baca entry mesti korang rasa nak sekeh aku kan.. jangan lah..kesian aku yg comel ini...hohoho..aku tak tau nak buh nama apa dkt nasi goreng ni.. aku bg la dgn korang ye camne terciptanya nasi goreng ni...
bahan2:
1. nasi putih
2. bawang merah
3.halia
4. cili padi kaler hijau
5. udang kering
6. serbuk perasa (garam/ape2 je yg korang nak)
7. hirisan kacang panjang dan lobak merah
cara buat :
bawang ngan halia ngan cili hijau tu tumbuk sampai halus. tapi make sure kuantiti dia tak melebihi jumlah udang kering, sebab udang kering yg banyak mmg sedap.. kemudian tumbuk gak udang kering, nak blander sikit sangat pulokk... setelah itu panaskan minyak, kemudian masukkan hasil tumbukan td iaitu bawang,cili ngan halia. tumis dia.. kemudian masukkan udang kering. bg naik bau dulu kemudian masukkan hirisan lobak dan kacang panjang.kuantiti ikut suka korang. dah matang, masukkan nasi putih...godek2 dia... kemudian tabur lah serbuk perasa bg nasi tu berasa sikit. dah siap....
so semalam aku makan ni dengan jus avocado dan susu suam... memang terangkat.. o ya, di situ ada ikan goreng dan ikan masin goreng.ikan tu aku mkn ekor je, sbb tak habis lah banyak2..cecah sikit ngan sambal belacan..hayooo terangkat..!!
p/s: makan itu nikmat...
edDy sYrOl
Thursday, June 30, 2011
Tuesday, June 28, 2011
"GIVEAWAY: eqbalzack's fan page LOGO!"
hello guys... aku join GA dr abg EQ ni... so sesape yang rasa nak join sila click banner di atas atau CLICK SINI .
Aku tak tau nak buat logo camne sebab aku tak reti guna ape2 software kecuali yang simple2 saja. so terhasillah tiga logo di bawah (ntah la boleh di panggil logo ke tak kan...
1st logo
so kepada abg EQ, silalah pilih mana rasa berkenan... tak berkenan pun ok je.. (~_~)
p/s : buat tiga logo ni tak langgar syarat ke? (~_~) ngeee
Friday, June 24, 2011
minta sedekah ke minta derma?
ni nak kongsi pendapat sikit je lah... tadi aku solat jumaat di sebuah masjid ni. ekceli memang dah biasa solat kat sini. tiap jumaat lah boleh dikatakan solat dkt situ. ekceli ada sesuatu yang aku kurang senang dengan masjid ini.
nak di jadikan cerita, pihak pengurusan masjid ada menyediakan petugas (dalam dua dan tiga orang) untuk membawa peti derma (yang di buat dari kotak) dari satu jamaah ke satu jamaah. so jamaah tak perlu berdiri dan beratur di tabung masjid yang pegun itu. tapi, yang menjadi persoalan aku, kenapa tabung masjid itu di edar ketika khutbah jumaat sedang disampaikan.tak dengar bacaan khutbah ke para tukang angkat tabung tu?
sila rujuk hukum mendengar khutbah jumaat -----> click atau sini ------------> click
atau di sini -------> click
p/s : cuma pendapat saja... (~_~) yang ada maklumat lebih bernas, sila maklumkan dan perbetulkan saya tentang hal ini..
menurut kepada pihak pengurusan masjid, mereka menyediakan petugas2 tersebut untuk menambah kutipan tabung masjid... ermmm.... adakah itu yang di syariatkan dalam pengurusan masjid? atau ada cara lain yang lebih baik?
di akui kutipan tabung masjid memang meningkat, namun pengurusan masjid masih di tahap lama terutamanya dalam soal kebersihan tandas. jadi, untuk apa banyaknya tabung masjid andai kebersihan tidak mampu di jaga dengan kutipan yang semakin meningkat.
p/s : cuma pendapat saja... (~_~) yang ada maklumat lebih bernas, sila maklumkan dan perbetulkan saya tentang hal ini..
sabar mencapai impian
sekadar gambar hiasan
semua orang ada impian, atau boleh kita sebutkan sebagai cita-cita. dalam impian itu satu hari nanti kita nak jadi mcm ini, tak pun nak jadi mcm itu..tak tak tak, kalau boleh nak jadi macam dia tu lah...
banyak sebenarnya yang kita impikan... tapi, bukan semua dari kita akan dapat mengecapi impian itu dengan mudah. tahniah buat mereka yang sudah dapat menggapai impian tersebut. tahniah buat anda. anda hebat. tapi, buat mereka yang masih menapak untuk mencapai impian itu, teruskan sahaja... semua itu bukan mudah...
