =.=

Award follower ke 600

award yang tak seberapa ini saya tujukan buat follower saya yang ke-600. nama dia sabri oppa. ekceli hencek sabri ni tak tinggalkan link, dah godek2 still tak jumpa link. kalaulah sabri oppa baca entry ni, silalah linkkan URL blog anda k. boleh kita semua kenal follower yang bertuah ini.


ini dia sabri, tengok anak panah tu ye. you guys kalau kenal dia, cakap ES nak URL blog dia (~_~) . buat followers yang lain, maaf sebab award hanya untuk follower yang genap sebagai contoh 100,200,300,400 dan seterusnya. bukan sebab ES tak menghargai anda. ES sangat2 menghargai anda. cuma ES hadkan award untuk number2 bertuah tersebut. takpe an an an? big hug from me untuk semua.

p/s: rasa nak g bilik termenung.. erkkk..hehehehe

Nasi Goreng Belacan kicap manis


Assalamualaikum...
selamat pagi.

mesti korang kompius kan apakes lah nama nasi ni belacan kicap manis. sebab aku goreng nasi ni dengan belacan. kemudian, aku buh kicap manis. hehehhe...

bahan2:
1. nasi putih
2. bawang merah, bawang putih, halia (dihiris halus).
3. sedikit belacan
4. empat sudu makan kicap manis
5. perasa tambahan (ikut suka hangpa)
6. cili padi (hiris)

penyediaan:
panaskan minyak. kemudian, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. kemudian masukkan cili padi yang juga telah dihiris. bila dah naik bau, masukkan belacan tadi. bagi dia cayaq habih dalam kuali tu. make sure tak berketul-ketul sebab nanti rasa dia tak sedap. mcm juga buat sambal belacan, mana boleh ada belacan yang ketul2. buruk rasanya. kemudian dah sebati, masukkan nasi putih. goreng sampai sebati. masukkan kicap manis dan juga serbuk perasa. kacau lagi sampai sebati. kalau suka sayur, masukkan lah hirisan sayur sekali.

done!

kalau tengok kat atas tu, aku siap ada lauk lagi.hehehehe.. aku kalau mkn dekat rumah memang tak sah kalau takde lauk even makan nasi goreng. kalau luar rumah ok. luar rumah takley manja sangat. LOL..!! tu lauk ayam masak lemak + ikan goreng masak sos. ekceli, ni menu tengah hari semalam (~_~)

p/s: breakfast dengan cucur pisang with blueberry peanut flava. ko ade? (~_~)

Wednesday, November 23, 2011

nasi embak


ini merupakan menu makan paling famous amos dekat Kg. Likas, Kota Kinabalu. apa special menu ni? ermmm... nasi putih dengan ayam rangup. untuk menu 2 ketul ayam ni harga RM3.50 sahaja siap ada kuah sup dan sos. memang menyelerakan. siapa-siapa yang yang datang KK, silalah cari gerai ni, nama KEDAI RUNCIT SALMIN. kawasan kecik saja, tapi memang tak putus orang datang beli especially waktu makan tengah hari. aku datang sini haritu dengan my bro. dia yang dah berkurun duk kk pun, baru first time makan sini.hohohoho..

cuma kenapa nama dia orang panggil nasi embak? maybe aku rasa sebab tuan kedai adalah orang jawa.kan aunty2 dari jawa kita panggil embak. (~_~)

p/s: waaaa..ayam goreng (dengan nada upin ipin)

Tuesday, November 22, 2011

short film bySidji (Satu) - utk Malaysia + Indonesia



filem ini ada filem yang menggambarkan hati aku juga. maksudnya, apa yang aku lihat berkenaan hubungan diplomatik antara negara Malaysia dan Indonesia. filem ini menggambarkan kebodohan segelintir masyarakat dari kedua-dua negara yang fikirannya sangat sempit.

semalam aku tengaok status di FB. yang guru,doktor, jurutera, kakitangan profesional ramai yang dah tak malu membuat penghinaan. apabila ditegur katanya bersikap patriotik. patriotik bukan ditonjolkan melalui kebebalan. apa lagi jika anda adalah golongan yang berpendidikan tinggi.sangat rugi anda belajar 14 ke 15 tahun, dari sekolah rendah sampailah berjaya menjadi seseorang tetapi pemikiran tidak rasional. sangat rugi.

ada rakyat Malaysia kata, mereka berkata-kata kesat kerana membalas kata-kata kesat dari pihak sana. tidak rasional! jika orang lain terjun gaung, kenapa kita perlu ikut terjun gaung. kalau orang lain berak tepi jalan kita, takkan kita nak ikut berak tepi jalan tempat mereka.fikir-fikirkan lah.