Rasulullah saw juga punya impian dalam dakwahnya, dan dalam mengejar impian menyebarkan agama Allah, bukankah baginda menempuhi pelbagai rintangan yang sangat dahsyat. syukurlah mungkin kita hanya menerima rintangan biasa2 saja. andai rintangan masih ada, anggaplah yang Allah masih sayangkan anda dan sedang merancang sesuatu yang maha hebat untuk anda.
p/s : pokcik pun ada banyak impian (~_~)
SEGMEN ABG YEN: JOM PROMOSIKAN BLOG ANDA DISINI
first time join segmen camni... ni segmen kelolaan abg yen...
menurut abg yen
"Segmen ni jap je sbb sy nk test market dulu hehehe, mcm jual barang lak...ala biasa la baru pertama kali so test market la dulu kan hehehe... so segmen ni akan berakhir pada jam 8 mlm ini... jam 9 malam sy akan senaraikan blog2 yg telah menyertai segmen ini seterusnya akan buat promosi percuma ke 11 rangkaian group2 blogger popular...pastu kita sama2 akan merasai faedahnye ya!!!.."
tu dia abg yen kate... so jom le remramai meriahkan segmen ini.. (~_~)
p/s : mood tgh rajin nak join semua bende (~_~)
sarapan yang berat
ini merupakan menu sarapan pagi aku pada pukul 3.30am (lagi lagi 3.30am)... menunya merupakan nasi putih yang panas. siap ngan telur + ikan goreng (yang aku dah racik dengan ganasnya) + jeruk peria + kicap manis.. o yaa, kicap manis merupakan pebret aku sejak aku sekolah menengah sampai laaa ni... nampak tak aku bubuh kat atas peria tu agak banyak, sebab peria itu pahit ye tapi aku suke makan peria pahit dengan rasa manis2 kicap (pelik ye aku???).
minum susu seperti biasa dan setelah itu apa bila perut aku dah sikit lega dengan kekenyangan, aku bedal lak benda ni...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
*
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
*
sedap kot benda ni.....
p/s : nasi memberikan kekuatan sepanjang hari (~_~)
makan petang
ini merupakan menu makan petang aku..haipp...ade ke makan petang? ade je kalau aku... ni nama dia mee goreng instant..wakakaka..ekceli ni instant mee sajork yang jenis goreng nyer... tapi buat lah sikit pembaharuan kan... pembaharuan pe aku buat? memula aku pukul telur yang dah di masukkan sikit garam+lada putih. so goreng la telur tu jadi telur dadar. sementara goreng telur tu, rebuskan je mee instant tu....
bila telur dah masak agak garing (yang garing2 sedap sket) dan mee pun dah nampak lembut (sorry tak tau nak buat ayat pe), tos kan bagi hilang basah2 air dia..tp jangan bg kering sgt, biar ada sikit air. masukkan dlm mangkuk (jangan mangkuk hayun atau mangkuk jamban ye) dan campurkan semua perencah dia... untuk bagi rasa yang enak lagi, aku telah masukkan kicap manis + sos cili. gaulkan saja..... sampai sebati.
o yaa, telur tadi, korang lipatkan dia (i mean gulung kott) then hiris jangan halus sangat. after that, taburkan je atas mee td..sedap kan??? tambahkan perahan limau bagi naik bau.. nyum3x...
lihatlah mee segera ku.. sorry telur dia tak di hiris dengan lawa sbb dah bergegar kelaparan..ahakss....
p/s : makan itu nikmat (~_~)
Thursday, June 23, 2011
"SEGMEN : Ady Budika Nak Kasi Ole-Ole Dari London"
wahhh..terujanya nak dpt GA dr bandung... yeehaa... (rindu pulak mak ayah yang tgh bercuti di sana...hurmmm...)...
so, camne aku boleh ter-jumpa blog ady budika ni yew? pada suatu hari, ketika burung-burung berkicauan mencari makan (sila ketuk kepala aku kuat2 now), aku terfikir lah nak aktif semula berblog ni. so, aku buat la blogwalking lari2 anak secara comel dalam beberapa blog.if i am not mistake, aku masuk blog bro ben kot dan godek2 siapa blogger yang dia follow, aku nak follow gak. tup tup, ternampak nama ady budika ni. sbb bro ben and bro ady ni kan selalu connected je kalau buat segmen. so dengan lapang dada aku follow sampai ke hari ini 23 jun 2011...
p/s : hencek ady, saya nak ole2 dr bandung (~_~) <----- muke mengharap
breakfast simple jer
breakfast yg simple untuk awal2 pagi seawal 3.30am...giler awal..hahaha... sweet oat + susu + london roll cake.... sweet oat ni dia manis sbb aku tambah susu pekat sikit..tak reti aku nak makan oat yang ori tanpa campuran..huhuhu...
p/s : makan lah makanan berkhasiat di pagi hari (~_~)
wordless thursday (~_~)
Wednesday, June 22, 2011
ni parking aku..!!!
..Bismillah..
..Assalamualaikum..
..Assalamualaikum..
lama dah aku tak update entry kan kan kan..sape rindu angkat kaki? angkat tinggi cecah kepala..hehehe...
nak cite je ni, haritu club kiteorg (kelab belia yang nama di rahsiakan untuk tujuan keselamatan) ada menganjurkan satu program dekat sebuah institut ni lah kan. so program mcm ceramah-ceramah dan after ceramah tu ada meeting sikit ngan exco-exco yang terlibat.
so, nak dijadikan cerita, ada perkara yang berlaku dlm pada program tgh berlangsung tu. ada sorang kakitangan institut ni marah2 sebab parking dia kene hambekk. ayooo.. dia siap marah park guard (padan la sape suruh park guard tu tak jaga area dia) dan yang paling tak tahan dia marah dekat student dia. eh eh... ekceli kakitangan tu merupakan warden kat hostel institut tu. so dia memang ada parking sendiri. parking dia tu kene hambek oleh one of our committee. committee kiteorg tu mana lah tahu kan yang parking tu dia punya, since takde papan tanda what ever kan. yang aku tak tahan si pemilik parking ni marah2 dengan student dia dan yang melucukan si pemilik parking ni keluar masuk dewan tempat kiteorg buat program, tapi dia tak ckp apa2..just jenguk2 keluar masuk tayang kepala jendul. dia buat camtu, sape nak perasan yang dia sedang menghadapi masalah.
moral of the story, ringan2kan lah mulut ya..dan respect siapa sahaja insan di sekeliling anda tak kira lebih tua ataupun yang lebih muda dari kita.. banyakkan bersabar dan kurangkan marah-marah.
p/s : aku kalau takde parking yang dekat, aku parking je tempat yang jauh asal selamat (~_~)
Friday, June 17, 2011
ribut melanda
ni video yang aku amik masa nak nak ribut aritu..ekceli takleh la di katakan ribut, just angin kuat. tp rasa cam ribut sbb angin lebih kuat dari pada biasa...
p/s : hukum alam sudah berlaku (~_~)
Thursday, June 16, 2011
instant mee tu sedap dan cepat
ni instant mee yang aku masak (consider masak la jugak kann). perah asam limau skett.. letak daun sup skettt... dah siap untuk di makan.. lihatlah kesan akhirnya....
licin ok aku kerjakan... lapo kot...
di akhiri dengan minum tea O suam... segar....
ekceli ni menu buka pose aku..malas nak masak la temanya tu...
p/s : jangan makan kerap sangat mee segera ni..tak baik. (~_~)
.
.
.
.
.
jeng
.
.
.
.
.
.
.
jeng
.
.
.
.
.
.
jeng
.
.
*
.
.
.
.
jeng
.
.
.
.
.
.
.
jeng
.
.
.
.
.
.
jeng
.
.
*
licin ok aku kerjakan... lapo kot...
di akhiri dengan minum tea O suam... segar....
ekceli ni menu buka pose aku..malas nak masak la temanya tu...
p/s : jangan makan kerap sangat mee segera ni..tak baik. (~_~)
Monday, June 13, 2011
nasi goreng ikan bilis
ni menu makan tengah hari aku... home made jugak... moh pokcik share sikit camne nak buat.
bahan2:-
1. bawang merah & bawang putih
2. cili merah (beso)
3. cili padi (hijau)
4. ikan bilis
5. perasa (garam/gula/ dll)
6. nasi putih
7. minyak masak
cara membuatnya :-
mcm biasa, panaskan minyak. kemudian masukkan bawang merah, bawang putih, cili merah dan cili padi. kenapa guna cili padi kaler hijau? sebab bau cili padi kaler hijau ni lagi best. tak caya cuba korang tumbuk cili padi n rasakan wangiannya.