selamat menghayati video ini :)

p/s: sabarlah selalu pasti hati kita akan semakin kuat (~_~)

Monday, November 21, 2011

Eddy Interview Retis: Adibah dan impian sebagai isteri

bertemu lagi kita dalam segmen EIR. segmen yang menampilkan bloggers yang emsem2 dan shantek2. segmen ni sebenarnya dah nak sampai ke penghujungnya untuk musim pertama *kaw ingat siaran tv ada musim2? dan insyaAllah musim kedua akan bermula tak lama lagi. eh, tapi kena tamatkan yang musim ni dulu. so, mana tau musim baru nanti ada poster baru *siapa2 nak sponsor poster silalah hubungi ES segera dan pelbagai pembaharuan lagi kot. kot je lah..

kali ini ES nak menampilkan sekuntum bunga di taman larangan *apa punya ayat lorr bernama Adibah. mari kita ikuti temubual ES dengan cik dieba kita ni.

1. apa yang anda suka dengan blogging?

Dieba : Dieba suke berblogging sebab ia dapat memberi INPIRASI kepada dieba ,
Lagi satu mmg tu hobi dieba sejak mula ade blog ni..huhu….

2. Anda pasti ada komitmen lain dalam hidup. Susah tidak nak bahagikan masa antara blogging dan komitmen-komitmen lain?

Dieba : hmm , rasenye xde kot , sbb dieba mmg duk rumah je…biasa la PENGANGGUR TERHORMAT la katakan..hihi…so xde keje nk buat dieba duk depan laptop & menghadap blog jela…

2. soalan lebih santai, selain blogging, apa aktiviti masa lapang anda?

Dieba : selain berblogging , dieba suke bace novel ,kerana dengan membaca novel tu dieba rasa bahagia sangat-sangat….rasa mcm dieba ada dalam novel tu……
lagi satu dieba suka tidoooooo….hobi tu…hihi…

3. penting tak follower blog bagi anda?

Dieba : penting sangat-sangat… sebab tanpa follower sape la KITE & juga Blog kan….
Lagipun kalu ada follower hidup kita lagi happy, dapat kenal ramai orang….
so boleh la tambah kawan-kawan baru…

inilah dieba

4. Gambarkan diri anda untuk 5 tahun akan datang.

Dieba : maybe da jadi seorang isteri dan seorang ibu kot??
huhu..tu jela..sebab xtahu nak cakap pasal apa...
tapi memang dieba gambarkan itu 5 tahun akan datang kalau di izinkan ALLAH...


5. kebiasaannya, blogger suka melakukan aktiviti blogwalking (BW), anda sendiri suka BW dekat blog yang macam mana? Boleh bagi contoh?

Dieba : Dieba ni tak kisah blog yng jenis macam mana pun semua dieba layan
tak kira la blog GURL ataupun BOY yang penting sweet….
lebih-lebih lagi kalu blog tu yng jenis stail
KOREA & PINKY BLOG….
memang sweet la tu….FEBRET tu…..
family tercinta

6. Seorang lelaki pada pandangan Dieba haruslah………….

Dieba : seorang lelaki pada pandangan dieba harus baik hati ,kuat pegangan agama ,pandai Ambil hati orang tua…yng paling penting sekali kena pandai jaga hati dieba….


7. Apa perkara yang anda ingin sangat kecapi, tapi masih belum kesampaian?


Dieba : Banyak giler yg ingin dieba kecapi ,antaranya…..jeng…jeng….
jangan gelakkan tau….kalu nk gelak gak , biar dieba gelak dulu…
hahaha…..dieba nk sangat-sangat pergi kat ICT ,
seumur hidup dieba tak pernah sampai sana..
nak tahu kenapa dieba nak sangat-sangat pergi sana??
sebab dieba jeles tengok orang ambil gambar kat sana….
sebab diaorang ambik semua cantik-cantik….bila ada peluang nak g ICT mesti ada penghalang….
huhu…sedihnye…. Lagi 1 dieba nak ada moto NOUVO ,

yang paling penting sekali yang dieba ingin kecapi adalah menjadi seorang ISTERI yang solehah…tapi entah bila la dapat….hmm…berangan je lah buat masa sekarang ni…
sebenarnya ada banyak lagi yang dieba ingin kecapi tapi ni jelah yang dieba mampu bagitahu kat cini
Yg lain tu bialah rahsia.
rakan-rakan tercinta

8. Benda yang mesti ada dalam beg anda

Dieba : yang mesti ada mesti lah ,hp,bedak muka ,minyak wangi ,pin tudung, gula-gula,dompet ,tu penting tu. lebih-lebih lagi ada ic dalam tu…dan paling-paling penting adalah barangan peribadi wanita la…dan barangan yang terakhir adalah ,minyak kapak dgn segala ubat-ubatan dieba.