sesudah itu masukkan ikan bilis. tumis seketika, tetapi jangan sampai garing. nanti membawa kepada rasa pahit lak. kemudian masukkan nasi putih tadi. kacau sampai warnya jadi sebati. masukkan perasa (ikut kehendak masing2). dah selesai. boleh disantap (~_~)
tadi aku makan dengan minum susu kacang soya ini.. penuh dgn ais kan. aku suka kunyah ais. o ya, kalau tgk pic nasi goreng di atas, ada cam lauk sikit kat tepi kan. tu pedal (pedal ke bedal? ntahhh) dan hati ayam masak kicap. lauk semalam... peringatan, jangan amalkan mkn dalam binatang ye, tak baik utk otak. kalau hati ayam+daging baik utk aku lak..huhuhuhu..tak suke hati...
p/s : makan itu nikmat (~_~)
Sunday, June 12, 2011
PROMOSI HEBAT..!! SIAPA CEPAT DIA DAPAT..!!
HELLO HELLO HELLO...!!!! abang akak adik adik mari dekat..!! pokcik nak cite ni sikit..eh cite banyak ni... ada benda best ni khusus untuk kesihatan semua.
sebenarnya promosi ni kire cukup hebat lah. sebab kita pun maklum kan manusia ni suka giler ngan menda2 promosi ni.. so pokcik eddy nak mempromosikan satu barang ni.. barang dia best, mudah di gunakan dan baik untuk kesihatan...
contoh kotak
nama barang ni DUTOX FOOT PATCH... sebenarnya pokcik yakin la, benda ni dah ramai yang maklum. cuma mungkin sebahagian kecil je lah yang masih belum maklum akan keberkesanannya... berikut merupakan khasiat umum menggunakan dutox foot patch ni...
Cara mudah, pantas dan ringkas untuk membuang toksin dari badan dengan hanya tampal dan biarkan selama 6-8 jam semasa anda tidur.
*Membantu mengatasi masalah jerawat/resdung
*Mengeluarkan kimia berbahaya dari badan
*Mengatasi masalah peredaran haid bagi wanita
*Mengatasi masalah sembelit/kembung perut
*Menyerap keluar TOKSIN dari badan
*Melancarkan peredaran darah
*meringankan kesakitan pada badan
*Menguatkan sistem pertahanan badan
*Mengurangkan sakit kepala/migrain
*Membantu penurunan berat badan
*Meningkatkan tahap kesihatan
*Mengatasi masalah susah tidur
*Melegakan kesakitan sendi
ada beberapa jenis dutox yang tengah ada dlm stor ni... berikut merupakan jenis2-nya dan khasiatnya sekali....
nama barang ni DUTOX FOOT PATCH... sebenarnya pokcik yakin la, benda ni dah ramai yang maklum. cuma mungkin sebahagian kecil je lah yang masih belum maklum akan keberkesanannya... berikut merupakan khasiat umum menggunakan dutox foot patch ni...
Cara mudah, pantas dan ringkas untuk membuang toksin dari badan dengan hanya tampal dan biarkan selama 6-8 jam semasa anda tidur.
*Membantu mengatasi masalah jerawat/resdung
*Mengeluarkan kimia berbahaya dari badan
*Mengatasi masalah peredaran haid bagi wanita
*Mengatasi masalah sembelit/kembung perut
*Menyerap keluar TOKSIN dari badan
*Melancarkan peredaran darah
*meringankan kesakitan pada badan
*Menguatkan sistem pertahanan badan
*Mengurangkan sakit kepala/migrain
*Membantu penurunan berat badan
*Meningkatkan tahap kesihatan
*Mengatasi masalah susah tidur
*Melegakan kesakitan sendi
ada beberapa jenis dutox yang tengah ada dlm stor ni... berikut merupakan jenis2-nya dan khasiatnya sekali....
ionic lavender
Ionic Lavender.. remove toxic dan menyeimbangkan ion dlm badan dan dpt tidur yg berkualiti
ginseng
menyahtoksikkan toksin dalam badan malahdapat menambahkan tenaga dalaman. baik untuk lelaki untuk mengembalikan tenaga batin.
untuk harga di Sabah:-
RM 25 satu kotak termasuk kos penghantaran (untuk semua jenis dutox).
pembelian dutox dalam bilangan 5 kotak ke atas (untuk satu2 jenis dutox) hanya perlu membayar RM20 sekotak termasuk kos penghantaran.
untuk tempahan di Sabah,sarawak dan wilayah persekutuan labuan, sila hubungi saya.. just inbox di alamat FB berikut
---------------> eddy syrol <---------- click di sini.
untuk tempahan di semenanjung malaysia, sila hubungi ENCIK ASRUL AFFENDI <-- click here
atau http://www.facebook.com/asrul79 . sebarang pertanyaan untuk harga di semenanjung malaysia boleh terus menghubungi Encik Asrul Affendi Yahya. boleh juga menghubungi beliau di talian berikut : 0126769474
untuk harga di Sabah:-
RM 25 satu kotak termasuk kos penghantaran (untuk semua jenis dutox).
pembelian dutox dalam bilangan 5 kotak ke atas (untuk satu2 jenis dutox) hanya perlu membayar RM20 sekotak termasuk kos penghantaran.
untuk tempahan di Sabah,sarawak dan wilayah persekutuan labuan, sila hubungi saya.. just inbox di alamat FB berikut
---------------> eddy syrol <---------- click di sini.
untuk tempahan di semenanjung malaysia, sila hubungi ENCIK ASRUL AFFENDI <-- click here
atau http://www.facebook.com/asrul79 . sebarang pertanyaan untuk harga di semenanjung malaysia boleh terus menghubungi Encik Asrul Affendi Yahya. boleh juga menghubungi beliau di talian berikut : 0126769474
jenjalan di suatu hari
pada suatu hari yang indah, ketika burung2 riang menyanyi di pagi hari mencari rezki. abang aku dan anak buah aku yang sulung ajak aku jenjalan ke tamu tuaran (tamu merupakan pasar yang diadakan tiap satu minggu sekali dan tuaran merupakan salah satu daerah di sabah yang agak hampir dengan bandar kota kinabalu). so, haritu kiteorg pergi bertiga sahaja dan as usual akulah supirnya...hohohoho
tamu tuaran sebenarnya hampir sama sahaja dengan tamu kota belud. dan mungkin dengan tamu2 di tempat lain sekitar sabah yang diadakan setiap minggu. cuma beza tamu kota belud dan tuaran, tamu tuaran tidak ada tapak khusus mcm di kota belud. tamu tuaran diadakan di tapak jalan raya. so, waktu tamu minggu berlangsung, jalan2 tertentu yang menjadi tapak tamu akan ditutup untuk laluan.
kiteorang lebih tertumpu ke bahagian sayur2an dan buah2an. memang banyak sayur2an dan buah2an yang murah2 di jual di sini. memang rambang mata...
buah kat atas nilah yang first sekali abang aku beli. ok gak lah weekend jenjalan ni... dapat luaskan minda yang terperap.
p/s : sangat suka jenjalan (~_~)
Saturday, June 11, 2011
muzammil yang ganas (~_~)
yehaaa... sape muzammil tu? dia anak menakan aku.. nama penuh muhammad hassanul muzammil bin bakhruddin. panjang giler nama..besar nanti siap lah kau isi borang OMR nak jawab soalan, penat tu dengan nama yang panjang.hehehe... ganas ke dia? tak lah..secara alami, dia ok..good bpy..tp dia ganas time tido.. eh eh, sape yang ganas time tido sama cam muzammil ni? mesti ada kan... kalau time tido kepala kat bantal, esok bangun kaki yang kat bantal...
tengok lah keadaan tempat tido sebelum dia tidur... tu pic tempat tido aku... simple je..hehehehe....
mari kita tengok tempat tido tersebut di waktu pagi.... jeng3x..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
*
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
*
ni dia... cam badai gempa bumi lak kan..huhuhu... so cute tido camtu...
p/s : tido adalah nikmat (~_~)
parking bapak ko punya kan....
wah... agak kasar ya bunyi tajuk entry ni..heehehe... nampak tak pic pertama kat atas ni? nampak tak sebuah motor ni tengah parking dekat parking kereta. dah la dia parking menghalang dua lot parking, how? memang tak beretika sungguh.. time tu aku minum (breakfast) dengan akak aku n anak buah. so aku tunggu lah mana tau si pemilik motor ni just park sekejap je situ. sampai kami habis minum motor dia masih dekat situ. paa jenis manusia lah ni. sampaikan banyak kereta yang tak dapat parking dekat situ sebab motor ni ambik ruang untuk dua lot parking.
kan baik dia ikut macam motor2 kat pic bawah ni. tahu tempat yang betul untuk parking. malah pic bawah ni tak jauh dari tempat motor yang menzalimi parking lot di atas.