9. Satu perkara yang orang tak tahu tentang Dieba.

Dieba : maybe yang ni kot, dieba ni suka tolong orang yang dalam kesusahan..
walau macam mana orang tu susah pun pasti dieba tolong selagi dieba mampu…
Pantang tgk org susah atau dlm kesedihan pasti nak tolong…
peace..!!
10. akhir sekali, ucapan untuk followers blog anda dan juga readers blog Aku&Hidup.silakan.

Dieba : Kepada followers blog dieba, terima kasih banyak-banyak sebab sudi follow blog dieba yang tak seberapa ni.. walaupun dieba rase blog dieba ni biasa saja tak adalah menarik sangat macam blog korang.... thanks sangat-sangat korang…dieba sayang korg…korg pun mesti sayang dieba tau…
baru hidup kita bahagia….

*Dan pesanan yg terakhir ni khas untuk Eddy, thanks sudi jemput dieba…
segmen yang ENCIK EDDY buat ni betul-betul menarik tau…lain kali kalau ada buat segmen apa-apa, Jemput dieba tau…suka la dieba mcmni…dieba doakan semoga blog eddy ni akan Lebih berjaya lagi di masa akan datang…jangan lupa singgah blog dieba tau… ok la bye…assalammualaikum…

habisss... begitulah sesi sok sek sok sek dengan cik dieba kita. menarik bukan? banyak yang dapat kita share tentang diri dieba ni. sesiapa yang emsem+shantek tu, silalah jenguk blog dieba yaw. click saja mana2 pics yang ES dah paparkan.salinglah berkenalan yaw. ramai member, banyaklah pengalaman. tol tak?bertemu lagi kita di hari lain, bersama personaliti yang lain.

p/s: isi perottttttttttttttttttttttt =.=

permulaan hari ini


Assalamualaikum.. selamat pagi semua yang sudi baca blog aku.

korang dah bangun? waktu di sini for sure dah bangun semua, sebab solat subuh. yang tak solat subuh pun sure bangun awal (kalau jadi morning bird lah kan) sebab nak mengejar masa kerja. pagi ni sejuk, aku mulakan dengan isi tangki air kat rumah aku. tangki dah kosong daa....

semua orang mengharapkan pagi hari isnin adalah permulaan hari baru yang baik. begitu juga aku, mengharapkan hari ini adalah hari baru yang baik. perjalanan hidup selepas ini semuanya baik. ada orang cakap, tak sah hidup tanpa cabaran. memang betul!! tapi kalau hidup yang aman damai itu boleh datang tanpa cabaran, why not kita mengharap. betul tidak?

jom lupakan perkara-perkara yang tidak menyenangkan hati. tidak ditimpakan sebarang masalah pada kita umat manusia, andai kita tidak mampu menanganinya. so, hadapi..! jalani hidup seperti mana orang lain. ceria, gembira, asalkan tidak lari batas agama [ni pinjam ayat seorang blogger].

p/s: teringin nak makan soto panas2 kat pekan.boleh?heheehe

Sunday, November 20, 2011

geram...geram...geram...

geram bukan pasal apa korang2 semua. aku just geram dengan watak perempuan utama dalam novel yang tengah aku baca. sampaikan aku terfikir, betul kah semua perempuan kat dunia ni mcm digambarkan dalam novel ni. kata tak suka dan kecewa dengan ex dia yang dah kahwin, tapi masih keluar dating. ooo hooooooooo...

oh ya..aku tengah baca novel ni.novel apa?nanti lah aku cerita panjang lebar bila aku dah habis baca. masih ada sikit lagi ni. unfortunately, ni novel cinta. aku pinjam dari abang aku. novel cinta memang aku tak suka sangat. aku suka novel yang lebih pada cerita kehidupan keluarga, persahabatan, cinta2 sikit boleh lah. tapi dah aku terpinjam novel ni, so aku harus baca. at first best, lama2 geram. tak tahu ending dia aku rasa apa..

caw..!!

p/s: fokus..!!

Saturday, November 19, 2011

Someone like you

Selamat berhujung minggu semua. nak share sikit saja, satu lagu yang aku dok ulang semenjak semalam lagi, samapilah harini. siap download lagi MV dan MP3 dia. nyanyian adele berjudul someone like you. layan..........

I heard that you're settled down
That you found a girl and you're married now.
I heard that your dreams came true.
Guess she gave you things I didn't give to you.

Old friend, why are you so shy?
Ain't like you to hold back or hide from the light.

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,"
Yeah.

You know how the time flies
Only yesterday was the time of our lives
We were born and raised
In a summer haze
Bound by the surprise of our glory days

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Nothing compares
No worries or cares
Regrets and mistakes
They are memories made.
Who would have known how bittersweet this would taste?

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

nak dengar click SINI

TQ EqbalZack

terima kasih encik EqbalZack. button ni dah sampai. thx yaw....

p/s: hidup perlu tabah =.=

Friday, November 18, 2011

Berbeza


malam ini saya rasa sedikit kelainan. malah malam ini buat saya rasa seperti benar-benar sunyi. bunyi bising malam muzik tradisi sempena malam berinai di kawasan kejiranan tidak mampu mengubah perasaan ini menjadi ramai. kenapa? saya juga tidak tahu jawapannya.

saat ini saya rasa mahu bercerita dengan seseorang.ermm.. atau lebih tepat saya mahu seseorang bercerita dengan saya, dan saya menjadi seorang pendengar. saya suka mendengar cerita, asalkan cerita itu mempunyai inti yang baik. tapi, saya tidak tahu dengan siapa saya perlu bercerita. ahh.......pasti seharusnya dengan seseorang yang saya percaya. saya cuma mampu bercerita dan mendengar cerita teman-teman rapat, melalui muka buku. walau masih sukar merubah perasaan ini, sekurang-kurangnya saya rasa sedikit terisi. terima kasih teman-teman.

tiba-tiba saya terasa ingin ke sesuatu tempat. ya...sesuatu. saya terfikir mahu ke pantai. tapi bukan di sini.saya rasa mahu ke pantai tanjung lipat. melihat orang-orang yang sedang bersantai diwaktu malam.juga mendengar bunyi ombak.pasti bunyi ombak lebih hebat dari bunyi muzik di sini. saya juga terfikirkan masjid bandaraya. entah kenapa, bila saya mengunjungi masjid tersebut, ada satu ketenangan luar biasa.actually, semua masjid pun saya rasa begitu. cuma di masjid bandaraya buat saya rasa extraordinary. saya juga terfikirkan ODEC.tempat saya selalu jogging ketika waktu belajar dulu.pantai yang luas mata memandang, pandang laut lepas di petang hari. saya rindu tempat-tempat itu.

saya rasa lain malam ni. bagaimana dengan anda-anda semua? saya doakan anda semua tidak merasakan apa yang saya rasa.

Biar Malam Berlalu

saat malam
sepi mengisi relung hati
sepi yang membawa rona rindu
sepi yang membungkam rasa...pelbagai rasa.

malam ini masih belum bermimpi
mungkin tidak mahu ada mimpi
mimpi yang memusnahkan aku
menjadi seumpama debu, terbang pergi tak terkesan
aku tak mahu menjadi debu
mudaratnya juga buatku menjauh
aku ingin malam yang terang
tapi fitrah malam adalah gelita, walau sang bulan bercahaya mencerlang

malam ini tetap ada
adanya suara sunyi seorang penyendiri
bersama unggas yang tidak faham erti manusiawi
lalu aku masih sendiri, bersama malam yang sunyi.

malam akan berlalu
tapi saatnya malam ini berlalu, yang membawa cerita yang kau takkan hadapi semula
dejavu bukan pilihan
saat malam ini berteman sunyi
aku berharap ianya segera berlalu
bukankah hari esok seharusnya indah?
berharaplah.... penyendiri.

Thursday, November 17, 2011

Eddy Interview Retis: Hawis Minat Novel

yaw yaw yaw... kembali bersama ES dalam segmen EIR. shor form ni kedengaran gempak ye kengkawan. Alhamdulillah, kesibukan semakin reda. tinggal nak jana hasil dari kesibukan saja. ada rasa cam ayat pengajian am kertas II tak?abaikan..!!

harini ES nak tampilkan personaliti baru yang kacak bergaya dan diminati ramai gadis-gadis desa.erkkk...bandar juga.hohoho..ES menampilkan seorang Saiful Hawis untuk anda. mai kita ikuti temubual bersama Saiful Hawis.

1. apa yang hawis suka dengan blogging?