p/s : meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya merupakan perkara yang zalim.. eh, ni subjek agama Islam tingkatan 3 ni..huhuhu (~_~)
nasi goreng ikan masin
lagi lagi pasal makan. ekceli ni menu aku makan semalam.. home made punya. nasi goreng ikan masin. meh aku share bahan2nya :-
1. bawang merah, bawang putih dan halia secukupnya
2. cili padi
3. cili boh
4. ikan masin secukupnya
5. lobak
6. perasa
cara membuatnya :-
seperti biasa, panaskan minyak masak sebaiknya. kemudian masukkan bawang merah dan halia kemudian bawang putih yang telah di hiris halus. kalau nak tumbuk bahan2 ni pun boleh. tumis dulu sampai agak matang. kemudian masukkan cili boh. tumis lagi. masukkan lobak yang telah di potong halus (dady pun boleh) barulah masukkan ikan masin serta cili padi secukupnya. kacau sampai sebati dan cukup matang. kemudian masukkan nasi putih. perasa makanan di masukkan juga, tapi jangan lah letak garam sebab ikan masin tu dah cukup memasinkan nasi goreng tu. dah siap... boleh lah di makan...
kalau korang perasan dalam pic tu ada nampak cam ayam kan seketul..hahhhhh, ayam lah tu. ayam masak merah tp nampak hitam lak..salah edit ye.. tuang sos sikit bg sodappp
semalam aku makan dengan susu ni.. aku penggemar susu yang tegar... hehehehe
p/s : makan itu nikmat (~_~)
Friday, June 10, 2011
cerita khatib khutbah jumaat
Jumaat is today... maybe nak bagi pendapat yang sedikit serius lah kot. berkenaan tajuk entry ni lah iaitu khatib khutbah jumaat. bukan apa, aku baru tergerak hati nak tulis. mungkin hanya pendapat lemah dari org yang serba kekurangan dalam segalanya.
aku dah bertahun menghadiri solat jumaat (di sini). dan 90% khatib yang memberikan khutbah nampaknya seperti kurang meyakinkan menyampaikan khutbah. ada sebahagiannya memang 100% refer kepada text yang diberikan. atau, adakah memang khatib kena rujuk text yang disediakan sahaja untuk membaca khutbah? itu aku tak pasti, sebab yang aku lihat sebelum2nya ada juga khatib yang berkhutbah dengan menambahkan idea sendiri di samping menjadikan text yang disediakan sebagai rujukan sampingan.
khatib ada yang aku tengok hanya membaca text. baca pun tersekat2. ada pula yang menyampaikan khutbah (dengan membaca text) tapi suara tidak meyakinkan. dari pendengaran sepertinya nak mengajak kita para jamaah untuk berbuat kebaikan, tapi nadanya seperti 100% membaca tanpa emosi. mesti ramai yang akan kata aku ni berlebih-lebihan dalam memberikan pendapat kan? tapi percayalah, sebagai khatib, kita bukan sekadar perlu menjadi individu yang boleh membaca tulisan rumi dan jawi dengan baik (kalau rujuk text) tapi menghayati khutbah yang kita sampaikan <----- sebab tu lah aku kata kalau tak rujuk text tapi dpt sampaikan khutbah dgn berkesan adalah lebih baik. 100% lebih baik.
aku berkata mcm ni dari pemerhatian sepanjang mendengar khutbah. ada juga khatib yang mampu berkhutbah tanpa text. malah lebih memukau para jamaah untuk tidak TIDUR ketika khutbah dibacakan. so, di sini aku terfikir. khatib2 yang just membaca sahaja ni adakah mereka tidak sedar akan pentingnya menarik minat jamaah mendengar khutbah? cadangan aku, jika tidak mampu untuk menarik jamaah mendengar khutbah, lakukan saja khutbah dengan mengambil perkara wajib sahaja, tidak pun meminta individu lain memberikan khutbah jumaat. ini kan soal umat. soal jamaah yang seberapa ramai berhimpun. jika kerana asbab khutbah yang kita bacakan membuatkan jamaah tertidur, adakah kita mandapat pahala? rasanya semua sudah tahu jawapannya...
boleh membaca text khutbah, tapi buatlah persiapan awal. jangan kelihatan seperti anda adalah khatib yang sedang mengikuti pertandingan membaca text di hadapan orang ramai.
p/s : maaf andai kata pendapat ini terlalu sensitif, tapi aku berfikir sesuatu untuk kebaikan bersama. (~_~)
Thursday, June 9, 2011
award follower ke-300
baiklah... harini menyempatkan diri untuk membuat blog award utk follower aku yang ke-300... sorry lah ye kepada penerima sebab award ni sangat simple, tapi aku buat dengan tulus ikhlas (sambung..maaf zahir batin hehehehehe).
empunya blog bernama khaiful asyraf . blog dia menarik lah...lagu tema dia buat aku nak joget2..hehehe... sesape nak jenguk2 blog dia, silalah ke http://khairul-asyraf.blogspot.com/
terima kasih buat yang masih sudi untuk jenguk2 blog aku. aku terharu sesangat... blog ini adalah apa yang aku lihat, aku rasai, dan aku jalani..lalu aku zahirkan dalam bentuk tulisan blog untuk tatapan dan renungan aku di masa akan datang.
p/s : blogging itu nikmat (~_~)
Tuesday, June 7, 2011
saja nak tanya
nak tanya korang sape kenal blogger ni... ekceli aku godek blog dia, aku takde lak follow dia..tetiba ada masuk dlm list aku ni...ermmm...
kompius......