Hawis : hawis suke blogging sbb dpt baca entry blogger lain...dpt tau psl info...fasal diri,,.kehidupan..serta permasalahan yg mungkin sama dgn diri hawis. sbb utama hawis berblogging adalah just untuk luahkan apa yg terbuku di dlm hati & fikiran hawis. kalau dilihat,...kebanyakan entry hawis lebih kepada diri hawis sndiri... maksudnyer blog hawis tu adalah blog peribadi...tp yg boleh dikongsi sahaja yang terlalu personal tu,hawis takkan cerita...

2. sebagai seorang yang bekerjaya, adakah hawis mempunyai masa yang flaxible untuk blogging? atau hawis perlu tetapkan masa tertentu untuk tujuan blogging?

Hawis : ok..bg diri hawis..masa tu agak terbatas sbb sebagai pengajar di IPTA,walaupun dah habis kelas...student still dtg berjumpa untuk bertanyakan sesuatu perkara. hawis hanya boleh berblogging time weekend dan mlm je..itu pon kejap sbb kepenatan.. tp hawis still spend time for blogging


inilah Mohd Saiful Hawis

3. apa kegiatan masa lapang hawis selain blogging?

Hawis : haha...ini soalan favorite...hehehe. hawis suka baca novel Ramli Awang Murshid...melalak (nyanyi depan laptop sorang-sorang) dan fb..

4. penting tidak followers blog bagi hawis?

Hawis : jika hawis cakap followers tu tak penting tipu la kan, sbb semua org berblogging pun sibuk nak collect followers ramai-ramai. Macam-macam contest dibuat untuk collect followers kan. so followers adalah penting bg hawis..tp yg lagi penting adalah followers yg baca apa yg hawis tulis..itu lg bermakna..dan terima kasih banyak-banyak pd FOLLOWERS yg sudi follow dan baca blog hawis.

5. gambarkan diri anda untuk 5 tahun akan datang.

Hawis : ouh...hawis tak sure sgt..tp yg hawis doakan time tu hawis dah habis master dan juga pakai kereta ford fiesta....hawis nak jadi lecturer yg berjaya dan pada masa yng sama designer yang outstanding...insyaALLAH jika diizinkan ALLAH...


bersama pelajar

6. jika diberi peluang utk kembali ke masa lalu, hawis nak kembali ke zaman bila?

Hawis : ofcourse lah hawis nak kembali ke zaman kanak2-kanak...sbb time tu...xpayah nak sakit-sakit kepala fikir tentang problem hidup. tentang belajar, duit. time tu enjoy je keje. berlari situ, berlari sini, mandi sungai, main game..seronok sangat-sangat...

7. gambarkan hawis dalam satu ayat.

Hawis : hawis seorang yang pasif tetapi aktif bila dah lama kenal orang...

8. hawis terlibat secara langsung dlm bidang interior design bukan? apa yang selalu menjadi inspirasi hawis?

Hawis : iye..secara langsung... inspirasi hawis adalah rekaan interior design itu sendiri... jika kita tgk...macam-macam style yg ada sekarang. hawis selalu tgk majalah impiana... ‘coz kebanyakannya style malaysia..tapi perlu juga lihat majalah lain..untuk perkembangan semasa. tapi skrg hawis more to mengajar....


first class degree ok!!

9. soalan pantas....(soalan spontan yang dijawab dalam masa kurang 15 saat)

Eddy : nasi kerabu

Hawis : makanan kelantan

Eddy : malaysia

Hawis : tanah airku

Eddy : hidup

Hawis : indah

Eddy : fashion

Hawis : style

Eddy : cinta

Hawis : nyawaku

Eddy : mohd saiful hawis

Hawis : adalah bernilai bagi si dia...jeng3


bersama teman-teman

10. akhir sekali, ucapan hawis untuk semua followers hawis dan juga pembaca blog Aku&Hidup. silakan.

Hawis : untuk semua FOLLOWERS blog hawiz ..hawis ucapkan selamat berblogging dan teruskan membaca blog hawis...TERIMA KASIH banyak-banyak sebab sudi follow blog hawis dan sudi baca serta drop komen...thank you so much..

Terima kasih juga kpd EDDY SYROL kerana sudi interview hawis untuk segmen beliau..harap beliau akan maju jaya dalam apa jua yg beliau nak...dan teruskan membaca blog Aku&Hidup...

begitulah berakhirnya sesi temubual ES bersama hawis. semoga hawis boleh menjadi inspirasi kalian semua. ohh ya, sesiapa yang emsem + comel tu, silalah lawat blog hawis ya dengan click mana-mana gambar yang telah tertera. pasti banyak cerita yang boleh dikongsi bersama. jumpa lagi di segmen yang sama, bersama personaliti yang lain. ma'assalamah.

p/s: cheese cake sangat sedap ok (~_~)