Monday, June 6, 2011
mee kuah + Laksa home made lagi sedap
sedap tak nengok pic kat atas... tu laksa akak aku buat..ekceli, semalam ramai org kat rumah ni puasa. so mereka2 yang puasa ni pulak terdiri dari kedua-dua akak aku dan suami masing2... so mereka pun melakukanlah sesi masak memasak. so, sebagai org yang tak puasa sunat (ekceli kan sekarang bulan rejab, so di galakkan puasa sunat) aku pun menyebokkan diri lah jenguk dapur. dari kul 4.30 petang lagi aku terhidu bau2an enak dr dapur. bau laksa..nyum3x...
maka aku lah orang pertama yang merasmikan laksa tersebut.... dengan penuh berselera aku melahap disulami dengan air jus mangga...
bila dah buka puasa, aku notice yang akak kedua aku ada bawa mee kuah... o mai GOD...sedap tu... setelah solat maghrib aku melahap lagilah mee kuah seperti picture di bawah...memang superb.. home made tu.....
so malam tu aku memang makan benda2 istimewa saje... korang ade? hehehehe
p/s :- sempat lagi aku makan nasik sebelum tido (~_~)
e-mail yang best
hai semua... selamat lunch ye...
o ya..saja nak share dgn anda anda anda sekalian tentang satu email yang aku baru dapat tadi.. pengirimnya RAHSIA... ada lah member ni... nak tau dia emailkan aku amende? sila baca seterusnya (~_~)
'
'
'
'
''
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
*
'
'
'
''
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
*
Kesan Kepada Syaitan atas Pengamal AlQuran
Renung-renungkan dan selamat beramal
السلام عليكم & Salam Sejahtera
Saat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasa biasa saja...tengok je….. Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga….. Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan. Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari. ia stroke.
............Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke . Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung !"
~~SEBAR2KAN LAH~~ Jangan dengar bisikan syaitan……
p/s : so email2 mcm ni memang berguna untuk pembangunan rohani (~_~)
sakit perut itu memang sakit
Bismillah
Assalamualaikum
Assalamualaikum
hello... pe kabo? haishh... awal2 pagi alam ni aku dah bangun dah utk meng-internetkan diri.. bukan ape, semalam mana ada aku tenet sangat..tido pun terawal sikit secara tak sengaja..eh, boleh tido tak sengaja? boleh je kalau sebagai contoh korang time tu niat nak baring2 saja, at last ter kroh3x sampai ke siang.... gitulah aku semalam... ter-------------tido...
back to title, aku yakin lah semua kita pernah melalui zaman kesakitan perut... adess... ada macam2 jenis sakit perut ni bai... nak senarai hitamkan pun susah sebab banyak sesangat.... meh la pokcik eddy kongsi sikit apekah jenis sakit perut itu melalui lidah aku sendiri.. boleh ke para doc? jgn saman aku....
1. sakit masuk angin, tak keluar angin
ni sexy... eh eh salah..ni seksa... perut time ni memang kembung gile. kalau korang belai2 perut korang yg time ni pun terasa licin walaupun ketika itu ko mmg geleber... time ni perut sakit kat dua2 belah la.. pusing kiri sakit, pusing kanan sakit..tekan kiri senak, tekan kanan senah..wakakaka... sakit bai... ada beberapa cara nak buang angin, selain berurut, leh la makan ubat2an yg leh menyingkirkan angin dr badan tu cam eno, dll... eh abg aku ada belajar time degree dulu, dia cakap halia tu sebenarnya menambahkan angin kat badan..ijit tru?dia ckp halia tu memang dah berangin, so sape telan halia akan menambahkan angin kat badan korang...habis tu, apsal banyak lak di pasaran terbuka ubat/supplement utk buang angin guna halia...kannn...
2. chai red, bear red(cirit)
o mai GOD...ni ni sebenarnya agak selamat sikit lah.. sikit je.. bagi aku kalau cirit ni umpama kita nak buang toksin dari badan. semua kita buang walaupun bukan pada julat waktu yang teratur. dah la najis tak normal... tp time ni ko kena lah minum banyak air. cirit ni najis kita buang ber-cecair (sila muntah), jadi ditambah lagi dengan asik membuang saja..tenaga kita mesti hilang..so minumlah air bebanyak ye ketika mengalami masalah ini. boleh mati tau cirit ni, ada kat satu negara tu lah aku baca kematian disebabkan cirit...
3. sembelit
huaaaa...ni memang lah masalah makan tak teratur ni. asik bedal benda keras je kau kan? makan besi ape?hohoho... sembelit leh buat aku poning palo... sebab aku ni jenis manusia yg sentiasa menyahtinjakan najis tiap satu hari at least sekali. baru perut sihat katanyerrr..hohoho... biasa sembelit sakit dia belah kiri. aritu ada sorang doc omputih ajar aku, kalau sembelit cuba ko tekan ko punya perut belah kiri.ko akan rasa ada sedikit keras kat situ, tekan dia ketika tgh mencangkung.salah satu cara awl utk redakan sembelit katanya.. ntah, try la...
4. seng-gu-gut
ok fine..!!! ni org lelaki confirm tak pernah mengalaminya. eh, ade ke yang mengalami? lau ada sila PM aku dkt FB... nak interbiu sikit pe cer kau mengalami nasib sebegitu... ekceli ni popuan mostly kena lah. akak aku pun kena. anak menakan aku pun ada kena.aritu tgk kat TV agak bahaya gak ya sakit ni. tapi kan, ada yang cakap after kahwin sakit ni leh hilang.. errrmmmm...motifff? tol ke?
5. gastrik
ni sakit sebab tak mkn. aku ada sakit ni. so dilarang makan asam2 ye pokcik (namun tetap terliur tgk asam, cam org mengandung lak). kalau kau ada gastrik yang teruk, silalah jaga makan minum. bahaya kalau tak jaga. boleh sampai ulser perut wooo.... eh, hari tu time aku khoje, ada sorang akak ni cerita dia kena ulser perut. so bila ulser dia pecah, darah mengalir dr tiap lubang major yang ada cam hidung, mulut malah dr kemaluan.. bahaya ok..so berjaga2..
6. sakit perut sebab................................................................> lapar
ok fine..!!! ni aku tak tahulah kan nak ckp camna.. silalah makan kalau sakit perut sebab lapar. takkan aku nak mai suap ko. blasah nak?! tp tacing gak la tgk ada negara tu yang rakyat dia masih menderita kebuluran. kalau sebab peperangan, maybe kita leh bayangkanlah tu akibat perubahan fizikal, tapi ce kalau memang negara tu dari dulu ada masalah kebuluran..how? apa lah pemimpin negara tu dah buat dengan negara dia...
p/s : jumpa doktor kalau penyakit berlarutan...ngeh3x... (~_~)
Sunday, June 5, 2011
sayur kailan
Bismillah
Assalamualaikum
Assalamualaikum
o yeahhhh... hai semua... ni entry semalam punya, as usual, ter-update lak pepagi alam ni... so tgk pada pic, yo lah nak cite sal makanan lagi.kali ni sayur lak. smlm aku ditugaskan utk masak sayur. moh lihat bahan2nyer...
1. sayur baby kailan (tak brapa baby sebenarnya sebab nampak besar jerk)
2. bawang merah
3. bawang putih
4. bawang besar
5. halia
6. garam/perasa
7. minyak masak
7. air
baiklah, cara membuat dia senang je lah wei... (style blasah je kan). memula apabila minyak dah cukup hot, masukkan bawang merah ngan halia dahulu. bagi dia kelihatan garing (jgn garing sangat kang jd pahit).. kemudian masukkan bawang putih. setelah itu masukkan pula batang kailan (batang ke?alaa, bahagian yang keras kat sayur tu lah, tak tahu nak panggil ape (~_~) hehehehe). make sure bahagian tersebut dah jadi agak empuk (dah tak keras la) kemudian barulah kita masukkan bahagian daun... ohh ya, sebelum terlupa, masukkan gak sedikit air, garam/serbuk perasa dan gula secukupnya. sebatikan semuanya dan janganlah di masak terlalu lama. kalau layu sangat confirm tak sedap sayur tersebut..
taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaa -------------^------------------ ni la dia... simple saja....
p/s : aku mkn sikit je sayur tu sbb aku bukan pe-makan sayur... ngeh3x... (~_~) ke tak sedap? dushhh!!
Subscribe to:
Posts (Atom)